Kwon Mina. Sumber Foto : Koreaboo

 

Sejak tahun lepas lagi, Kwon Mina sudah beberapa kali mencuri tumpuan peminat hiburan K-pop tetapi kebanyakkannya disebabkan alasan yang negatif.

Mei tahun lalu, Mina pernah mendakwa dibuli ahli kumpulan lamanya AOA iaitu Shin Jimin selama 10 tahun. Pada Jun tahun ini pula, dia dituduh merampas teman lelaki orang yang dikenali sebagai Yoo. Walaupun pada awalnya menidakkan tuduhan itu, sebulan kemudian Mina memberi kenyataan maaf di Instagram dan mengaku dia telah curang bersama jejaka bernama Yoo itu.

Fuh..

Tidak Lekang Kontroversi, Artis K-Pop Kwon Mina Didakwa Cuba Cederakan Diri Pula
Sumber Foto : All Kpop

Kini satu berita tidak enak hadir mengenai penyanyi ini. Mina dilaporkan oleh JoongAng Ilbo terpaksa berdepan satu pembedahan kecemasan dek kerana pendarahan keterlaluan akibat percubaan membunuh diri dengan cara mencederakan diri.

Dakwaan itu timbul setelah Mina ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya oleh seorang rakan yang berniat untuk menziarahi Mina.

IKLAN

Setelah penyanyi itu tidak membalas panggilan telefon rakannya itu, dia mulai merasa risau dan bertindak menghubungi ambulan bagi mendapatkan bantuan kecemasan. Buat masa ini, Mina masih dikatakan belum sedarkan diri selepas pembedahan.

Mengikut tinjauan beberapa hari lalu di akaun Instagram Mina, dia telah memuat naik beberapa hantaran setelah kira-kira sebulan ‘menjauhi’ Instagram demi kesihatan mentalnya. Maaf, kami tidak dapat memuat naik kesemua gambar tersebut memandangkan ia agak keterlaluan termasuklah imej lengan berdarah.

Salah satu hantaran tersebut termasuklah foto sepucuk surat yang mengandungi empat muka surat. Antara kandungan surat itu menceritakan bagaimana Mina memohon maaf di atas segala perilaku dan pertutturannya selama ini. Mina juga berjanji ingin meninggalkan media sosial.

IKLAN

Kesemua hantaran tersebut telah dipadamkan daripada akaun Instagram Mina.

Tidak Lekang Kontroversi, Artis K-Pop Kwon Mina Didakwa Cuba Cederakan Diri Pula

Tidak Lekang Kontroversi, Artis K-Pop Kwon Mina Didakwa Cuba Cederakan Diri Pula
Sumber Foto : Koreaboo

BACA LAGI : 9 Drama Korea Papar Isu Kesihatan Mental, Banyak Info Boleh Dipelajari – REMAJA

IKLAN

Dalam pada itu, Mina turut tidak teragak-agak membongkarkan beberapa mesej negatif daripada warganet. Ada yang inginkan Mina meninggal dunia dan ada juga yang masih menghentamnya setelah dia ‘merosakkan’ kehidupan lima orang ahli AOA lain hinggakan kumpulan itu kini hanya terdiri daripada tiga orang ahli saja; Hyejeong, Seolhyun dan Chanmin.

Tidak Lekang Kontroversi, Artis K-Pop Kwon Mina Didakwa Cuba Cederakan Diri Pula
Ahli kumpulan AOA yang masih setiap memperjuangkan muzik mereka.

Buat masa ini, wakil daripada kumpulan AOA ataupun label mereka FNC masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Janganlah kita sesekali mengambil keputusan membunuh diri guys sekiranya hidup dalam tekanan sekalipun. Lihat sajalah kepada selebriti yang pernah membunuh diri ini dan betapa sedih ahli keluarga dan rakan rapat mereka sejurus mengetahui berita tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN : 7 Selebriti Popular Dilaporkan Meninggal Dunia Bunuh Diri Akibat Depresi – REMAJA

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI