L

Berita baik buat ibu bapa di Selangor! Permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) 3.0 kini dibuka bermula 10 November 2026, dengan bantuan sebanyak RM300 sebulan kepada keluarga yang memenuhi syarat kelayakan.

Inisiatif Kerajaan Negeri Selangor ini bertujuan membantu meringankan beban keluarga berpendapatan rendah, khususnya dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup serta perbelanjaan membesarkan anak-anak.

Menerusi bantuan ini, penerima yang layak bakal menerima manfaat keseluruhan sehingga RM3,600 setahun bagi membeli barangan keperluan asas, kelengkapan persekolahan dan keperluan penjagaan kesihatan.

Permohonan bagi kategori tanggungan kanak-kanak dibuka secara rasmi pada jam 10 pagi, 10 November 2026 menerusi aplikasi SELANGKAH.

BINGKAS 3.0 Dibuka! Ibu Bapa Di Selangor Layak Terima Bantuan RM300 Sebulan, Ini Syarat & Cara Mohon

Ini Syarat Kelayakan BINGKAS 3.0

Bagi ibu bapa yang berminat, berikut merupakan syarat kelayakan yang perlu dipenuhi sebelum mengemukakan permohonan:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemilih berdaftar di Selangor.
  3. Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
  4. Tidak pernah menerima Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS).
  5. Mempunyai sekurang-kurangnya dua orang anak berusia 18 tahun ke bawah.

Cara Mohon BINGKAS 3.0 Menerusi Aplikasi SELANGKAH

Permohonan boleh dilakukan secara dalam talian melalui beberapa langkah mudah:

  1. Buka aplikasi SELANGKAH dan log masuk ke akaun.
  2. Lengkapkan borang permohonan BINGKAS 3.0.
  3. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Semak semula maklumat sebelum menghantar permohonan.

BINGKAS 3.0 Dibuka! Ibu Bapa Di Selangor Layak Terima Bantuan RM300 Sebulan, Ini Syarat & Cara Mohon

Ads

Antara dokumen yang perlu disediakan termasuk salinan MyKad pemohon dan pasangan, dokumen pengenalan anak atau tanggungan serta bukti pendapatan seperti slip gaji, penyata KWSP atau penyata pencen.

Bagi individu yang bekerja sendiri atau tidak bekerja, surat pengesahan pendapatan daripada ketua komuniti juga boleh diperlukan. Dokumen tambahan seperti sijil kematian, sijil perceraian atau laporan polis mungkin diperlukan mengikut status keluarga pemohon.

Pemohon turut disarankan memastikan semua dokumen yang dimuat naik jelas dan maklumat yang diberikan adalah tepat bagi memudahkan proses semakan.

RM300 Sebulan Boleh Digunakan Untuk Beli Apa?

Untuk makluman, bantuan ini disalurkan secara bukan tunai menerusi kredit digital yang boleh digunakan di kedai panel BINGKAS berdaftar.

Antara barangan yang dibenarkan untuk pembelian termasuk:

Ads
  • Barang dapur: Beras, roti, mi, bihun, telur, tepung, gula, garam dan minyak masak.
  • Makanan segar: Ayam, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Produk tenusu: Susu segar, susu tepung dan susu sejat.
  • Keperluan harian: Sabun, kelengkapan mandian, bahan pencuci dan lampin pakai buang.
  • Penjagaan kesihatan: Ubat-ubatan yang dibenarkan.
  • Kelengkapan sekolah: Kasut, beg, pakaian seragam, buku akademik dan alat tulis.
  • Barangan makanan lain: Biskut, rempah-ratus, sos dan kicap.

Bagaimanapun, ibu bapa perlu mengambil perhatian bahawa kredit RM300 yang tidak digunakan dalam bulan berkenaan akan luput dan tidak dibawa ke bulan berikutnya.

Justeru, penerima digalakkan merancang perbelanjaan bulanan dengan mengutamakan barangan yang paling diperlukan oleh keluarga.

BINGKAS 3.0 Dibuka! Ibu Bapa Di Selangor Layak Terima Bantuan RM300 Sebulan, Ini Syarat & Cara Mohon

Cara Guna Kredit BINGKAS Di Kedai Panel

Penerima boleh membuat pembelian di kedai panel BINGKAS dengan memilih barangan yang diluluskan dan melakukan pembayaran menerusi aplikasi SELANGKAH.

Selepas pengesahan juruwang, penerima perlu memasukkan PIN enam digit sebelum memaparkan kod QR untuk diimbas bagi melengkapkan transaksi.

Ads

Selain itu, kemudahan pembayaran menggunakan MyKad turut disediakan di kedai panel tertentu yang menyokong kaedah berkenaan.

Bagi menyemak senarai kedai panel berhampiran, ibu bapa boleh melayari laman berikut:

https://bingkasselangor.com/#kedai

Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan dan bantuan BINGKAS 3.0, layari laman rasmi https://bingkasselangor.com/ atau hubungi talian 1800-22-6600.

BINGKAS 3.0 Dibuka! Ibu Bapa Di Selangor Layak Terima Bantuan RM300 Sebulan, Ini Syarat & Cara MohonBINGKAS 3.0 Dibuka! Ibu Bapa Di Selangor Layak Terima Bantuan RM300 Sebulan, Ini Syarat & Cara Mohon

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads