Malang tidak berbau..Kecoh di media sosial apabila beberapa klip video dan gambar pusat membeli-belah yang berada ditengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur, Pavilion terbakar!
Pihak Pengurusan Pavilion KL menerusi kenyataan memaklumkan, tragedi kebakaran kecil itu dilapor berlaku di dapur sebuah restoran yang terletak di aras satu.
Ads
Antara foto yang sempat dirakam adalah ketika kepulan asap hitam naik ke udara dari pemandangan sudut bawah serta ketibaan anggota bomba di tempat kejadian.
“Api tersebut merebak dengan sangat cepat dan ia telah dilaporkan kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat.
“Jabatan bomba bersama-sama dengan pegawai operasi dan keselamatan kami sedang menyiasat punca kebakaran tersebut berlaku.
Ads
“Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan berlaku dan operasi perniagaan berjalan seperti biasa,” maklum kenyataan hari ini.
Tambah Pavilion lagi, pihaknya akan terus mengambil langkah berjaga-jaga yang diperlukan bagi memastikan keselamatan serta kesihatan pengunjung dan penyewa (peniaga premis).
Sementara itu,menurut Buletin FM, kebakaran berpunca daripada pembakar itik di salah sebuah restoran di pusat beli-belah itu.
Kebakaran berpunca dari tempat pembakar daging itik di sebuah restoran di pusat membeli-belah Pavilion di Kuala Lumpur sebentar tadi.#BuletinFM#Pavilion#terbakar
Nasib kebakaran kecil sahaja, diharap kejadian begini tidak akan berulang di pusat membeli belah Pavilion.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pertanyaan dan teka teki sudah semakin sampai ke penghujungnya. Selepas 5 tahun berlalu peristiwa pesawat MH 17 milik Malaysia Airlines ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, akhirnya penderitaan rakyat Malaysia dan waris yang terbunuh menemui jawapan.
Ini kerana 4 orang suspek telah dinamakan di mana tiga darinya adalah warga Rusia dan seorang warga Ukraine. Tiga warga Rusia ini ialah Igor Girkin, Sergey Dubinsky dan Oleg Pulatov serta seorang warga Ukraine, Leonid Karchenko akan dihadapkan ke mahkamah apabila kes perbicaraan bermula pada 9 Mac 2020.
Beginilah keadaan pesawat MH17 selepas ditembak di UkraineKisah nahas pesawat ini cukup menggemparkan kerana kesemua mangsa seramai 298 penumpang dan anak kapal meninggal dunia di lokasi kejadian
Kesemua suspek akan didakwa atas dua kesalahan iaitu atas sebab menjatuhkan pesawat MH17 dan membunuh 298 penumpang. Ini hasil siasatan Pasukan Penyiasat Bersama (JIT), iaitu kerjasama antara pendakwaraya dan polis Belanda dan wakil dari Malaysia, Australia dan Ukraine.
Kesedihan waris nahas pesawat MH17 ini pasti tidak dilupakan oleh dunia dan negaraAnak kapal MH17 yang terkorban dalam tragedi menyayat hati ini
Siapakah keempat-empat suspek tersebut?
IGOR GIRKIN – Berpangkat kolonel
Suspek pertama dari Rusia, iaitu Igor Vsevolodovich Girkin, 48 tahun, dikenali sebagai Strelkov atau Perviy. Girkin merupakan bekas kolonel FSB, iaitu Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia.
Pada 17 Julai 2014, Girkin merupakan ‘Menteri Pertahanan’ dan komander tentera di satu kawasan yang diisytiharkan sendiri sebagai Republik Rakyat Donetsk.
Walaupun Donetsk, satu bandar di Timur Ukraine bukan secara rasmi ditetapkan sebagai kawasan bebas, namun ia ditadbir oleh ‘Perdana Menteri’ serta kabinet menteri dan tenteranya sendiri. Donetsk merupakan lokasi penembakan pesawat MH17. Secara langsung, Girkin sebagai pegawai tentera tertinggi dilaporkan sering berkomunikasi bersama pegawai di Rusia.
SERGEY DUBINSKIY – perisik tentera Rusia
Surgey Nikolayevish DubinskIy, atau lebih dikenali sebagai Khmuriy, merupakan bekas pegawai tentera GRU, iaitu perkhidmatan perisikan tentera Rusia.
Pada 2014, DubsinkIy, 56 tahun menjadi salah seorang timbalan bawah Girkin serta ketua perkhidmatan perisikan di Republik Rakyat Donetsk. Seperti Girkin, DubinskIy turut dilaporkan mengekalkan komunikasi bersama pegawai di Rusia.
OLEG PULATOV – pegawai tentera Rusia
Suspek ketiga dari Rusia, Oleg Pulatov, atau nama samarannya Giurza merupakan bekas pegawai tentera Spetznaz-GRU, satu unit khas sebahagian daripada perkhidmatan perisikan tentera Rusia.
Pulatov, 52 tahun, pula memainkan peranan sebagai Timbalan Ketua perkhidmatan perisikan di Republik Rakyat Donetsk serta salah seorang timbalan bawah Dubinsky.
LEONID KHARCHENKO – bukan tentera tapi pernah jadi komander unit pertempuran
Suspek warga Ukraine, Leonid Kharchenko. Foto – Openbaar Ministerie.
Leonid Kharchenko atau turut dikenali sebagai Krot, merupakan satu-satunya suspek warga Ukraine serta tidak mempunyai latar belakang dalam tentera. Kharchenko mendapat arahan secara langsung daripada Dubinsky.
Pada 2014, warga Ukraine berusia 47 tahun itu menjadi komander bagi satu unit pertempuran di Donetsk. Tahun itu menyaksikan konflik bersenjata di Donetsk yang mengganas antara pejuang pro-Rusia dan pejuang bersenjata Ukraine.
LATAR BELAKANG
Keempat-empat suspek terlibat dalam usaha mendapatkan sistem BUK TELAR yang melancarkan peluru berpandu 9M38 – punca nahas pesawat MH17.
BUK TELAR diperolehi dari Persekutuan Rusia dan dibawa ke satu tapak pertanian berdekatan dengan bandar Pervomaiskyi di Timur Ukraine, iaitu lokasi pelancaran peluru berpandu tersebut. Sejurus selepas peluru berpandu itu dilancarkan, sistem tersebut dihantar kembali ke Rusia dengan kekurangan satu peluru.
Pada 24 Mei 2018, JIT mengumumkan bahawa BUK TELAR yang digunakan untuk menembak pesawat MH17 datang daripada Briged Peluru Berpandu Anti-Pesawat Ke-53, sebahagian daripada pihak bersenjata Rusia dari Kursk.
Menurut Ketua Polis Belanda, Willbert Paulissen yang mengetuai sidang media khas pada Rabu, walaupun kesemua suspek tidak menekan butang melancarkan peluru tersebut, tindakan untuk mengaturkan penembakan itu boleh disabit kesalahan bawah undang-undang Belanda.
Tambahnya, JIT turut mengambil kira situasi konflik di Donetsk pada ketika itu. Walaupun kesemua suspek mungkin berniat untuk menyerang pesawat tentera dan bukannya pesawat komersial, namun pendakwa raya menuntut agar mereka masih dipertanggungjawabkan.
Sumber : ASTRO AWANI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun tidak begitu popular seperti sukan bola sepak, namun sukan ini mempunyai peminatnya sendiri terutamanya dikalangan remaja. Kemunculan acara papan selaju dalam Olimpik tahun ini sebagai salah satu usaha menarik golongan muda menonton Olimpik dan para pemain berharap orang ramai boleh menerima sukan tersebut dalam temasya itu.
Tentu ramai yang bertanya-tanya kenapa sukan papan selaju terpilih dan bukan sukan-sukan yang lain misalnya skuasy dan boling?
Mereka yang mempertikainya mungkin tidak menyedari bahawa sukan papan selaju juga turut melibatkan kecergasan, mental dan pemulihan. Keperluan bermain papan selaju dari segi kelincahan dan kekuatan, tidak sama seperti bola sepak mahupun skuasy dan tenis.
Jadi mari kita kenal 6 ikon paling power dalam sejarah papan selaju ini.
1. Rodney Mullen
Foto Kredit : wealthypersons.com
Digelar ‘godfather’ papan selaju jalanan, Rodney Mullen dianggap salah satu pemain papan selaju terbaik dan paling berpengaruh dalam sejarah.
Dilahirkan John Rodney Mullen pada tahun 1966 di Florida, dia mula bermain papan selaju pada tahun 1974 pada usia 8 tahun dan mula bertanding tiga tahun kemudian. Dia memenangi kejuaraan papan selaju dunia pertamanya pada usia 14 tahun. Mullen mula menjadi profesional pada tahun 1980.
Menjadi antara yang terbaik dalam dunia, gaya papan selajunya yang penuh santai, menjadikan aksi luar biasa yang dilakukannya kelihatan mudah dan sederhana. Mullen sering tersenyum dan ketawa sambil mengeluarkan aksi demi aksi. Dia mempunyai gaya yang kreatif, inventif, yakin dan mudah ketika bermain dalam pertandingan.
Rodney Mullen adalah pencetus revolusi skateboard dengan aksi yang dia sendiri ciptakan, terutamanya Flat-Ground Ollie, Heelflip, Kicklip, dan 360 Flip.
2. Tony Hawk
Foto Kredit : longboardbrand.com
Siapa tak kenal dengan Tony Hawk? Berasal dari San Diego, California. Bayangkan, pada usianya baru sahaja mencecah umur 25 tahun, dia sudahpun menyertai sebanyak 103 pertandingan skateboarding bertaraf profesional dan memenangi 73 daripadanya serta meraih tempat kedua sebanyak 19 kali. Satu rekod yang sukar untuk ditandingi skater lain. Malah, Tony menjadi satu-satunya skater dunia yang mempertahankan gelaran Juara Dunia untuk 12 tahun berturut-turut. Hebat!
Memiliki pengalaman luas dalam dunia skateboarding dan memenangi pelbagai anugerah antaranya Make-A-Wish’s Favorite Male Athlete, Teen Choice Awards’ Choice Male Athlete dan Nickelodeon’s Kid’s Choice Awards’ Favorite Male Athlete, Tony hari ini terlibat dalam dunia perniagaan bernilai bilion dolar berasaskan sukan skateboard yang dicintainya.
Antaranya adalah franchais permainan video serta produk-produk sukan dengan jenama namanya sendiri seperti Birdhouse Skateboards, Hawk Clothing dan Tony Hawk Signature Series.
3. Daewon Song
Foto Kredit : Hypebeast.com
Daewon David Song (lahir pada 19 Februari 1975) adalah pemain papan selaju profesional Amerika kelahiran Korea, yang dikenali dengan kemahiran bermain papan selaju jalanan secara teknikal.
Dia adalah salah satu pemilik syarikat Almost Skateboards, bersama dengan Rodney Mullen, dan juga pemain papan selaju rasmi untuk syarikat itu bersama pemain-pemain lain yang ditaja. Song dinobatkan sebagai “Skater of the Year” pada tahun 2006 oleh majalah Thrasher, sebuah pengiktirafan yang secara meluas dianggap sebagai salah satu penghormatan paling penting dalam dunia papan selaju.
Kreativiti sahaja tidak cukup menggambarkan aksi papan selaju Daewon. Apabila anda menonton sebarang klip, atau video berkaitan Daewon, dapat dilihat Daewon bermain papan selaju dengan gaya yang berbeza dari yang lain. Kemahiran teknikal Daewon tak dinafikan tiada tandingannya dalam melakukan flip trick, grind, spin, dan late flip. Daewon pastinya merupakan antara pemain skateboard paling menarik untuk ditonton.
4. Yuto Horigome
Foto Kredit : (Photo by Martin BERNETTI / AFP) (Photo by MARTIN BERNETTI/AFP via Getty Images)
Yuto Horigome adalah pemain papan selaju profesional Jepun dan kini berada di kedudukan ke-2 dalam carta Pemain Papan Selaju Terbaik Dunia mengikuti Nyjah Huston. Tambahan lagi, Yuto dinamakan “Skater of the Year” pada 2017 dan 2018 di Japan Action Sports Awards.
Yuto Horigome terbaru turut memenangi pingat emas pertama untuk sukan Olimpik Jepun 2020 dan menewaskan atlet kegemaran ramai dari Amerika Syarikat, Nyjah Huston.
Yuto Horigome dilahirkan pada 7 Jan 1999, di Kōtō, Tokyo, Jepun. Dia dibesarkan bersama dua orang adiknya oleh ibu bapanya. Bapa Yuto mengajarnya bermain papan selaju sejak usia muda dan meningkatkan kemahiran meluncurnya di Amazing Square Murasaki Skatepark di Tokyo.
Sebuah syarikat papan selaju Jepun telah menaja Yuto Horigome sejak usia muda lagi. Sebagai seorang yang berbakat dalam sukan ini, Yuto Horigome mula memasuki pertandingan papan selaju seperti The Berrics dan Wild In The Parks, yang dianjurkan oleh Volcom, di mana dia menduduki tempat kedua. Anak kelahiran Jepun ini kemudian direkrut oleh Blind Skateboards pada tahun 2015. Selama bertahun-tahun, dia terus memenangi lebih banyak pertandingan papan selaju yang lain.
5. Paul Rodriguez
Foto Kredit : US.Hola.com
Paul Martin Rodriguez Jr, juga dikenali dengan nama panggilannya P-Rod, adalah pemain papan selaju jalanan profesional campuran Mexico-Amerika. Rodriguez telah memenangi sebanyak lapan pingat di X Games, empat daripadanya emas, dengan kemenangan di tempat pertama terakhir di Los Angeles, Amerika Syarikat pada bulan Julai 2012.
Lahir pada 31 Disember 1984. diusia enam belas tahun, Rodriguez kemudian di bawah naungan City Stars, sebuah syarikat yang diasaskan bersama oleh pemain papan selaju profesional, Kareem Campbell di Los Angeles, A.S. Rodriguez dipaparkan dalam video Transworld Skateboarding pada tahun 2002, bertajuk In Bloom. Video ini memaparkan segmen para pemain papan selaju berbakat yang ditaja yang berada di awal kerjaya masing-masing. Setelah pelancaran video tersebut, Rodriguez mula ditaja oleh Girl Skateboards dan mencapai status profesional pada bulan September 2002.
Menariknya lagi, Rodriguez merupakan salah satu pemain skateboard terawal yang didekati oleh Nike. Selepas pelancaran Nike SB P-ROD 8, Nike menyatakan Rodriguez adalah salah satu dari empat atlet Nike yang telah menghasilkan lapan model kasut khas selain Michael Jordan, Kobe Bryant dan LeBron James.
6. Nyjah Huston
Foto Kredit : www.teamusa.org/news/2021/
Membesar dalam keluarga Rastafari, Nyjah Huston bermain papan selaju dengan adik-beradiknya seawal usia empat tahun. Ini adalah aktiviti yang dipilih oleh bapanya yang juga bermain papan selaju ketika remaja. Pada tahun 2004, keluarga Huston membeli taman papan selaju di kampung halaman mereka di Davis, California, di mana Nyjah menghabiskan setiap hari meniru abang-abangnya dan menjadi prolifik dalam minat barunya.
Pada usia 11 tahun sahaja, dia bermain di X Games, yang ditaja oleh Element Skateboards dan mula menyara keluarganya. Secara ringkas, Nyjah menjadi juara keseluruhan SLS selama 5 musim dan beberapa penamat tempat pertama, 12 pingat X-Games, 5 pingat dalam Kejuaraan Papan Selaju Dunia, pemenang 5 Tampa Pro, dan beberapa kali menyertai Dew Tour, dan semua yang disebutkan hanyalah sebahagian dari kejayaannya. Sebagai tambahan, Nyjah adalah pemain papan selaju dengan bayaran tertinggi di dunia.
Pemain skateboard yang dinobatkan sebagai nombor satu di dunia ini juga menyertai Olimpik 2020 Jepun.
7. Pa’din Musa
Foto Kredit : Pinterest
Nama Pa’din sememangnya tidak perlu lagi diperkenalkan terutama buat pengikut skateboarding Malaysia dan juga di Asia. Sudah beberapa generasi cukup masak dengan nama Pa’din tidak kiralah sama ada daripada pengikut tegar sukan ekstrem ini atau juga penggemar aktiviti underground sama ada muzik atau gaya hidup.
Pa’din Musa, pemenang dua pengat emas X-Games Asia merupakan figura skateboarding yang cukup penting bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh Asia. Kejayaannya membawa nama negara telah memberikan impak yang cukup besar dalam dunia skateboarding tanah air. Dengan pengalaman selama 28 tahun, tidak hairanlah Pa’din mempunyai reputasi cukup besar.
Ketika ini atlet wanita Jepun menguasai sukan papan selaju (skateboard) yang mana pingat emas pertama diperoleh atlet berusia 13 tahun, Momiji Nishiya sekali gus dinobat pemenang termuda dalam sukan tersebut di Olimpik 2020.
Sebelum ini, Netflix juga ada menayangkan kisah inspirasi remaja perempuan dan papan selaju dengan tajuk ‘Skater Girl’ . Filem yang berjaya menghidupkan impian kanak-kanak yang hidup miskin di sebuah kampung di India.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak kali pertama ditemui di Wuhan, China pada Disember 2019, hingga ke hari ini sudah lebih 5 juta penduduk dunia dijangkiti virus corona. Bilangan kematian juga sudah lebih 354,000 orang meninggal akibat wabak yang diisytiharkan sebagai pandemic ini.
Namun di sebalik 187 buah negara yang dijangkiti ada lagi 12 buah negara yang bebas dari wabak yang belum ada penawarnya ini lagi hingga ke saat ini.
Tentu kita ingin tahu apakah 12 negara tersebut. Jangan pulak korang kata tak pernah dengar nama negara ini ya.
Kiribati – Kiribati adalah sebuah negara kepulauan kecil yang terletak di Lautan Pacifik. Daratannya hanya beberapa meter dari permukaan air laut. Akibat perubahan iklim, permukaan air laut meningkat dan membahayakan kehidupan di pulau-pulau kecil seperti Kiribati. Kedudukannnya seperti terumbu karang melingkar. Salah satu yang paling terkenal di Kirimati ialah Pulau Nanaba. Pulau ini turut unik kerana menjadi tempat pertama di bumi yang menerima sinar matahari. Malah di kepulauan ini juga turut diadakan Festival Hari Yap (Yap Day Festival) yang begitu dikenali dunia yang diadakan setiap Mac. Ia seperti festival tarian kerana masyarakatnya akan menari sambil memakai baju tradisional mereka.
Kepulauan Marshall – Selain Kiribati, Kepulauan Marshall juga antara negara yang dilaporkan tiada kes corona virus. Ia terletak di Kepulauan Pacific di bahagian Barat bersempadan dengan Nauru dan Kiribati di sebelah Selatan.
Micronesia – Negara ini juga belum ada catatan kes COVID-19. Micronesia terletak berdekatan dengan Nauru, Kiribati dan Kepulauan Marshall di Lautan Pacific.
Nauru – Sebuah negeri kecil yang terletak di Kepulauan Pacific. Negara ini hanya memiliki keluasan 21 kilometer persegi dengan penduduknya seramai 10,000 orang. Hingga kini tiada kes COVID-19 dicatatkan di negara kecil ini.
Korea Utara – Satu-satunya negara di Asia yang belum ada kes COVID-19 adalah Korea Utara. Namun ada isu mengenai hal ini di mana seorang Profesor dari Johns Hopkins University di Amerika Syarikat iaitu Prof W Courtland Robinson mengakui ia agak curiga dengan tiada kes dilaporkan. Ini kerana negara ini terletak berdekatan dengan China, jadi adalah agak musykil tiada kes dilaporkan langsung.
Pulau Palau – Negara ini terletak di Lautan Pacific. Letaknya tiada jauh dari Papua Barat dan Maluku Utara serta Filipina. Sangat terkenal sebagai destinasi pelancongan iaitu Danau Ubur-Ubur, belum ada kes dilaporkan di negara ini lagi.
Samoa – Negara ini terletak di Lautan Pacific yang terdiri dari dua pulau utama dan tujuh pulau kecil. Dua pulau utama adalah Sava’I dan Upolu dan ibu kotanya adalah Apia. Samoa termasuk dalam negara yang mempunyai wilayah terkecil di dunia, agak dekat dengan Hawaii.
Kepulauan Solomon – Juga terletak di Lautan Pacific di bahagian Timur bersebelahan dengan Papau New Guinea.
Tonga – Tonga merupakan negara yang tidak berdaulat Polinesia yang berbentuk negara kepulauan yang terdiri dari 177 pulau yang luasnya hanya 750 kilometer persegi. Pulau ini terletak di Lautan Pacific selatan.
Turmenistan – Antara negara yang tiada kes COVID-19 dicatatkan. Langkah pencegahan awal dilakukan termasuk larangan perjalanan, membasmi kuman dan penyebaran bahaya virus ini kepada masyarakatnya dengan pantas membuatkan antara yang masih selamat.
Tuvalu – Negara kecil ini terletak di Lautan Pacific. Sama berjiran dengan negara di atas seperti Naulu, Kiribati dan lain lagi.
Vanuatu – Ini juga negara yang selamat dari COVID-19. Mereka mengamalkan penguncian dari awal wabak ini dikesan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...