Pelari Kedah, Mohd Arman Rosli meluahkan rasa syukur apabila memenangi pingat emas pada penampilan pertamanya dalam acara 1,500 meter (m) pada Para Sukan Malaysia (Para Sukma) 2024 di Stadium Sarawak pada Isnin.
Lebih menakjubkan atlet Kedah itu mengaku beliau tidak mempunyai sebarang pengalaman bertanding dan hanya menjalani latihan sebanyak dua kali sebelum ke Bumi Kenyalang selepas dipilih untuk mewakili negeri pada saat akhir.
“Saya menang berkat tolong mak jual kuih di kampung. Pingat ini untuk mak, saya tak pernah lari, tiada pengalaman, berlatih dua kali sahaja sebelum datang sini. Mak kata boleh menang kalau ada rezeki sebab tolong mak, saya tak sangka boleh menang.”
Kredit: Berita Harian
Pelari yang kini berusia 27 tahun itu menyifatkan kemenangannya itu merupakan ‘berkat’ membantu ibu menjual kuih dan nasi lemak di kampungnya di Sik, Kedah kerana dia sebelum ini tidak pernah menyertai mana-mana kejohanan di dalam mahupun luar negara.
“Saya nak jadi pomen (mekanik) ada sijil belajar, tapi mak seorang jual sarapan pagi, ayah sudah dua tahun meninggal semasa pandemik Covid-19, jadi saya tolong mak jual kuih,” katanya sambil menahan sebak selepas tamat acara di sini hari ini.
Ads
Terdahulu, Mohd Arman Rosli yang beraksi acara larian jarak sederhana 1,500m kategori T36 (kecacatan fizikal) merangkul pingat emas dengan catatan 6:16.84 saat (s) meninggalkan atlet Perak, Mahfudz Mahzan (6:26.38s) dan pelari tuan rumah, Mohd Hishamudin Razali (7:02.37s).
Sementara itu, Kedah turut mendominasi acara 1,500m lelaki T20 (kecacatan fizikal) menerusi Muhamad Nurdin Ibrahim dengan catatan 4:21.26s sekali gus memecah rekod temasya yang dicipta Muhamad Haqeem Mustaqim dari Perlis pada edisi 2018 di Perak.
Ads
Pingat perak dan gangsa masing-masing menjadi milik Mohd Fakrul Azimi Mohd Sukimi dari Kelantan (6:26.58s) dan Ku Muhammad Danish Syazwan Ku Harmizan dari Selangor (7:33.57s).
Muhamad Nurdin yang merupakan pemenang gangsa di Sukan Para ASEAN di Kemboja tahun lalu berkata berzikir sepanjang larian merupakan rahsia kejayaannya memperoleh emas hari ini.
Ads
“Saya memang tidak berhenti berzikir semasa berlari, saya jaga solat sebab itu merupakan kekuatan kita sebagai seorang Muslim, tapi pelari Kelantan tadi memang hebat, jadi untuk pastikan saya menang saya pecut tadi, sebab itulah saya boleh pecah rekod,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ternyata pandemik COVID-19 bukan saja mengakibatkan jangkitan masalah kesihatan serius tetapi juga membawa kesan ekonomi yang berpanjangan apabila banyak kawalan pergerakan terhad dilakukan di seluruh dunia.
Jika sebelum ini , di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama banyak syarikat besar mahupun mengalami kerugian dan ‘gulur tikar’. Kini PKP 2.0 menyaksikan dua syarikat automotif dunia, Toyota Motor (Toyota) dan Honda Motor (Honda) menutup sementara operasi di beberapa kilang di Malaysia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.
Sumber Gambar : Autonews.com
Melalui laporan Nikkei Asia, Toyota menghentikan dua kilang pemasangan pada Khamis lalu manakala Honda pula menangguhkan pengeluaran kenderaan membabitkan dua kilang pada Rabu lalu.
“Keputusan untuk membuka semula kilang Toyota akan diputuskan kemudian.
“Bagi kilang Honda pula, sebuah kilang membuat kenderaan dua roda manakala kilang lain menghasilkan kenderaan empat roda dan kilang itu merancang untuk menangguhkan operasi sehinga 26 Januari depan,” lapor portal berita berkenaan pada Jumaat.
Sumber Gambar : Autofreaks.com
Untuk info, Malaysia merupakan pengeluar kenderaan ketiga terbesar di Asia Tenggara, berada di belakang Thailand dan Indonesia. Kadar pengeluaran kenderaan bagi tempoh Januari-November tahun lalu turun sebanyak 19 peratus kepada kira-kira 430,000 kenderaan.
Hm, boleh tahan mencabar juga tahun 2021 walaupun baru bermula, tapi ingatlah satu perkara yang rezeki semua di tangan Tuhan. Selagi kita berusaha dan yakin akan pertolonganNya, insyaAllah ada rezeki buat kita nanti. Macam mana la nasib pekerja Honda dan Toyota ni…huhu
Berita baik buat yang belum kesempatan menonton filem ini, filem epik sejarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan akan ditayangkan di Netflix bermula 16 September ini. Perkara itu diumumkan oleh Netflix dalam satu video terbaharu di Youtube mereka.
Selain Mat Kilau, satu lagi filem yang bakal muncul bulan September dan turut mendapat sambutan adalah Thai Cave Resque. Filem ini diambil dari kisah sebenar tragedi sekumpulan pemain bola sepak yang terperangkap di dalam gua selepas gua tersebut dilanda banjir. Thai Cave Rescue boleh ditonton bermula 22 September 2022.
Foto Via Netflix
Antara filem dan siri terbaharu lain yang dilancarkan di laman penstriman Netflix bulan September ini adalah seperti Love In The Villa, Cobra Kai: Season 5, Fullmetal Alchemist The Final Alchemy dan Blonde.
Servis penstriman Netflix antara paling popular di dunia dengan pelbagai kandungan filem dan siri Original yang buat anda tak bosan ketika menonton. Dengan langganan serendah RM17 anda sudah boleh menonton semua kandungan Netflix di telefon pintar. Untuk pakej premium, anda perlu melanggan RM55 sebulan dengan kualiti video 4k+Ultra HD.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon cantik Korea Selatan, Seo Ji Hye baru-baru ini tular selepas kisahnya menyelamatkan seorang wanita daripada diganggu seorang lelaki mabuk di dalam kereta api pada tahun 2010, iaitu 14 tahun lalu.
Menurut laporan media Korea Selatan, Jihye (40) pada ketika itu baru sahaja selesai dari penggambaran untuk drama berjudul ‘Kim Soo Ro’ dan sedang menaiki kereta api Korea Train Express (KTX) untuk kembali ke Seoul.
Dia melihat seorang lelaki mabuk sedang mengganggu ketenteraman seorang wanita yang juga penumpang di platform kereta api KTX tersebut pantas bertindak menghampiri dan bertanya tentang apa yang sedang berlaku.
Wanita berkenaan memberitahu bahawa dia membantu lelaki itu menunjukkan arah jalan, walau bagaimanapun lelaki tersebut terus mengikutinya dan cuba mengacau sehingga ke stesen kereta api.
Dalam pada itu, Jihye langsung mendekati wanita itu dan naik ke kereta api bersama-sama untuk melindunginya. Namun, lelaki mabuk itu terus mengikuti mereka berdua dan memaksa wanita itu untuk memberikan nombor telefon.
Kredit: Soompi
Pelakon ‘Crash Landing On You’ dan ‘Adamas’ yang pada ketika itu tidak lagi dapat bertahan melihat lelaki mabuk yang terus mengganggu walaupun sudah diberikan amaran lisan kemudian terus menangkap lelaki itu secara fizikal dengan menggunakan kemahiran seni mempertahankan diri, Hapkido.
Difahamkan, Jihye menggunakan teknik balingan ‘mechigi’ terhadap lelaki mabuk berkenaan untuk menangkapnya. Menurut laporan, pelakon wanita itu memiliki tali pinggang hitam Hapkido tahap ke-4.
Kredit: Asia Pacific Self DefenceHapkido Belt Ranking
Beliau juga mengaku bahawa ketika berada dalam keadaan tersebut dia merasa takut tetapi cekal mengumpul keberanian untuk menyelamatkan wanita daripada menjadi mangsa lelaki tersebut.
Sekadar info, Seo Jihye memulakan kerjaya sebagai pelakon pada tahun 2003 dan terkenal menerusi filem seram ‘Voice’ pada tahun 2005. Dia juga turut membintangi K-Drama seperti 49 Days, Punch, Don’t Dare to Dream, Crash Landing on You, dan Red Balloon.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa terjadi apabila seorang pempengaruh glamor yang bertukar viral disebabkan kontroversi tiba-tiba 'menghilang' dan pulang ke kampung? Nak dijadikan cerita pula, pempengaruh itu tidak...