Kalau hendak diikutkan dengan peredaran zaman kini, memang banyak haiwan peliharaan menjadi popular dengan memiliki akaun Instagram sendiri. Pastinya pemilik mereka adalah ‘mastermind’ di sebalik akaun itu.
Berbeza dengan kucing yang seekor ini, Gli, yang popular dek kecomelannya dan merupakan residen tetap bangunan bersejarah di dunia, Hagia Sophia yang terletak di Turki.
Ads
Meski pun tidak bertuan namun Gli cukup popular media sosial, kucing tidak bertuan ini popular di kalangan pelancong asing dan tempatan yang tidak melepaskan peluang bergambar dengannya. Namun kini kelibatnya tiada lagi.
Mati pada usia 16 tahun kerana tua, kehilangan Gli pasti menjadi kesedihan dan kenangan buat semua penduduk serta pelancing yang pernah mengunjungi Hagia Sophia sementelah lokasi itu kini telah dibuka untuk tujuan menunaikan solat bagi umat Islam.
Ads
Berita kematian kucing ikonik Turki ini disampaikan sendiri oleh gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya menerusi kicauan di laman Twitter beliau. Menurutnya di dalam kicauan itu, “Kucing Hagia Sophia, Gli yang telah dirawat di klinik veterinar daerah Levent sejak 24 September lalu mati kerana usianya yang tua. Kami tidak akan pernah melupakanmu Gli.”
Seperti yang kita tahu, Istanbul adalah antara bandar yang sangat mesra haiwan terutamanya kucing dan juga anjing. Setiap haiwan yang tidak bertuan dijaga dengan baik bahkan mereka menerima rawatan dari semasa ke semasa oleh jabatan veterinar.
Sumber : Twitter Ali Yerlikaya
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjadi orang bijak tak perlu sampai masuk rancangan realiti popular. Rahsia orang bijak, boleh dilihat pada IQ (Kecerdasan Intelektual), EQ (Kecerdasan Spritual) dan SQ iaitu (Kecerdasan Emosional). Jika ketiganya digabungkan, barulah terserlah nilai diri seorang individu itu.
Ternyata, dengan kesungguhan, kita boleh mencapai apa yang dihajatkan. Tak ada apa yang mampu menghalangnya. Inilah yang berjaya dibuktikan oleh Dr Farah Hannan Anuar, yang menerima pengijazahan Doktor Falsafah (PhD) termuda dalam negara dari universiti luar negara.
Dr Farah berjaya memperoleh PhDnya pada usianya 25 tahun 7 bulan dari University Collage Dublin (UCD), Ireland dalam bidang Polymer Synthesis. Hebatkan!
Biar kenangan itu sudah lima tahun berlalu, Dr Farah yang kini berusia 31 tahun, berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Sains Kimia & Teknologi Makanan, Fakulti Sains Dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sudi berkongsi rahsia caranya belajar.
Sebenarnya bukan mudah menyiapkan kajian tesis peringkat PhD namun hanya dengan kesungguhan, Dr Farah berjaya membuktikan anak Melayu boleh berjaya.
Dr Farah menerima PhD ketika usianya 25 tahun, fantastic..
Apa rahsia kejayaannya?
Saya menjadikan ayah, Brig. Jen (B) Dato Anuar sebagai inspirasi. Sejak sekolah, saya tengok ayah tak pernah berhenti belajar sehingga beliau menggenggam ijazah dan berada pada kedudukannya.
Selain itu, kita kena yakin pada diri sendiri. Saya selalu berkata di dalam hati, ingin memperoleh PhD sebelum usia 25 tahun. Ya saya berjaya mencapainya biarpun sebenarnya saya mampu menerimanya lebih awal tetapi pensyarah telah menetapkan saya mesti menghabiskan kajian tesis selama empat tahun,” katanya memulakan bicara dalam satu pertemuan di UKM.
Untuk berjaya, saya sendiri agak santai orangnya tetapi hidup saya setiasa mempunyai jadual atau perancangan. Contohnya dalam sesuatu semester (di sekolah dan di universiti) saya sentiasa ada jadual mingguan.
“Tak kira saya patuh atau leka dengan jadual tersebut tetapi yang penting perancangan mesti ada. Sekurangnya kita sedar bila “terleka” dan saya akan kembali.
“Dan saya sentiasa “target” melebihi daripada apa yang diingini kerana itu akan memotivasikan saya untuk berusaha lebih. Jangan sesekali berputus asa kerana Allah sebaik-baik perancangan.
“Untuk berjaya juga, komunikasi dengan mereka yang lebih matang selain menjaga hubungan dengan keluarga, guru dan pensyarah adalah rahsia saya,” katanya memaklumkan dia kerap bertemu kaunselor dan para pensyarah.
Awalnya hanya bual-bual biasa tetapi akhirnya saya berkongsi stres yang dialami dan kemudian menerima nasihat yang diberikan oleh mereka dengan hati terbuka,”katanya mengukir senyuman.
Dr Farah berjaya buktikan anak Melayu memang bijak
Susah tak habiskan PhD pada usia muda?
Memegang ijazah PhD pada usia 25 tahun ada cabarannya. Dari aspek kerjaya ada yang tak yakin dengan potensi untuk saya melakukan sesuatu tugasan kerana usia muda. Tetapi pada masa yang sama, saya mempunyai jangkaan yang tinggi.
Semasa penyelia menyatakan dia memperuntukkan empat tahun untuk saya menyelesaikan penyelidikan, saya mula risau. Kerana ini bermakna saya mungkin tak berpeluang menggenggam PhD sebelum usia 25 tahun.
“Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah fikiran penyelia dengan menyelesaikan kerja dengan segera sehingga pulang lewat malam.
Tetapi semakin cepat kerja saya, semakin banyak pula tugas lain diberikan (sehingga akhirnya tesis PhD saya mengandungi dua projek penyelidikan) iaitu Part 1: Triblock an Multiblovk Copolymers Polylactide and Polysiloxane Segments dan Part 2 Polymerization Of 3- Methyl -# tertbutylcyclopropene using Palladium (11) Catalysts.
Tapi kata orang, kematangan akan datang seiring dengan perkembangan usia. Dan saya sudah berani melakukannya kerana menyedari potensi diri sendiri,” katanya penuh semangat.
Berjaya mencapai impiannya mahu ada PhD pada usia 25 tahun, Dr Farah juga ada impian berkahwin pada usia itu tetapi ternyata perancangan Allah buatnya berbeza. Selepas bekerja di UKM, ternyata jodohnya ada di situ. Kini beliau mempunyai anak seorang.
Pensyarah muda, beauty with brain, Dr Farah Hannan
Bidang kerjaya dan penyelidikan terkini
Saya mengajar subjek Kimia Polimer selain bidang seperti instrumentasi dan teknik pencirian. Dari segi penyelidikan, saya gemarkan penyelidikan yang fundamental iaitu sistesis polimer baharu.
Terkini, kajia saya banyak menggunakan Poli (asidlaktik) iaitu polimer berasaskan bio dan boleh urai dan poli (etilena glikol) iaitu polimer yang serasi dengan kegunaan tubuh badan manusia.
Oleh kerana latar belakang saya sintesis polimer (pembuatan polimer baharu), saya banyak bekerjasama dengan penyelidik lain untuk mengaplikasikan polimer yang disintesis.
Ahli sains berperanan penting untuk mengkaji masalah semasa, mencadangkan penyelesaian dan memberi kefahaman dan kesedaran kepada masyarakat untuk lebih peka terhadap persekitaran mereka.
Sedikit latar belakang Dr Farah
Anak ke dua dari enam beradik.
Bapanya Brig. Jen (B) Dato Anuar bin Sabtu dan ibunya, Datin Asmah Ab Ghani. Semasa sekolah rendah banyak berpindah randah sebab bapanya tentera.
Masa darjah 3, Dr Farah lompat kelas ke tahun 5 selepas lulus Peperiksaan Tahap Satu (sistem ini sudah dimansuhkan oleh Kementerian Pendidikan).
UPSR (1998):- 5A
PMR (2001) :- 8A
SPM (2003): 8A1, 1A2
Sebelum SPM diumumkan, dirinya diterima masuk ke Program Ekspress UTM-MARA di Universiti Teknologi Malaysia selama 6 bulan.
Jun 2004, mendaftar masuk sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda (Kimia) pada usia 17 tahun.
Graduasi pada usia 20 tahun (2007) dengan Kepujian Kelas Pertama UTM.
Seminggu selepas graduasi, dirinya ditawarkan sebagai Tutor di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan seterusnya melanjutkan pengajian ke University Collage Dublin (UCD), Ireland pada April 2008 atas biasiswa dari UKM.
Oktober 2012, mesyuarat Senat UCD mengesahkan pengijazahan Doktor Falsafah dalam bidang Polymer Synthesis pada usianya 25 tahun 7 bulan.
TONTON VIDEO NASIHAT DR FARAH BUAT REMAJA / PELAJAR UNIVERSITI
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ibu kepada pelakon jelita, Zahirah Macwilson, Maslinda Yusoff tidak melenting apabila anaknya disindir secara terbuka oleh pelakon Fathia Latiff baru-baru ini, sebaliknya memuji keperibadian anak tercintanya itu.
Maslinda dalam satu hantaran di laman Instagram berkata, isteri kepada aktor Aiman Hakim Ridza itu merupakan seorang yang memiliki keperibadian cantik luar dan dalam, termasuk menjadi seorang ibu.
Bahkan, ibunya turut menyifatkan pelakon naskhah hit Tiada Maaf Buatmu itu sebagai seorang anak yang bertanggungjawab.
“Kamu (Zahirah) cantik luar dan dalam. Anak, ibu dan isteri penyayang serta mengambil berat.
“Sayang kamu sangat, kak”
Sebelum ini, pelakon naskhah popular Ariana Rose, Fathia Latiff menyifatkan Zahirah Macwilson saling tidak tumpah seperti seorang bibik (pembantu rumah).
Dia berkata demikian ketika menjawab komen peminat dalam siaran langsung media sosial yang mengatakan bahawa Zahirah memiliki kecantikan semula jadi sebagai seorang wanita.
Dalam pada itu, dia turut bersyukur kerana tidak berkahwin dengan Aiman yang menurutnya tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Maslinda
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Taylor sememangnya adalah definisi #GirlPower untuk generasi baru sekarang.
Beberapa minggu lalu, penyanyi Cardigan Taylor Swift baru saja meraikan kejayaan album terbarunya, Folklore yang menerima beberapa pencalonan penting untuk Anugerah Grammy 2021.
Ia adalah menerusi kaktegori Album Tahunan Terbaik (Folklore), Lagu Tahunan Terbaik (Cardigan), Persembahan Solo Pop Terbaik (Cardigan) dan Persembahan Duo/Berkumpulan Pop Terbaik (Exile bersama Bon Iver). Bukan itu saja, ciptaan lagu Taylor bertajuk Beautiful Ghosts untuk filem Cats juga telah menerima pencalonan bagi kategori Lagu Ciptaan Terbaik untuk Media Visual hasil kolaborasinya bersama Andrew Lloyd Webber.
Belum sempat Taylor ke Anuugerah Grammy yang akan dilangsungkan awal tahun hadapan, dia sekali lagi melakukan kejutan dengan mengumumkan album terbarunya yang akan dilancarkan, tengah malam ini!
WHAT?!
Pengumuman mengejutkan daripada Taylor itu sekali lagi dilakukan menerusi akaun Instagram-nya, sama seperti yang dilakukan untuk pelancaran Folklore beberapa bulan yang lalu.
Kata Taylor, album kesembilan ini umpama kesinambungan kepada Folklore dan berjudul ‘Evermore’.
“Senang cerita, kami tidak mampu untuk berhenti menulis lagu. Kami mempunyai pilihan untuk berhenti dan pusing semula. Ataupun kami boleh teruskan projek ini dengan material baru tersebut. Saya tidak pernah melakukan perkara seperti ini sebelum ini.
“Dahulu, saya akan menganggap album sebagai permulaan era baru dan terus merancang untuk mengeluarkan projek seterusnya selepas sebuah album dilancarkan. Ada sesuatu yang berbeza dengan Folklore.
“Dalam pembuatan album Folklore, saya terasa diri saya kembali semula ke diri saya yang asal. Dan saya terus menulis lagu untuknya bersama Aaron Dessner, Jack Antonoff, WB dan Justin Vernon,” jelasnya panjang lebar.
Untuk pengetahuan, Taylor bakal menyambut hari kelahirannya yang ke 31 pada 13 Disember ini. Oleh kerana nombor kegemarannya adalah 13 dan ini adalah usia yang istimewa untuk Taylor (13 diterbalikkan menjadi 31, duh), Taylor merasakan album Evermore ini adalah kejutan paling istimewa untuk peminatnya yang tidak putus-putus memberikan sokongan.
Menerusi Evermore, Taylor memuatkan 15 trek baru dalam album standard dan tambahan 2 lagi trek bonus dalam edisi Deluxe berjudul Right Where You Left Me dan It’s Time To Go.
Selain daripada album baharu ini, Taylor juga akan melancarkan sekaligus video muzik untuk single berjudul Willow di akaun YouTube Taylor Swift.
Taylor tidak lagi ‘bermain’ dengan peraturan yang sama dalam dunia muzik. Sekiranya dia merasakan perlu mengeluarkan DUA buah album dalam tahun yang sama (mirip keputusan Ariana Grande menerusi Sweetener dan Thank You, Next – but that is another story), dia AKAN melakukannya kerana dia BOLEH melakukannya.