Selepas menutup persembahan terakhir di Bogor pada 24 Mei lalu, Tulus sempat memberi khabar gembira buat peminat.
“Khabar baiknya adalah kami akan melanjutkan perjalanan. Kita bakal pergi ke Malaysia,” ujar Tulus sambil mengumumkan fasa baharu Tur SAMA SAMA yang sebelum ini berlangsung meriah di empat kota Indonesia.
Malaysia bakal menjadi destinasi antarabangsa pertama untuk siri konsert ini, dengan Idea Live Arena, Kuala Lumpur dipilih sebagai lokasi persembahan pada 5 Disember 2025, jam 7.30 malam.
Apa yang lebih istimewa, bukan hanya Tulus tetapi turut bersama ialah empat nama besar muzik Nusantara iaitu Kunto Aji, Dere, Sal Priadi dan Idgitaf.
Lima figura ini bakal bergabung tenaga dalam sebuah konsert kolaborasi paling epik tahun ini.
“Mimpi besar yang direalisasikan”
Selaku penganjur bersama, PT Expo Indonesia Jaya (Expolndo), Tiga Dua Satu dan Thrive menganggap Tur SAMA SAMA di Malaysia sebagai satu pencapaian besar.
Ads
“Tentu sahaja pengumuman Tur SAMA SAMA yang bakal diselenggarakan di Idea Live Arena menjadi sebuah mimpi besar yang hampir direalisasikan kami selaku penganjur setelah mendapat sambutan hangat di Indonesia,” kata Udzir Harris dari Thrive.
“Tulus, Kunto Aji, Dere, Sal Priadi, Idgitaf akan bertandang ke sini membawa tema kolaborasi tak biasa di Tur SAMA SAMA juga adalah janji kerana sedar apresiasi peminat terhadap mereka cukup besar,” tambah Bram Tulong dari Expoindo.
Jangan lepaskan peluang!
Penganjur turut memberi amaran manis buat peminat agar tidak terlepas momen istimewa ini.
“Sampai jumpa di Tur SAMA SAMA di Idea Live Arena pada 5 Disember 2025. Jangan sampai tidak membeli tiketnya kerana anda akan rugi terlepas momen sebuah tur kolaborasi paling epik di tahun ini,” pesan Tiur Tobing dari Tiga Dua Satu.
Ads
Tiket pra-jualan (presale) telah dibuka pada 29 September 2025 dengan harga bermula RM228. Sebanyak 11 kategori tiket ditawarkan — Bronze, Crystal, Silver, Diamond, Gold, Platinum, Ruby, Sapphire, Emerald, Emerald Extra dan Group Suite. Semua tiket boleh dibeli menerusi BBO Events dan samasamatur.com.
Format persembahan unik
Menariknya, Tur SAMA SAMA bukan sekadar menampilkan lagu-lagu popular setiap artis, malah bakal menyajikan format kolaborasi yang jarang dipersembahkan.
“Kami sedang merealisasikan janji yang diucap. Sampai jumpa di Tur SAMA SAMA di Idea Live Arena pada 5 Disember ini.
“Kami sangat tidak sabar untuk berkongsi persembahan dalam format kolaborasi yang tidak pernah kami lakukan di pentas selain Tur SAMA SAMA. Selamat menikmati format dinamik dari solo, duet, trio, hingga kuintet kami,” jelas Sal Priadi.
Konsert ini menjanjikan sesuatu yang fresh kerana para artis bukan saja bawakan lagu sendiri, malah bertukar lagu dan bereksperimen dengan susunan muzik baharu eksklusif untuk tour ini.
Sebelum ini, Tur SAMA SAMA di Bandung, Surabaya, Yogyakarta dan Bogor telah mendapat sambutan luar biasa, jadi tak mustahil versi Malaysia akan jadi lebih hebat!
Untuk maklumat rasmi terkini, peminat boleh ikuti @thriveevents_my di media sosial.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Selena Gomez telah menerima anugerah Woman of The Year sempena acara Billboard Women in Music yang berlangsung di Amerika Syarikat.
Dan di dalam ucapannya yang diselangi dengan tangisan air mata itu (kami pun turut menangis sama semasa ucapannya), Selena tanpa teragak-agak memulakannya dengan berkata rakan baiknya, Francia Raisa lebih berhak untuk memperoleh anugerah tersebut berbanding dirinya.
Awal tahun ini, Francia secara sukarela telah mendermakan buah pinggang kepada Selena yang dilaporkan menghadapi komplikasi berkenaan diagnosis lupus yang dihadapinya. Perkhabaran tersebut mendapat liputan meluas media seluruh dunia dek kerana 1) status Selena sebagai seorang selebriti dan yang lebih utama 2) kerana ia merupakan penyakit yang boleh mengancam nyawa.
Selepas menjalani pembedahan, Selena telah menjelaskan dalam satu posting di Instagram bahawa pembedahan tersebut telah berjaya dan ia menyelamatkan nyawanya.
Semasa menerima anugerah tersebut, Francia turut menemai Selena di pentas dan hadir sebagai plus-one rakan baiknya itu. Selain Francia, Selena juga berterima kasih kepada pasukannya dan ahli keluarga yang menurutnya “sentiasa berada bersama saya sepanjang waktu senang dan susah.”
“I want people to know I respect the platform I have so deeply.”
Pada usia 25 tahun, Selena memberitahu kepada Billboard dalam satu temu bual baru-baru ini bahawa pembedahan memindahkan buah pinggang yang dijalaninya membuatkan dia semakin sedar akan kepentingan menjaga tubuh badannya.
“Saya hanya tersedar yang badan saya adalah milik saya, [Selepas pembedahan] saya bersyukur kerana masih hidup dan mempunyai badan yang berfungsi dengan baik. I’m actually grateful for who I am.”
“Jika dahulu saya tidak begitu selesa dengan bekas jahitan daripada pembedahan, kini saya sudah menerima keadaan fizikal saya itu.”
Sebelum ini pada tahun 2015, Selena pernah merasakan rendah diri dan stres kerana media antarabangsa melaporkan tentang berat badannya yang meningkat disebabkan penyakit lupus tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Musim keempat program nyanyian Big Stage yang bermula pada malam ini telah melunaskan janjinya untuk memberikan kejutan.
Selain memperkenalkan dua kerusi baharu di meja juri iaitu Juri Juara yang diwakili oleh juara Gegar Vaganza musim ke-8, Alif Aziz dan Juri Pedas menerusi Mas Idayu, Big Stage 2022 juga nampaknya mengekalkan tugas Presiden Netizen dan kali ini, ia diwakili oleh usahawan popular yang baru saja terkesan dengan kontroversi dalam dunia hiburan, Dato’ Seri Vida.
Kemunculan DSV yang diumumkan oleh pengacara, Aliff Satar dan Sherry Alhadad merupakan ‘rahsia besar’ yang disimpan oleh produksi Astro Ria sebagai penyeri bagi musim kali ini.
“Hi semua, Assalamualaikum. Saya Dato’ Seri Vida. Nak mula buku baharu, perjalanan baharu di Big Stage ini. Jadi untuk mulakan benda yang baik, saya nak mohon maaf… saya perlukan kemaafan semua untuk saya bermula.
“Jadi, saya dengan rela hati memohon maaf andai ada perkara yang mengguris hati rakyat Malaysia; terkasar bahasa tersilap kata, maafkan saya.
“Dan saya harapkan dengan kehadiran saya dalam Big Stage ini boleh memberikan inspirasi kepada peserta-peserta dan penonton setia Big Stage. Akhir kata, terimalah saya seadanya. Yang buruk itu daripada kekhilafan saya, yang baik itu daripada Allah SWT. Terimalah saya Dato’ Seri Vida. Assalamualaikum wrh wbt,” pintanya sewaktu kemunculan tersebut.
Turut berada di meja panel pada musim kali ini ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai.
Siapa peserta kegemaran korang dalam program Big Stage 2022 ini? Dengar khabar ada seorang lagi peserta baharu yang akan melengkapkan barisan 12 orang peserta.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika dua perkataan dapat menggambarkan empunya pemilik nama Amy Mastura ini, pastinya perkataan tersebut adalah ‘awet muda’!
Sejak usia 20-an sehinggalah ke memasuki usia separuh abad kini, penyanyi Bintang Hati ini pasti akan menuai pujian daripada orang ramai mengenai betapa wajahnya tidak dimamah usia.
Amy Mastura.
Peminat Amy sendiri kadangkala tidak sedar penyanyi kegemaran mereka ini sudahpun mempunyai dua orang anak dara yang sudah menginjak ke usia remaja.
Puteri sulungnya, Adriana baru meraikan hari kelahiran yang ke-22 pada 21 April 2023. Manakala anak keduanya, Adalia pula telah memasuki usia 18 tahun pada pertengahan April lalu.
Masing-masing diraikan dalam mood berhari raya. Namun apa yang menarik perhatian peminat Amy adalah bagaimana ringkas, ‘sempoi’ dan bersederhana cara keluarganya meraikan tarikh-tarikh sambutan istimewa ini.
Cukup sekadar menempah kek, bergambar di dapur kediaman secara lengkap bersama empat ahli keluarga. Malah, foto berbaju raya Amy sekeluarga juga sekadar diambil di ruang tamu; tidak seperti cara segelintir masyarakat kini yang sanggup melaburkan masa dan tenaga demi merakam foto kenangan.
Hakikatnya, cara ‘sempoi’ Amy Mastura dan keluarganya inilah yang mendekatkan dirinya kepada peminat yang mengekorinya di akaun Instagram.
Di ruangan komen, ramai juga warganet yang memuji kecantikan awet muda yang dimiliki Amy dan kata mereka, tidak mustahil ‘aset bernilai’ ini akan diwarisi oleh Adriana dan Adalia.
“Dalam Malaysia ni ada 2 je Wanita Vampire (tidak dimamah usia), kak Amy dan isteri abang Faizal Hussein. Depa ni memang awek muda natural, bukan pergi ‘cucuk-cucuk’.”
“Nape awet muda sangat ni.”
“Sempoi je Raya. Tengok pun sejuk dan selesa.”
“Macam kakak & adik! Harap warisi awet muda ibu.”
“Lawanya anak dara.”
“Muka sooo mak dia.”
“Betul-betul macam muka KekMi time jadi pramugari dulu.”
“Anak dah besar, Amy Mastura masih macam dulu-dulu juga. Awet muda.”
Tidak kurang juga ada yang memuji gaya tudung Amy yang kelihatan persis ahli kerabat diraja.
Apapun, ramai yang mendoakan kesejahteraan, kebahagian dan kesihatan mereka sekeluarga. Bila orang baik-baik, doa yang dikirimkan pun sentiasa yang baik-baik, kan!
Kalau korang ingin mengetahui cara pelakon, Liyana Jasmay mengekalkan keremajaan wajahnya pula, klik video di bawah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...