Tahun demi tahun, program realiti Big Stage yang dibawakan oleh penganjur serta penyiar rasmi, Astro Malaysia diolah menjadi semakin menarik untuk ditonton dengan pengenalan beberapa elemen baharu.
Biarpun ‘hilang’ sebentar pada tahun 2022 disebabkan kekangan musim pandemik dan di atas beberapa faktor lain, Big Stage yang popular dengan ‘tagline’ Dominasi BBNU (Budak-Budak Baru Nak Up) kembali menyinari hujung minggu korang pada tahun ini di mana ia bakal menggantikan slot pertandingan Gegar Vaganza yang bakal menutup tirai pada hujung minggu ini.
Memasuki musim keempatnya, Big Stage hari ini memperkenalkan senarai penuh barisan penyanyi muda yang bakal bersaing bagi merebut gelaran juara yang pernah menjadi milik Sarah Suhairi, Han Byul dan Azzam Sham sebelum ini.
Kumpulan peserta tahun ini juga dilihat mempunyai kelebihan diversiti kerana mereka terdiri daripada penyanyi serumpun dari Malaysia, Brunei dan Indonesia.
Slot penyanyi dari Brunei diwakili oleh Syafiq Abdilah manakala penyanyi Indonesia, Tegar Septian yang popular dengan lagu hit Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang pula melengkapkan senarai 11 orang pesaing Big Stage 2022.
Selain itu, demi menyuntik sedikit elemen segar bagi musim ini, Astro mengumumkan bahawa proses pemberian markah oleh para juri bakal dilakukan secara langsung. Ini bermakna, markah yang diberikan oleh juri akan tertera pada skrin LED untuk tontonan umum. Segalanya serba transparent! Itulah yang kami sukakan.
Bercakap mengenai para juri, Big Stage sekali lagi memanggil semula komposer terkenal, Ajai yang pernah mencipta kontroversi sewaktu penglibatannya pada musim ketiga.
Turut menyertainya ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bersetuju untuk kembali menyertai panel juri setelah berehat seketika pada musim lalu.
Big Stage 2022 mengekalkan pengacara duo ikoniknya, Alif Satar dan Sherry Al Hadad dan disokong oleh penaja CUCKOO serta OPPO selaku penaja utama.
Ads
Haa, agak-agak siapakah juara yang akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 berserta trofi? Well, hadiah bagi tempat kedua hingga keenam juga tidak kurang hebatnya apabila mereka bakal memenangi:
Big Stage 2022 mula bersiaran secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) bermula 6 Februari 2022 dan juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan di perkhidmatan On Demand.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau teringat zaman sekolah dulu-dulu, setiap kali masuk tahun baru mesti nak kena ada sekurang-kurangnya sepasang kasut baru. Kalau tak dapat, memang rasa tak ada mood nak pergi sekolah.
Betul tak?
Kadang-kadang tu, bukan la nak kasut yang mahal pun, cukup sekadar dapat yang baru dah rasa puas hati.
Tapi tak dapat nafikan budak-budak sekolah ni ada jenama kasut favorite mereka sendiri. Berikut kami senaraikan antara jenama kasut sekolah yang
1. North Star
Kredit foto: iamthesepet.blogspot.my
Kasut standard budak sekolah menengah, North Star. Harganya dulu kalau tak silap, RM29.90
2. All America
Tak mampu beli Converse, asal dapat kasut yang ada ‘star’ pun dah cukup bangga wey. Hiks!
3. Warrior
Walaupun kasut sekolah Warrior ni antara jenama yang murah, tapi ia sangat tahan lasak dan tak mudah koyak.
4. Pallas Jazz
Antara jenama kasut lain yang dipakai oleh kebanyakan pelajar sekolah.
5. All Star (Converse)
Siapa yang pakai kasut Converse time sekolah dulu memang dikira sebagai golongan orang berada la. Hehe!
6. Penguin @ kasut kung fu
Simple dan comel je. Harganya pun memang tak mahal. Katanya, dulu boleh dapat dalam harga RM10. Betul ke gais?
7. Sparx
Dulu masa sekolah rendah, mak ayah selalu belikan kasut Sparx ni. Untuk kita yang baru-baru nak kenal dunia, ok je uolls. Tak memilih pun. Haha!
8. Bata
Kalau tak Sparx, mak mesti belikan kasut Bata sebab dua jenis kasut ni memang macam adik beradik, satu kedai je pun.
9. Carlton
Ada sesiapa yang pernah pakai kasut sekolah jenama Carlton tak?
10. Line 7
Kasut Line 7 pun boleh tahan smart wey. Selain tu, jenama kasut ni pun mengeluarkan design untuk kasut bola.
Okay dalam banyak-banyak jenama kasut sekolah yang kami senaraikan, mana satu jadi favorite korang? Jom share dengan kami.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Duo bintang terkenal, WOODZ dan Jennie dari kumpulan BLACKPINK baru-baru ini mengejutkan para peminat selepas mendedahkan hubungan persahabatan mereka sebenarnya sudah lebih daripada satu dekad.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Youtube milik WOODZ, Jennie tampil sebagai tetamu undangan istimewa dan berkongsi pelbagai cerita menarik mengenai pertemanan mereka yang terjalin sejak dari zaman sekolah.
Walaupun sudah mengenali antara satu sama lain sejak bertahun-tahun, kedua-duanya mengakui bahawa ini merupakan kali pertama mereka berinteraksi di hadapan kamera. Momen tersebut jelas kelihatan sedikit kekok pada awalnya sebelum bertukar menjadi santai apabila mereka mula mengimbau kenangan lama.
Menurut WOODZ, beliau sudah mengenali Jennie selama kira-kira 10 tahun, manakala Jennie turut mengingati detik pertama pertemuan mereka di sebuah festival sekolah menengah.
Difahamkan, hubungan kedua penyanyi itu kemudian menjadi lebih rapat apabila mereka pernah menjalani latihan sebagai trainee di bawah agensi yang sama. Masa yang diluangkan bersama ketika berulang-alik untuk sesi latihan secara tidak langsung mengukuhkan lagi persahabatan tersebut.
Sementara itu, Jennie turut berkongsi bahawa WOODZ merupakan individu yang terlebih dahulu menghubunginya untuk berkawan. Mengulas perkara itu, WOODZ secara berseloroh berkata beliau hanya ingin menjadi seorang kawan yang menyeronokkan.
Lebih menarik lagi, mereka juga mendedahkan bahawa pernah bersekolah di sekolah rendah yang sama, sekaligus menjelaskan mengapa hubungan mereka begitu akrab.
“Ramai yang tertanya-tanya kenapa kami rapat, tetapi hubungan kami sebenarnya lebih mendalam daripada yang disangka,” jelas Jennie.
Dalam pada itu, sepanjang video tersebut, WOODZ dan Jennie jelas menunjukkan keserasian yang selesa dengan saling berbalas gurauan. Jennie turut memuji WOODZ sebagai seorang artis yang konsisten menghasilkan muzik berkualiti serta bekerja keras, selain menyatakan kekagumannya dan sentiasa memberikan sokongan terhadap perjalanan kerjayanya, sekaligus menjadikan momen tersebut kelihatan hangat dan menyentuh hati.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahh, our homeboy is getting ready to become a man! Or is he..?
Sejak semalam, penyanyi berusia 27 tahun, Justin Bieber dan isterinya, Hailey dikhabarkan kononnya sedang bersiap sedia untuk bergelar ibu bapa kepada bayi sulung mereka.
Menerusi satu foto yang dimuat naik oleh Justin, kapsyen penyanyi Peaches itu berbunyi, “Mom and dad” seolah-olah memberi gambaran bahawa isterinya sedang hamil.
Seperti dijangka, peminat pasangan itu membanjiri ruangan komen untuk mengucapkan tahniah dan menyatakan rasa teruja serta terkejut dengan pengumuman tidak rasmi tersebut.
Foto : Instagram @justinbieber.
Bagaimanapun, Hailey pantas meminta agar Justin menukar kapsyen tersebut sebelum orang ramai tersalah faham dan menganggapnya telah hamil.
“Saya rasa awak patut menukar kapsyen ini kepada ‘Ibu dan Ayah (kepada seekor) anjing’ sebelum ada yang salah faham,” sebelum mengakhirinya dengan emoji tergelak.
Walaupun Hailey telah memberikan penjelasan bahawa dia TIDAK hamil, foto-foto yang baru dimuat naik oleh Justin beberapa jam lalu sekali lagi menunjukkan mesej cryptic; di mana dia seakan cuba menyampaikan sesuatu berkenaan spekulasi ini.
Dengan menyarungkan baju-T dengan imej bayi dan perkataan ‘Big Poppa’, Justin dilihat sedang berada di studio bagi melakukan latihan vokal serta persembahan.
Untuk pengetahuan, pasangan yang baru pulang dari Venice ini telah bertunang dan berkahwin pada tahun 2018 sebellum mengadakan majlis resepsi rasmi yang hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan kenalan rapat pada bulan September 2019 di South Carolina.
Setelah berkahwin, Justin dan Hailey bersifat terbuka untuk bercakap tentang soal menimang cahaya satu hari nanti.
Dalam temu ramah bersama Elle untuk edisi Mac 2021, Hailey berkata dia dan Justin berharap dapat memulakan keluarga pada usia muda. Hailey sendiri mengahwini Justin pada usia 21 saja. Itu sudah membuktikan dia mempunyai mentaliti yang lebih matang berbanding remaja sebayanya.
Foto : Instagram @justinbieber.
Bagaimanapun, menerusi sumber Entertainment Tonight pada bulan Mei 2021 pula, pasangan itu dikatakan terlalu sibuk dengan karier masing-masing sekarang dan tidak bergegas untuk mempunyai cahaya mata. Justin sibuk menjayakan persembahan di negara berlainan pada setiap minggu manakala Hailey masih aktif sebagai duta jenama, model dan fokus dengan saluran YouTube-nya.
Adakah korang rasakan ‘the Biebs’ ini sudah bersedia untuk menimang cahaya mata? Ataupun mereka masih muda dan seharusnya fokus kepada karier saja?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...