Kalau semalam penulis menceritakan tentang taraf pendidikan tiga calon Perdana Menteri Malaysia yang bakal merebut kerusi tersebut selepas dicalonkan oleh gagasan pasti politik masing-masing. Apa kata hari ini kita lihat pula kepada anak perempuan mereka yang juga popular dan dikenali ramai.
Ada yang mengikut jejak ayah mereka dan ada yang lebih selesa dengan pilihan kerjaya masing-masing yang jauh dari lensa politik. Tiga anak perempuan bakal Perdana Menteri Malaysia yang penulis maksudkan ialah Datin Nina Sabrina Ismail Sabri, Nurul Izzah Anwar dan Najwa Mahiaddin.
Datin Nina Sabrina Ismail Sabri
Datin Nina Sabrina binti Ismail Sabri atau lebih mesra disapa dengan nama Nina merupakan anak sulung kepada Perdana Menteri Malaysia kini, Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob dan isteri kepada pereka fesyen dan usahawan terkenal, Datuk Jovian Mandagie. Walaupun bergelar anak kepadaa Perdana Menteri, Nina tidak menceburkan diri dalam dunia politik sebaliknya menumpukan perhatian kepada perniagaan yang dibina.
Merupakan graduan dari Universiti Lim Kok Wing dan The University of Queensland, wanita berusia 35 tahun ini merupakan usahawan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak serta kecantikan. Dia merupakan pemilik kepada Peterana Kindegarten dan salun Capello by Nina.
Ads
Nurul Izzah Anwar
Nurul Izzah mengikut jejak langkah bapanya sebagai ahli politik. Terkenal dengan gelaran Puteri Reformasi, wanita berusia 42 tahun ini merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Universiti Tenaga Nasional. Dia kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana dalam bidang Perhubungan Antarabangsa dari Johns Hopkins University.
Mula bertanding dalam pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Nurul Izzah mengejutkan ramai pihak apabila dia mengalahkan Datuk Seri Shahrizat Jalil yang merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti ketika itu. Kemudian dia sekali lagi mencipta sejarah apabila mengalahkan veteran UMNO, Datuk Seri Utama Raja Nong Chik. Kini, ibu kepada dua cahaya mata ini merupakan ahli parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang dan akan bertanding di kerusi tersebut pada PRU ke-15 akan datang.
Anak kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin ini merupakan seorang pengiat seni dan penyanyi. Dia yang dilahirkan pada 26 April 1986 mendapat pendidikan di Berklee College of Music. Terkenal dengan nada suara mendalam dan penuh mendayu, Najwa pernah diiktiraf sebagai Artis Baru Terbaik serta Lagu Terbaik (menerusi lagu Got To Go) di Anugerah Industri Muzik ke-18 pada tahun 2011.
Telahpun berkahwin, Najwa mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya, Idris Koh Keng Hui pada tahun 2015. Dia juga tidak mengikut jejak ayahnya melibatkan diri dalam dunia politik sebagaimana Datin Nina Sabrina Ismail Sabri.
Ketiga-tiga mereka fokus dalam kerjaya masing-masing dan paling penting berjaya dalam cara mereka tersendiri tanpa perlu bergantung kepada populariti sang bapa. Salute!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas berjaya melakar sejarah menjuarai Badminton Terbuka China, jaguh beregu lelaki negara, Nur Izzuddin dan isteri tercintanya, Mawar Mutiara selamat menimang cahaya mata sulung mereka.
Berita gembira itu dikongsikan isterinya di platform Instagram sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.
“One year entwined in love’s embrace, now blessed with a new life’s grace. Happy first anniversary, my love,” coret Mawar dengan penuh gembira.
Menerusi hantaran tersebut, dapat dilihat Izzuddin sedang mengendong bayinya itu dengan penuh kasih sayang sementara disampingnya ada isteri tersayangnya.
Pasangan itu bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci mengenai cahaya mata sulung mereka itu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna sempat mengucapkan tahniah selain mendoakan yang baik-baik buat bayi comel pasangan merpati dua sejoli itu.
Sekadar info, Nur Izzuddin dan Mawar selamat diijabkabulkan dengan berwalikan bapa pengantin perempuan pada September tahun lalu.
Sekilas kejayaan terbaharu Izzuddin, dia dan pasangan beregu Goh Sze Fei telah menjuarai badminton Terbuka China sekali gus menjadi beregu pertama Malaysia rangkul gelaran dalam kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 1000 dan kemarau 35 tahun Malaysia bagi muncul juara beregu lelaki di Terbuka China.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Mawar Mutiara
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, kabinet telah memutuskan tempoh cuti bersalin bergaji untuk dipanjangkan dari 60 hari ke 98 hari secara berterusan menerusi kemas kini penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022.
Ini sekaligus merupakan satu bentuk ‘kemenangan’ kepada kumpulan hak asasi buruh dan wanita yang selama ini memperjuangkan hal ini.
Begitupun, disebabkan tempoh cuti bersalin bergaji yang lebih panjang ini, khabarnya para majikan kini lebih cenderung untuk menggaji pekerja lelaki berbanding graduan-graduan perempuan.
Sebaik sahaja kemas kini akta ini diumumkan, Dewan Perniagaan Cina Bersekutu (ACCCIM) mengambil inisiatif melaksanakan satu tinjauan dalam kalangan majikan untuk mendapatkan respon mereka terhadap kesan pindaan akta ini.
Seperti dijangka, rata-rata majikan tidak bersetuju dengan perlaksanaan cuti bersalin bergaji lebih panjang.
Pada pandangan para majikan, ini hanya mengakibatkan peningkatan kos operasi yang ketara setelah kadar produktiviti dan kecekapan menguruskan syarikat masing-masing akan berkurangan dengan ketiadaan pekerja wanita tersebut.
Selain itu, majikan juga perlu mengupah pekerja sambilan atau mengambil graduan latihan (intern) bagi mengisi kekosongan selama tiga bulan itu; lalu mengakibatkan kos pengurusan meningkat.
Tinjauan sama mendapati lebih ramai majikan berbangsa Cina yang sekarang cenderung untuk menggaji pekerja lelaki disebabkan kebenaran cuti bersalin bergaji yang lebih lama ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Ranjitsinh Disale, 32, telah dinobatkan sebagai pemenang utama bagi Anugerah Hadiah Guru Global 2020 sekaligus dia membawa pulang wang bernilai RM4.1 juta.
Berasal dari daerah Maharashtra, dia merupakan seorang guru sekolah kerajaan di sana. Dahulunya sebelum menceburi bidang perguruan, dia merupakan bekas pelajar dalam bidang kejuruteraan namun langit tidak selalu cerah, apa yang diharapkan tidak menjadi dan segalanya terhenti. Kemudian, ayahnya mencadangkan agar dia mencuba bidang pendidikan sebagai karier. Setelah menjalani sesi latihan perguruan dia mula jatuh cinta dengan kerjaya ini.
ADIWIRA MASYARAKAT SETEMPAT Menerusi laporan India Today, ketika dia pertama kali tiba untuk mengajar di Sekolah Rendah Zilla Parishad di desa Paritewadi, bangunan sekolah itu tidak berada dalam keadaan yang baik dan terhimpit di antara kandang ternak dan gudang.
Konsep teknologi kod QR yang dibangunkan oleh Ranjitsinh bagi tujuan pembelajaran. Sumber gambar via Youtube Global Teacher Prize
Ranjitsinh mengubah suasana dan cara pembelajaran dengan menerjemahkan buku teks ke dalam bahasa tempatan untuk membantu murid-murid belajar dalam bahasa ibunda mereka. Dia terkenal dengan karya pengajarannya, termasuklah inisiatif menambahkan kod QR ke buku kelas utama sehingga anak-anak dapat mendapatkan pautan ke puisi audio, kuliah video, tugasan dan cerita.
Menjadi orang pertama yang memperkenalkan kod QR dalam buku teks sekolahnya, dia mengemukakan cadangan dan skema percubaan yang berjaya. Pada tahun 2017, pemerintah Maharashtra juga memutuskan untuk melakukan hal yang sama di seluruh negeri untuk buku teks dari semua kelas.
Selain inovasi dalam proses pembelajaran di sekolah. Jejaka ini juga telah berusaha untuk menyebarkan kesedaran mengenai masalah perkahwinan dalam kalangan remaja dan betapa pentingnya pendidikan untuk kanak-kanak perempuan. Kini, di kampung ini kehadiran pelajar perempuan di sekolah adalah 100 peratus dan tidak ada perkahwinan remaja yang dilaporkan. Segala usaha dan titik peluh yang diusahakan menjadikan Ranjitsinh sebagai seorang wira di kampungnya.
BERKONGSI HADIAH Apabila diumumkan sebagai pemenang mengalahkan sembilan lagi finalis yang lain. Jejaka yang berwawasan tinggi ini tanpa ragu-ragu mengumumkan yang dia akan memberi separuh dari wang kemenangannya itu untuk dikongsikan bersama. Dia percaya wang itu mampu membantu mempertingkatkan lagi mutu pendidikan menerusi usaha yang ditonjolkan oleh finalis-finalis lain
Ini bermakna dia hanya mengambil lebih kurang RM2 juta sahaja dan selebihnya dibahagikan sama rata. Ini menjadikan sembilan orang finalis lain menerima lebih kurang RM277’777 seorang. Salah seorang finalis yang turut tersenarai ialah rakyat Malaysia, Cikgu Samuel Isaiah yang turut dikategorikan sebagai 10 finalis untuk penganugerahan ini.
Penyanyi dan pelakon terkenal era 80-an, Raja Ema, baru-baru ini berkongsi satu berita mengejutkan mengenai kesihatan anak lelakinya, Putera Ammar.
Dalam satu perkongsian di media...