Satu kebanggaan buat rakyat Malaysia dan kenangan manis buat skuad pelumba trek Malaysia apabila jaguh berbasikal trek negara Dato’ Azizulhasni Awang berpuas hati dengan pencapaian pada Kejohanan Piala Trek Antarabangsa Hong Kong II, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN : Azizulhasni Terima Anugerah Biasiswa UMT, Sambung Pengajian Ke Peringkat PhD

Bersinar Di Hong Kong, ‘The Pocket Rocketman’ Bawa Pulang Empat Emas. Bangga!
Foto daripada Facebook Azizulhasni Awang.

“Alhamdulillah penutup yang sempurna hari ini (semalam) apabila saya sekali lagi memenangi pingat emas di dalam acara men’s sprint.

“Secara keseluruhan saya mendapat empat pingat emas untuk empat acara dan sudah tentu saya berpuas hati dengan persembahan di sini,” ujarnya dalam hantaran di laman Facebook beliau, malam tadi.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada rakan sepasukan, Muhammad Fadhil Zonis yang mendapat pingat gangsa selepas menewaskan pelumba dari Kazakhstan dengan kemenangan 2-1 yang diadakan di Velodrom Hong Kong iyu.

IKLAN

“Tahniah juga buat pelumba muda negara, Amber Yong yang mendapat pingat emas untuk acara women’s keirin junior sekali gus melengkapkan tiga pingat emas untuk kategori women junior,” ujar pelumba kelahiran Dungun itu.

Bersinar Di Hong Kong, ‘The Pocket Rocketman’ Bawa Pulang Empat Emas. Bangga!

Azizulhasni turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan doa untuknya dan rakan sepasukan serta berharap semoga pasukan lumba basikal Malaysia akan terus cemerlang

IKLAN

Untuk info, sebelum ini  Azizulhasni Awang disahkan mengalami masalah jantung hingga hampir menamatkan kariernya sebagai pelumba basikal negara. Malah, kehilangan ‘The Pocketman’ negara secara tiba-tiba senyap sejak awal Februari lalu akhirnya terjawab apabila sebenarnya dia bergelut dengan rawatan penyakit jantung itu sebelum melakukan pembedahan 21 April lalu.

Moga, ‘The Pocketman’ negara ini terus diberikan kesihatan yang baik dan terus mengharumkan nama Malaysia dimata dunia. Tahniah!

IKLAN

BACA LAGI : Pelumba Basikal Negara, Azizulhasni Terima Gelaran Datuk

Sumber : ( 1 )

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI