Ads
Home Gaya Hidup Trend S-Line : PU Syed Tegur Trend Dedah Aib – “Allah Dah...

Trend S-Line : PU Syed Tegur Trend Dedah Aib – “Allah Dah Tutup, Kenapa Nak Buka?

Media sosial hari ini bukan sekadar platform untuk bersosial atau mengekspresikan diri, malah telah menjadi tempat di mana segelintir individu tanpa segan silu mendedahkan hal-hal peribadi yang sepatutnya disimpan sebagai aib. Terbaharu, muncul satu trend dikenali sebagai ‘S-Line’ yang mula menular dalam kalangan anak muda Malaysia, khususnya di TikTok dan ia menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

Trend ini dipercayai berpunca daripada pengaruh sebuah drama Korea adaptasi Webtoon bertajuk S-Line, yang memaparkan watak seorang pelajar sekolah menengah memiliki kebolehan melihat ‘garis merah’ di atas kepala individu lain. Garisan itu dikatakan sebagai simbol jumlah pasangan seksual seseorang semakin banyak garisan, semakin tinggi ‘pengalaman’ individu tersebut.

Trend S-Line : PU Syed Tegur Trend Dedah Aib – “Allah Dah Tutup, Kenapa Nak Buka?

Akibat terpengaruh dengan naratif itu, remaja di Malaysia mula memuat naik gambar mereka dengan garisan simbolik tersebut, seolah-olah berbangga dengan pengalaman silam yang bersifat peribadi bahkan berdosa menurut ajaran Islam.

Tindakan ini mendapat teguran tegas daripada pendakwah bebas terkenal, PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak. Dalam satu hantaran Instagram, beliau meluahkan rasa kecewa dan risau terhadap trend yang disifatkannya sebagai tindakan membuka aib sendiri secara terang-terangan.

“Sekarang telah wujud trend dedah aib sendiri dalam kalangan anak muda. Mereka meletakkan garisan-garisan di atas gambar mereka, seolah-olah bangga dengan perbuatan silam atau bangga meniru sesuatu yang mengaibkan. Ini sangat membimbangkan,” tulis PU Syed.

Aib Bukan Untuk Didedahkan

Menurut beliau, Islam menekankan kepentingan menjaga maruah dan aib, baik diri sendiri mahupun orang lain. Perbuatan mendedahkan dosa silam secara sukarela bukan sahaja merosakkan imej diri dan keluarga, malah boleh membawa kepada fitnah terhadap agama itu sendiri.

Ads

“Aib adalah sesuatu yang kita tidak mahu diketahui oleh orang lain. Malangnya, hari ini ia dijadikan konten di media sosial. Ini bukan jujur, ini bodoh namanya,” tegas beliau.

Trend S-Line : PU Syed Tegur Trend Dedah Aib – “Allah Dah Tutup, Kenapa Nak Buka?

Islam amat menekankan sifat malu dan menegah umatnya daripada menghebahkan dosa yang pernah dilakukan. Sabda Nabi Muhammad SAW: “Jika kamu tidak malu, lakukanlah apa yang kamu mahu.” Hadis ini jelas menggambarkan bahawa ketiadaan rasa malu adalah petanda awal kepada keruntuhan akhlak seseorang.

PU Syed turut memberi peringatan bahawa pengakuan terbuka terhadap dosa seperti zina boleh membawa implikasi berat dalam undang-undang syariah Islam, termasuk hukuman sebat atau rejam jika dilaksanakan hukum hudud.

Ads

“Allah telah tutup aib kita, kenapa pula kita sendiri mahu dedahkannya? Jika benar pernah terlanjur, segeralah bertaubat. Taubat itu rahsia antara hamba dan Tuhan, bukan untuk dikongsi dengan orang lain atas nama trend.”

Bertaubat, Bukan Berbangga

Setiap insan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, dan Islam mengiktiraf ruang untuk taubat dan perubahan. Namun, proses perubahan itu tidak seharusnya disertai dengan pendedahan dosa-dosa lama yang hanya mengundang persepsi negatif.

PU Syed mengakhiri nasihatnya dengan harapan agar remaja hari ini lebih berhati-hati dalam menggunakan media sosial, serta kembali kepada nilai-nilai Islam yang menekankan penjagaan maruah, rasa malu dan taubat.

“Macam-macam trend buruk dijadikan ikutan. Ini sangat membimbangkan. Semoga Allah selamatkan kita dan keturunan kita daripada melakukan perkara-perkara yang menyalahi syarak.”

Ads

Ingatlah wahai remaja, maruah bukan untuk dijadikan bahan kandungan. Jika pernah tersilap, kembalilah kepada Allah kerana Dia Maha Pengampun. Tapi jangan sesekali menjadikan dosa sebagai hiburan. Allah dah tutup, kenapa kita sendiri yang mahu buka?

Sumber: IG PU Syed

BACA LAGI : Trend Gambar Kartun AI, Ini Kata Ustaz Azhar Idrus & Jabatan Mufti Selangor

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads