Tidak Kekok Mendekati Rakyat, Tengku Hassanal Lambang Seorang Pemimpin Yang Dihormati Masyarakat.

Share

Institusi Raja di Malaysia merupakan sebuah institusi yang tinggi dalam menjamin keharmonian sesebuah negeri dan negara. Bahkan kelibat keluarga DiRaja sentiasa menjadi perhatian apabila muncul di khalayak ramai.

Salah seorang putera yang cukup menarik perhatian ramai ialah Kebawah Duli Yang maha Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang merupakan Tengku Mahkota Pahang. Anakanda kepada Yang diPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ini dilihat senang mendekati rakyat jelata dan berinteraksi mesra.

Tengku Hassanal bersama Ayahanda Baginda. Sumber Foto via New Straits Times

Dalam satu hantaran terbaru di laman Instagram baginda, Putera Mahkota Pahang itu dilihat duduk di sebuah gerai yang menjual air kelapa di tepi jalan.

Ujar baginda, “Kalau Awak Singgah FELDA Bukit Goh, jangan Lupa beli air kelapa dekat sini. Pakcik ni selalu pakai Tanjak. If you’re at FELDA Bukit Goh, please stop by my Uncle’s stall and enjoy some delicious refreshments! He always wears a Tanjak if you want to find him

.”

Dalam hantaran di instastory pula baginda berseloroh sedang melakukan kerja sambilan di gerai berkenaan.

Sumber Foto: Instagram Tengku Hassanal

Sebagai bakal Sultan yang akan mengetuai negeri Pahang Darul Makmur suatu hari nanti, Tengku Hassanal yang kini berusia 25 tahun telah tamat kursus ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst di England pada penghujung tahun lalu.

Sumber: Instagram Tengku Hassanal

IKLAN