Malaysia hari ini menzahirkan penghormatan tertinggi kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila beliau menjadi pemimpin kelima negara yang disemadikan di bawah kubah Makam Pahlawan, Masjid Negara.
Sebagai Perdana Menteri Malaysia Kelima yang memegang tampuk pemerintahan dari tahun 2003 hingga 2009, Allahyarham menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam meneruskan agenda pembangunan negara.
Pemergian Allahyarham menyaksikan beliau kini sebaris dengan empat tokoh negara lain yang turut disemadikan di lokasi tersebut iaitu Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn dan Tun Abdul Ghafar Baba.
Ads
Untuk pengetahuan, kubah Makam Pahlawan hanya mempunyai tujuh ruang sahaja.
Makam Pahlawan yang terletak dalam pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur merupakan sebuah kawasan perkuburan khas yang dibina sebagai penghormatan buat pemimpin serta wira negara yang banyak berjasa semasa hayat mereka.
Ads
Uniknya, kawasan Masjid Negara dan Makam Pahlawan ini direka oleh arkitek dari Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) iaitu Howard Ashley, Hisham Al-Bakri dan Baharuddin Kassim – satu hasil seni bina penuh simbolik dan bersejarah.
Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027) bakal memberikan peluang kepada murid aliran perdana untuk mempelajari Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) sebagai subjek tambahan. Langkah ini dijangka menyokong pendidikan inklusif dan meningkatkan kefahaman terhadap golongan kurang upaya di peringkat sekolah.
Memetik laporan Bernama, Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh menjelaskan bahawa inisiatif ini melengkapkan usaha KPM sejak 2011 melalui subjek Bahasa Isyarat Komunikasi (BIK) dan Pendidikan Asas Individu Kurang Upaya Penglihatan (PAIKUP) dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK). Pelaksanaan BIM menerusi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) juga membolehkan murid berkeperluan pendidikan khas dan murid aliran perdana belajar bersama.
“Penyertaan daripada murid aliran perdana dapat meningkatkan kefahaman serta toleransi terhadap golongan orang kurang upaya,” katanya.
Menurut beliau, ini bukan sahaja membantu murid berinteraksi dengan rakan sekelas yang berkeperluan khas, malah memupuk persekitaran pembelajaran yang inklusif. Pada masa yang sama, ia turut menekankan bahawa KP2027 memberi peluang kepada murid aliran perdana di sekolah yang mempunyai kelas PPKI untuk mempelajari BIM sejak dari peringkat awal sekaligus membentuk masyarakat yang lebih peka dan memahami cabaran yang dihadapi oleh golongan OKU.
Sementara itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus memperluas usaha membantu kanak-kanak kurang upaya daripada keluarga berpendapatan rendah, termasuk sokongan kebajikan dan pendidikan sehingga mereka mencapai usia dewasa.
Difahamkan, usaha ini merangkumi lima keutamaan utama kerajaan seperti bantuan kewangan, pendidikan inklusif, pemulihan awal, latihan kemahiran, serta perlindungan dasar dan undang-undang.
Kredit foto: IG Hua Xia International School
“Kami mahu memastikan setiap kanak-kanak kurang upaya daripada keluarga miskin tidak ketinggalan dari segi pembangunan dan peluang pendidikan bermula dari alam kanak-kanak sehingga dewasa,” ujar Menteri KPWKM, Datuk Seri Nancy Shukri.
Selain itu, beliau juga menjelaskan bahawa pendidikan inklusif diperkasakan melalui Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan geran intervensi awal untuk TASKA OKU bagi memupuk kemahiran sosial murid. Dari segi pemulihan, Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) menyediakan latihan kemahiran asas dan aktiviti sosialisasi, lengkap dengan elaun bulanan RM300. Selain itu, pemegang kad OKU juga menikmati pengecualian yuran perubatan dan manfaat pengangkutan.
Sehubungan itu, semua inisiatif ini disusun berdasarkan Dasar OKU Negara dan Akta Orang Kurang Upaya 2008 untuk memastikan golongan OKU mendapat akses kepada pendidikan, peluang pekerjaan, perlindungan kebajikan, dan penyertaan dalam masyarakat. Intervensi awal serta jaringan sosial yang inklusif diharap menjadi jambatan kepada kanak-kanak kurang upaya untuk menghadapi alam dewasa dengan lebih yakin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mencadangkan supaya tempoh persekolahan di Malaysia ditamatkan pada usia 16 tahun. Langkah ini, katanya, bertujuan membolehkan golongan muda menyertai dunia pekerjaan lebih awal, selaras dengan realiti negara yang sedang menuju status negara menua.
Cadangan tersebut dikongsikan Rafizi menerusi satu hantaran di Facebook selepas beliau mengambil bahagian dalam perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat.
“Sekolah mesti berakhir lebih awal pada umur 16 tahun kerana kita negara menua, supaya anak-anak kita dapat menyertai sektor pekerjaan lebih awal pada umur 21 tahun,” jelas Rafizi yang juga merupakan bekas Menteri Ekonomi.
Dalam ucapannya, beliau turut menegur beberapa sikap yang menurutnya harus diubah bagi memastikan pelaksanaan RMK13 berjalan lancar dan berkesan.
Antara yang ditegaskan ialah sikap menukar atau membatalkan dasar yang telah dipersetujui apabila berlaku perubahan tampuk kepimpinan, serta budaya menyokong secara zahir tetapi membantah secara senyap di belakang tabir.
“RMK-13 tidak akan berjaya jika sikap 20 peratus yang bekerja dan 80 peratus yang sekadar melihat terus wujud dalam kerajaan.
“Sikap yang paling biasa dalam sistem kerajaan hari ini ialah menolak dasar atau rancangan baharu dengan alasan ia sudah pun dibuat atau sudah dirancang sebelum ini,” katanya lagi.
Cadangan ini turut mengangkat isu penting mengenai keterlibatan anak muda dalam tenaga kerja negara, sekali gus mendepani cabaran populasi menua yang bakal memberi kesan kepada pembangunan ekonomi jangka panjang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: FB Rafizi Ramli
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, satu kisah menyentuh hati mengenai seorang pelajar MRSM Pengkalan Chepa yang mendapat keputusan cemerlang 9A dalam SPM namun tidak dapat hadir mengambil slip keputusan akibat kekangan kewangan, telah mendapat perhatian Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Menerusi satu hantaran di Facebook miliknya, beliau meluahkan rasa pilu terhadap nasib pelajar tersebut dan berjanji bahawa MARA akan tampil membantu.
“Pilu mendengar kisah pelajar yatim dan miskin 9A MRSM Pengkalan Chepa tak pergi ambil keputusan SPM sebab kekangan wang.
“MARA akan tanggung pelajar ini sampai universiti hatta ke luar negara,” tulisnya.
Beliau turut memaklumkan bahawa pihaknya telah mengarahkan Ketua Pengarah MARA untuk segera mengumpulkan semua pelajar cemerlang MRSM dari seluruh Malaysia, termasuk penerima bantuan pendidikan MARA (BUDI) dalam kalangan pelajar miskin tegar yang memperoleh keputusan straight A’s.
“InsyaAllah, saya sudah arahkan Ketua Pengarah MARA untuk kumpulkan segera semua pelajar cemerlang MRSM seluruh Malaysia termasuklah penerima bantuan pendidikan MARA (BUDI).
“Dikalangan pelajar miskin tegar yang dapat staight As untuk saya bertemu dan diadakan satu program khas untuk menerangkan peluang-peluang yang MARA akan tawarkan dalam bidang-bidang strategik yang memenuhi keperluan kerjaya masa depan.
“Bagi pelajar-pelajar miskin yang cemerlang seperti ini, MARA akan bimbing mereka untuk sambung pengajian hingga ke luar negara. Sebagaimana yang selalu saya tekankan pada pelajar-pelajar HANYA ILMU SAHAJA BOLEH MERUBAH KEHIDUPAN diri, keluarga dan masyarakat,” coretnya.
Dr Asyraf turut menegaskan komitmen beliau untuk terus memperjuangkan nasib anak-anak bangsa yang kurang bernasib baik.
“InsyaAllah amanah ini akan saya galas untuk membela lebih ramai anak bangsa yang kurang bernasib baik sebelum ini,” katanya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: FB Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!