
Selepas empat (4) tahun mengalami trauma dengan mimpi ngeri yang dialaminya, pelakon wanita yang popular menerusi naskhah Malayalam, Telugu dan Hindu, Malvi Malhotra (27) kini boleh menarik nafas lega.
Menurut laporan Indian Express, ia susulan seorang pengarah lelaki yang didakwa telah menikamnya diperintahkan oleh mahkamah menjalani hukuman penjara selama tiga (3) tahun akibat jenayah yang dilakukan.
Menerusi kronologi kes, Malvi ditikam sebanyak tiga kali pada malam 26 Oktober 2020 berhampiran kediamannya oleh lelaki yang mendakwa dirinya seorang pengarah yang bernama Yogesh Mahipal Singh.
ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli Cedera Diserang Dengan Cota, Terpaksa Ditidurkan


Pelakon wanita itu didapati tercedera pada bahagian tangan dan perut selepas menolak lamaran Yogesh yang mahu berkahwin dengannya.
“Saya berdepan dengan trauma yang teruk selepas kejadian itu. Ia lebih daripada kecederaan atau kesan tikaman tetapi memberi impak yang besar terhadap mental saya”



Menerusi akaun media sosial Malvi turut meluahkan rasa syukur, “Terima kasih pihak berkuasa kerana telah memberi saya keadilan. Kesabaran saya berbaloi. Setiap perbuatan ada balasan dan keadilan selalu berpihak kepada yang benar.”
Sebelum ini, pelakon filem ‘Hotel Milan’ dan ‘Abhyooham’ itu memberitahu menerima Yogesh sebagai kenalan selepas lelaki itu mahu menjalin hubungan persahabatan dengannya menerusi aplikasi Facebook.
ARTIKEL BERKAITAN: Sebulan Sean Lee Tidak Munculkan Diri, Rupanya Tercedera Sampai Tolak Tawaran Filem
Mereka kemudian berkawan dan pernah keluar bersama sebelum Malvi menjauhkan diri selepas menolak lamaran Yogesh yang mahu mengahwininya. Sejak dari itu Yogesh mengintip pergerakan Malvi sehingga berlakunya insiden tikaman empat tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selamat Tinggal Sri Pentas! Selain Hoskan YDP Agong Sebagai Pembaca Berita, Lihat 4 Lagi Fakta Menarik Tentangnya

Setelah lebih tiga dekad beroperasi di Sri Pentas Bandar Utama, operasi berita rangkaian televisyen Media Prima Berhad bagi saluran TV3, 8TV, TV9 dan Didik TV akan beralih lokasi dan bersiaran sepenuhnya di Balai Berita, Bangsar mulai 21 Oktober ini.
Saluran TV9 semalam membuka tirai Balai Berita Bangsar menerusi program Buletin TV9 yang dikendalikan oleh penyampainya, Fahiz Ariff dan Saree Abdullah dan ia akan diikuti oleh saluran-saluran lain selepas ini.

Sri Pentas sememangnya sudah menjadi sinonim dengan rangkaian televisyen Media Prima Berhad terutamanya bagi penonton generasi Millenial dan Gen Z yang membesar dengan menonton saluran-saluran yang ditawarkan.
Dengan perpindahan membabitkan studio dan sistem peralatan baharu ini, ia akan duduk sebumbung dengan semua platform media The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) yang menempatkan jenama-jenama media di bawah Media Prima seperti Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times.
Jom imbas semula lima fakta menarik mengenai Sri Pentas, Bandar Utama yang begitu signifikan dalam dunia penyiaran tempatan.
01

Sebelum wujudnya Sri Pentas, saluran TV3 mula menerbitkan program berita sendiri pada Januari 1985 bertempat di Jalan Liku, Bangsar di mana Allahyarham Dato’ Mahadzir Dato’ Lokman diberikan kepercayaan untuk menjadi pembaca berita pertamanya. Sebelum tahun 1985, hanya rangkaian Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menerbitkan berita televisyen di Malaysia.
02



Sri Pentas atau lebih dikenali sebagai ‘The Stage’ dalam kalangan pelopor dunia media dan kewartawanan pada era 90-an dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 22 Oktober 1996. Sejak itu, Sri Pentas mula menjadi markas kepada semua saluran televisyen dan radio Media Prima.
03

Sri Pentas bukan sahaja dipaparkan dalam program berita dan temubual di Media Prima. Banyak sebenarnya pasukan produksi lain termasuklah drama dan filem terbitan Media Prima dan Grand Brilliance yang menggunakan Sri Pentas sebagai set penggambarannya. Kalau korang masih ingat pada tahun 2001, filem Lagi-Lagi Senario pernah menjalani penggambaran di sebuah gerai yang dibina berlatarbelakangkan Sri Pentas. Kini, kawasan gerai itu sudahpun berubah menjadi tempat parkir kenderaan.
04

Sri Pentas juga tidak terkecuali daripada menjadi lokasi ancaman pihak tidak bertanggungjawab. Pada 28 Ogos 2018 kira-kira jam 10.30 malam, Si Pentas terpaksa dikosongkan serta-merta oleh 200 kakitangannya selepas ia menerima panggilan ancaman bom oleh seseorang yang mengaku dirinya sebagai ‘Imam Mahdi’. Unit Pengesan Bom PDRM melaksanakan pemeriksaan selama dua jam dan tidak menemui sebarang alat atau objek mencurigakan.
05

Tarikh 17 Januari 2024 akan tersemat sebagai antara tarikh bersejarah buat Sri Pentas apabila Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat ke Sri Pentas bagi membaca berita menerusi slot khas Buletin Diraja untuk siaran Buletin Utama pada jam 8 malam itu.
Pasangan diraja berkenaan merakamkan segmen tersebut sewaktu lawatan dilakukan pada jam 10.30 pagi hari yang sama di mana baginda berdua disambut oleh barisan pengurusan kanan Media Prima Berhad, diberikan taklimat mengenai operasi radio, bilik berita dan Media Prima secara amnya.
@remaja.my Hari yang cukup bersejarah bagi dunia media tempatan apabila #YangdiPertuanAgong, #AlSultanAbdullahRiayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan #RajaPermaisuriAgong, #TunkuAzizahAminahMaimunahIskandariah berkenan membuat kemunculan istimewa sebagai penyampai berita di slot khas Buletin Diraja pukul 8 malam tadi di saluran #tv3malaysia. Comel sangat telatah baginda berdua! 😁😁 Pada masa yang sama, rakyat turut memuji usaha baginda berdua untuk terus mempromosikan negeri Pahang menerusi laporan ternakan ikan patin di sana. REMAJA pasti, ramai dalam kalangan kita akan merindui baginda berdua yang bakal menamatkan tempoh pemerintahan pada 30 Januari tahun depan. Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (khas) telah mengisytiharkan #SultanJohor, #SultanIbrahimIskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 untuk tempoh lima tahun bermula 31 Januari 2024. Manakala, #SultanPerak, #SultanNazrinMuizzuddinShah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama. Klip: #buletintv3 #majalahremaja #remaja #remaja #agong #agongkita #yangdipertuanagong ♬ original sound – Remaja
SUMBER: (1) (2) (3) (4) (5) (6)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet
![[VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet 29 [VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet](https://cdn.remaja.my/2022/01/TOP-GV8.jpg)
Pertarungan pentas akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) malam tadi menyaksikan Aliff Aziz dinobat menjadi juara, sekali gus membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta sebuah trofi.
Kemenangan ini mungkin sudah dijangka kerana melihatkan konsistensi yang dilakukan oleh penyanyi kelahiran Singapura ini, namun saingan sengit tetap diberikan oleh lima lagi finalis GV8.
![[VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet 30 [VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet](https://cdn.remaja.my/2022/01/A.jpeg)
Aliff menyampaikan lagu Sampai Syurga nyanyian Faizal Tahir pada persembahan solo dan bergandingan bersama Hafiz Suip menyanyikan lagu Dealova, seterusnya berentap dengan Aweera di pusingan battle menerusi lagu Bangun nyanyian Aman Ra.
![[VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet 31 [VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet](https://cdn.remaja.my/2022/01/b.jpeg)
Namun, disebalik tabir yang berlaku ketika berlangsungnya finale GV8 malam tadi, sebuah video yang menunjukkan Aliff Aziz mengetuai bacaan doa sebelum konsert akhir menarik perhatian ramai.
Video ini telah dimuat naik oleh sebuah akaun TikTok yang dikenali sebagai aliffaziz_familia dan rata-ratanya memuji tentang perubahan yang dilihat pada penyanyi lelaki itu.
![[VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet 32 [VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet](https://cdn.remaja.my/2022/01/3Z8WGg6W-1.png)
![[VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet 33 [VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet](https://cdn.remaja.my/2022/01/NYwJjdLG-2.png)
![[VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet 34 [VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet](https://cdn.remaja.my/2022/01/dSEmVUy4-3.png)
![[VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet 35 [VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet](https://cdn.remaja.my/2022/01/u7Nvv30s-4.png)
![[VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet 36 [VIDEO]: Aliff Aziz Ketuai Bacaan Doa Sebelum Konsert Akhir GV8 Raih Perhatian Warganet](https://cdn.remaja.my/2022/01/5.png)
Sekali lagi kami ucapkan tahniah buat Aliff Aziz dan diharap kemenangan ini menjadi titik tolak agar kariernya dalam bidang nyanyian diteruskan lagi dan semoga Aliff terus istiqamah menjadi individu yang lebih baik.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Teringin Berlakon Semula Dengan Amelia Henderson, Aedy Ashraf Ketepi Isu Peribadi Demi Kepuasan Sebagai Anak Seni

