Majoriti masyarakat Malaysia yang tidak terlibat dengan bencana banjir atau keadaan pasca-bencana pada hujung minggu ini pastinya memilih untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga bersempena cuti perayaan Hari Natal.

Tidak sangka, bintang Hollywood kelahiran Ipoh, Perak iaitu Tan Sri Michelle Yeoh memilih untuk turun padang bagi menghulurkan bantuan di salah satu lokasi bencana banjir!

TS Michelle Yeoh Luang Cuti Krismas Turun Padang Ke Taman Sri MudaTS Michelle Yeoh Luang Cuti Krismas Turun Padang Ke Taman Sri Muda

TS Michelle Yeoh Luang Cuti Krismas Turun Padang Ke Taman Sri Muda

IKLAN

Jujurnya, tiada siapa menyangka pelakon Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings itu kini berada di Malaysia untuk menghabiskan masa akhir tahun bersama ahli keluarganya. Ini setelah beliau sudah lama tidak dapat berbuat demikian sepanjang tahun 2021 dek pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Bukan hanya beliau pulang ke Malaysia di musim perayaan kali ini. Michelle juga mengejutkan ramai pihak apabila berada di kawasan Sekolah Kebangsaan Taman Sri Muda 2 Shah Alam, Selangor dan menghabiskan cuti Hari Krismas beliau dalam kerja-kerja pembersihan pasca banjir.

Turut kelihatan ada bersama beliau ialah ‘taicoon’ serta usahawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan dan Jeneral Tentera Udara Diraja Malaysia, Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi Buang.

IKLAN

TS Michelle Yeoh Luang Cuti Krismas Turun Padang Ke Taman Sri MudaTS Michelle Yeoh Luang Cuti Krismas Turun Padang Ke Taman Sri Muda

TS Michelle Yeoh Luang Cuti Krismas Turun Padang Ke Taman Sri Muda
Umum mengetahui, Taman Sri Muda merupakan salah satu lokasi di Selangor yang teruk terkesan akibat bencana banjir kali ini. Tambah menyedihkan apabila kebanyakan penduduk di situ terpaksa menyelamatkan diri di atas bumbung selama dua hari sebelum bantuan hadir.

Secara tidak langsung, Michelle telah menunjukkan bahawa semua pihak tanpa mengira status dan peringkat umur terkesan dengan tragedi yang berlaku ini.

“Ini semangat Krismas yang sebenar. Terima kasih kepada semua.”

“Saya amat terharu melihat orang ramai yang ada bersama-sama di sini tanpa mengira agama, bangsa dan warganegara. Mereka semua turun membantu mangsa banjir.”

Menurut laporan, dua orang personaliti itu turut disertai oleh pasukan 502 Askar Wataniah di bawah Divisyen Ke-4 Infantri Malaysia (4 Div), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Yayasan Taiwan Buddhist Tzu-Chi Malaysia.

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN : “Tak Dapat Bagi Duit, Bagi Tenaga,” – Nabila Razali Kongsi Pengalaman Cuci Rumah Mangsa Banjir – REMAJA

Ini bukanlah kali pertama Michelle dilihat menyertai misi kemanusiaan seperti ini bersama-sama rakyat Malaysia. Pada tahun 2018, beliau pernah turun padang ke Hospital Medan Malaysia yang terletak di Cox’s Bazar, Bangladesh sewaktu isu pelarian Rohingya memuncak di sana.

BACA LAGI : Belia India Bantu Bersihkan Kawasan Masjid Bukti #RakyatJagaRakyat – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI