Hari demi hari ada sahaja berita sedih yang kita terima tentang kes bunuh diri yang berlaku disebabkan mengalami tekanan kewangan sepanjang tempoh pandemik ini.
Terbaru, seorang lelaki yang berdepan masalah kemurungan sejak perniagaan diusahakannya gagal maut selepas terjun dari tingkat 1 pangsapuri di Butterworth, Pulau Pinang.
Menurut Harian Metro, siasatan awal mendapati mangsa berusia 26 tahun itu memasuki kawasan pangsapuri dengan motosikal melalui laluan utama dan terus menaiki lif ke tingkat 10 sebelum duduk melunjur kaki keluar di balkoni kaki lima. Lelaki tersebut secara tiba-tiba terjun ke bawah.
Depresi merupakan penyakit yang paling bahaya jika tidak dirawat dengan lebih awal. Faktor masalah ini mungkin daripada gangguan otak, pengalaman hidup yang negatif atau sedang menanggung masalah besar dalam hidup. Ia juga boleh mendatangkan kesan lebih parah kepada pesakit, iaitu sehingga ada yang sanggup membunuh diri.
Gambar hiasan
Kes seperti ini juga banyak berlaku di luar negara dan turut melibatkan golongan selebriti. Ramai dikalangan selebriti yang mengalami masalah depresi dan mengakhiri hidup mereka dengan jalan bunuh diri.
Berikut kami senaraikan beberapa selebriti yang pernah menggegarkan dunia dengan berita kematian mereka.
Pelakon komedi ini dikenali sebagai seorang yang periang dan tidak nampak seperti mempunyai sebarang masalah. Namun, rupanya dia pun menderita masalah psikologi setelah didiagnosis menghidap Parkinson.
Ads
Robbin tidak dapat menerima keadaannya dan berasa sangat tertekan sehingga memutuskan untuk membunuh diri.
Selebriti wanita Korea ini juga ditemui mati gantung diri dirumahnya pada tahun 2007 kerana mengalami depresi terhadap populariti yang dikecapinya.
Popular sangat pun susah kan? Bikin stress.
Kematian vokalis Linkin Park, Chester Bennington yang ditemui mati dalam keadaan tergantung di kediamannya juga pernah menggegarkan industri hiburan dunia.
Penyanyi yang pernah terbabit dengan masalah dadah dan alkohol ini ada memberitahu bahawa dia pernah ingin cuba membunuh diri kerana didera sewaktu masih kecil.
Ads
Masalah depresi yang dialaminya menjadikan dia nekad, lebih-lebih lagi selepas dua bulan kehilangan teman rapat, Chris Cornell yang juga dipercayai mati bunuh diri.
Vokalis kumpulan Nirvana, Kurt Cobain juga antara selebriti Hollywood yang memilih untuk bunuh diri di usia 27 tahun akibat masalah depresi. Cara dia bunuh diri juga agak tragis dengan menembak dirinya sendiri di rumah pada tahun 1994.
Aktres Lucy Gordon yang pernah membintangi filem Spiderman 3 ini juga tewas dengan pengakhiran hidup kerana gantung diri di sebuah apartmen di Paris. Punca kematian juga dikhabarkan kerana depresi.
“Sudah terlalu berat segalanya bagi saya. Tolong biarkan saya pergi. Beritahu semua orang yang saya menghadapi masa yang sukar. Ini adalah ucapan selamat tinggal yang terakhir saya,” tulis mendiang.
Bekas ahli F(x) Sulli ditemui mati dirumahnya dan mayatnya ditemui oleh pengurus aktres tersebut setelah dia gagal dihubungi. Pihak polis daerah Seongnam mengesahkan kematian gadis berusia 26 tahun ini.
Kes bunuh diri telah diklasifikasikan secara menyeluruh oleh pakar psikiatri dunia sebagai penyakit mental. Ramai netizen yang menyelar perbuatan ini, tapi korang tahu tak sebenarnya masalah depresi bukanlah sesuatu yang boleh dianggap main-main?
The struggle is real guys. Bukan sebab tak jumpa doktor ke apa tapi cuma mereka tidak boleh mengawal tekanan emosi itu.
Nah, jangan judge kehidupan orang lain kalau kita sendiri tak tahu apa yang mereka alami.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lagu ‘Aku Tanpa CintaMu’ antara salah satu lagu nasyid favourite penulis ketika belajar dulu okay!
Lagu ini juga yang membawa tuah kepada kumpulan nasyid Mirwana dan Jay Jay apabila diangkat sebagai Lagu Nasyid Pilihan Anugerah Era 2005. Alunan iramanya yang merdu, di samping bait-bait liriknya yang menangkap jiwa berjaya meletakkan Mirwana sebagai antara kumpulan nasyid paling popular ketika itu.
Mirwana merupakan kumpulan nasyid legend tanah air yang banyak menghasilkan lagu-lagu cinta terhadap Yang Maha Esa. Untuk korang yang tak tahu, Faizal Tahir merupakan salah seorang anggota asal Mirwana dan keluar dari kumpulan itu pada tahun 2005.
Mungkin untuk mengubat rindu peminat, Faizal Tahir dan enam lagi anggota Nirwana termasuk tiga ahli baharu memberi bayangan seolah-olah akan mengeluarkan lagu Aku Tanpa CintaMu versi tahun 2021.
Menerusi kemaskini di Facebook Mirwana, mereka memuatnaik satu gambar yang memperlihatkan Faizal Tahir, Along, Akmal, Hafiz, Ikram, Naim dan Faiz dengan tajuk lagu tersebut.
Tanpa sebarang caption, tidak dapat dipastikan bila lagu tersebut akan diperdengarkan kepada umum dan maklumat lebih lanjut mengenai kolaborasi itu tidak didedahkan.
Rata-rata netizen yang meninggalkan komen di posting ini meluahkan rasa teruja dengan ‘reunion’ tersebut dan tidak sabar untuk mendengar lagu Aku Tanpa CintaMu versi 2021.
Ulang-ulang dengar lagu ni pun tak bosan. Semoga lagu Aku Tanpa Cintamu 2021 ini mengubat kerinduan para peminat kumpulan Mirwana dan semoga Ramadan ini memberi makna terhadap seluruh umat Islam. Aminn.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah teruk dikecam oleh warganet kerana bergambar dengan pelakon kelahiran Israel, Gal Gadot, pelakon terkenal Meerqeen akhirnya bersuara dan mengutuk keras tindakan tidak berperikemanusiaan yang dihadapi penduduk Gaza, Palestin.
Sebagai seorang Muslim, Merqeen atau nama penuhnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 22, menjelaskan bahawa dirinya sentiasa berdedikasi untuk memperjuangkan keadilan yang seharusnya dikecapi oleh pihak teraniaya tersebut.
Menerusi perkongsian pelakon tersebut di laman Instagramnya, beliau mengutuk dan mengeji sekeras-kerasnya keganasan dan kezaliman yang sedang berlaku di tanah Palestin.
“Saya adalah seorang Muslim. Saya dididik dengan lengkap oleh kedua ibu bapa saya akan nilai-nilai yang perlu saya tampil dan perjuangkan sebagai seorang Muslim.
“Doa dan harapan saya akan terus untuk saudara-saudara kita yang terpaksa menghadapi keganasan dan kezaliman di bumi mereka.
“Untuk itu saya menyeru kepada saudara-saudara saya serta rakyat Malaysia keseluruhannya agar terus memperjuangkan kebenaran. Semoga suatu hari, kedamaian akan tiba dengan izin-Nya,” jelasnya.
Duta jenama mewah antarabangsa, YSL Beauty itu turut berkesempatan membalas komen warganet yang mengecam tindakannya sebelum ini dek kerana tidak berkongsi sebarang maklumat berkaitan situasi peperangan tersebut kepada 1.4 juta pengikutnya di Instagram.
“Tanggungjawab saya sebagai orang Muslim sudah saya jalankan. Bukan semua perlu dikongsi dengan yang lain.
“Cukup saya dan yang Maha Esa tahu apa saya lakukan untuk saudara di sana sudah memadai,” komennya lagi.
Sehingga kini, perkongsian pelakon tersebut menerima pelbagai reaksi dan respon dari warganet.
Majoriti berpendapat bahawa Meerqeen masih memilih ‘jalan selamat’ dek kerana tidak menyebut langsung nama ‘Palestin’ di dalam perkongsian tersebut.
Haih…susah juga menjadi selebriti eh? Post salah, tak post pun salah…
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Instagram Meerqeen
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza mengakui menjadikan persembahan Naim Daniel pada Anugerah Juara Lagu (AJL34) sebagai inspirasi ketika persembahan pada minggu kelima The Hardest Singing Show.
“Ya persembahan ini inspirasi daripada Naim Daniel. Terima kasih banyak dan maaf Naim pinjam idea.
“Memandangkan minggu ini tema persembahan ialah ilusi LED, jadi grafik perlu dibuat secara 2D (dimensi).
“Perkara sebegitu lebih mudah berbanding kita ingin membuat persembahan secara 3D yang memerlukan membuat penggambaran dan edit. Perkara itu akan memakan masa dan menelan belanja,” katanya selepas konsert.
Dalam pada itu, Aepul turut memaklumkan dirinya mengetahui konsep persembahan animasi itu telah dipamerkan sebelum ini.
Namun, oleh kerana kekangan masa, dia memilih untuk menggunakan kaedah yang sama.
“Seperti yang saya katakan, kekangan masa yang terhad menyebabkan saya dan pasukan pilih untuk menggunakan cara ini.
“Saya tahu bahawa satu Malaysia ingat Naim Daniel pernah membawakan persembahan konsep 2D. Jadi kita hanya olah semula dan padankan dengan konsep 2D yang ada di skrin LED,” ujarnya lagi.
Pada malam konsert itu juga, Aepul menampilkan isterinya yang bekas peserta Akademi Fantasia keempat, Leez Rosli pada akhir persembahan.
Aepul juga berjaya meraih tempat pertama dengan jumlah markah 90.53 peratus sementara diikuti oleh Stacy dengan 84.17 peratus. Kemudian Putera Muhammad (83.21 peratus), De Fam (81.75 peratus), Aisha Retno (81.18 peratus), Ayda Jebat (78.10 peratus) dan Zizi Kirana (67.30 peratus).
Pada minggu kelima The Hardest Singing Show, tiada penyingkiran diumumkan pada minggu tersebut.
Rancangan tersebut bakal berlangsung selama 10 minggu dan dihoskan oleh pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad dan penyanyi Indonesia, Rina Nose.
Kerusi juri pula terdiri dari barisan penyanyi, komposer dan pengarah professional yang berpengalaman dalam industri hiburan dan muzik seperti Edry Abdul Halim, Datuk Seri Rossa, dan Zizan Razak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Acara Astro BizOne Watch Party yang bakal berlangsung di UNITEN dijangka bakal meriah dengan aksi Chelsea dan Manchester United pada 31 Oktober. Jom sertai peminat bola sepak menonton secara live!