
Suspek yang mengakibatkan kematian seorang pelajar tingkatan 3, mendiang Satiswaran maut akibat terkena balingan kerusi dipercayai dari tingkat 21 Flat PPR Seri Pantai sudah ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk pengesanan cap jari.
Hal ini disahkan oleh ibu saudara mangsa, Jaya yang memaklumkan kepada Remaja di mana jelasnya, satu keluarga yang tinggal bersebelahan rumah ibunya sudah dibawa oleh pihak polis bagi mengesan pelaku yang melakukan perbuatan yang dikecam ramai ini.

“Kami tidak tahu siapa yang buat namun pihak polis sudah membawa sekeluarga ini bagi mengesan cap jari. Saya hendak tahu siapa pelakunya dan mengharapkan balasan dikenakan adalah setimpal,” katanya dalam nada sedih.
Terkini, mayat mendiang Satiswaran sudah selesai dibedah siasat dan dibawa balik ke kediaman keluarganya di Tingkat 16 PPR tersebut.
Namun Remaja difahamkan masalah kerosakan lif yang berlaku di blok berkenaan menyukar mayat mangsa dibawa ke atas dan buat masa ini masih diletakkan di dalam van sementara jalan penyelesaian dicari.

Esok sekitar jam 11 pagi, satu upacara keagamaan akan dilakukan oleh keluarga mendiang Satiswaran sebelum mangsa dikebumikan di tanah perkuburan Hindu di Kayu Ara, Damansara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Boom! Temui Tun M Di Masjid, Netizen Puji Adab Azmin Ali Pada Hari Mulia

Salam Aidiladha buat kita semua!
Satu perayaan yang amat bermakna buat umat Islam di seluruh dunia kerana ia membabitkan kepercayaan kita kepada agama, sejarah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang cukup agung diceritakan di dalam kitab suci dan tentunya kerana ia merupakan sebahagian daripada ibadah yang termaktub dalam rukun Islam yang lima.
ARTIKEL BERKAITAN: Pahala 2-in-1 Pada Aidiladha Tahun Ini
Semasa umat Islam di Malaysia terlebih dahulu menunaikan solat sunat Aidiladha pada sebelah pagi tadi, REMAJA tertarik dengan keberadaan dua orang pemimpin negara ini di Masjid Putra, Putrajaya.
Meskipun kini berbeza fahaman politik, Tun Dr Mahathir Mohammad dilihat tidak mempunyai isu untuk berjalan beriringan dengan Datuk Seri Azmin Ali semasa sedang bergerak pulang dari ruang solat Masjid ke kenderaan rasmi beliau.
Malah, Azmin Ali dilihat setia mengiringi beliau hingga ke penghujung sebagai tanda hormat.
Walaupun tidak bersalaman tangan kerana SOP pada musim PKPP ini, namun ‘gesture’ yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak adalah sesuatu yang positif untuk dilihat oleh rakyat.
Ini adalah sesi live yang sempat dirakam oleh rakan media MGTV di Youtube.
Beliau sendiri telah memuat naik tweet dengan gambar yang lebih jelas.
“Bersama anak-anak dan menantu menunaikan solat Eidul Adha di Masjid Putra. Saya dan YB @radzijidin berkesempatan bertemu dan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada YB @chedetofficial ” pic.twitter.com/oZxng0MzOT
— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) July 31, 2020
Antara yang memuji tindak-tanduk Azmin Ali itu termasklah @ainmohamed yang merasakan beliau masih tahu untuk mempamerkan adab apabila bersebelahan dengan Tun Mahathir disebabkan rasa hormat dan perbezaan usia di antara mereka berdua.
@HasbullahMaon pula ingin kita ingat semula bahawa ini adalah keindahan yang agama Islam minta kita pamerkan. “Walaupun berbeza pendapat, tetapi bila menyembah Allah yang satu, mereka boleh bersama.”
Muhammad Hatta Tabut pula menyifatkan bahawa Allah tetap yang berkuasa walaupun manusia ‘berebut setengah mati’ mengenai perihal dunia.
Jom lihat beberapa lagi respon netizen kegemaran REMAJA di dalam ruang komen.




Pesanan Khutbah Solat Jumaat
Bagi korang yang berada di negeri lain, penulis suka untuk menyentuh serba-sedikit mengenai intipati khutbah yang dibacakan oleh khatib di Selangor pada hari ini.
Ia menyentuh mengenai persaudaraan kita sesame umat Islam. Hhm, seakan mirip dengan situasi yang telah kita lihat di Masjid Putra ini.

Antara lainnya, khatib berkata seteruk mana pun pertelingkahan yang tercetus di antara dua pihak, akhirnya kita perlu ingat bahawa kita hadir dari rumpun yang sama dan agama yang sama.
Oleh itu, sebagai saudara seagama kita perlu berpegang teguh kepada kepercayaan yang lebih utama iaitu agama kita sendiri sebelum berpegang kepada kepercayaan lain yang lebih bersifat keduniaan.
*
Semoga tindak-tanduk yang ditunjukkan kepada khalayak ramai di antara Tun Mahathir dan Datuk Seri Azmin Ali boleh dicontohi oleh pemimpin politik lain yang telah menunjukkan tingkah laku yang tidak sepatutnya dalam linkungan perbahasan di Parlimen.
Parlimen Masih Berbudaya ‘Ageist’, Syed Saddiq Diejek Tak Tentu Fasal Sebelum Sempat Buka Mulut
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terkejut Dakwaan Produk Palsu, Yayasan Buah Pinggang Selar Poster Tular

Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) menzahirkan rasa terkejut apabila mendapat tahu mengenai muat naik tular di media sosial yang mempromosi sejenis produk yang didakwa mampu memulihkan penyakit buah pinggang.
NKF berkata pihaknya telah mendapat tahu berkenaan scam ini apabila ada orang ramai yang menghubungi yayasan itu untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kesahihan produk yang kini dikenal pasti bernama Jisheng Kidney Qi Tablets. Dakwa pihak promosi, produk ini dikatakan boleh merawat penyakit buah pinggang tanpa memerlukan proses dialisis.
Menerusi poster yang ditularkan pada minggu lalu itu, tertera foto bangunan NKF di sebuah acara anjuran yayasan itu bersama SHELL Malaysia pada tahun 2019 dan foto itu telah disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Justeru, pihak NKF yang diwakili oleh pengerusinya, Dato’ Dr Zaki Morad Mohamad Zaher mengambil serius akan isu ini kerana enggan maklumat atau dakyah tidak betul diterima oleh masyarakat. Mereka sama sekali tidak pernah memberi sokongan kepada promosi meleset itu.
Satu laporan polis telahpun dibuat oleh NKF. Mereka juga telah mengfailkan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) serta Kementerian Kesihatan (MOH) untuk siasatan lanjut.
ARTIKEL BERKAITAN : Berhenti Guna Produk Kosmetik Ini, Boleh Menyebabkan Saraf & Buah Pinggang Rosak – REMAJA

“Kami sekali lagi ingin menegaskan bahawa kami tidak terlibat dalam promosi pihak luar yang tidak mempunyai sebarang perkaitan dengan NKF.
“Di NKF, kami menyalurkan nasihat terhadap usaha pencegahan dan rawatan penyakit buah pinggang berdasarkan perundingan dengan panel pakar kami. Bertahun-tahun lamanya, telah ada pelbagai dakwaan oleh individu farmaseutikal atau mereka yang berada dalam barisan petugas perubatan mengenai produk yang boleh merawat penyakit ini.
“Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk terlebih dahulu memeriksa kesahihannya dengan doktor mereka atau NKF,” nasihat Dato’ Dr Zaki.
Dakwaan tidak bertanggungjawab seperti ini selalunya berjaya mempermainkan emosi pesakit yang sedang mencari jalan penyelesaian perubatan yang boleh membantu mereka.
Sehingga kini, masih belum ada cara perubatan yang boleh merawat penyakit buah pinggang kronik secara 100 peratus. Namun, ada rawatan yang boleh membantu di samping menjalani pembedahan transplan organ.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak Gadis, Bacalah Ayat 33-34 Surah An Nur! Boleh Elak Terjebak Zina

Isu buang bayi kembali hangat sejak kebelakangan ini. Jika dulu buang dalam lubang tandas satu alternatif tetapi kebelakangan ini melontarkan dari tempat tinggi sudah semakin kerap disiarkan di media sosial.
Bilangan anak luar nikah yang didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2005-2015 adalah sebanyak 532,158 kelahiran. Jika lima tahun sudah terkehadapan, dengan kes yang dilaporkan di media massa, tidak mustahil jumlahnya sudah jauh meningkat.

Di sebalik isu zina yang mana wajib gadis menjaga diri dan akhlak, Al-Quran yang menjadi pedoman umat Islam sejak 1400 tahun sudah mengajar kita bagaimana untuk mengelak atau terjebak zina.
Antara yang boleh gadis amalkan dan mengelak terjebak zina, bacalah surah An Nur ayat 33-34.
“Apa yang perlu kita buat ialah bacalah SURAH AL FATIHAH, DIIIKUTI SURAH AN-NUR AYAT 33-34.
“Ayat 33 surah An Nur menyebut “ Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya; dan hamba-hamba kamu (lelaki dan perempuan) yang hendak membuat surat perjanjian untuk memerdekakan dirinya (dengan jumlah bayaran yang tertentu), hendaklah kamu melaksanakan perjanjian itu dengan mereka jika kamu mengetahui ada sifat-sifat yang baik pada diri mereka (yang melayakkannya berbuat demikian); dan berilah kepada mereka dari harta Allah yang telah dikurniakan kepada kamu.
Dan janganlah kamu paksakan hamba-hamba perempuan kamu melacurkan diri manakala mereka mahu menjaga kehormatannya, kerana kamu berkehendakkan kesenangan hidup di dunia. Dan sesiapa yang memaksa mereka, maka sesungguhnya Allah – sesudah paksaan yang dilakukan kepada mereka – Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Manakala ayat 34 pula menyebut “Dan sesungguhnya, Kami telah menurunkan kepada kamu, ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum-hukum suruh dan tegah), dan contoh tauladan (mengenai kisah-kisah dan berita) orang-orang yang telah lalu sebelum kamu, serta nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.

ARTIKEL BERKAITAN, BACA SINI
Tak Perlu Takut! Ini 12 Pusat Baby Hatch Di Malaysia Kalau Termengandung Tanpa Nikah
Doktor Sambut Remaja 13 Tahun Lahirkan Anak, Saksi Betapa Azab Masa Nak Teran
“Nak Mak Bertaubat…”Remaja Nekad Hantar Ke Rumah Perlindungan Selepas Ibunya Hamil Luar Nikah
Anak gadis boleh amalkan surah ini dan ibu bapa juga boleh amalkan surah ini kepada anak-anak. Insya Allah ia akan menjauhkan anak-anak perempuan ke perbuatan zina.
Ternyata al-Quran adalah panduan lengkap kita dan hanya perlu amalkan dengan sebaik mungkin. Insya Allah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

