Pernah dimahkotakan sebagai Miss Universe tahun 1994 pada usia masih muda iaitu 18 tahun, Sushmita Shubeer Sen atau lebih dikenali dengan Sushmita Sen antara bintang Bollywood yang menjadi kegilaan ramai satu ketika dulu.
Sebelum bergelar pelakon, nama Sushmita terpahat kemas dalam sejarah Miss Universe apabila jelitawan yang berasal dari Hyderabad ini merangkul gelaran tersebut pada tahun 1994. Sekali gus menjadikan dia wanita India pertama memenangi Miss Universe.
Dilahirkan pada 19 November 1975, Sushmita sememangnya memiliki pakej lengkap seorang ratu. Berketinggian 1.71 meter, figura ini tidak hanya berjaya memikat hati juri dengan rupa paras yang menawan bahkan seorang wanita bijak.
Memetik portal IMDb, ayah Sushmita iaitu Shubeer merupakan bekas Komander Tentera Udara India. Manakala ibunya, Subhra dilaporkan pereka barangan kemas. Sushmita juga mempunyai dua beradik iaitu Neelam dan Rajeev.
Ads
Dia pernah bersekolah di Air Force Golden Jubilee Institute dan Air Force Silver School di Delhi. Ketika zaman kanak-kanak, Sushmita dikatakan seorang gadis lasak dan banyak bergaul dengan rakan-rakan lelaki.
Walau fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris namun Sushmita mula mempelajari bahasa itu hanya sewaktu berusia 16 tahun. Selain menguasai Bahasa Inggeris, dia juga boleh berbahasa Urdu dengan baik.
11 Ogos lalu, Sushmita menerima Ijazah Kedoktoran Terhormat dari Techno India University, West Bengal.
Pengurniaan itu diberikan atas penghargaan wanita ini dalam memberi isnpirasi dari segi penglibatan sosial di peringkat antarabangsa, aktivis kanak-kanak dan wanita serta anak seni.
Pada konvokesyen itu, dia bagaimana pun tidak dapat hadir untuk menerima ijazah berkenaan. Namun mewakilkan bapanya iaitu Subir Sen sebagai penerima.
Mengimbas kembali pembabitan Sushmita dalam bidang peragaan, dia mula aktif ketika usia 15 tahun di Air Force Club Contest dan menyertai banyak peragaan fesyen selepas itu.
Pada tahun 1994 ketika menginjak 18 tahun, Sushmita menarik perhatian dunia apabila memenangi Miss Universe yang berlangsung di Manila, Filipina.
Kira-kira dua tahun selepas kemenangan tersebut, Sushmita mewarnai dunia perfileman Bollywood menerusi filem Dastak dan kian melonjak naik dalam filem Biwi No 1 serta Main Hoon Na.
Ads
Bersandarkan kejelitaan yang dimiliki pastinya Sushmita tiada masalah untuk mempunyai kekasih hati. Namun, hakikatnya dia tidak pernah mengahwini mana-mana jejaka biarpun menjalin banyak hubungan cinta.
Memiliki naluri keibuan yang menebal dalam diri, Sushmita nekad berjuang untuk mengambil anak angkat.
Berdepan pelbagai prosedur mahkamah untuk usaha itu, dia kemudian mendapat kelulusan mengambil kanak-kanak yang diberi nama Renee pada tahun 2000 dan sembilan tahun kemudian, Sushmita menjadi ibu bagi seorang lagi bayi perempuan iaitu Alisah.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan penyanyi terkenal, Nur Fazura yang sebelum ini menerima kritikan hebat daripada warganet apabila mempromosikan lagu terbaharunya Bertahan Demi Cinta dalam sebuah program bual bicara di Indonesia, kini kembali mencuri perhatian dengan bakat nyanyiannya.
Menerusi hantaran di Instagram, Fazura berkongsi video dirinya menyanyikan lagu Make You Feel My Love, karya asal penyanyi terkenal antarabangsa, Adele.
Walaupun hanya duduk ketika menyampaikan lagu tersebut, Fazura berjaya memukau peminat dengan alunan suara yang merdu, membawakan setiap bait lirik dengan penuh emosi.
Menerusi ruangan kapsyen video itu, Fazura menjelaskan bahawa lagu tersebut memiliki makna yang sangat mendalam baginya. Menurutnya, ia sering dinyanyikan kepada anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, setiap kali sebelum tidur.
“Apa yang menjadikan lagu ini lebih istimewa ialah ia mempunyai makna yang mendalam bagi Fazura, yang sering menyanyikan buat anaknya sebelum tidur.
“Bait lirik, ‘Untuk membuat anda merasakan cinta saya’ adalah janji tulus Fazura untuk sentiasa berada di sisi Fatima,” tulisnya dalam kapsyen tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna meluahkan kekaguman terhadap suara Fazura yang dianggap serasi dengan lagu tersebut. Selain, mereka memuji keindahan dan ketepatan nada suara pelakon filem Pisau Cukur itu yang dianggap mampu menyampaikan lagu penyanyi antarabangsa dengan begitu baik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Fazura
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyayi pop r&b Indonesia, Afgansyah Reza telah pun melancarkan single terbarunya M.I.A bersama bintang K-pop terkenal, Jackson Wang. Penyanyi berusia 32 tahun itu baru sahaja memuat naik lagu terbarunya itu di laman YouTube, dan setakat ini, ia sudah mempunyai lebih daripada 100,000 tontonan.
Afgan juga membuat perkongsian menerusi laman Instagram dengan menyatakan bahawa rahsia kolaborasi ini telah disimpan lama kerana ia sudah disiapkan pada tahun lalu.
Baru-baru ini, pelakon dan pelawak terkenal, Sharifah Shahora melakar satu lagi kejayaan peribadi apabila berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dari Universiti Utara Malaysia (UUM). Kehadiran beliau mencuri perhatian ramai kerana pencapaiannya diraikan selepas bertahun-tahun memberi komitmen kepada dunia seni dan akademik.
Beliau yang kini berusia 51 tahun, membuktikan bahawa pendidikan tidak mengenal batas usia apabila turut meraih kepujian kelas pertama. Pencapaian itu sekaligus menjadikan beliau antara figura seni yang aktif namun tetap konsisten dalam mengejar ilmu.
Menurut Shahora dalam perkongsiannya di Instagram, kejayaan tersebut merupakan impian yang telah lama diidamkannya. Beliau juga tidak menyembunyikan rasa syukur atas rezeki dan kekuatan yang diberikan sepanjang tempoh pengajian.
“Syukur saya berjaya mencapai impian ini. Saya belajar sejak 2018 dan tamat pada 2022. Ia pengajian jarak jauh di Universiti Utara Malaysia,” tulisnya.
“Lepas ni boleh naik gaji tak?” selorohnya.
Dalam pada itu, pengajian jarak jauh yang diikuti oleh Shahora memerlukan disiplin tinggi, terutama bagi individu yang terlibat dalam jadual kerja seni yang tidak menentu. Namun, kejayaannya membuktikan kemampuan beliau membahagikan masa antara komitmen kerjaya dan akademik dengan baik.
Sementara itu, menerusi perkongsian di media sosial, Shahora sekaligus menerima pelbagai ucapan tahniah daripada rakan industri dan peminat. Tidak kurang juga, ramai yang menjadikan kejayaannya sebagai inspirasi untuk terus menuntut ilmu walaupun berdepan kekangan usia atau masa.
Sebagai anak seni yang telah lebih dua dekad aktif dalam industri hiburan tempatan, Shahora sebelum ini dikenali melalui lakonan dan bakat komedi yang konsisten mewarnai dunia seni tanah air. Namun, pencapaian akademik terbarunya memperlihatkan sisi lain komitmen beliau dalam mengembangkan potensi diri.
Sumber: Instagram Sharifah Shahora
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.