” Bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah-limpa, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa”.
Kalau dulu mak-mak cukup pantang kalau anak main games dan main telefon tak henti. Tapi sekarang mungkin para ibu bapa boleh menarik nafas lega. Di Malaysia sahaja, arena e-sukan bukan lagi menjadi sesuatu yang diikuti oleh para ‘gamers’ sahaja.
Kalau korang nak tahu, ada seorang remaja Arab yang hebat membuat kebajikan dengan platform ‘game streamer’ dan ‘Youtuber’ ini sahaja. Insan hebat yang dimaksudkan ialah Hasan Suleiman atau lebih dikenali dengan nama mayanya, AboFlah.
Merupakan seorang ‘game streamer’ dan ‘Youtuber’ berdarah Arab yang berasal dari Kuwait. Nak kata terkenal tak terkenalnya AboFlah ni, dia ada ‘subscriber’ seramai lebih 15 juta orang di Youtube. Pendek kata memang popular lah remaja ni dia kalangan kaki game.
Remaja berusia 23 tahun ini juga merupakan seorang pencipta kandungan atau kita biasa sebut sebagai ‘content creator’. Kalau korang lihat di Youtubenya, pelbagai video yang dia muat naik dan kongsikan untuk tatapan peminatnya.
Selain hebat beraksi dalam game, AboFlah ni juga boleh dikatakan ‘streamer’ yang sangat pemurah hati. Kalau korang perasan dalam videonya, AboFlah selalu berkata bahawa dia sentiasa ingin menambah jumlah subscribernya. Ini ‘lumrah’ mana-mana streamer atau Youtuber, termasuklah dia sendiri.
Menurut perkongsian di laman Facebook Kun Anta, AboFlah ada misi besarnya yang tersendiri untuk dibuat setiap kali bilangan subscriber bertambah. Apa yang dia buat ini bukan ‘biasa-biasa’, rasanya kita sendiri pun belum mampu buat.
Ads
Nak tahu apa yang ‘mamat Arab’ ni buat? Di bawah ini adalah tujuh ‘misi’ yang dia pernah dan berjaya laksanakan. Jom kita tengok satu-persatu.
1- Apabila cecah 5 juta pertama, dia bina masjid di Afrika.
2- Apabila cecah 8 juta, dia menanggung pengajian lapan orang pelajar untuk belajar di universiti swasta.
3- Apabila cecah 9 juta, dia menanggung perbelanjaan hidup sembilan orang anak yatim.
Ads
4- Apabila cecah 10 juta, dia melakukan satu projek kutipan untuk pesakit buta dan membuat kutipan dana sehingga berjaya mengumpul lebih RM1.2 juta serta mampu merawat kira-kira 1,500 pesakit.
5- Apabila cecah 12 juta, dia memindahkan pelarian Syria dari kem pelarian ke 12 buah rumah. Dikatakan perbelanjaan tersebut mencecah kira-kira RM82,000. Tak cukup dengan itu, dia buat pula kutipan dana dan hasil yang berjaya dikumpul pula mampu menambah sehingga 58 buah rumah lagi.
6- Apabila cecah 15 juta, dia melaksanakan aktiviti jelajah dan ziarah kanak-kanak yang sakit di beberapa buah hospital, serta memberikan mereka hadian dan bantuan kewangan.
7- Dalam satu kempen bantuan pelarian Syria secara besar-besaran, AboFlah merupakan antara penderma paling banyak menyumbang dalam kempen tersebut kerana dia didakwa menderma sebanyak RM41,000.
Di sebalik kehebatan bermain game sambil berceloteh di depan kamera, dari sudut lainnya AboFlah tetap ‘sembunyikan’ dirinya apabila membuat kerja-kerja kebajikan sedemikian. Dia pernah berkata,
“Tidak penting untuk orang ramai tahu siapa saya. Yang penting, mereka dapat lakukan apa yang saya lakukan dalam berbakti kepada manusia yang memerlukan,”
Itulah peribadi AboFlah yang mungkin tak ramai yang tahu. Kita boleh jadikan pemuda Arab ini sebagai idola sebenarnya, sebab di sambil kita seronok bermain game, jangan dilupakan juga nasib insan-insan yang memerlukan di luar sana.
Moga keperibadian AboFlah membantu orang ini dapat menjadi inspirasi buat korang diluar sana. Hmm bila agaknya Content Creator di Malaysia nak buat macam ‘mamat Arab’ ni?
Tapak kaki yang mudah berpeluh selalu menjadi masalah kepada sebilangan besar individu terutamanya golongan wanita. Situasi ini boleh menyebabkan kaki berbau dan sudah tentu korang mesti sangat risau tentang masalah ini kan?
Ada trik menarik yang REMAJA nak kongsi untuk mengatasi masalah kaki berpeluh. Mudah saja.
Korang percaya tak pantyliner mampu membuatkan keadaan kaki menjadi lebih selesa dan tidak berasa lembap atau licin?
Tempelkan sahaja pantyliner pada bahagian tapak kaki kasut. Ia boleh berfungsi untuk menyerap peluh yang berlebihan pada tapak kaki dan dapat mengelakkan kasut daripada lembap dan licin. Selain itu, pantyliner juga dapat mencegah daripada kasut korang berbau busuk akibat berpeluh.
Tidak hanya bermanfaat pada kaki saja, pantyliner juga boleh digunakan untuk diletakkan di dalam kotak kaca mata hitam sebagai salah satu cara terbaik bagi membersihkannya daripada segala kekotoran.
Wah, rupanya banyak betul kegunaan pantyliner ni. Bukan hanya untuk masalah keputihan wanita, malah ternyata ada lagi manfaatnya yang mungkin tak pernah korang sangka.
Walau bagaimanapun, pastikan hanya pantyliner yang belum digunakan lagi sahaja ya. Kalau dah guna tu bukan bagi manfaat lagi, tapi bagi penyakit. Hiks!
Hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga
Melakukan amal jariah atau berbuat baik kepada orang lain semestinya perkara yang harus diamalkan oleh setiap insan, terutama bagi mereka yang hidup dalam sesebuah komuniti.
Baru-baru ini, pelajar tahun akhir jurusan Perhubungan Awam daripada Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), UiTM Shah Alam atau lebih dikenali sebagai agensi PRisme telah mengambil pendekatan untuk berbuat kebaikan dengan menganjurkan program “Pasar Loka Klasik”.
Program tersebut merupakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan keusahawanan yang bertempat di Dewan Mawar Qaseh dan Dataran Mawar, UiTM Shah Alam.
Projek tahun akhir tersebut telah dirasmikan oleh Prof. Madya. Dr. Abd Rasid Abd Rahman,
Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, diketuai oleh Hazwien Aifa Hisham selaku
Ketua Projek, dengan bimbingan pensyarah, Encik Abuzar Abdul Halim.
Program ini bertujuan mengumpul dana untuk anak-anak Tahfiz dari Ma’ahad Tahfiz Teduhan Kasih (MTTK) yang terletak di Sungai Buloh, Selangor.
“Program pada hari ini berkonsepkan klasik di mana kita dapat lihat meskipun zaman kian
berubah namun retro tetap mendapat tempat dalam hati generasi masa kini,” kata Prof. Madya Dr. Abdul Rasid Abdul Rahman, Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media.
“Pasar Loka Klasik” telah menyajikan pelbagai aktiviti menarik yang pasti memikat minat semua yang mengunjung.
Antara acara yang menarik termasuk pertunjukan Vespa yang memikat hati, Projek Anak Jantan, Projek Anak Gadis yang anggun, permainan tradisional dan persembahan muzik. Lebih kurang 4,000 pengunjung telah hadir memeriahkan program ‘Pasar Loka Klasik’ dengan jayanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: PRisme Agency
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khamis lepas, rangkaian Kumpulan Suria KLCC melancarkan sambutan kempen Hari Raya yang bakal membawa pengunjung mengimbau suasana perayaan berinspirasikan suasana perkampungan nelayan di pantai timur.
Kemeriahan dekorasi di Suria KLCC bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Kempen Hari Raya Suria KLCC dikatakan akan berlangsung mulai 24 Mac sehingga 1 Mei 2023 berikutan dari sambutan Hari Raya yang jatuh pada 22 dan 23 April 2023.
Menelusuri dekorasi tahun ini, Suria KLCC mengambil inisiatif kreatif dengan memberikan para pengunjung cetusan detik kenangan silam selain dari menghadirkan rasa syukur dengan keindahan bersederhana melalui kehidupan di kampung nelayan.
Salah satu tarikan yang terdapat di pusat membeli-belah Suria KLCC.
Reka bentuk rumah kampung tradisional bakal menjadi titik tumpuan di laman Centre Court yang mana merupakan pusat perayaan di Suria KLCC. Selain itu, aktiviti interaktif, wayang kulit juga bakal memberikan para pengunjung pengalaman langsung dalam mengendalikan wayang kulit disebalik tabir.
Semestinya yang paling mencuri perhatian sekali ialah replika pelita terbesar di Malaysia yang berukuran setinggi 50 kaki. Dikhabarkan bahawa replika pelita gah ini berjaya menempa nama di dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2022 sebagai replika pelita terbesar dan tertinggi di Malaysia.
Replika pelita terbesar di Malaysia yang kini boleh disaksikan di laman Esplanade Suria KLCC.
“Melalui langkah yang menitikberatkan semangat perayaan buat para pengunjung ini, kami
berharap agar musim sambutan Hari Raya kali ini dapat mencerminkan tanda kerukunan
terhadap warisan budaya Malaysia yang pelbagai,” kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Esekutif dan Pengarah Esekutif, Suria KLCC Sdn Bhd.
Perasmian kempen Hari Raya yang disaksikan oleh pengunjung Suria KLCC dan rakan media.
Pengalaman membeli-belah di Suria KLCC akan menjadi lebih istimewa dengan ganjaran dan penjimatan yang ditawarkan pada musim Hari Raya kali ini. Bermula dari 30 Mac sehingga 24 April, para pengunjung yang berbelanja RM1,000 melalui dua resit daripada mana-mana kedai terpilih akan menerima Suria KLCC e-baucar (SKLCC e-Vouchers) yang bernilai RM100 serta satu set sampul raya eksklusif dari Suria KLCC.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: The Suria KLCC Group
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.