Hanya dua hari sebelum sambutan Thaipusam esok (18 Januari 2022), pengumuman pihak berkuasa yang memutuskan untuk tidak membenarkan beberapa upacara keagamaan termasuklah memecahkan kelapa dan perarakan kavadi dianggap sebagai satu keputusan yang merugikan.
Ini jelas dirasakan oleh para pengusaha kavadi dan pembekal buah kelapa yang sekali lagi terpaksa membatalkan pesanan kelapa berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Buat masa ini, cuma tempahan buah kelapa untuk jualan harian seperti santan dan kelapa parut yang akan diedarkan ke pasar awam.
Ads
Selama dua tahun mereka tidak dapat mengadakan upacara memecahkan kelapa secara besar-besaran akibat merebaknya wabak COVID-19, tiada sebarang pendapatan semasa Thaipusam dapat dijana oleh para pengusaha sedangkan selalunya, tempahan boleh mencecah sehingga 100,000 biji.
Ini secara tidak langsung membawakan kerugian yang boleh mencecah RM100,000. Disebabkan kes kerugian yang berlangsung tahun lalu, mereka bertindak lebih berhati-hati pada tahun ini dan tidak membuat tempahan kelapa secara awal bagi mengelakkan ia berulang kembali.
Ads
Bagi penganut Hindu yang ingin membayar nazar dengan mengangkat kavadi, sekali lagi mereka kempunan untuk menyertai upacara perarakan kavadi demi menjaga kesihatan dan keselamatan orang ramai.
Ads
Selain itu, kerajaan juga tidak membenarkan upacara membayar nazar dengan mencukur rambut di pekarangan kuil, gerai jualan dan pengedaran makanan percuma.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu lagi berita yang menjadi bualan hangat apabila pada Pilihan Raya Umum ke-18 awal tahun ini memberi impak besar buat seluruh rakyat Malaysia. Kejatuhan kerajaan Barisan Nasional ke tangan Pakatan Harapan menjadi topik ‘panas’ sepanjang bulan Mei lalu.
Antara yang paling mendapat tumpuan adalah apabila Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohammad sekali lagi diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ketujuh dan sekali gus menjadi bualan tentang teori nama bekas Perdana Menteri pertama, iaitu Tunku Abdul Rahman yang disebut-sebut selama ini sebagai Teori Rahman.
Susunan nama bagi Perdana Menteri Malaysia selama ini..
Apa yang menariknya tentang teori ini? Jom kita recap balik!
Hari ini, pastinya seluruh rakyat Malaysia masih membicarakan tsunami politik yang benar-benar memberi pukulan “smash kencang” kepada Barisan Nasional dengan kemenangan kepada Pakatan Harapan.
Sebelum keputusan diumumkan awal pagi tadi, ada banyak cakap-cakap di belakang mengenai #tsunami orang Melayu, #anak muda, #gelombang kemarahan rakyat tentang gst dan pelbagai lagi bualan lain. Namun satu yang pasti dan benar-benar menjadi igauan tentunya teori nama bekas Perdana Menteri pertama iaitu TUNKU ABDUL RAHMAN yang disebut-sebut selama ini sebagai TEORI RAHMAN yang mana ia menjadi susanan nama bagi Perdana Menteri Malaysia selama ini.
Jika diukur tentang sejarah Malaysia, teori nama ini bermula dengan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia dan memerintah selama 13 tahun bermula dari 1957 hingga 1970. Beliau digelar bapa kemerdekaan negara.
Selepas ketiadaannya, Tun Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kedua selama enam tahun bermula dari 1970 sehingga 1976 dan digelar Bapa Pembangunan. Beliau mewakili huruf A bagi teori ini. Malah generasi Felda pasti cukup mengingati allahyarham kerana bermula dari era beliaulah Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan di Malaysia.
Teori nama RAHMAN ini diteruskan apabila Tun Hussein Onn diangkat sebagai Perdana Menteri ketiga Malaysia dan mewakili huruf H. Bapa kepada bekas Menteri Pertahanan, Hishamudin Tun Hussein Onn ini memerintah Malaysia bermula dari 1976-1981. Kejayaannya yang paling besar ialah menyatu padukan penduduk pelbagai kaum sehingga digelar Bapa Pembangunan.
Seterusnya, mewakili harapan seluruh rakyat Malaysia pada PRU ke 14 ini ialah Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke empat dan paling lama dalam sejarah Malaysia iaitu selama 22 tahun. Auranya sudah cukup bergema ke seluruh pelusuk tanahair sehingga mampu menolak kerajaan Barisan Nasional yang tidak pernah sekali pun kalah dalam pilihanraya sejak 60 tahun lalu dan tahun ini Pakatan Harapan mencatat sejarah dalam negara.
Selepas turun dari memerintah Malaysia, teori nama ini berjangkit kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mewakili huruf A bagi nama RAHMAN ini. Hanya memerintah selama enam tahun bermula dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009, beliau kemudiannya digantikan dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mewakili huruf N.
Ternyata hari ini, dengan kemenangan kerusi di Parlimen sebanyak 89 sahaja, kerajaan Barisan Nasional gagal membentuk kemenangan mudah dan teori nama RAHMAN BERAKHIR pada hari ini dengan enam Perdana Menteri Malaysia terlantik setakat ini.
Nyata, teori nama RAHMAN ini benar-benar BERHANTU dan menjadi kenyataan kerana era UMNO bagi rakyat Malaysia sudah mulai hilang popularitinya khususnya di kalangan anak muda yang benar-benar bangkit sekaligus menjadikan medium politik Malaysia yang mahukan suara anak muda lebih lantang di Parlimen mula menjadi kenyataan.
Dengan kekalahan Barisan Nasional, nampaknya nama-nama favourite seperti Dato Seri Hishamudin Tun Hussein Onn untuk diangkat sebagai Perdana Menteri semakin menjauh. Begitu juga Ketua Pemuda yang tall, dark dan hensem iaitu Khairy Jamaludin juga semakin menjauh bagi tempoh 5 tahun ini. Tidak terkecuali Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri sebelum ini.
*****
Apa-apa pun, sebagai rakyat Malaysia kita perlu rapatkan ukhwah untuk mencapai keamanan dan kemakmuran demi masa depan negara.
Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kejadian alam yang menimpa beberapa negara pada awal tahun ini semakin menimbulkan persoalan. Mengapa semuanya pada waktu yang sama?
Jika awal tahun ini, dunia berdoa agar masalah kebakaran luar biasa di Australia terhenti. Kita kemudian dikejutkan oleh gunung berapi Taal di Filipina yang mulai berasap.
Kini, satu lagi kejadian alam melanda dan kali ini di pergunungan Jais di Dubai, UAE.
Seperti yang kita ketahui, Dubai sinonim dengan imej padang pasir dan cuaca panas. Namun siapa sangka bumi Dubai akan diselaputi salji.
Puncak tertinggi di UAE itu bertukar imej menjadi putih setelah cuaca menjunam ke -0.1 darjah Celsius pada 15 Januari lalu. Manakala suhu purata di seluruh UAE pula adalah antara 12 hingga 17 darjah Celsius; jauh berbeza dengan suhu kebiasaan.
Penduduk di sana tak melepaskan peluang untuk mengambil foto paling ‘instagrammable’ sebagai kenangan mereka. Cer lihat..
Walaupun kejadian iklim ini menggembirakan rakyat di sana kerana ia belum pernah terjadi, namun ramai yang khuatit akan perubahan iklim sedrastik ini.
Jika satu hari nanti tiba giliran Malaysia pula yang memperolehi salji, korang jangan terkejut pula. Hiks!
Tapi buat masa ini, korang kena berhati-hati dengan musim panas bagi beberapa bulan yang akan datang.
Datuk Azizulhasni Awang sekali lagi menjadi juara di hati rakyat Malaysia apabila berjaya membawa pulang pingat perak untuk negara dalam acara keirin lelaki di hari terakhir kejohanan Olimpik Tokyo 2020 .
Namun, belum sempat Azizulhasni balik ke Malaysia, beliau sudah diberikan penghargaan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Institusi pengajian tinggi yang penting dalam sejarah pendidikan negara ini telah menawarkan biasiswa dan jawatan pensyarah di Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan kepada atlet berbasikal negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang berikutan kejayaannya mengharumkan nama negara di Olimpik Tokyo 2020.
Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata UPSI menawarkan peluang melanjutkan pengajian dan jawatan pensyarah kepada Azizulhasni pada bila-bila masa sahaja sama ada selepas Sukan Olimpik Tokyo mahupun Sukan Olimpik Paris 2024.
Beliau berkata tawaran itu membolehkan beliau melanjutkan pengajian secara Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) iaitu menerusi laluan pengalaman secara berterusan yang membawa kepada penganugerahan sijil kelayakan formal tertinggi sekali gus memberi peluang lebih cerah dalam perkembangan kerjaya individu.
“Tawaran ini adalah sebagai tanda penghormatan terhadap kecemerlangan luar biasa Azizulhaani yang sentiasa menjadi aspirasi dan motivasi kepada lebih 32 juta rakyat Malaysia.
Kehadiran Azizulhasni ke UPSI pastinya dapat membantu negara dalam memantapkan pembangunan sukan berbasikal trek dan menjadi inspirasi kepada mahasiswa yang bakal menjadi guru dan jurulatih sukan di sekolah-sekolah di Malaysia mahupun antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang telah menerima Darjah Kebesaran Dato Paduka Mahkota Terengganu yang membawa gelaran Datuk. Alhamdulillah…rezeki bayi nombor tiga agaknya ni.
Wah best la pelajar UPSI kalau jaguh dunia ni berkhidmat di universiti tersebut.
Sumber: Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.