Kita sedang hidup di dunia yang mana wanita dan lelaki tiada lagi halangan untuk berjaya dalam kehidupan. Setiap individu memiliki peluang yang sama untuk menjadi orang yang penting dalam masyarakat. Namun kelmarin tular sebuah video tentang kenyataan Prof Muhaya mengenai isu ‘kenapa wanita lambat dapat jodoh?’.
Menerusi video tersebut dia yang merupakan seorang ahli motivasi dan juga pakar mata berkata, “Kita wanita menghormati lelaki kekuatan mereka sebagai ketua, orang laki-laki walau bagaimana dia tetap imam kita. Kalau solat kita pangkat besar macammanapun, kalau kat ofis kita ada seorang pekerja am dan seorang CEO perempuan, bila berimam siapa di depan?
weh wtf is this did she really say kita kena jadi bodoh baru laki suka kalau tak lambat kahwin?????? If women are too independent we would have high testosterone? I would rather be single if my stupidity attracts my future spouse??? pic.twitter.com/rJiI1dXcYP
“Masih yang laki-laki itu, so orang perempuan walau macam mana uols please mesti kita celebrate apa yang Allah beri tentang kempimpinan lelaki. Sebab itulah imam lelaki, nabi-nabi pun lelaki, so we have jangan sibuk nak liberate nak berdiri sama-sama lelaki. No, nanti you punya sibuk nak buat apa-apa lelaki buat testosterone meningkat dan bagi siapa belum kahwin lambatlah jodoh.
“Siapa tinggi testosterone asyik nak drive, nak achieve, nak independent, haa memanglah. Orang laki-laki suka perempuan lembut-lembut high estrogen, mengharapkan perlu ditolong biarlah macam bodoh-bodoh sikit, kan boleh lah. Pada siapa yang lambat jodoh tengok karakter anda bagaimana.”
Ads
Dalam tinjauan Remaja ke laman Instagram Prof Muhaya, video tersebut masih lagi ada disiarkan di laman Instagramnya. Rakaman tersebut sudah menjadi tular dan dibahaskan oleh warganet termasuklah individu ternama seperti Dr. Amalina Che Bakri.
.
Ads
Dalam kenyataan di laman Twitternya, wanita berusia 34 tahun itu berkata, “Saya minta maaf, tetapi ibu saya tidak membesarkan saya untuk menjadi bodoh-bodoh sikit di depan lelaki supaya saya boleh bertemu jodoh. Anda memberikan mesej yang salah kepada wanita muda. Wanita tidak seharusnya merendahkan tahap intelektual mereka hanya kerana untuk menarik perhatian lelaki.”
Selain Dr. Amalina, Prof. Dr Adeeba Kamarulzaman yang merupakan seorang figura terkenal dalam bidang kesihatan di Malaysia turut menyuarakan pendapatnya, “Ini merupakan kali kedua hari ini saya hilang kata-kata. Agaknya kita perlu menghantar beberapa bacaan yang bagus kepada Prof tentang bagaimana memperkasakan wanita dan perempuan adalah kunci kepada transformasi sosial dan pembangunan ekonomi, antara lainya.”
Pada pandangan penulis, isu wanita yang tidak boleh menjadi terlalu dominan tidak lagi menjadi satu isu di dalam dunia yang semakin maju kini. Setinggi mana wanita itu mencapai kejayaan, tidak kiralah di dalam perniagaan dan juga kerjaya mereka pasti tahu yang akhirnya suami, ayah, abang dan orang lelaki mereka adalah imam dalam melakukan ibadah solat. Mereka tetap ketua dalam keluarga, pendapat Prof Muhaya yang tentang perkara ini ada benarnya. Namun apabila menyentuh isu menjadi bodoh-bodoh, itu yang menjadikan ramai warganet meluahkan kemarahan.
Isteri Rasulullah SAW, Saidatina Khadijah sendiri merupakan seorang ahli perniagaan berjaya sebelum bertemu jodoh dengan Rasulullah SAW. Harta kekayaan yang dimiliki bukanlah menjadi penghalang untuk menghormati suaminya bahkan digunakan untuk pembangunan agama membantu suaminya.
Jadi untuk pembaca Remaja yang perempuan terutamanya, jangan pernah membodohkan diri anda untuk seorang lelaki. Jodoh dan ketentuan semuanya berada di tangan Allah SWT, InsyaAllah. Capailah kejayaan yang anda inginkan untuk membantu keluarga dan juga memberi kesan positif kepada masyarakat. Kalau sudah berjaya jangan pula menjadi seseorang yang penuh dengan ego.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam viral di media sosial apabila seorang pengguna mendakwa sinusnya menjadi kronik apabila dia yang merupakan penggemar Milo dimaklumkan oleh doktor yang merawatnya bahawa air tersebut antara punca sinusnya merebak.
Jika sebelum ini minuman malt coklat ini pernah tular kerana dikatakan mengandungi 30 peratus gula dan tidak baik untuk kesihatan, kali ini minuman kegemaran ini sekali lagi menjadi “popular” dalam erti kata menjadi viral kerana tiada siapa menyangka bahawa Milo adalah punca sinus menjadi lebih kronik.
Dapatkan promosi milo di sini. Gunakan kod promo ini untuk harga istimewa.
Yalah, dari kecil dah bergelen-gelen masuk perut terutama Milo ais yang sedap, sudah tentu isu ini mendapat perhatian masyarakat yang mungkin terkeliru dengan kejadian ini. Disebabkan isu Milo ini, seorang doktor dari ENT (hidung, telinga dan tekak), Dr Ezairy M. Sallih telah menulis di fbnya memaklumkan bahawa MILO TIDAK SALAH.
Baca penerangannya kerana menurut Dr Ezairy, masalah sinus ini boleh jadi banyak punca tetapi satu darinya adalah alahan.
MILO TAK SALAH
Betulkah pesakit sinusitis tidak boleh langsung mengambil MILO sepanjang hidup mereka? Perlu dibuang daripada hidup mereka ke?
TIDAK.
Sinusitis boleh berlaku disebabkan oleh banyak sebab. Beberapa punca alahan atau allergen memang perlu dielak oleh pesakit resdung.
Makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit resdung sebahagian besarnya bergantung kepada pesakit itu sendiri.
Apabila seseorang mengalami jangkitan sinus yang akut, mereka perlu menjauhi beberapa perkara. Ini bergantung kepada pesakit sendiri. Umumnya makanan dan minuman seperti alkohol, coklat, produk tenusu, gula dan seumpamanya perlu dikurangkan sehingga jangkitan telah berlalu selepas beberapa minggu. Ini kerana jenis makanan ini boleh membantu meningkatkan pengeluaran lendir yang mengakibatkan keadaan sinus yang berpanjangan.
Jika masalah sinus adalah kronik, orang yang dijangkiti perlu mengelakkan jenis makanan untuk tempoh yang lebih lama atau bahkan mengelakkan pengambilan untuk sepanjang hidup mereka untuk mengurangkan kesan jangkitan sinus yang serius, berulang. Ia seperti makanan laut seperti udang, ketam, sotong, sesetengah ikan, ayam dan telur.
Perlu diingatkan. TIDAK semua pesakit akan mengalami alahan pada jenis makanan yang sama.
Ada pesakit menjadi teruk resdungnya apabila terdedah kepada habuk. Ada tak boleh kena pada aircond. Ada pula alah pada sotong. Ada pula yang tak ada masalah pada ikan, ayam dan coklat. Setiap kita tak sama.
Ubah paradigma dan pemahaman kita. Pak Mail tak boleh makan udang, tak semestinya Pak Atan tak boleh juga. Mereka sama, tapi mungkin tak serupa.
Gantung The Series pernah mencipta fenomena apabila kemunculan siri ini mendapat sambutan yang luar biasa daripada bukan hanya peminat di Malaysia, malah ia juga turut menjadi bualan di negara jiran, Indonesia.
Gibbs, Ray, KJ dan Troll adalah geng Musketeer yang berjaya menambat hati penonton dan seterusnya membuatkan peminat ternanti-nanti akan kesinambungan siri yang diadapatasi daripada novel best seller hasil nukilan Nadia Khan.
Remaja sempat menemubual Nadia kerana melihat wanita ini gigih mempromosikan crowdfunding Gantung The Movie di laman media sosialnya.
“Sejujurnya saya agak kecewa dan hampir berputus asa kerana sudah terlalu lama niat untuk meneruskan pembikinan bagi Gantung The Movie tertangguh disebabkan tidak mempunyai dana yang mencukupi. Setelah berbincang dengan pelbagai pihak produksi dan stesen televisyen, namun hasilnya masih menghampakan,”
“Sehinggalah hujung tahun lalu, saya mendapat idea untuk membuat crowfunding bagi merealisasikan Gantung The Movie pada tahun 2020. Dan pada 25 Januari yang lepas, setelah berbincang dengan para pelakon dan beberapa orang kru, crowfunding Gantung The Movie sudah pun dilancarkan. Alhamdulillah setakat ini kami berjaya mengumpul RM20,000,” jelas Nadia.
Bagi korang yang ingin menyumbang, ada beberapa pakej yang ditawarkan termasuklah seperti yang dikongsi dalam laman twitternya.
Pakej 1 & 2
Pakej 3
Pakej 4
Pakej 5
Pakej akan datang
Okay ada banyak cara untuk korang contribute dalam Gantung The Movie ni sebenarnya. Menurut Nadia lagi, mereka memerlukan sekitar RM250 ribu hingga RM300 ribu untuk menjayakan siri terbaru Gantung.
“Kami akan mula menjalankan penggambaran sekitar Ogos nanti dan insyaAllah barisan pelakon lama masih akan dikekalkan. Gantung The Movie ini juga akan ditayangkan di YouTube kerana kami ingin semua orang boleh menonton secara tidak terhad,” tambahnya lagi.
Good luck kami ucapkan buat Nadia dan team produksinya. Semoga impian mereka untuk merealisasikan Gantung The Movie akan terlaksana.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bermula minggu ini dijangkakan mungkin korang akan bersiap sedia untuk balik ke kampung halaman menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh tak sampai 10 hari lagi.
Dan pada musim perayaan inilah setiap tahun kita mendengar tragedi kemalangan jalan raya yang cukup menyayat hati. Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan kemalangan tetapi punca yang paling tinggi adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri.
Foto Via Utusan
Rentetan itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong mengumumkan pada pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu sempena sambutan Aidilfitri bahawa lima kesalahan lalu lintas ini tidak dibenarkan untuk dikompaun sempena musim perayaan tahun ini sebaliknya ia perlu diselesaikan di mahkamah.
Antaranya :
1. Memandu di lorong kecemasan 2. Menggunakan telefon bimbit semasa memandu 3. Gagal mematuhi lampu isyarat merah 4. Memotong barisan 5. Memandu melebihi had laju
Metik laporan Bernama, tambah beliau lagi, perintah larangan pemanduan kenderaan barangan akan dilaksanakan tiga hari sebelum dan dua hari selepas hari raya Aidilfitri iaitu pada 30 April hingga 2 Mei, serta 7 dan 8 Mei.
Selain mengelakkan kesesakan lalu lintas, Ka Siong menjelaskan larangan ini bertujuan untuk mengelakkan risiko nahas jalan raya berpunca daripada percampuran aliran trafik yang melibatkan kenderaan berat dan ringan.
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan 2,200 anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terlibat dalam Ops Hari Raya Aidilfitri merangkumi kaedah penyamaran sebagai penumpang bas ekspres dan pemantauan melalui stesen penguatkuasaan (EBS) di 14 lokasi tumpuan sepanjang lebuh raya.
Untuk memastikan bas ekspres sentiasa layak dipandu di atas jalan raya, Menteri Pengangkutan itu turut berkata pemeriksaan bas ekspres menerusi Pra Ops Hari Raya akan berlangsung selama tiga hari iaitu 25 sehingga 28 April di 75 depoh dan 28 terminal bas utama di seluruh negara.
Jadi, memandulah dengan berhemah kalau tak mahu di saman dan sampai ke kampung dengan selamat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!