Bagi peminat K-Pop, sudah pasti ramai yang mengetahui penyanyi sensasi, G-Dragon bakal melakukan konsert jelajah dunia solo Übermensch di beberapa destinasi termasuk Kuala Lumpur, Malaysia.
Tidak dinafikan, ia mendapat sambutan peminat sehingga ada yang sanggup menghitung hari dan mengikat perut bagi merebut peluang untuk melihat sendiri penyanyi legenda K-Pop ini membuat persembahan secara langsung depan mata.
Pada masa yang sama, terdapat juga segelintir pihak mengambil kesempatan selepas beberapa hari tiket mula dijual mengikut fasa bermula dari kelab peminat (VIP), pra-jualan, sampai ke jualan tiket umum yang mula menimbulkan drama dan ketegangan dalam kalangan peminat.

Menerusi sebuah perkongsian yang di media sosial baru-baru ini, terdapat individu yang sanggup menjual semula tiket (resell) dengan harga tidak masuk dek akal. Tiket asal untuk zon VVIP barisan hadapan yang sepatutnya berharga RM1,339 kini dijual semula sehingga mencecah RM28,000.
Hal itu telah mencetuskan pelbagai reaksi peminat K-Pop terutamanya VIP yang meluahkan rasa kecewa dan marah di media sosial sehingga merasa dikhianati kerana peluang untuk melihat idola kesayangan mereka diragut oleh ‘scalper’ iaitu individu yang membeli banyak tiket semata-mata untuk dijual semula dengan harga melampau demi keuntungan sendiri.
Walaupun situasi ini bukan sesuatu yang baru dalam dunia hiburan, terutama untuk konsert artis-artis besar seperti G-Dragon tetapi bila ia berlaku di Malaysia. Ianya jadi lebih menyedihkan kerana peluang ini jarang datang, lebih lagi Malaysia antara negara yang sering tidak dimasukkan dalam destinasi beberapa konsert berbanding negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Singapura.

Sementara itu, peminat turut berharap agar pihak penganjur dan platform penjualan tiket lebih tegas dalam menangani isu penjualan semula yang tidak beretika ini.
Anda mungkin berminat dengan
Selain itu, ada yang mencadangkan sistem pendaftaran dengan kad pengenalan, had pembelian tiket, atau bahkan teknologi anti-scalping seperti kod dinamik QR. Mereka juga berharap agar pihak penganjur akan mengambil tindakan susulan agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi.
Sekadar info, G-Dragon bakal memulakan konsert jelajah dunia ‘Übermensch Tour 2025’ bermula Mei ini dan bakal menggegarkan beberapa bandar di seluruh dunia seperti Tokyo, Osaka, Macau, Taipei, Jakarta, Hong Kong, termasuk Kuala Lumpur pada Julai ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Wanita yang didakwa kekasih gelap penyanyi dan pelakon sensasi Aliff Aziz, Sarah Yasmine tampil memuat naik dua tangkap layar di Instasstory miliknya.
Menerusi tangkap layar tersebut, ia menunjukkan dia menerima kiriman Whatsapp dan pesanan langsung daripada pihak aktres kontroversi, Ruhainies.
ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies Mohon Maaf Secara Terbuka, Mahu Bersemuka Dengan Bella & Sarah

Berhubung perkara berkenaan, Sarah memaklumkan dirinya enggan bercakap dengan pelakon tersebut selepas apa yang berlaku selain sebelum ini dia juga sudah memberi peluang kepada Ruhainies untuk bersikap jujur namun, wanita itu didakwa tidak menggunakan peluang tersebut dengan sebaiknya.
Di samping itu, Sarah telah menyekat dan menegaskan bahawa dia tidak menerima permohonan maaf secara terbuka yang dibuat Ruhainies, awal pagi Jumaat.
“Saya sekat awak di Whatsapp sebab saya tak mahu bercakap dengan awak lagi. Please take the hint.

”Saya dah beri awak peluang kedua untuk berlaku jujur dengan saya tetapi awak tipu saya. Dua kali. Jadi, what makes you think that I am ever going ti believe a single word you say now?
“So, my public statement towards your public apology is still, no thanks. Assalamualaikum,” coretnya panjang.
Pagi tadi, Ruhainies akhirnya bersuara berhubung konflik yang sedang hangat diperkatakan membabitkan dirinya dengan aktres Bella Astillah, menerusi entri Instagram miliknya.
Lebih mencuri tumpuan, adik kepada pelakon Nur Risteena itu dengan rendah diri memohon maaf secara terbuka kepada Bella dan Sarah.
Dia juga bersedia untuk bertemu empat mata bersama dua wanita itu bagi menjernihkan segala masalah yang berlaku antara mereka.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Sarah Yasmine
∞
Aktres kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Hong Kong, Fish Liew, sekali lagi mengharumkan nama negara apabila berjaya merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Filem Hong Kong ke-44, malam tadi.

Watak mencabar dalam Someone Like Me
Kemenangan tersebut diraih menerusi lakonannya dalam filem Someone Like Me sebagai watak wanita bernama Ah Mui, sekali gus menewaskan barisan calon hebat lain termasuk Ma Li (The Dumpling Queen), Natalie Hsu (My First of May), Fala Chen (Peg O’ My Heart) serta Zhang Ziyi (She’s Got No Name).
Filem berkenaan menyaksikan pelakon berasal dari Johor Bahru itu membawakan watak mencabar sebagai seorang penghidap cerebral palsy (palsi serebrum), sekali gus memperlihatkan versatiliti lakonannya di layar perak.

Konsisten cipta kejayaan dalam kerjaya
Lebih membanggakan, kejayaan ini turut menandakan satu lagi pencapaian peribadi dalam kerjaya seni Fish Liew selepas sebelum ini pernah merangkul trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada edisi 2022 anugerah sama menerusi filem Anita.
Terdahulu, aktres berusia 36 tahun itu turut mencipta kejayaan apabila dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Hong Kong Film Critics Society Award dan Hong Kong Film Directors’ Guild Awards.

Luah rasa syukur atas pengiktirafan
Dalam satu hantaran di akaun Instagram @fish331, Liew meluahkan rasa syukur atas pengiktirafan yang diterimanya.
“Terima kasih Persatuan Pengarah Filem Hong Kong kerana memberikan anugerah ini kepada saya,” katanya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Berakhirlah sudah kehidupan dan kisah hidup Iman, seekor badak sumbu betina spesis Sumatera yang terakhir di Malaysia, apabila badak sumbu itu mati selepas menderita agak lama.

Iman merupakan badak sumbu Sumatera yang hanya tinggal seekor sahaja di Malaysia akhirnya mati petang semalam.

Diberi nama Iman, badak sumbu tersebut kelihatan semakin lemah selepas kondisinya semakin teruk. Menerusi Astro Awani, Iman telah disahkan mati secara sumulajadi dan proses tersebut begitu cepat serta tidak disangka-sangka.
Hidap Ketumbuhan
Sebelum ini, kisah mamalia betina tersebut pernah dilaporkan kerana berada dalam keadaan kritikal beberapa tahun lepas akibat kehilangan banyak darah kerana menghidapi ketumbuhan.

Iman telah diberi penjagaan rapi sejak Mac 2014 sehingga pulih daripada penyakit yang dihidapi. Menurut Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, mereka sudah menjangkakan perihal tersebut namun tidak menjangkakan akan secepat ini.
Sehubungan dengan itu, berakhirlah spises badak sumbu Sumatera ini di Malaysia. Perkara itu berlaku kerana Iman merupakan spesis terakhir mamalia tersebut di negara ini dan tiada baka yang dapat dibiakkan.
RIP Iman
Rata-rata warganet seluruh dunia meluahkan rasa sedih dengan kehingan Iman ini.



Untuk info, Badak sumbu Sumatera atau juga dikenali sebagai Badak Sumbu Kerbau adalah spesies badak yang terkecil saiznya di dunia serta merupakan salah satu haiwan yang terlindung. Ia terdapat dari kaki gunung Himalaya sehingga ke Myanmar, Thailand, Indonesia dan Malaysia. Nama saintifiknya Dicerorhinus sumatrenesis.
So mari la kita menjaga dan memulihara haiwan-haiwan yang terancam dan masih ada sekarang. Agar tidak menjadi seperti spesis badak sumbu Sumatera ini. Emmm.
Sumber : Astro Awani
∞