Aktres terkenal tanah air yang juga ikon global, Tan Sri Michelle Yeoh, dilihat hadir ke Masjid Negara sekitar jam 11.15 pagi tadi bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Suasana di Dewan Solat Utama dilaporkan tenang dan penuh rasa hormat, apabila orang ramai turut hadir memberikan penghormatan kepada bekas Perdana Menteri kelima Malaysia itu.
Untuk info, istiadat penghormatan terakhir yang dijadualkan pada hari ini telah diawalkan kepada jam 10 pagi dan berlangsung sehingga jam 1 petang.
Jenazah Allahyarham dijangka akan disembahyangkan selepas solat Zuhur, sebelum disemadikan di Makam Pahlawan, bersebelahan dengan Masjid Negara.
Ads
Sebagai info tambahan, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi telah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia kelima dari tahun 2003 hingga 2009, menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Kalau rasa susah sangat nak belajar Bahasa Arab atau apa-apa je subjek yang ‘killer’, percayalah, korang bukan sorang-sorang. Selebriti popular, ikon wanita berhijab dan bekas Juara Dewi Remaja 2009/10, Neelofa, sendiri pernah melalui fasa itu. Malah, dia pernah terkandas banyak kali bila cuba nak kuasai bahasa Al-Quran ni.
Tapi siapa sangka, berkat usaha dan doa tanpa henti, Neelofa kini dah berjaya menguasai 10 topik penting dalam pembelajaran Bahasa Arab! Memang sesuatu yang tak pernah dia bayangkan sebelum ini.
“Macam Tak Percaya Dah Sampai Sini”
Menerusi perkongsian di Instagram, Neelofa, 36, meluahkan rasa syukur yang tak terhingga dengan pencapaian dirinya dalam menguasai bahasa Al-Quran. Walaupun dia sedar perjalanan masih panjang, kejayaan ini dah cukup buat dia rasa terharu.
“Sekarang dah bab 10 buku satu, panjang lagi perjalanan, cuma macam tak percaya boleh sampai di sini. Moga Allah lapangkan dada, pancarkan cahaya ilmu dan bagi kefahaman untuk kuasai ilmu bahasa ini. Semua milik Allah,” tulisnya.
Pernah Gagal, Pernah Give Up
Neelofa dengan jujur mengakui, sebelum ini dia dah banyak kali cuba belajar Bahasa Arab. Tapi, disebabkan komitmen kerja, kekangan masa, dan mindset sendiri, dia selalu give up separuh jalan.
“Macam mimpi jadi kenyataan. Dari dulu selalu doa nak kuasai Bahasa Arab untuk faham Al-Quran, nak baca Al-Quran macam baca buku cerita. Nak belajar banyak hadis dan boleh bercakap kalau di Tanah Suci, tapi tak tahu macam mana nak buat. Dah cuba banyak kali ambil kelas namun separuh jalan sebab susah, mindset dan sibuk,” katanya.
Dari Dewi Remaja Ke Pencinta Ilmu
Buat korang yang mungkin kenal Neelofa dari zaman dia menang Dewi Remaja 2009/10, korang mesti tahu dia antara ikon wanita muda yang berjaya dalam pelbagai bidang — dari dunia hiburan, perniagaan, hingga jadi inspirasi penghijrahan.
Tapi hari ini, Neelofa lebih selesa fokus kepada ilmu, keluarga dan mendekatkan diri dengan agama. Bersama suaminya, PU Riz, Neelofa aktif belajar dan berkongsi perjalanan ilmu mereka.
Walaupun susah, Neelofa tak pernah berhenti berdoa, terutama waktu malam-malam mustajab. Dia terus memohon supaya hatinya dilembutkan untuk memahami dan mencintai bahasa yang jadi kunci isi kandungan Al-Quran.
Kini, dengan semangat baru sebagai isteri dan ibu, Neelofa lebih fokus dalam mengejar kecantikan dalaman berbanding glamor dunia hiburan.
Buat korang yang tengah struggle nak belajar apa-apa pun, ingat kata kunci ni — jangan putus asa, ubah mindset, dan doa jangan pernah tinggal. Kalau Neelofa, dari Juara Dewi Remaja ke pentas antarabangsa, kini boleh hafal 10 bab Bahasa Arab, korang pun boleh capai apa je impian korang!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pertandingan ratu cantik berprestij, Miss Universe yang sedang dilangsungkan di Bangkok, Thailand bermula dengan langkah penuh kontroversi apabila satu-persatu drama tercetus; dan kebanyakannya melibatkan Pengarah Eksekutifnya dari Thailand, Nawat Itsaragrisil.
Pengarah Eksekutif Miss Universe 2025 dari Thailand, Nawat Itsaragrisil.
Menerusi beberapa hantaran media sosial daripada kelompok peminat dunia ratu cantik yang kini ‘berkampung’ di sekitar lokasi hotel yang menempatkan para peserta, kontroversi tercetus apabila wakil Miss Universe Mexico 2025, Fatima Bosch dilaporkan enggan mengambil foto bersama beberapa penaja acara dari Thailand sejak ketibaan Fatima di sana.
Lantas pada sesi orientasi yang berlangsung secara tertutup di antara Nawat, pihak organisasi Miss Universe (MUO) dan kesemua delegasi, Nawat didakwa mempersoalkan keengganan wakil Mexico tersebut di hadapan semua orang.
Miss Universe Mexico 2025, Fatima Bosch
Merasakan tindakan Nawat itu seakan ingin menjatuhkan air mukanya, Fatima berpendapat ia tidak wajar dan seharusnya sebarang salah faham diselesaikan secara tertutup di antaranya dengan MUO.
Well, well… things just got worst!
Miss Mexico Dilabel Wanita ‘Bengap’
Menerusi beberapa video yang kini tular di media sosial, Nawat dapat dilihat menaikkan suaranya sewaktu sesi konfrontasi dengan Fatima dan didakwa menggelarnya ‘dumb’ (bengap). Keadaan tegang itu cuba dileraikan oleh pihak MUO dengan meminta agar delegasi meninggalkan bilik tersebut; namun tidak semua melakukan sedemikian kerana enggan berpihak kepada sesiapa.
Apa yang pasti, Fatima diiringi oleh Miss Iraq, Hanin Al Qoreishy segera meninggalkan ruang tersebut. Dalam kenyataannya kepada pihak media di luar, Fatima berharap agar rakyat Thailand tidak salah faham terhadap tindakannya yang bersuara di hadapan semua delegasi lain. Ia terpaksa dilakukannya demi mempertahankan dirinya sebagai seorang wanita dan salah seorang peserta Miss Universe 2025.
“Apa yang pengarah anda lakukan tidak menghormati saya. Dia memanggil saya ‘bodoh’ kerana dia mempunyai masalah dengan organisasi (Miss Universe Mexico). Saya rasa itu tidak adil kerana saya berada di sini dan cuba melakukan yang terbaik serta berkawan baik dengan semua orang.”
“Saya merasakan seluruh dunia perlu melihat keadaan ini kerana kami semua adalah wanita yang mempunyai kuasa. (Miss Universe) ialah platform untuk kami bersuara dan tiada siapa yang boleh menutup mulut kami. Saya tidak mempunyai masalah dengan rakyat Thailand, saya amat menghormati anda dan negara ini.
“Namun cara dia melayan saya tanpa sebab hanya disebabkan dia mempunyai isu dengan saya – itu tidak okay. Saya berharap semua wanita lain tidak kiralah jika anda mempunyai mahkota di atas kepala anda atau tidak; sekiranya maruah anda dipijak-pijak, anda perlu melangkah pergi,” ujar Fatima.
Miss Universe 2024, Victoria Kjær Theilvig Bersuara!
Dalam pada itu, Victoria Kjær Theilvig dari Denmark yang dimahkotakan sebagai Miss Universe 2024 turut berada di lokasi kejadian dan dia segera menyebelahi para delegasi Miss Universe 2025.
Miss Universe 2024, Victoria Kjær Theilvig dari Denmark.
Victoria yang ditemui dalam gaun serba merah tidak teragak-agak untuk meninggalkan lokasi namun sempat memberi kata dua kepada para media.
“Saya mempunyai rasa hormat kepada semua orang tetapi ini bukanlah untuk mengendalikan apa-apa masalah.
“Untuk mencerca seorang gadis lain (bagi saya) adalah sesuatu yang sudah melampaui batasan rasa hormat dan ia sesuatu yang saya tidak akan sokong. Itu sebabnya saya mengambil telefon pintar saya dan saya akan pergi (daripada sesi orientasi berkenaan),” ulasnya.
Tidak lama kemudian, Victoria menerusi hantaran di Instagram Story menjelaskan kepentingan rasa hormat di antara peserta dan pihak organisasi dalam sesebuah pertandingan ratu cantik seperti ini.
“Saya akan sentiasa berbangga dengan anda, Fatima Bosch.
“(Untuk) berdiri di atas kaki sendiri bukan selalunya mudah. Namun, amat penting untuk anda mempunyai rasa hormat terhap diri sendiri dan kekuatan anda. Anda perlu mengetahui nilai diri, menetapkan batasan dan tidak membenarkan sesiapa merendah-rendahkan suara hak anda.
“Cukup-cukuplah. Suara kita semua (delagasi Miss Universe) akan boleh didengari dengan kuat dan jelas,” catatnya.
Kemas Kini: Kenyataan Daripada Organisasi Miss Universe
Menerusi satu kenyataan terbaru daripada pihak organisasi selepas insiden hari ini, ia komited untuk mengekalkan rasa hormat tertinggi buat semua pihak dan menjamin keselamatan serta integriti semua terutamanya para peserta, pekerja dan pihak berkepentingan dalam penganjuran Miss Universe.
Kesemua acara dan aktiviti yang telah dijadualkan akan diteruskan seperti yang dirancang; bersesuaian dengan nilai diversit, inklusiviti dan nilai-nilai yang memperkasakan wanita.
Kemas Kini: Kenyataan Daripada Organisasi Miss Universe
Menerusi satu kenyataan terbaru daripada pihak organisasi selepas insiden hari ini, ia komited untuk mengekalkan rasa hormat tertinggi buat semua pihak dan menjamin keselamatan serta integriti semua terutamanya para peserta, pekerja dan pihak berkepentingan dalam penganjuran Miss Universe.
Kesemua acara dan aktiviti yang telah dijadualkan akan diteruskan seperti yang dirancang; bersesuaian dengan nilai diversiti, inklusiviti dan nilai-nilai yang memperkasakan wanita.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya berharap pemimpin seterusnya dapat memperbaiki keadaan badminton negara kita,” katanya.
Pada Mei lalu, Mohamad Norza meluahkan hasrat untuk berundur daripada memimpin BAM selepas Sukan Olimpik Paris pada Ogos.
Beliau menegaskan bahawa peranannya dalam Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan BAM dilakukan secara pro bono.
“Saya tidak menerima sebarang gaji atau elaun daripada kedua-dua pertubuhan ini. Saya hanya mahu membantu membawa kegemilangan dan kebanggaan kepada negara.
“Serangan terhadap keluarga saya sama sekali tidak perlu. Keluarga saya tidak wajar melalui semua ini,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, beliau terpalit kontroversi susulan kehadiran ahli keluarganya di pertandingan Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Mereka juga dilihat memakai kad akreditasi, bagaimanapun Mohamad Norza menjelaskan bahawa mereka memiliki kuota khas berasingan untuk membawa tetamu sendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.