Kita pasti buntu jika tahu diri tiba-tiba mengandung hasil hubungan intim dengan kekasih.
Malu, takut, risau serta macam-macam lagi perasaan hadir jika tahu berbadan dua. Lebih kecewa jika kekasih tiba-tiba menghilang dan tinggalkan kita terkontang kanting seorang diri. Ketika itu kita cuma fikirkan moga ada kawan membantu atau masuk ke rumah perlindungan. Namun ramai juga memilih tinggal bersama kawan sebelum memikirkan lain-lain hal termasuk mahu bersalin di mana nanti.
Ramai tahu dosa dan pahala. Dan tahu membezakan baik atau buruk. Tapi sekadar info, sebanyak 532,158 kelahiran anak tidak sah taraf atau anak luar nikah didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari tahun 2005 hingga 2015.
Itu statistik pada tahun 2015 yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Rohani Abdul Karim ketika menjadi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam satu soal jawap di Parlimen. Dalam pada itu, menurut statistik Jabatan Pendaftaran Negara, 4,992 kanak-kanak tidak sah dilahirkan remaja perempuan berumur 18 tahun ke bawah pada tahun 2017.
Sesuatu yang harus diingati, anak sah taraf ini terjadi bila hubungan intim dilakukan dan pasangan tidak bernikah. Andai mereka memilih untuk bernikah (selepas tahu diri mengandung), anak yang lahir kurang dari enam bulan dari tarikh nikah tersebut maka ia tidak boleh di bin atau dibintikan dengan nama bapanya.
Pendapat ini terbina hasil daripada kefahaman para ulama terhadap dua ayat yang berikut. Iaitu firman Allah S.W.T :
Ads
وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا
Maksudnya : (Dan ibunya) mengandungkan serta menyusukannya (anak) selama tiga puluh bulan. Surah Al-Ahqaf (15)
Apa nak buat jika mengandung?
Perlu diingat, manusia ini tidak maksum. Malah kita adalah pendosa. Sama ada dosa itu kecil atau besar saja dilakukan. Jangan terus blame jika dalam ahli keluarga terjadinya kes mengandung tanpa nikah ini.
Ads
Untuk remaja yang dah tersilap dan rasa takut untuk beritahu ahli keluarga, mintalah bantuan kawan atau masuklah ke rumah perlindungan. Kalau masih takut dan memilih untuk mengurus diri sendiri dan bila tiba saat bersalin nanti, janganlah dibuang bayi tersebut.
Ini kerana ada 12 tempat baby hatch yang boleh kita letakakan bayi dan anak itu akan dijaga dan diberi kepada keluarga yang memerlukannya.
Ads
Boleh letak saja tanpa rasa takut ditangkap. Tiada siapa akan tanya atau tangkap korang. Tak ada soal jawap pun masa korang letak tu. Paling penting letaklah bayi tak berdosa itu baik-baik kerana ada orang akan menjaganya nanti.
Ingat ya, jangan buang bayi dalam mangkuk tandas, dalam kotak depan surau dan sebagainya. Letak saja di baby hatch seperti dalam senarai di bawah ini. Paling penting, selepas sekali korang buat silap (mengandung tanpa nikah ini), jangan terus ulangi kesilapan lagi.
1. Petaling Jaya, Selangor Baby Hatch
No 54, Jalan 5/60
46000 Petaling Jaya
Selangor, Malaysia
Tel: +603 7770 1900
2. Johor Bahru, Johor Baby Hatch
46, Jalan Bakar Batu
Taman Sentosa
80150 Johor Bahru
Tel: +607 336 2965
24 hour Hotline: +6019 726 2368
3. Sungai Petani, Kedah Baby Hatch
4400 Lorong Serampang 2/1
Taman Ria Jaya, Sungai Petani
08000 Kedah Darul Aman
Tel: +604 442 3900
Bagi peminat dunia astronomi, kejadian-kejadian alam yang jarang muncul sudah pasti akan menarik minat mereka untuk menyaksikannya. Jika dahulu rata-rata rakyat Malaysia dapat menyaksikan berbagai jenis gerhana.
Kali ini sekali lagi rakyat Malaysia dan seluruh dunia bakal merasai satu lagi fenomena luar biasa pada minggu ini.
Memetik laporan Daily Mail, pemerhati bintang di hemisfera utara telah berpeluang menyaksikan Utarid, Zuhrah, Marikh, Musytari dan Zuhal secara sejajar sejak awal bulan Jun.
Foto Via Nasa
Ketika itu, Utarid dipercayai berada dalam keadaan yang sangat samar dan hampir dengan ufuk, yang bermakna ia sukar untuk dilihat dengan mata kasar.
Bagaimanapun, ia akan berubah pada minggu ini apabila Utarid akan kelihatan lebih cerah daripada sebelumnya sekaligus memberi peluang terbaik kepada mereka yang bangun awal untuk melihat lima planet itu.
Lima planet itu akan bersinar secara selari kerana ia semua bergerak di atas satah sistem suria yang dikenali sebagai ekliptik. Pun begitu, ia tidak akan berada berdekatan seperti yang dilihat kerana setiap planet berada berjuta-juta batu jauhnya di antara satu sama lain.
