Untitled design - 2020-05-27T123335.691

Para barisan hadapan negara kini antara insan-insan yang berjuang dalam situasi getir dan digeruni oleh seluruh penduduk dunia. Terpaksa berkorban masa dan nyawa, pengorbanan para frontliner ini sangat tidak terhitung nilainya.

Terserah! Frontliner Indonesia ‘Give Up’ Dan Kecewa Rakyat Yang Tak Patuh & Degil!

Namun lain pula apa yang berlaku di negara jiran kita, Indonesia, terus mencatatkan peningkatan bagi kes COVID-19, menjadikan jumlah jangkitan di Indonesia mencecah 23,165 kes. Wabak berkenaan telah meragut 1,418 nyawa setakat semalam.

#Indonesia? Terserah! kini menjadi trending utama di media sosial Indonesia, satu manifestasi kekecewaan terhadap sikap warga Indonesia tertentu yang mengabaikan penjarakan sosial bagi membendung penularan virus COVID-19.

Tanda pagar itu dipercayai dimulakan petugas kesihatan pada 15 Mei lepas yang kemudiannya didokong netizen, menjadi tular dan trending di pelbagai platform media sosial sehingga kini.

IKLAN

Menurut Ketua Umum Ikatan Doktor Indonesia (IDI), Daeng M. Faqih, seperti dipetik media tempatan, seramai 25 doktor meninggal dunia ketika menjalankan tugas akibat dijangkiti COVID-19.

Terserah! Frontliner Indonesia ‘Give Up’ Dan Kecewa Rakyat Yang Tak Patuh & Degil!

Ketika ini hanya terdapat kira-kira 6,000 pakar respiratori di Indonesia dan trend peningkatan kes virus pastinya akan memberikan tekanan kepada petugas kesihatan yang bekerja tanpa henti sejak kes pertama COVID-19 dikesan di Indonesia pada 2 Mac lepas.

Netizen Indonesia memberi komen, sindiran, dan menggunakan meme sebagai tanda tidak puas hati kepada mereka yang tidak endah kepada arahan pematuhan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) yang dikeluarkan oleh kerajaan Indonesia sejak 15 Mac.

IKLAN

Selain sindiran melalui tanda pagar tersebut kepada masyarakat yang ingkar arahan PSBB, ia juga kritikan kepada pihak berkuasa Indonesia, yang tidak maksimumkan penguatkuasaan peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam PSBB.

Bagaimanapun, #Indonesia? Terserah! juga mendapat pelbagai reaksi negatif terhadap petugas kesihatan, antaranya; “Bisanya cuma ngeluh, kan digaji sama negara yo tinggal jalanin yang ikhlas. Itu kan sudah jadi tugasmu,” .

Komen itu dipercayai daripada seorang pemandu perkhidmatan pengangkutan seru-pandu atau Gojek, yang kini terjejas teruk pendapatan akibat pelaksanaan PSBB.

IKLAN

Terserah! Frontliner Indonesia ‘Give Up’ Dan Kecewa Rakyat Yang Tak Patuh & Degil!

Di Jakarta sahaja, lebih 2.8 juta kehilangan pekerjaan akibat pelaksanaan PSBB yang membataskan aktiviti sosioekonomi, manakala lebih dua juta yang berpendapatan harian juga terjejas teruk bagi menyara keluarga.

Dalam pada itu, Presiden Indonesia, Joko Widodo telah mengarahkan tentera dan polis untuk menguatkuasakan langkah penjarakkan sosial di bawah senario normal baharu selepas sekatan COVID-19 dilonggarkan.

Nasib rakyat Malaysia kebanyakkannya mendengar kata kan?

Sumber: Bernama

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI