Tahukah korang lebih tinggi arus elektrik maka lebih tinggi risiko kematian? Ia boleh menyebabkan pemfibrilan ventrikel (serangan jantung) yang boleh membawa maut.
Malah, hari ini satu beritasedih dan tragis diterima apabila seorang bapa kehilangan tiga anak perempuannya akibat terkena renjatan elektrik ketika banjir di Pantai Timur.
Kesemua mangsa berusia di antara 20 hingga 33 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian itu, kira-kira 11.45 pagi dipercayai terkena renjatan elektrik di luar rumah jiran mereka yang dilanda banjir.
Foto Via Mstar
Difahamkan, seorang daripada mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah jiran sebelum terkena pula kepada dua adiknya yang turut berada di hadapan rumah. Menurut sumber, salah seorang daripada mangsa merupakan guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti).
Keadaan banjir di kawasan sekitar Bandar Baru Tunjong, Kelantan ini berlaku setelah hujan lebat turun lebih dari 24 jam. Orang ramai dinasihatkan untuk bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan melibatkan banjir.
TIP KESELAMATAN ELEKTRIK SEWAKTU MUSIM BANJIR
Ads
Oleh itu, kami kongsikan beberapa tip keselamatan elektrik ketika musim banjir.
Gambar Hiasan Via Bernama
Sebelum banjir
Sekiranya mempunyai masa sebelum diarah berpindah, pastikan perkara berikut dilakukan:
-MATIKAN bekalan masuk utama ke rumah di papan agihan dengan meletakkan suis utama pada kedudukan ‘OFF’.
-PASTIKAN semua suis dalam keadaan ‘OFF’ dan cabutkan palam kuasa daripada soket kuasa semua kelengkapan elektrik.
Ads
-SIMPAN kelengkapan elektrik di tempat yang tinggi dan selamat daripada ditenggelami atau terkena air banjir.
-LAPORKAN segera kepadaTNB jika air telah mula naik untuk pemantauan atau pemotongan bekalan elektrik bagi mencegah bahaya.
-PASTIKAN menyimpan nombor telefon untuk hal-hal kecemasan seperti nombor balai polis, bomba, hospital, pejabat TNB yang berdekatan, dan pastikan nombor tersebut mudah diakses semasa kecemasan
ELAKKAN berenang atau meredah air di kawasan yang mempunyai talian elektrik, kerana paras air yang tinggi akan menyebabkan talian tersebut mudah disentuh, terutamanya pada waktu malam di mana kadar penglihatan tidak begitu jelas.
Sekiranya paras air meningkat dan bersentuh dengan talian hidup tanpa pengetahuan anda, renjatan berlaku pada sesiapa yang berada dalam air.
JAUHKAN diri daripada lokasi yang terdapat talian elektrik jatuh atau putus, bagi mengelak daripada renjatan elektrik akibat talian yang masih berarus elektrik.
JANGAN menghampiri atau pegang tiang elektrik atau dawai umbang (stay wire) semasa banjir atau hujan kerana kemungkinan terdapat arus bocor.
DILARANG menggunakan tiang elektrik dan dawai umbang sebagai tiang ampaian.
JANGAN hampiri pepasangan elektrik seperti pencawang atau bilik suis elektrik yang ditenggelami air.
JANGAN mengalih atau membaiki tiang elektrik tumbang atau talian elektrik putus atau jatuh ke tanah dan hendaklah laporkan segera kepada pihak pemegang lesen/utiliti (TNB) sekiranya terdapat kejadian tersebut.
JANGAN menggendalikan peralatan elektrik atau memetik suis elektrik dengan tangan yang basah atau semasa berdiri dalam air.
SEKIRANYA ternampak individu terkena renjatan elektrik akibat terkena talian elektrik, jangan sekali-kali menyentuhnya atau cuba membantu mengalihkan talian elektrik tersebut.
AWASI anak-anak. Usah biarkan mereka bermain di dalam kawasan pencawang elektrik yang telah ditenggelami banjir atau berhampiran dengan tiang elektrik yang patah atau disekitar talian elektrik yang kendur atau jatuh di atas tanah.
Selepas banjir
BERHATI-HATI apabila berada di kawasan banjir kerana kelengkapan elektrik dan pepasangan elektrik yang ditenggelami air berpotensi mendatangkan bahaya.
Ia boleh mengalirkan arus elektrik di kawasan persekitarannya dan boleh membawa kepada kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.
JANGAN gunakan kelengkapan elektrik yang terendam di dalam air atau pastikan semuanya diperiksa dan berkeadaan kering sebelum menggunakannya.
ELAKKAN mengguna kelengkapan elektrik yang diragui keselamatannya.
Sebelum menghidupkan suis utama, PERIKSA semua pendawaian rumah dan kelengkapan elektrik yang terdapat di dalam rumah.Pemeriksaan ini hendaklah dilakukan oleh kontraktor elektrik yang bertauliah atau berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.
Harap kita semua berhati-hati pada musim tengkujuh ini. Kecuaian boleh mengundang padah. Moga bermanfaat kepada semua terutamanya mangsa banjir.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sering kali kita melihat di jalan raya, anak-anak muda menunggang aksi ala superman. Dimana selalunya rider akan meniarap di atas motosikal dengan kelajuan tinggi, seolah-olah sedang terbang.
Reaksi kita? Adakalanya bersorak dan terus merakam aktiviti tersebut sambil mulut kita membebel, tak sayang nyawa budak ke?
Tapi, awas ye!
Korang tahu tak bahawa perbuatan itu bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah penunggang motosikal yang didapati berbuat demikian boleh dikenakan tindakan tegas.
Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan, aksi berbahaya itu melanggar undang-undang di bawah seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.
“Sekiranya didapati bersalah, pengguna jalan raya boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan dikenakan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000.
“Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen ini juga hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama lima tahun dari tarikh sabitan,” katanya.
Apa-apapun, moga penunggang motosikal lebih berhati-hati dan sayangi nyawa korang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Okay kami nak letakkan disclaimer dahulu: Rezeki jodoh ajal maut semuanya di tangan Tuhan ya.
Cumanya, setelah Jabatan Perangkaan Negara meneliti statistik purata usia rakyat Malaysia di setiap negeri bagi tahun 2018, ia menunjukkan bahawa anggaran purata jangka hayat lelaki di Kelantan dan Terenggany lebih rendah!
Mereka sekadar mencatatkan usia 69.6 tahun berbanding purata kebangsaan 72.7 tahun.
Purata jangka hayat tertinggi bagi lelaki di Malaysia pula dicatatkan oleh lelaki di Sarawak iaitu 75.3 tahun. Fuhh..tu lagi tinggi daripada purata kebangsaan!
BAGAIMANAPUN(sabar ya lelaki di Kelantan dan Terengganu)..
..kadar kelahiran yang agak tinggi dicatatkan di negeri Kelantan dan Terengganu. Masing masing pada purata 21.6 dan 23.1 kelahiran bagi setiap 1,000 populasi.
Kadar kelahiran tertinggi jatuh kepada Wilayah Persekutuan Putrajaya (28.8) manakal terendah pula dicatatkan negeri Perak iaitu 14.0.
***
Girls, jangan risau. Statistik untuk korang pun adalah!
Secara keseluruhannya, purata jangka hayat perempuan di seluruh Malaysia tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dari negeri ke negeri.
Purata jangka hayat kebangsaan mencatatkan purata usia 77.6 tahun bagi perempuan. Akan tetapi, Sarawak SEKALI LAGI mencatatkan purata jangka hayat yang lebih tinggi berbanding purata kebangsaan iaitu 78.9 tahun bagi perempuan.
Haih, nak lahir dan tinggal di Sarawak lah! Hiks.
Apapun, yang penting adalah kita menjaga kesihatan, kadar stres dan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pereka fesyen koleksi lelaki Malaysia yang semakin meningkat, Eddy Mohaizz dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi.
Allahyarham difahamkan berdepan dengan komplikasi kesihatan semasa menjalani pembedahan pada pagi tadi dan disahkan meninggal dunia sekitar waktu Zuhur, hari ini.
Eddy memulakan karier terlebih dahulu bersama rangkaian Media Prima sebelum bergiat lebih aktif sebagai seorang pereka fesyen yang menumpukan kepada koleksi lelaki.
Satu ketika dahulu pada tahun 2017, koleksi seluar batiknya yang menampilkan dua orang model lelaki dan seorang kanak-kanak pernah mencetuskan perbualan di kalangan netizen. Namun, Allahyarham sedikitpun tidak terkesan dengan kata-kata tersebut dan meneruskan kerjaya dalam bidang ini.
Tahun 2020 dilihat umpama tahun yang menaikkan jenama Eddy Mohaizz apabila rekaannya semakin digemari oleh para selebriti tempatan, terutamanya untuk program televisyen.
Sut custom oleh Eddy Mohaizz yang disarungkan oleh finalis Hero Remaja 2020.Finalis Big Stage 2020 menyarungkan jumpsuit rekaan Eddy Mohaizz.
Antaranya termasuklah rekaan malam finale pencarian Hero Remaja 2020 pada Julai lalu, program realiti Big Stage 2020 dan juga program Gegar Vaganza yang kini sedang berlangsung di saluran Astro Ria.
Salah satu rekaannya yang masih diingati ramai adalah imej comeback pengacara Gegar Vaganza, Nabil Ahmad dan sut biru langit – putih yang dikaitkan dengan imej grup K-pop.
Nabil Ahmad dalam Gegar Vaganza 2020 dalam sut neon Eddy Mohaizz.
Menurut sumber terdekat yang bekerja rapat dengan Eddy dalam setiap program berkenaan, Eddy merupakan seorang yang amat baik hati, mudah bekerja dan sukar sekali untuk mengatakan tidak sekiranya mereka ingin bekerjasama.
REMAJA ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan salam takziah kepada keluarga dan kenalan rapat Allahyarham Eddy Mohaizz.
Semoga roh arwah dicucuri dengan rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!