Penyelidik di Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektronik (FTKEN) UniMAP, Profesor Ir Dr Anuar Mat Safar yang juga Pengerusi Masjid Al-Arifin Padang Katong, Kangar telah pun mencipta sistem Al-Quran Digital Kawalan Tanpa Wayar bagi memudahkan imam membaca ayat lebih panjang dalam solat terawih sepanjang Ramadan ini.
Ia sekali gus menjadikannya masjid pertama yang menggunakan teknologi berkenaan untuk menunaikan solat tarawih pada Ramadan kali ini.
Dekan FTKEN Prof Madya Ts. Dr Azremi Abdullah Al-Hadi berkata projek itu adalah hasil kerjasama masjid itu, FTKEN, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (FTKM) dan Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs).
Dengan adanya sistem berkenaan, Imam 1 di Masjid Al-Arifin Padang Katong; Kangar iaitu Ustaz Muhammad Khidhir Abdul Ghani boleh membaca ayat surah yang lebih panjang dalam solat sunat dan boleh menggerakkan muka surat seterusnya tanpa memerlukan pergerakan major.
Imam akan membaca ayat suci melalui Quran digital yang dipancarkan pada skrin dan pergerakan membuka halaman seterusnya boleh dikawal menggunakan peranti wrist band di pergelangan tangan.
Sistem itu juga berpotensi untuk dikomersilkan dan digunakan di masjid dan surau, bahkan boleh diguna pakai untuk kegunaan solat di rumah.
Wah, idea menarik ni! Cara ini juga boleh boleh menarik minat anak muda untuk menjadi imam. Setidaknya bolehlah hilangkan sedikit rasa nervous mereka kan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setelah sekian lama menantikan kemunculan Sony PlayStation 5, kini para gamers semua boleh menghela nafas lega kerana perasmian permainan video ini telah dilancarkan awal pagi tadi.
Walaupun harganya masih belum diumumkan, namun pihak Sony telah membongkar rupa bentuk rekaan yang didatangkan dalam dua versi, iaitu PlayStation 5 secara fizikal dan PlayStation 5 Digital Edition.
Selain itu juga, Sony turut memperlihatkan aksesori penuh untuk konsol berkenaan, termasuklah sebuah set kepala, pengawal media, kamera HD dan juga alat kawalan permainan DualSense.
Menurut amanz.my, setelah dilihat Sony akan hadir dengan dua variasi konsol untuk PlayStation 5, dimana satu menyertakan sokongan cakera fizikal dan satu lagi adalah versi digital sepenuhnya. Versi digital mungkin dijual dengan harga sedikit murah, selain memfokuskan kepada kemudahan pengguna menikmati permainan melalui muat turun permainan secara digital.
Walau bagaimanapun, pihak Sony juga belum berkongsi harga jualan dan tarikh mula jualan untuk konsol PlayStation 5 terbaru ini.
P/S: Duit simpanan korang dah cukup ke belum? Hiks!
Semalam ramai yang telah membuat perkongsian mengatakan akaun MySejahtera mereka sudah mempunyai ‘Verified’ atau ‘Sah’ dan rata-ratanya agak terkejut kerana menganggap ia sama seperti akaun media sosial yang lain.
Menurut MySejahtera, individu yang mempunyai label akaun ‘Verified’ boleh menggunakan sepenuhnya pelbagai ciri-ciri pada aplikasi tersebut, termasuklah untuk melihat sijil vaksinasi.
Bagi korang yang belum menukar ‘status’ MySejahtera ini, berikut adalah tutorial cara untuk sahkan akaun. Korang perlu mengemaskini aplikasi MySejahtera kepada versi terkini untuk menggunakan ciri terbaharu ini.
1. Untuk melakukan pengesahan, klik pada butang ‘Sahkan Segera’
2. Sila pastikan maklumat diri yang tertera adalah betul dan klik ‘Sahkan’
3. Klik ‘OK’ sekiranya korang pasti maklumat diri yang tertera adalah betul
4. Setelah korang kemaskini profil, tanda ‘Sah’ atau ‘Verified’ akan terpapar di profil MySejahtera
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Menerusi perkongsian di arena web, kain lap Apple ini hadir dalam kotaknya tersendiri, serta sebuah kertas yang mengatakan ia boleh diguna pada pelbagai skrin dan permukaan.
Menurut amanz.my, Apple turut mengalakkan penggunaan cecair 70 peratus IIPA untuk membuang kesan yang sukar dibuang daripada permukaan, bersama-sama dengan kain lap Apple Polishing Cloth ini.
Walau bagaimanapun, kain ini khabarnya telah habis dijual dan tempahan baharu akan diterima oleh pengguna pada awal tahun 2022 kelak.
Buat pengikut setia jenama Apple, pasti ramai yang tertunggu-tunggu untuk mendapatkan kain lap skrin premium ini untuk tambahan koleksi mereka. Betul tak? Hiks!
Penjelasan lengkap mengenai isu rehat Manon Bannerman KATSEYE, spekulasi peminat, serta kenyataan ahli kumpulan KATSEYE berdasarkan temubual Vanity Fair.