Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil mendedikasikan ucapan teristimewa buat suami tercintanya,Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) sempena ulang tahun kelahiran yang ke-65 tahun.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, penyanyi lagu popular Jerat Percintaan itu mendoakan agar suaminya bertambah keimanan, keberkatan, rezeki yang berkah, sihat tubuh badan dan sentiasa dibawah lindungan Allah.
“Selamat ulang tahun kelahiran sayang… semoga bertambah keimanan, keberkatan, rezeki yang berkah, sihat tubuh badan dan sentiasa dibawah lindungan Allah SWT… Aaminn ya rabb,” coretnya.
Ads
Lebih menarik di ruangan komen apabila, rata-rata netizen saling memberi reaksi dengan tudung dipakai Siti yang dilihat ‘kelepet’, selain mendoakan yang baik-baik buat Datuk K.
“Tudung itu rasa macam nak tolong betulkan yang penyet itu,” komen seorang pengikutnya.
Ads
“Apalah sangat tudung kelepet… Siti Nurhaliza kot…” komen seorang lagi.
Ads
“Tudung kelepet-kelepet pun cantik,” tulis peminatnya yang lain.
“Tokti pakai awning kelepet pun lawa. Apa pun, happy birthday Datuk K,” tulis juga pengikutnya lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Filem legend Charlie’s Angel yang yang terakhir ditayangkan kira-kira 16 tahun lalu dan sekali lagi filem aksi perisik wanita handal ini bakal menemui penonton dengan aksi yang lebih mantap gandingan lakonan dari pelakon hebat termasuklah Kristen Stewart, Naomi Scott, Ella Balinska, Elizabeth Banks, Sam Claflin dan Djimon Hounsou.
Para angels yang dulunya dibintangi oleh Cameron Diaz, Drew Barrymore dan Lucy Liu kini digantikan oleh Kristen Stewart (Sabina), Naomi Scott (Elena) dan Ella Balinska (Jane). Diarahkan oleh Elizabeth Banks, Charlie’s Angel akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 14 November 2019.
Filem ini mengisahkan tentang tiga angels yang bergabung dalam Townsend Agency untuk menggendalikan satu kes berat. Dalam Charlie’s Angels 2019 kali ini mereka akan beraksi untuk melindungi dunia kerana adanya teknologi berbahaya.
Kehebatan aksi tiga wanita cantik itu harus diberi pujian kerana berjaya menghidupkan watak perisik yang licik dan bertenaga. Tidak hanya berbekalkan wajah jelita, nyata tiga pelakon wanita ini mampu memberikan sepenuh tenaga untuk tampil dalam filem bergenre aksi.
Jalan ceritanya sarat dengan aksi juga membuatkan penonton tidak sempat untuk berasa bosan atau mengantuk. Mana tidaknya, belum pun 10 minit filem ini bermula, sudah ada babak berlawan.
Plot filem ini tersusun cantik dan straight forward, jadi korang tak perlulah nak berkerut dahi memikirkan apa sebenarnya yang terjadi.
Cuma..
Kami suka bila ada babak ‘twist’ yang diselitkan dalam filem ini. Rasa macam puas hati la bila tengok ending movie ni. Hiks!
Nah, tak syok la kalau kami nak cerita panjang. Korang kena tonton sendiri filem ini di pawagam nanti. Confirm berbaloi! Serius, tak tipu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam dunia bola sepak, mungkin pemain terkenal seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi gah mengungguli ranking, jumlah gol terbaik liga dan jumlah follower paling ramai di Instagram.
Bagaimanapun, percaya tak jika kami katakan yang mereka berdua bukanlah pemain bola sepak terkaya di dunia pada masa ini? Huh, siapa lagi kaya?
Perkenalkan, Faiq Bolkiah yang berusia 19 tahun yang bergelar pemain bola sepak profesional untuk kelab liga premier Leicester City.
Pemain tepi kelab itu juga merupakan anak saudara kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang dilaporkan memiliki nilai harta sehingga 20 billion dollar.
Faiq dilahirkan di Los Angelas Amerika Syarikat dan memutuskan untuk bermain bagi pasukan nasional Brunei seawal usia 15 tahun lagi.
Walaupun dikategorikan sebagai pemain rookie di dalam pasukan tersebut, Faiq telahpun bermain untuk negaranya sebanyak 9 kali setakat ini dan pernah menjaringkan satu gol.
Berbekalkan satu gol sekalipun, Faiq masih merupakan pemain paling kaya di dunia.
“Saya mula bermain bola sepak sejak kecil lagi, saya sukakan pesekitaran berada di tengah padang bola. Ibu bapa saya juga selama ini memberikan sokongan tak berbelah bahagi untuk membantu saya menggapai impian bergelar pemain bola sepak.
“Mereka memastikan saya berlatih kuat secara fizikal dan mental,” katanya dalam temuramah baru-baru ini.
Pada tahun 2009, akademi berprestij Southampton telah diperkenal di Brunei. Namun itu bukanlah tiket pantas untuk mereka menawarkan Faiq kontrak sebagai pemain.
(Dari kiri): Faiq ketika berusia 15 tahun dan ketika mewakili Brunei pada usia 16 tahun di Sukan SEA 2015
Tidak lama selepas itu, kelab gergasi Arsenal menawarkan Faiq peluang untuk tempoh percubaan dan dia bermain untuk kelab tersebut dalam liga Lion City Cup di mana Faiq bermain dengan cukup bagus dan berjaya menjaringkan gol.
Sejak itu, beberapa kelab lain melahirkan minat untuk mengambilnya sebagai pemain. Namun Faiq, one way or another, ingin menyertai Chelsea, yang akhirnya menawarkannya kontrak selama dua tahun.
Hanya selepas setahun, Faiq kemudiannya meninggalkan Chelsea untuk bersama dengan Leicester City selama tiga tahun.
Walaupun Faiq dilahirkan dalam keluarga yang maha kaya, hakikatnya dia masih merupakan seorang remaja yang mempunyai impian dan dia bekerja keras untuk mencapainya. Atau apa pendapat korang? Adakah semua kejayaan ini hasil daripada pengaruh besar keluarga?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Platform penstriman atas talian, Netflix telah membuktikan bahawa ia adalah salah satu peneraju produksi drama dan filem yang mementingkan diversiti dalam kalangan pelakonnya.
Salah satu drama popular di Netflix yang dianggotai oleh pelakon berlainan kaum, adat dan warna kulit ialah Bridgerton. Tidak lama lagi, musim keduanya akan menemui penonton dan apa yang membuatkan ramai ternanti-nanti adalah kerana kemunculan beberapa pelakon baharu dari bangsa berlainan.
Dua orang pelakon berdarah kacukan Inggeris-India; Charithra Chandran dan Simone Ashley telahpun diambil bagi melakonkan watak adik-beradik Sharma pada musim kedua.
Untuk meraikan diversiti ini, produksi Bridgerton menjanjikan keistimewaan dari segi trek lagu yang akan dimainkan pada setiap episod.
Salah satunya ialah Kabhi Khushi Kabhie Gham nyanyian mendiang Lata Mangeshkar. Biarpun tiada kenyataan rasmi mengapa lagu tersebut menjadi antara yang dipilih, REMAJA prcaya produksi ingin memberi penghormatan kepada legasi Lata; lebih-lebih lagi setelah beliau menghembuskan nafas terakhir baru-baru ini.
Kata Charithra Chandran, 25 yang melakonkan watak Edwina Sharma, dia tidak dapat menahan air mata ketika lagu tersebut berkumandang semasa menonton previu.
Charithra Chandran.
“Filem (Kabhi Kushie Kabhi Gham) dan lagunya sudah menjadi ikonik dalam dunia Bollywood, semua orang membesar dengan mendengarkannya. Jadi apabila ia dimainkan, I was like, betulkah ini dan terus mengulang tayang. Lagu ini adalah ‘family song’ dan babak Bridgerton itu mewakili mesej yang sama. I love that.
“(Saya) menghantarkan mesej kepada Chris Van Dusen (penulis Bridgerton) dan memberitahunya babak tersebut membuatkan saya mengalirkan air mata kerana ia menggabungkan kedua-dua dunia saya; India dan Inggeris,” kata graduan Universiti Oxford itu.
Sementara itu, Simone Ashleyyang membawakan watak Kate Sharma dan buah hati kepada Anthony Bridgerton pula berkata, Bridgerton telah menjadi hit kerana ia mewakili pelbagai kebudayaan untuk dipertontonkan kepada penonton antarabangsa.
Pada zaman di mana ‘diversiti’ masih menjadi satu isu kompleks yang tercetus dalam dunia realiti, gambaran diversiti menerusi seni lakonan ini diharapkan mampu mengubah mindset penonton untuk menjadi lebih inklusif terhadap kepelbagaian latar belakang orang di sekeliling.
Simone Ashley di samping Jonathan Bailey.
Musim kedua Bridgerton mengisahkan tentang Lord Anthony Bridgerton (lakonan Jonathan Bailey) yang sedang mencari calon isteri terbaik.
Sebagai abang sulung dalam keluarga aristokrat itu, dia perlu menjaga nama baik keluarga dan mencari calon yang menyamai taraf luar biasanya. Pencarian itu seakan menemui jalan buntu sehinggalah Kate Sharma dan adiknya, Edwina Sharma tiba dari India.
Tak sabarnya nak binge-watch Bridgerton pada hujung minggu ini!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!