Suasana pilu menyelubungi kawasan Sungai Korok di Jalan Datuk Kumbar pagi Isnin apabila satu tragedi menyayat hati meragut enam nyawa sekeluarga selepas kenderaan dinaiki mereka ditemui tenggelam di dasar sungai itu.
Kenderaan jenis Perodua Alza yang dipercayai dinaiki sepasang suami isteri bersama empat anak mereka, termasuk seorang bayi berusia enam bulan, dikesan berada kira-kira 30 meter dari tebing sungai oleh pasukan penyelamat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Shukri Ibrahim, operasi mengeluarkan mangsa dijalankan dengan penuh cermat bagi memastikan keselamatan pasukan penyelamat serta menjaga maruah mangsa.
“Setakat ini, beberapa mangsa berjaya dibawa naik dan disahkan meninggal dunia. Usaha mengeluarkan baki mangsa dan kenderaan sedang giat diteruskan,” katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian.
Ads
Kehilangan Enam Sekeluarga Disedari Sejak Sabtu
Kisah kehilangan enam beranak ini mula mendapat perhatian selepas Sinar Harian melaporkan pasangan suami isteri, Mohd Azim Ezzat Ishak, 32, dan isterinya, Nurul Hidayah Khalijah Razman Effendy, 31, bersama empat anak mereka berusia antara enam bulan hingga sembilan tahun, dilaporkan hilang sejak Sabtu.
Menurut adik kepada Mohd Azim, Nur Adliah Shuhada, abangnya sekeluarga datang bermalam di rumahnya di Taman Aman, seperti kebiasaan, pada Jumaat lalu. Namun, keganjilan timbul apabila mereka tidak pulang ke rumah di Jerlun dan gagal dihubungi keesokan harinya.
“Kami cuba hubungi mereka berkali-kali tetapi telefon tidak dapat dihubungi. Mulanya kami ingat mereka singgah ke mana-mana, tapi apabila sampai malam masih tiada khabar berita, kami mula risau,” katanya dalam nada sebak.
Ads
Tular di Media Sosial
Penemuan tragis ini turut mendapat perhatian meluas di media sosial. Ramai netizen meluahkan rasa simpati serta mendoakan kekuatan buat ahli keluarga mangsa.
Majlis pengebumian dan proses pengesahan identiti mangsa dijangka dilakukan sebaik semua mayat berjaya dikeluarkan dan disahkan oleh pihak hospital.
Kami di Majalah Remaja mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga mangsa. Semoga mereka diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi ujian berat ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya secara rasminya melantik Dato’ Haji Rizalman bin Haji Ibrahim sebagai Profesor Adjung Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith untuk tempoh 3 tahun mulai 23 Oktober 2024.
Pengumuman tersebut dilakukan menerusi hantaran Instagram di beberapa akaun milik Kumpulan Syarikat Rizalman Ibrahim (RIC) pada hari ini.
Perlantikan ini sekaligus merupakan satu bentuk pengiktirafan buat Dato’ Rizalman oleh ahli akademia Institut Pengajian Tinggi di Malaysia yang memandang tinggi buah pemikiran bekas pereka fesyen berusia 53 tahun itu dalam mencetukan idea-idea baru di samping usaha beliau mencetuskan sinergi dengan pakar-pakar ilmuwan dalam pelbagai bidang termasuklah pengajian Al-Quran dan Al-Hadis.
Memetik kenyataan rasmi yang dikeluarkan, pengiktirafan ini juga adalah hasil daripada sokongan dana dan keprihatinan beliau dalam membantu pembangunan ummah dari aspek ekonomi dan rohani. Beliau juga kian dilihat aktif dalam mengusahakan projek-projek baharu yang dekat di hati ummah; baik di dalam mahupun di luar negara bersama beberapa rakan kolaborasi.
Contoh terbaru adalah kunjugan beliau ke Rumah Komuniti Malaysia (MCH) Liverpool, United Kingdom pada bulan September lepas bagi membantu penambahbaikan lokasi perhimpunan warga Malaysia itu setelah sekian lama berada dalam keadaan ‘lesu’ dan memerlukan usaha pemuliharaan.
Memahami keperluan tersebut, Dato’ Rizalman dan pasukannya di Yayasan Rizalman Ibrahim bertindak proaktif dan menyalurkan dana sebanyak RM500,000 melalui Dar Al Qari Resources yang diberikan tanggungjawab menyelia dan membantu kerja-kerja pembaikan bangunan setinggi tiga tingkat itu.
Dalam pada itu, beliau mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak Universiti Malaysa dan Jabatan Al-Quran dan Al-Hadis kerana mencalonkan beliau untuk memperkasakan ilmu kedua-dua cabang ilmu utama itu di Malaysia dan di institusi tersebut, khususnya.
Terdahulu, Dato’ Rizalman dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Akademi Kontemporari Islam (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang berkuat kuasa sejak 13 Ogos 2023 hingga 30 Julai 2025. Sebelum itu, beliau pernah dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah UiTM selama tiga tahun.
Terbaru, penyanyi, Taylor Swift mengumumkan pembatalan tiga (3) konsert di Vienna selepas pihak berkuasa mengumumkan penangkapan individu yang merancang untuk melancarkan serangan kepada penyanyi berkenaan.
Hal tersebut dimaklumkan oleh pihak penganjur, Barracuda Music dan menurut pihaknya Taylor dijadualkan beraksi di Stadium Ernst Happel, ibu negara Austria pada hari Khamis, Jumaat, dan Sabtu sebagai sebahagian daripada konsert jelajahnya.
Selain itu, Barracuda Music menerusi Instagram pada Rabu juga memberitahu, pihaknya tiada pilihan selain membatalkan tiga pertunjukan yang dijadualkan atas faktor keselamatan.
Pada 7 Ogos lalu, pihak berkuasa Austria mendedahkan telah menahan dua suspek ekstremis, salah seorang daripadanya didakwa merancang serangan ke atas acara di kawasan Vienna seperti konsert yang akan datang.
Suspek utama yang berusia 19 tahun itu ditahan di Ternitz, selatan Vienna sementara suspek kedua di ibu negara Austria itu.
Dalam pada itu, Pengarah Keselamatan Awam di Kementerian Dalam Negeri Austria, Franz Ruf berkata, pihak berkuasa telah menyedari ‘tindakan persediaan’ untuk kemungkinan serangan dan juga bahawa wujudnya sasaran oleh pelaku berusia 19 tahun terhadap konsert Taylor Swift di Vienna.
Menurutnya lagi, lelaki berusia 19 tahun itu juga telah mengangkat sumpah taat setia kepada kumpulan militan. Selain warga Austria itu dipercayai telah menjadi radikal di internet.
Sumber: Awani
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Malaysia SWITH, STAYC kata next visit diorang teringin nak pergi Kota Kinabalu! ✨ Agak-agak apa yang diorang nak buat kat sana eh?ℹ️ STAYC merupakan girlgrup Korea Selatan yang terdiri daripada 6 ahli di bawah High Up Entertainment. Kumpulan ini terkenal dengan konsep segar dan bertenaga serta lagu-lagu catchy seperti “So Bad”, “ASAP”, “Stereotype”, dan “RUN2U”.
#majalahremaja #remaja #remajamalaysia” />
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memilih rekaan baharu yang menampilkan corak belang Harimau ‘lebih garang’ untuk pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Menerusi laporan media tempatan, Presiden MOM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata perubahan itu dilakukan susulan maklum balas bercampur baur terhadap reka bentuk dan motif sebelum ini yang dilihat tidak menyerlah.
Beliau turut memaklumkan corak baharu yang dipilih berlatar belakangkan warna hitam dengan belang Harimau berwarna kuning lebih jelas dan besar pada sebelah hadapan dan belakang jaket.
Rekaan kali ini juga menonjolkan logo MOM dengan Jalur Gemilang dalam warna asli, berbanding logo MOM berwarna emas yang dipaparkan pada corak terdahulu.
“MOM berasakan bahawa reka corak baharu ini melambangkan semangat Harimau yang sudah menjadi identiti Kontinjen Malaysia sejak kali pertama ia diperkenalkan pada Temasya Sukan Asia Tenggara atau Sukan SEA di Manila pada 2005.
“Adalah menjadi harapan MOM mewakili pemegang taruh termasuk Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) agar semangat Harimau menjadi inspirasi untuk atlet negara ‘mengaum’ di kota Paris nanti,” katanya.
Selain itu, beliau memberitahu corak dan motif lebih terang itu diharapkan bukan sahaja menonjolkan identiti dan keseragaman kontinjen, malah yang lebih penting melambangkan keperkasaan, ketangkasan dan keberanian atlet untuk berjuang atas nama negara.
Sebelum ini, pakaian rasmi kontinjen Malaysia yang diperkenalkan baru-baru ini menerima kecaman hebat daripada masyarakat.
Malah, ada segelintir pengguna di media sosial turut menyalahkan Kementerian Belia dan Sukan kerana dikatakan membuat rekaan pakaian yang dilihat ketinggalan zaman dan buruk.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah wanita kerja mengemas ini tular selepas dia berjaya mengumpul RM4,000 dalam tiga minggu tanpa berhutang, hanya melalui kerja keras dan kejujuran.