CINLOK ataupun cinta lokasi bukanlah sesuatu yang baharu dalam dunia seni lakonan di Malaysia.
Jika diimbas kembali seawal era lakonan 40an – 60an sekalipun, fenomena cinta lokasi di set penggambaran sesebuah filem pada masa itu sememangnya terjadi dan ada di antaranya yang akhirnya berjaya hingga jenjang pelamin.
Lihat sahajalah kepada pasangan lagenda negara, Allahyarham Seniman Negara Tan Sri Datuk Amar P. Ramlee dan Allahyarhamah Biduanita Negara Puan Sri Datin Amar Salmah binti Ismail atau lebih dikenali Saloma.

Mula menjalin perasaan cinta sejati di set Seniman Bujang Lapok pada tahun 1961 setelah sekian lama bersahabat, mereka memilih untuk terus berkahwin pada tahun yang sama dan perkahwinan tersebut berkekalan hingga ke akhir hayat masing-masing. Maka, tidak hairanlah apabila pelakon-pelakon generasi baharu di Malaysia kini turut terpalit dengan episod cinta lokasi.
Antara yang mendapat perhatian adalah perhubungan dua pelakon berbakat, Aedy Ashraf dan Amelia Henderson yang pernah menjalin hubungan sejak terlibat dalam penggambaran drama bersiri I.D terbitan Astro Shaw pada tahun 2023.

Diarahkan oleh sutradara moden kegemaran Aedy sendiri iaitu Razaisyam Rashid (Sembil9n, Black, Projek: Anchor SPM, Kahar: Kapla High Council), Aedy beranggapan ia merupakan satu pengalaman yang tidak akan dilupakan olehnya. Mungkin bukan hanya disebabkan oleh – ahem – episod percintaan di antara Aedy dengan Amelia yang terbawa-bawa hingga le luar set.
Pelakon kacak itu sebaliknya merasakan drama bersiri I.D ini adalah antara produksi yang banyak mengajarnya mengenai kuasa lakonan dalam penyampaian cerita kepada penonton. Ia banyak dibantu oleh rakan lakonannya seperti Amelia yang disifatkannya sebagai, “Seorang aktres hebat, bijak dan genius”, Naim Daniel, Datuk Aziz M. Osman dan tentunya Hero Malaya, Datuk Rosyam Nor.

Bercakap mengenai Rosyam, Aedy mengimbas semula betapa ‘cuak’ perasaannya apabila perlu berada dalam babak sama dengan Rosyam tanpa kelibat pelakon lain.
Sangka Aedy, Rosyam akan memberikan 110 peratus dalam lakonannnya apabila pengarah menjerit ‘Action!’. Rosyam bagaimanapun bukan sekadar memberikan 110 peratus tenaganya dalam babak tersebut tetapi 200 peratus hingga membuatkan Aedy kagum dan terlupa kesemua dialog yang sudahpun dihafal olehnya.
Melihat ke arah figura seperti Rosyam yang disifatkannya unexpected dalam menzahirkan lakonan berkesan di hati penonton, Aedy teringin sekali untuk kembali bekerjasama dengan beliau serta pelakon I.D lain seperti Amelia Henderson, Naim Daniel dan Aziz M. Osman pada masa hadapan. Segala isu peribadi yang mungkin pernah berlaku disebabkan episod cinta pasti akan diketepikan oleh Aedy demi menggarap satu lagi projek lakonan berkualiti seperti I.D.

Watak Pelajar Sekolah Sebati Dengan Personalitinya
Jika diamati semula graf lakonan Aedy Ashraf sejak bergelar pelakon cilik hinggalah pada era sekarang di mana dia layak digelar sebagai pelapis harapan industri lakonan negara, Aedy dan watak pelajar sekolah seakan tidak boleh dipisahkan.
Ada sesuatu tentang cara Aedy menghidupkan watak pelajar sekolah menengah yang begitu believeble di hati penonton. Maybe it is his expression, the way he stands, how his mouth twitches or his sight gaze. Apa sekalipun sebabnya, Aedy belum pernah gagal mewujudkan momen magikal apabila membawakan watak pelajar sekolah.
Menerusi drama komedi Oh My English, Aedy memegang watak Shafiq untuk dua musim berturut-turut. Pada musim pertama, Aedy yang ketika itu berusia 17 tahun menjadikan ‘SMK Ayer Dalam’ sebagai kelas sebenar untuknya menggilap bakat lakonan di saat rakan-rakan lain masih sibuk berada di ‘sekolah menengah sebenar’.

Menerusi drama komedi Oh My English, Aedy memegang watak Shafiq untuk dua musim berturut-turut. Pada musim pertama, Aedy yang ketika itu berusia 17 tahun menjadikan ‘SMK Ayer Dalam’ sebagai kelas sebenar untuknya menggilap bakat lakonan di saat rakan-rakan lain masih sibuk berada di ‘sekolah menengah sebenar’.
Akuinya, Oh My English banyak mengajarnya untuk mara sebagai seorang pelakon serius biarpun ia merupakan siri komedi bagi penonton kanak-kanak. Dan siapa boleh lupakan kelibat Aedy sebagai Aizat dalam drama bersiri Projek: Anchor SPM yang memulakan fenomena penonton remaja di Malaysia terhadap universe yang dicipta oleh Anwari Ashraf.
Terbaru, Aedy kembali semula menjadi pelajar menerusi drama bersiri Kahar: Kapla High Council yang bakal ditayangkan pada 28 November 2024.


Biarpun pesona watak-wataknya ini seakan sama, Aedy tetap berusaha memberikan kelainan agar peminat tidak mudah bosan menonton. Umpamanya, Aizat (Projek: Anchor SPM) merupakan seorang remaja street smart yang meloloskan diri ke sekolah elit, STIA disebabkan kepakarannya untuk meniru dalam peperiksaan. Manakala sebagai Beja (Kahar: Kapla High Council), Aedy membawakan karakter seorang pelajar bijak bergelar ketua pengawas di KUDRAT.
Setidaknya bagi Aedy, apabila penonton generasi sekarang cuba ‘catch up’ dengan kedua-dua drama bersiri ini secara maraton di hujung minggu, mereka dapat mendalami watak yang berbeza dan melupakan pesona ‘Aedy Ashraf’ di sebalik watak tersebut.


Tidak Berkesempatan Untuk KHUNSA
Sebagai anak seni, tentunya Aedy Ashraf menginginkan cabaran dalam naskah-naskah terbaru dari semasa ke semasa. FUN FACT! Kalau korang nak tahu, Aedy Ashraf asalnya ditawarkan untuk berlakon dalam drama bersiri Khunsa arahan Shahrulezad Mohameddin a.k.a Ijat.
Produksi Khunsa merasakan salah satu watak dalam drama bersiri tersebut amat bersesuaian dengan Aedy. Namun disebabkan konflik dalam jadual lakonan, Aedy terlepas peluang untuk menjayakannya.

Bagi Aedy, Khunsa cukup berlainan apabila mengangkat tema yang unik, sensitif dan sinonim dengan cara Ijat menyampaikan mesej berguna menerusi naskah lakonan.
Tambahan pula; cara lakonan, jalan cerita serta sinematografi Khunsa tidak boleh dipertikaikan lagi. Hasil kerja keras daripada seluruh pasukan produksi benar-benar menjayakan Khunsa sebagai salah satu drama bersiri yang selayak diulang tayang.
Sekiranya korang juga seperti Aedy Ashraf yang menghargai kelainan dalam penyampaian sesebuah cerita, korang boleh menonton semula drama dan program televisyen seperti I.D, Khunsa dan Projek: Anchor SPM secara On Demand dan strim di Astro Go serta sooka; pada bila-bila masa dan di mana sahaja korang berada.
Saksikan temu bual penuh JOM USHA bersama Aedy Ashraf di saluran YouTube Astro Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

