Sudah menjadi budaya masyarakat di China apabila seorang wanita yang berpendidikan namun tidak berkahwin untuk digelar sebagai Sheng Nu atau Leftover Women. Gelaran ini jelas menggambarkan kedudukan seorang wanita yang kononnya tidak laku dan menjatuhkan maruah keluarga.
Foto Via Pinterest
Namun, kini ramai wanita di China cuba melawan stigma tersebut. Baru-baru ini, terdapat banyak muat naik wanita menunjukkan kehidupan mereka yang mewah dan glamor di media sosial, bukan hanya untuk Show-off, tetapi menunjukkan bahawa menjadi bujang pada usia yang matang bukanlah pengakhiran dunia.
“Bagaimana kehidupan seorang wanita berusia 40 tahun yang belum berkahwin dan tidak mempunyai anak?” seorang wanita dengan nama akaun Mini dalam muat naik foto di Xiaohongshu, media sosial ala Instagram.
Foto: Xiaohongshu/Mini Via Insider
“Umur 41, belum berkahwin, dan tidak mempunyai anak. Bergaya hari-hari,” tulis akaun lain yang turut memuat naik foto dirinya berpakaian kemas sambil membawa beg keluaran jenama mewah.
Keputusan mereka ‘show off gaya mewah’ di media sosial kerana ingin menunjukkan bahawa kini status perkahwinan tidak terlalu penting. Perkara yang paling penting ialah menjadi individu yang berkuasa dan berkelayakan.
Ads
“Saya mahu menjadi sumber inspirasi untuk wanita bujang lain,” kata Mini seperti dilaporkan Insider.
Mini bukan satu-satunya wanita yang mempunyai pemikiran itu. Semakin ramai wanita di China menggunakan media sosial untuk menunjukkan bahawa mereka masih boleh hidup dan bergembira walaupun mereka tidak lagi muda dan belum berkahwin.
Trend ini juga menunjukkan bahawa terdapat perubahan dalam pandangan dalam mendefinisikan wanita berjaya, walaupun belum dalam majoriti. Bagi mereka, kejayaan tidak diukur dengan mempunyai suami atau tidak.
Ads
Berdasarkan laporan Accenture, sebuah syarikat perkhidmatan pelaburan, wanita Cina berusia 20 hingga 60 tahun mempunyai kuasa beli yang cukup tinggi sehingga berbilion Ringgit setahun. Kuasa beli yang tinggi menyebabkan semakin ramai wanita di negara itu mempertimbangkan semula laluan hidup pilihan mereka, terutamanya pemikiran tradisional untuk berkahwin dan mendirikan rumah tangga.
Untuk info, idea Sheng Nu pada mulanya digunakan untuk menggelar wanita yang kaya, berdikari dan mempunyai kerjaya yang baik. Namun di China, gelaran ini tidak memberikan maksud positif seperti yang disangka.
Tidak kiralah betapa berjayanya seseorang wanita itu, berapa tinggi sekalipun gajinya, wanita Sheng Nu ini tetap dilabel sebagai orang yang gagal hanya kerana tidak menjadi isteri orang!
Ads
Ibarat melumurkan garam pada luka, kebanyakan ibu bapa wanita ini juga terus-terusan mendesak anak perempuan mereka untuk mencari suami secepat mungkin demi menjaga maruah keluarga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Stor sukan terbesar di Malaysia, Al-Ikhsan telahpun berada dalam industri sukan negara sejak tahun 1993 lagi.
Dengan 130 buah stor buat masa ini, tidak hairanlah apabila kebanyakan daripada jersi bola sepak pasukan tempatan bagi musim 2021 boleh didapati di Al Ikhsan.
Sebelum musim terbaru liga bola sepak bermula, beberapa pasukan bola sepak sudahpun melancarkan rekaan jersi baharu masing-masing. Jom tengok siapakah di antara mereka?
.
Terengganu FC
Menerusi jenama AL, Al Ikhsan Sports Sdn Bhd bertindak untuk menaja kit jersi kelab bola sepak Terengganu FC untuk musim 2021. Sebagai salah sebuah kelab paling menonjol buat masa ini terutamanya dalam Liga Super Malaysia, semakin kuat sokongan peminat Terengganu kepada pasukan negeri mereka ini.
Jersi musim ini diinspirasikan daripada era 80-an dengan konsep minimalis. Ia masih mengekalkan warna signature hitam dan putih dan menggunakan kain polyester mikrofiber dengan teknologi Smart Dry untuk menghasilkan jersi ini.
Harga: RM99.00
Boleh didapati dari: Football Republic & laman web
.
.
Melaka United FC
Turut menerima penajaan rasmi daripada AL ialah pasukan bola sepak Melaka United (MUFC). Pasukan yang terkenal dengan panggilan Hang Tuah ini semakin konsisten dari segi prestasi dan sokongan peminat.
Jersi kali ini memilih warna hijau fluorescent sebagai simbolik perubahan status pasukan MUFC daripada Persatuan (Football Association) kepada Kelab (Football Club). Jersi ini mempunyai rekaan piksel dan turut menggunakan teknologi Smart Dry yang berfungsi mengeluarkan peluh dengan pantas.
Harga: RM99.00
Boleh didapati dari: Football Republic & laman web
.
.
Kelantan United FC
Pasukan ‘The Green Deers’ ini bertuah apabila menerima tajaan oleh jenama UMBRO, iaitu satu jenama yang dibawa secara eksklusif oleh Al-Ikhsan Sports di Malaysia. Setelah beraksi cemerlang dalam liga M3 dan dinobatkan sebagai juara, Kelantan United FC kini berpeluang untuk bersaing dalam Liga Perdana yang dianjurkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).
Harga: RM119.90
Boleh didapati dari: Football Republic, cawangan Al-Ikhsan seluruh Kelantan & laman web
.
.
Kedah Darul Aman FC
Akhir sekali, pasukan Kedah Darul Aman FC tampil dengan rekaan jersi baharu yang menerima tajaan hasil kerjasama Lotto Malaysia, Prestige Sports Sdn Bhd dan Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd bagi versi Home dan Away. Selain itu, mereka juga menerima tajaan daripada Widad Langkasuka.
Kedua-dua jersi akan digunakan untuk saingan Liga Malaysia, Piala Malaysia dan Piala AFC bagi musim 2021.
Tambah menarik lagi apabila pasukan Kedah Darul Aman FC juga menerima tajaan selama setahn daripada Cosmic Express untuk pengangkutan rasmi mereka ke semua venue perlawanan di seluruh Malaysia.
Sudah menjadi kebiasaan kita menggunakan minyak masak berulang kali kerana menganggap ia masih selamat digunakan, selain dapat menjimatkan wang. Kadang kala, minyak masak untuk digoreng akan digunakan sehingga hitam, barulah kita menukar dengan minyak masak yang baru.
Tambah pula, dengan kenaikan harga minyak masak yang melampau hari ini, pastinya ramai yang cuba sehabis baik untuk berjimat dengan menggunakan minyak masak berulang kali.
Namun begitu, penggunaan semula minyak masak adalah tidak baik sama sekali. Semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak. Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut. Ini merupakan bahan bahaya penyebab kanser.
Radikal bebas yang dihasilkan akan menyebabkan radang dalam tubuh. Keradangan ini menyebabkan penyakit jantung, stroke, masalah kegemukan dan kencing manis. Malah, kalau korang perasan selepas makan makanan bergoreng (yang menggunakan minyak masak berulang, tekak akan berasa perit dan pedih. Ini adalah kerana keadaan berasid minyak masak terpakai.
Oleh itu, jika boleh elakkan penggunaan minyak masak lebih daripada tiga kali. Antara risiko-risiko menggunakan minyak masak berulang kali adalah seperti berikut:
Hasilkan radikal bebas yang menyebabkan radang
Penyakit jantung
Kolesterol meningkat
Risiko kanser
Pembentukan lemak-trans
Salur darah tersumbat (atherosclerosis)
Penyakit alzheimer, parkinson
Untuk info, Minyak terpakai boleh di jual atau di proses untuk menjadi lilin, sabun atau bahan bahan lain. Jadi, gunakan dengan sebaik mungkin okay?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekitar lewat 1990-an hingga pertengahan 2000-an, anda pasti cukup kenal dengan personaliti televisyen popular, Steve Irwin.
Terkenal menerusi rancangan televisyen The Crocodile Hunter, Steve yang merupakan seorang ahli zoologi meninggal dunia pada tahun 2007 akibat tikaman diserang ikan pari ketika melakukan penggambaran.
Kejadian malang itu berlaku di kawasan terumbu karang besar Australia. Kematian beliau mengejutkan para peminat dan juga pencinta haiwan seluruh dunia. Legasi yang ditinggalkan beliau cukup membwa impak sehinggakan satu asteroid telah dinamakan sempena memperingati personaliti popular ini.
Bersama ibu dan kakaknya.Ketika kecil bersama mendiang ayahnya.
Selepas kematian Steve Irwin, isteri dan dua orang anak mereka meneruskan legasi tersebut.
Anak terunanya, Robert Irwin kini berusia 18 tahun dan saling tidak tumpah seperti ayahnya. Dilahirkan pada tahun 2003, Robert bersama-sama ibunya, Terri Irwin dan kakaknya, Bindi Irwin kini meneruskan kerjaya di Zoo Australia yang telah diasaskan oleh datuk mereka, Bob Irwin.
Robert yang merupakan bintang muda dalam dunia zoologi memiliki rancangan kendalian sendiri di saluran Animal Planet. Dia juga kerap diundang ke rancangan bual bicara terkenal seperti The Tonight Show with Jimmy Fallon untuk mendidik mengenai haiwan-haiwan eksotik.
Gambar yang diambil menggunakan dron ini membawa tuah kepada Robert.
Selain berminat dalam dunia penjagaan dan pemuliharaan haiwan, Robert juga merupakan seorang jurugambar berbakat.
Buktinya, dia pernah memenangi anugerah Wildlife Photographer of The Year People’s Choice Award menerusi gambar berjudul ‘A Line of Fire’ yang diambilnya ketika kebakaran hutan di Australia tahun lalu.
Dalam satu hantaran di akaun Instagram, remaja kacak ini berkata, “Sangat mengagumkan apabila anda berupaya mencari minat anda, dan bagi saya perkara tersebut adalah fotografi.
“Saya sangat berharap dapat memberi inspirasi kepada satu perubahan positif di planet ini dengan berkongsi dunia semula jadi yang indah menggunakan kamera dan menggalakkan orang lain untuk bersama melakukan perubahan.”