Foto Via NASA
Menurut laporan, 24 Jun (Jumaat) ini menjadi salah satu hari yang terbaik untuk melihat lima planet itu apabila bulan sabit juga akan kelihatan antara Zuhrah dan Marikh. Waktu kemuncak untuk melihatnya adalah selepas subuh dan ia akan berlangsung kira-kira sejam sebelum cahaya matahari muncul.
Sementara itu, pegawai astronomi awam di Muzium Diraja Greenwich, Dr Greg Brown berkata Zuhrah dan Musytari adalah yang paling mudah untuk dilihat berbanding tiga planet yang lain.
Dalam beberapa bulan yang akan datang, planet-planet tersebut akan kelihatan lebih jauh pada setiap pagi. Difahamkan, ini adalah kali pertama lima planet tersebut dapat dilihat di langit sejak Disember 2004.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau teringat zaman sekolah dulu-dulu, setiap kali pelajar berada di tapak perhimpunan dan ‘spot check’ dilakukan, mesti perasaan gemuruh akan datang. Lagi-lagi yang pernah tinggal di asrama.
Iyalah, bermacam-macam cerita sering didendangkan bagaimana pelajar perempuan kononnya disuruh buat macam-macam semasa mereka datang bulan.
Betul tak?
Bagaikan tradisi turun-temurun, amalan ‘spot check’ ataupun memeriksa tubuh pelajar perempuan demi membuktikan mereka sememangnya datang bulan baru-baru dikatakan telahpun berlaku sejak 20 tahun lalu.
Hal ini sangat mengejutkan dan memalukan bukan saja bagi pelajar perempuan tetapi juga masyarakat yang tidak percaya ia masih terjadi.
Rata-rata pengguna Twitter boleh relate dan turut mencipta bebenang Tweet untuk berkongsi kisah mereka mengenai isu pemeriksaan badan.
Warganet berkata, pemeriksaan itu selalunya dilakukan para guru, warden asrama dan pengawas. Pelajar diminta menunjukkan kesan darah pada tuala wanita, melakukan calitan pada kemaluan dengan kapas, tisu atau jari mereka untuk membuktikan mereka tidak boleh bersolat jemaah kerana datang haid.
Pandangan Pakar
Menurut laporan, pakar obstetrik dan ginekologi dan Pendidikan Perubatan (Pengajaran Klinikal) dari Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM, Dr Harlina Halizah Siraj berkata tindakan sedemikian mengganggu privasi wanita.
Sementara itu, Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita PKR Fadhlina Sidek berkata dia menentang keras perbuatan memalukan seumpama itu.
Reaksi pertubuhan wanita
Mengulas isu itu, All Women Action Society (AWAM), Sisters In Islam (SIS) dan Pertubuhan Pembangunan Kendiri Wanita dan Gadis (WOMEN: Girls) menuntut Kementerian Pendidikan (KPM) menangani isu gangguan seksual, perlecehan fizikal dan kecam badan (body shaming).
Katanya, perbuatan itu dilakukan dengan alasan tindakan disiplin terhadap pelajar, namun sebenarnya merupakan satu bentuk gangguan dan salah guna kuasa.
Ada lagi rupanya isusebegini berlaku di Malaysia. Sewajarnya, REMAJA rasakan amalan memalukan itu dihentikan. Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bermacam dugaan yang perlu dihadapi masyarakat yang terkesan kerana banjir. Seperti insiden yang berlaku di Kalimantan Selatan, Indonesia. Seorang wanita terpaksa bersalin di atas perahu ketika dalam perjalanan menuju ke hospital sambil diiringi oleh dua orang bidan.
Sejurus naik ke atas perahu wanita yang dikenali dengan nama Ernawati merasakan bahawa saat melahirkan sudah tiba. Oleh itu, dua orang bidan yang ada bersamanya memutuskan untuk membantunya bersalin di atas perahu.
Keadaan Ernawati ketika melahirkan di atas perahu. Sumber gambar: via tangkap layar Facebook Ponk Burger
Bayi perempuan yang dilahirkan sihat itu menjenguk dunia setelah beberapa minit Ernawati bertarung kesakitan untuk melahirkan.
Apa yang menarik adalah pemilihan nama bayi perempuan yang boleh diangap unik. Disebabkan dilahirkan dalam keadaan banjir dan di atas perahu, Ernawati dan suami bersepakat menamakan anak perempuan mereka itu sebagai Siti Noor Banjiriah.
Bersyukur atas rezeki yang diberikan tuhan, kedua-dua mereka berterima kasih kepada bidan yang berdedikasi membantu saat melahirkan. Wah! Adik Siti Noor Banjiriah pasti akan sentiasa ingat nanti yang dia dilahirkan saat rakyat bergelut dengan bencana banjir.
Sambal Nyet Bilis Khairul Aming tampil dengan rasa baharu menggunakan bahan tempatan berkualiti, ikan bilis segar dan formulasi khas yang menarik perhatian peminat.