Golongan remaja merupakan lapisan masyarakat dalam negara yang bakal mewarisi negara ini suatu hari nanti. Suara anak muda menjadi satu perspektif baharu dalam menyuarakan pandangan berbeza, dan ini sangat penting untuk menjadikan sesebuah negara berpandangan jauh.
Ketua Move Forward Pita Limjaroenrat pada April 22, 2023. (Foto Via Lillian SUWANRUMPHA / AFP)
Hal ini termasuklah apa yang terjadi di negara jiran kita, Thailand. Umum mengetahui, dua parti pembangkang prodemokrasi utama Thailand meraih kemenangan besar dalam pilihan raya umum semalam, demikian menurut keputusan awal ketika ramai pengundi menggesa perubahan ke atas dominasi kuasa politik selama beberapa dekad oleh tentera dan monarki.
Pemimpin parti Move Forward, Pita Limjaroenrat dengan penuh yakin mengumumkan dirinya bakal dilantik sebagai Perdana Menteri baharu Thailand selepas keputusan pilihan raya 2023 di Thailand menunjukkan pengundi menolak pemerintahan tentera.
Parti pembangkang Thailand itu telah memperoleh jumlah undi terbesar dalam pilihan raya Thailand kali ini, suatu keputusan yang tidak memihak kepada kerajaan sedia ada yang disokong tentera dan telah memerintah negara itu selama hampir sedekad, lapor The Guardian.
Tapi Siapa Sebenarnya Pita Limjaroenrat?
Lelaki di sebalik parti Move Forward, yang tidak pernah mengenal erti putus asa dikenali sebagai Pita Limjaroenrat. Lelaki berusia 42 tahun itu memulakan kerjaya politiknya apabila beliau dipilih ke Parlimen pada 2019 sebagai ahli parti Move Forward.
Ads
Pita dilahirkan dalam keluarga kaya yang terlibat dalam politik. Bapanya merupakan penasihat di Kementerian Pertanian dan bapa saudaranya adalah pembantu kepada bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra.
Beliau mendapat pendidikan di luar negara, iaitu di New Zealand selepas dirinya mula menunjukkan minat dalam politik.
Pita juga merupakan graduan Universiti Thammasat Bangkok di mana beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Kewangan kemudian menyambung pengajian Sarjana Dasar Awam di Universiti Harvard dari Massachusetts Institute of Technology di Amerika Syarikat.
Ads
Kerjayanya bermula apabila Pita mengambil alih syarikat minyak milik bapanya dan kemudian dilantik sebagai pengarah eksekutif syarikat pengangkutan Grab Thailand.
Pita meneruskan kehidupan dengan berkahwin seorang model dan juga pelakon Thailand, Chutima Teenpanart namun mereka telah bercerai pada 2019.
Beliau kini merupakan bapa tunggal kepada anaknya yang berusia tujuh tahun, Pipim yang turut dibawa ke perhimpunan Move Forward.
Untuk info, pada asalnya, Move Forward diasaskan oleh seorang jutawan serta pengkritik tegar tentera, Thanathorn Juangroongruangkit dan parti itu menunjukkan prestasi yang baik pada pilihan raya 2019 secara tidak langsung menggegarkan politik Thai.
Ads
Walau bagaimanapun, Move Forward terpaksa dibubarkan pada tahun berikutnya selepas dakwaan yang menimbulkan perbalahan. Disebabkan itu, Thanathorn telah hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen dan Pita telah dinamakan sebagai ketua baharu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alhamdulillah, rata-rata rakyat Malaysia bersyukur apabila kerajaan umum bakal jemaah umrah dari Malaysia dijangka dapat menunaikan ibadah itu di tanah suci paling awal pada Januari tahun depan.
Gambar Hiasan Via Berita Harian
Menunaikan Umrah dan Haji impian bagi setiap seorang muslim. Peluang sebegini ‘once in a life time’.
Namun, dalam keterujaan kita pergi ke Tanah Suci, jangan dilupa persediaan dari segi kelengkapan penjagaan peribadi tambahan lagi di zaman pandemik Covid-19 ini. Terdapat pelbagai syarat tambahan yang perlu dipatuhi oleh seseorang yang berhasrat untuk mengerjakan umrah. Kegagalan mematuhi syarat tersebut mungkin akan menyukarkan segala urusan dan perjalanan mengerjakan ibadah suci ini.
Terbaharu, kemahiran menggunakan telefon pintar telah menjadi ‘syarat’ penting bakal jemaah sebagai persediaan untuk pergi menunaikan umrah.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services Sdn Bhd, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Razali, syarat baru ini telah dibuat kerana hampir setiap pergerakan di Mekah memerlukan para jemaah menggunakan beberapa aplikasi untuk mendaftar masuk di setiap lokasi.
“Dari segi penggunaan telefon pintar ini pula, sekiranya seseorang itu tidak tahu menggunakan telefon, mereka mungkin perlu merujuk kepada sesiapa yang lebih muda atau lebih tahu. Hal ini kerana beberapa tempat haruslah menggunakan telefon bimbit untuk memasukinya. Sebagai contoh, semasa aktiviti tawaf dan solat lima waktu, semua jemaah perlu menunjukkan permit serta kad vaksinasi pada telefon masing-masing.” tambahnya lagi.
Beliau juga mengingatkan masyarakat di luar sana agar memilih ejen pelancongan yang mempunyai lesen dan berdaftar dengan pihak berwajib. Hal ini bagi mengelakkan diri daripada ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Datuk Ahmad juga menasihati orang ramai agar menangguhkan hasrat suci mereka untuk menunaikan umrah jika tidak bersedia dan tidak mahu berdepan dengan pelbagai syarat SOP yang ketat. Hal ini dikatkan demikian kerana SOP ini pasti akan dilonggarkan pada masa hadapan.
Bagi yang bakal mengerjakan umrah, penulis doakan korang selamat pergi dan pulang. Semoga ibadah diterima Allah SWT, aminnn..
Nampaknya fenomena iPhone 8 masih lagi hangat diperkatakan di seluruh dunia. Lebih panas lagi apabila sumber melaporkan sebilangan pengguna peranti tersebut mengadu tentang masalah ketika membuat panggilan telefon.
Puluhan orang di forum MacRumors, Apple’s support dan Reddit melaporkan tentang masalah kualiti audio panggilan suara pecah dan mempunyai gangguan statik.
Apple telah membuat kenyataan bahawa isu ini hanya dilaporkan dalam bilangan yang kecil dan syarikat mereka sedang mengusahakan untuk mengemas kini perisian bagi menyelesaikan masalah itu.
Bagaimanapun, masih tidak ada lagi alasan yang jelas tentang kesulitan yang berlaku dan nampaknya ia turut memberi kesan kepada iPhone 8 dan iPhone 8 Plus kerana ia turut dilaporkan daripada beberapa pengguna di negara seluruh dunia.
Masalah ini berlaku dalam beberapa panggilan telefon dan Facetime, namun ia tidaklah mengganggu pada setiap panggilan malah perkara ini juga tidak terjadi jika pengguna menggunakan loudspeaker.
Hal ini mungkin disebabkan masalah software, seperti yang dinyatakan Apple, kerana gangguan speaker ini hanya berlaku sekali-sekala.
Apple tidak menjelaskan tempoh masa yang diambil untuk menyelesaikan masalah ini. Namun, biasanya Apple akan mengeluarkan beberapa kemas kini (update) perisian dalam tempoh beberapa minggu dan bulan selapas melancarkan telefon dan sistem operasi terbaharu. Jadi, sesiapa yang mengalami masalah ini hanya boleh menunggu sahaja sehingga kemas kini berikutnya.
iPhone 8 dan iPhone 8 Plus telah mula dijual di beberapa pasaran tertentu seperti di Singapura dan dengarnya sambutan sedikit suram kalau nak dibandingkan dengan iPhone 7 tahun lepas. Hal ini kerana mungkin ramai yang ternanti-nanti dan lebih berminat untuk membeli iPhone X.
Berikut merupakan video tentang masalah panggilan suara pecah yang boleh anda dengar sendiri. Kalau nak jelas bolehlah guna earphone ye.
Diharap pihak Apple dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera kerana sudah ramai rakyat Malaysia yang menanti kemunculan iPhone 8. Please, jangan hampakan kami.
Umum mengetahui bahawa bermulanya transaksi tol RFID secara berperingkat bermula 15 Januari. Penggunaan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG di plaza tol akan dihentikan secara berperingkat dan sistem RFID bakal diaktifkan di Lebuhraya Utara-Selatan.
Namun, kecoh baru-baru ini apabila beberapa lebuhraya utama di Malaysia sesak teruk didakwa berpunca daripada penggunaan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di tol berkenaan.
Ekoran itu, ramai pengguna yang meluahkan kekesalan mereka sehingga RFID menjadi trending kini di media sosial. Tidak kurang juga ramai netizen yang turut berkongsi pengalaman mereka menggunakan sistem tersebut terutama cara-cara untuk memasang tag RFID pada kereta dengan betul.
Seorang lelaki terpanggil untuk berkongsi tip elak kereta tersangkut di tol disebabkan FRID. Pengguna Facebook, Solihin Razali, mengatakan bahawa tag RFID patut dipasang bersebelahan nombor plat kereta.
Menurutnya, tag itu dipasang oleh pekerja tol di mana ia diuji terus dengan menggunakan pengimbas RFID manual.
RFID pasang di toll, diorang test guna scanner RFID manual:
Pasang kat windscreen tak detect (katanya sebab ada tinted, kejap bunyi kejap tak bunyi)
Pasang kat lampu tak detect (kejap bunyi kejap tak bunyi)
End up diorang pasang sebelah number plat, bunyi scanner berterusan detected walau dari pelbagai angle. Saya mula-mula tu ragu-ragu jugak, boleh detect ke idak ni.
Tapi so far dah seminggu ulang alik office, tak pernah sangkut lagi, dan yang paling best adalah palang buka lebih awal. Kereta saya sebelum ni pasang di windscreen, rapat dengan palang baru bukak, but this time, puas hati!
Siapa lagi geng RFID tepi plat?
Menarik perkongsian Solihin ini, korang yang nak pasang RFID tu boleh ikut saranan ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.