Terbaru, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mencatat pencapaian membanggakan apabila tersenarai dalam kelompok 201 hingga 300 universiti terbaik dunia menerusi Times Higher Education (THE) Sustainability Impact Rankings 2026.

Kejayaan itu sekaligus memperkukuhkan kedudukan institusi berkenaan sebagai antara universiti awam Malaysia yang semakin menyerlah di pentas antarabangsa menerusi komitmen terhadap agenda kelestarian.

Menurut Naib Canselor UniMAP, Datuk Profesor Zaliman Sauli berkata, pengiktirafan berprestij itu mencerminkan usaha berterusan universiti dalam menggabungkan elemen kelestarian menerusi pendidikan, penyelidikan, inovasi serta jaringan bersama komuniti. Pencapaian tersebut turut meletakkan UniMAP di tangga kelapan terbaik dalam kalangan universiti di Malaysia menerusi penarafan berkenaan.

“Pengiktirafan ini adalah hasil komitmen dan kerjasama seluruh warga universiti serta rakan strategik dalam memperkasakan budaya kelestarian di semua peringkat,” katanya.

UniMAP Raih Pengiktirafan Global, Kini Tersenarai Dalam Kelompok 300 Universiti Terbaik Dunia
Sumber: Times Higher Education
UniMAP Raih Pengiktirafan Global, Kini Tersenarai Dalam Kelompok 300 Universiti Terbaik Dunia
Sumber: UniMAP

Beliau turut menegaskan bahawa pencapaian tersebut membuktikan UniMAP bukan sahaja memberi fokus kepada kecemerlangan akademik dan penyelidikan, malah komited memainkan peranan dalam menangani cabaran global melalui pelaksanaan pelbagai inisiatif yang menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).

Ads

“Kita akan terus memperhebatkan pelbagai inisiatif strategik bagi memastikan agenda kelestarian kekal menjadi teras pembangunan universiti demi kesejahteraan generasi masa hadapan,” katanya.

BACA: UniMAP Perkenal Sistem Al-Quran Digital Mudahkan Imam Solat Terawih

Selain pencapaian keseluruhan itu, UniMAP turut mencipta kejayaan membanggakan apabila berada dalam kelompok empat universiti terbaik di Malaysia serta tersenarai dalam kelompok 100 terbaik dunia bagi dua indikator utama yang dinilai dalam penarafan tersebut.

Ads

UniMAP Raih Pengiktirafan Global, Kini Tersenarai Dalam Kelompok 300 Universiti Terbaik Dunia

Difahamkan, dua indikator berkenaan ialah SDG 8 yang memfokuskan kepada Pekerjaan Layak dan Pertumbuhan Ekonomi, serta SDG 17 berkaitan Kerjasama Demi Matlamat. Pengiktirafan itu mencerminkan peranan aktif UniMAP dalam memacu pertumbuhan ekonomi mampan di samping memperkukuhkan kerjasama strategik bersama pelbagai pihak.

Ads

Kedudukan memberangsangkan itu turut menjadi pemangkin kepada UniMAP untuk terus memperluaskan inisiatif berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada masyarakat, industri dan negara, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai universiti teknikal yang berdaya saing di peringkat global.

Untuk rekod, THE Sustainability Impact Rankings merupakan penarafan antarabangsa yang menilai prestasi institusi pengajian tinggi berdasarkan sumbangan mereka terhadap pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sekaligus mengiktiraf usaha universiti dalam mewujudkan pembangunan yang lebih lestari.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads