Biasa kita dengar cerita remaja hamil di luar nikah. Pergaulan bebas dan percayakan kekasih antara punca kehamilan terjadi. Namun perkongsian dari pengasas rumah perlindungan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu Baitul Fiqh, Haliza Abdul Halim boleh dijadikan pengajaran.
Sejak dulu lagi, Haliza atau mesra disapa Kak Liza berkata, dia biasa menerima kes-kes remaja hamil anak luar nikah. Namun satu kes ini benar-benar diingatinya kerana ia bukan melibatkan remaja sebaliknya ibu anak lima. Ibu ini dihantar ke Baitul Fiqh oleh anak sulungnya berusia 19 tahun yang mahu ibunya benar-benar bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan lalu.
“Dalam pertemuan itu, di hadapan saya, anak ini meminta ibunya bertaubat bersungguh-sungguh dengan Allah kerana sebagai anak dia malu dengan perbuatan ibunya. Dia juga minta ibunya agar jangan mengulangi kesilapan lalu. Belajar bersolat dan sebagainya,” katanya Kak Liza ketika dihubungi.
Kak Liza yang juga pengasas rumah perlindungan Baitul Fiqh yang menempatkan remaja hamil, bermasalah dan lain lagi
Kongsinya lagi, hasil temubual dengan remaja ini dan ibunya yang berusia 37 tahun itu, ibunya menjalin hubungan terlarang dengan seorang lelaki bujang yang muda sedikit dari usia ibunya.
“Kedua ibu bapanya sudah bercerai. Dia anak sulung dan belajar di salah sebuah UiTM. Adik keduanya akan duduki SPM manakala yang ketiga ada autisme. Yang ke empat dan kelima, masih sekolah rendah dan menengah. Bapa sudah lama menghilang.
“Semasa emaknya duduk dua minggu di Baitul Fiqh ini, adik yang nak ambil SPM inilah yang jagakan adik-adik termasuk yang autisme ini. Dua minggu maknya di sini sebelum melahirkan seorang bayi lelaki.
Ads
“Dalam pertemuan itu, remaja ini mahu maknya bertaubat di hadapan Allah. Taubat sungguh-sungguh. Dia memang malu dengan perbuatan ibunya. Lebih kurang dua minggu emaknya duduk berpantang di sini sebelum kembali ke pangkuan keluarga,”katanya sambil menambah, emak remaja ini seorang yang tidak bekerja.
“Lepas kena cerai, mak dia ada kenal-kenal orang di facebook. Dari situ emaknya mula berkenalan dengan lelaki ini. Masa yang sama, emaknya memang pandai buat kuih. Kemudian emaknya mula bekerja kilang. Dari sini emaknya semakin ligat dating dan sebagainya. Tahu-tahu sudah sarat mengandung,” kata Kak Liza sambil menambah, apa yang mengejutkan pendedahan dari remaja ini, ibunya dan seluruh ahli keluarga ibunya tidak pernah bersolat biarpun masing-masing memakai tudung dan antaranya labuh.
“Dia beritahu saya, seluruh ahli keluarga ibunya tak pernah solat. Pakai tudung saja. Dia sendiri solat ketika duduk di asrama di UiTM. Dari situ dia mula belajar tentang solat dan dia ajarkan adik-adiknya solat.
“Sebab itulah dia amat malu bila emaknya mengandung dan mahu maknya bertaubat. Saya dapat tahu, buat masa ini emaknya menjaga bayi dilahirkannya dan terkini khabarnya emaknya mahu berkahwin dengan lelaki bujang tersebut,’ katanya yang sudah sekian lama terlibat dengan kerja kemanusiaan iaitu membuka rumah perlindungan Baitul Fiqh yang menempatkan ramai remaja mengandung termasuk yang terlalu sosial.
Ads
Remaja hamil terlalu ramai dan hal ini sudah dianggap seperti tabu dalam masyarakat
Menceritakan pengalamannya, kata Kak Liza, ada antara remaja yang pernah dibantunya dan kini berada di bumi Scotland melanjut pengajian dalam bidang perakaunan.
“Ada dua orang di Scotland. Seorang dah balik dan sudah berkahwin, sementara seorang lagi masih di sana,”katanya menjelaskan hubungannya dan keluarga mereka yang pernah tinggal di rumah perlindungan ini amat baik dan saling menghubungi.
Dalam pada itu, Kak Liza menjelaskan, dalam sehari dia menerima 7-8 panggilan dari mereka yang mengandung dan mahu masuk ke rumah perlindungan ini.
Ads
“Jumlah ini terlalu tinggi. Dalam seminggu juga lebih kurang 10 keluarga akan dipanggil untuk sesi kaunseling,” katanya yang banyak menolak permohonan khususnya dari bukan warganegara yang menghubunginya.
“Dari 7-8 panggilan setiap hari itu, ia banyak melibatkan warga asing. Orang Pakistan, India dan beberapa negara lain. Tapi dalam kes ini saya suruh rujuk ke Kedutaan masing-masing.
“Lagipun anak mereka ini kalau diambil sebagai anak angkat prosesnya amat rumit kerana Malaysia tidak memberikan taraf warganegara. Jadi susah untuk sekolah dan urusan-urusan lain,’ katanya memaklumkan remaja paling muda pernah dia menjaganya berusia 13 tahun yang mengandung kerana menjalin hubungan dengan kekasih.
“Kini di Baitul Fiqh hanya ada lima orang sahaja. Bukan kes mengandung tetapi kes sosial lain seperti lesbian, terlalu liar dan sebagainya,’ katanya yang mendoakan remaja-remaja yang terjebak dengan salah laku ini tidak mengulangi lagi kesilapan lalu.
“Buat masa ini belum pernah ada yang mengulang kes. Cuma saya pernah uruskan seorang remaja yang mengandung dua kali hasil hubungan haram. Mengandung kali kedua ini dia duduk dengan saya. Sejarahnya terbongkar bila doktor yang buat pemeriksaan perut memaklumkan ada kesan pembedahan di perutnya,” katanya berkongsi kisah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tragedi MH17 yang mengorbankan 298 penumpang dalam kejadian 17 Julai 2014 empat tahun lalu sehingga kini masih menemui jalan buntu kerana tiada sebarang pendakwaan dilakukan. Di sebalik penantian semua pihak, dua hari lalu, dunia dikejutkan dengan tragedi bunuh diri ini.
Dua hari lalu, seorang juruterbang pesawat AU Ukraine yang dituduh Russia menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 itu telah membunuh dirinya sendiri. Kapten Vladyslav Voloshyn dikatakan telah menembak dirinya sendiri di rumahnya di kota Mykolaiv dekar Laut Hitam.
Voloshyn selama ini selalu menyebut tuduhan Russia terhadap dirinya adalah satu pembohongan besar.
Voloshyn mati membunuh diri dengan menembak diri sendiri 2 hari lalu lapor media Ukraine
Latar belakang juruterbang ini bukan calang-calang orangnya. Dia telah mengetuai 33 kali misi pertempuran dengan mengggunakan Jet Su-25 untuk melawan pemberontak pro Russia di wilayah Timur Ukraine.
Berusia 29 tahun, pilot ini bertugas di Pengkalan Udara Mykolaiv yang terletak di wilayah selatan Ukraine tidak jauh dari kota Odessa.
Anggota keluarga mangsa seperti dilaporkan oleh akhbar di Ukraine mengatakan Voloshyn menderita depresi selepas dituduh melakukan tembakan yang mengakibatkan kesemua anak kapal dan penumpang dan tiada satu pun yang terselamat dalam kejadian menggemparkan dunia itu.
Pesawat MH17 ditembak dari udara dan mengorbankan 298 penumpang termasuk anak kapal
Pesawat MH17 ini hancur terkena tembakan peluru berpandu dalam tragedi 4 tahun lalu
Masa yang sama, pemerintah Russia tidak hanya menyalahkan Voloshyn sebagai punca utama tragedi itu. Malah Russia menyebut pesawat Malaysia Airlines itu jatuh selepas ditembak oleh sistem pertahanan udara Bulk milik tentera Ukraine. Bagaimana pun pasukan penyiasat termasuk dari Belanda menafikan tuduhan Russia itu.
Malah mereka membuktikan bahawa seluruh bukti menunjukkan sistem pertahanan udara Bulk ditembak jatuh oleh pemberontak pro-Russia atau milik tentera Russia sendiri. Sumber : BBC
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sedar atau tidak sikap rasis dan prejudis terhadap satu-satu bangsa dan agama masih wujud dalam kalangan masyarakat kita. Walaupun dunia semakin maju namun masalah yang berakar umbi sejak dahulu lagi tidak ada kesudahannya. Apa yang boleh kita lakukan apabila berdepan dengan perkara sebegini adalah melawannya dengan penuh hemah.
Seperti insiden yang terjadi kepada pemilik kedai kek Thirty-One Fine Bakes yang terletak di Seventeen Mall, Petaling Jaya. Salah seorang pelanggan mengajukan soalan menerusi WhatsApp tentang bangsa pemilik kedai terbabit. Dalam jawapan balas, pihak kedai terbabit menerangkan yang mereka merupakan syarikat yang terdiri dari individu berbilang bangsa.
Apa yang mengejutkan adalah pertanyaan seterusnya dari pelanggan terbabit. Dengan angkuh dia berkata, “Saya tidak membeli apa-apa dari orang India. Sebab tu saya nak tahu. Kalau ada orang India di dalam syarikat anda sila beritahu. Hello?”
Terkejut dengan respon dari pelanggan tersebut, pihak kedai terbabit membalas dengan penuh berhemah namun cukup untuk membuka membuka mata dan menyedarkan. “Pendapat yang anda berikan adalah rasis dan kami tidak bertoleransi dengan perkara ini. Diskriminasi dan sikap rasis sudah lama berakar di negara ini dan kami bekerja untuk memastikan tiada ruang untuk isu seperti ini terjadi dalam persekitaran syarikat kami.
“Syarikat ini adalah tempat untuk individu berkembang secara peribadi dan juga profesional tanpa sebarang prejudis. Disebabkan kenyataan anda yang menjijikkan, kami tidak kesal menyatakan kami gembira untuk hilang pelanggan seperti anda.”
Kudos to the respond given! Sememangnya sikap menilai seseorang berdasarkan bangsa tidak seharusnya berlaku. Apatah lagi kita yang hidup dalam msyarakat harmoni dan saling menghormati diantara satu sama lain.
***P/S – Sebagai individu yang tinggal di negara berbilang kaum dan agama, kita harus saling menghormati di antara satu sama lain. Sikap rasis hanya akan menjadi nanah yang merosakkan fabrik masyarakat. Sebagai orang muda, kita punya suara untuk meletakan titik noktah kepada isu ini.
“Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa bermakna dia kepada saya”
Itulah ungkapan bermakna Toh Puan Raghad Kurdi Taib, isteri kepada bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, di atas pemergian suami tercintanya.
“Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan pemergian suami saya, Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, awal pagi tadi.
“Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh di syurga. Al-Fatihah,” coretnya dalam sebuah hantaran di Instagram.
Pagi tadi, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 4.28 pagi di Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL).
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Toh Puan Raghad
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!