
Netizen kita memang berbangga jika ada apa-apa perkara ‘ke-Malaysia-an’ ditonjolkan di oleh rancangan atau filem antarabangsa.
Tahun ini saja, kita boleh berbangga apabila pelakon tempatan Shobitha Kalaiselvan membintangi siri televisyen US, Gotham. Kemudian, dua orang lagi pelakon lelaki iaitu Bront Palarae dan Henry Golding pula mengikut jejak langkah sama apabila terpilih untuk membintangi Folklore dan Crazy Rich Asians.
Iyalah, bukan senang untuk melihat nama Malaysia diharumkan dalam industri hiburan antarabangsa.
Kini, satu lagi siri televisyen boleh membuatkan netizen berbangga. Bukan disebabkan pelakonnya dari Malaysia tetapi kerana ia mengandungi banyak reference yang dekat dengan diri kita semua.

Busted merupakan siri game show terbaru Korea yang ditayangkan melalui Netflix. Ia berkisarkan tentang 7 karakter utama yang cuba menyelesaikan misteri penyiasatan di dalam setiap episod. Dibintangi oleh nama popular seperti Yoo Jae-Suk, Sehun EXO dan Lee Kwang Soo, Busted kini telah memasuki episod kelapan. Masih belum terlambat untuk korang binge watch!
Apa yang menariknya mengenai episod ketujuhnya adalah beberapa reference kepada Malaysia yang ditonjolkan oleh Busted. Kebetulan atau tidak? Betul ke tipu? Hhm, yang penting kami pun turut sama tergelak bila melihat 3 perkara ini.
01
Buku Lima atau Triple 5 book yang selalu digunakan untuk menyenaraikan hutang.

02
Raja buah-buahan kita yang mungkin tidak berapa digemari oleh orang asing iaitu Durian.

03
Pinjaman berlesen?! Bukan saja tertera perkataan bahasa Malaysia di atas kad tersebut, ia juga memaparkan nombor telefon Maxis di atasnya. Ada sesiapa yang sudah cuba call tak?

Malang sekali, semua ini adalah hasil kerja mengedit daripada Netflix Malaysia sendiri untuk tujuan promosi.
Tapi kalau betul-betul jadi, mesti rasa bangga kan! Nantikan episod terakhir Busted pada minggu hadapan, hanya di Netflix.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cerita “Sengaja Ditambah” Yang Sering Disampaikan Tentang Israk Mikraj Wajib Kita Tahu

Hari ini kita menyambut Israk dan Mikraj. Ada beberapa buah negeri yang bercuti seperti Negeri Sembilan, Kedah dan juga Perlis sementara negeri-negeri lain bekerja seperti biasa. Di sebalik peristiwa Israk dan Mikraj, apa yang kita perlu tahu tentang peristiwa hari ini yang menjadi satu peristiwa penting untuk kita fahami
Untuk makluman, peristiwa Israk & Mikraj adalah sebuah cerita yang benar lagi sahih. Peristiwa yang menunjukkan bukti kenabian Nabi Muhammad s.a.w. Ia dikuatkan dengan ayat al-Quran & hadis sahih dalam darjat yang tertinggi. Tiada seorangpun Muslim yang mengingkari peristiwa itu, kerana ia adalah ujian dalam menentukan pendirian umat Islam.
Sebahagian orang ada mengatakan bahawa Israk disebut di dalam al-Quran, namun Mikraj hanya disebutkan dalam hadis. Maka penulisan ini akan berusaha menunjukkan bukti salah-faham tersebut.
Apa yang lebih mendukacitakan apabila wujudnya para penceramah & tukang cerita yang sengaja menambah-nambah cerita yang sebenarnya tidak ada di dalam kisah Israk & Mikraj, sehingga mencacatkan kisah ini dari sudut akademik.
REMAJA kongsikan peristiwa Israk dan Mikraj yang dikarang oleh penulis buku terkenal, Ustaz Syihabudin Ahmad. Penulisannya mengenai Israk dan Mikraj begitu detail namun REMAJA memetik hanya sebahagian dari karangan penulisannya mengenai cerita yang sengaja di”tambah” sempena Peristiwa Israk dan Mikraj dan amat popular disebarkan di kalangan masyarakat. Semoga setiap peristiwa dikongsi ini membawa manfaat bersama untuk kita sebagai hamba Allah.
Baca tulisannya yang dikarang oleh Ustaz Syahibudin Ahmad.

ISTILAH
ISRAK membawa maksud perjalanan Nabi s.a.w di bumi dalam masa yang sangat singkat iaitu sebahagian dari satu malam sahaja dari Masjidil Haram, Makkah ke Masjidil Aqsa, Palestin.
Manakala MIKRAJ pula ialah perjalanan dari alam dunia ke Sidaratul Muntaha (langit) kemudian kembali semula ke Masjidl Haram, Makkah.
Kedua-dua peristiwa ini berlaku dalam satu malam sahaja. Ia tidak berlaku dalam mimpi, tetapi ia berlaku dalam keadaan Nabi s.a.w berjaga.
Jika Nabi s.a.w melakukan perjalanan dalam keadaan mimpi, maka ia bukanlah satu mukjizat yang pelik. Bahkan, para penentang Islam juga tidak akan ambil cakna dalam isu ini.
Ayat al-Quran berkaitan Al Israk & Al-Mkraj ada disebut dalam surah 17 Al_Isra’: Ayat 1. Allah SWT berfirman:
“Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari
dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan & kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, Lagi Maha Mengetahui”.
Penjelasan :
Ayat al-Quran ini menjadi bukti yang paling kukuh dalam menyatakan peristiwa Israk itu benar-benar berlaku dalam satu malam sahaja. Ia juga menjelaskan bahawa Israk ini adalah salah satu dari mukjizat Nabi Muhammad s.a.w. Maka, mukjizat itu tidak menjadi mukjizat jika ia hanya berlaku dalam mimpi sahaja. Ia pasti berlaku ketika Nabi Muhammad s.a.w sedar.
Ini bermakna peristiwa Israk dan Mikraj ini benar-benar terjadi. Namun di kesempatan kesempatan yang singkat ini, saya mengambil beberapa kisah yang sering diceritakan & disebarkan ketika Israk & Mikraj. Tetapi sandarannya sangat lemah, atau tiada sandaran langsung.
Saya jadikan kisah-kisah yang didapati dari sebaran internet sebagai panduan:
- Jibril Tidak Boleh Menemani Rasulullah
“… Akhirnya Rasulullah s.a.w sampai di satu tempat yang tidak pernah seorang pun manusia sampai ke situ walaupun dia seorang Rasul & Nabi. Kemudian Rasululah s.a.w melalui satu kawasan yang Malaikat pun tidak pernah sampai ke situ kecuali Jibril. Sampai di satu tempat, Jibril meminta Rasulullah s.a.w bergerak ke hadapan & dia berkata:
“Kalau aku ke hadapan walaupun selangkah, aku akan terbakar”.
Apabila dikaji, kisah ini terdapat dalam rekod Ibnu Hibban dalam kitab beliau “Al-Majruhin – pengkelasan orang yang ditolak dalam periwayatan” (11/3).
Dalam hadis tersebut, dinyatakan sanad hadis di atas: –
Disampaikan kepadaku oleh Muhammad bin Badwisat an-Nasawi bahawa Humaid bin Zinjawaih meriwayatkan daripada Muhammad bin Abi Khidasy al-Musily, daripada Ali bin Qutaibah daripada Maisarah bin Abdur Rabbihi, daripada Umar bin Sulaiman ad-Dimasyqi, daripada Adh-Dhahaq, daripada Ibnu Abbas berkata …
Imam Ibnu Hibban berkata :
“Kecacatan hadis ini adalah Maisarah bin Abdur Rabbihi al-Farisi adalah salah seorang dari penduduk Dauraq. Dia sering menyampaikan hadis yang palsu yang disandar kepada orang yang kukuh periwayatannya. Dia memalsukan hadis, lalu disandarkan kepada orang yang dipercayai bagi menggalakkan orang untuk melakukan kebaikan & menjauhi kejahatan. Tidak halal menulis hadis daripada melainkan untuk mengambil iktibar akan perbuatannya”.
Imam al-Bukhari menyebutkan tentang Maisarah bin Abdur Rabbihi dalam kitabnya Ad-Dhu’afa as-Shoghir :
“Maisarah dihujani dengan label penipu”.
Imam an-Nasaie pula berkata dalam bukunya Ad-Dhu’afa’ al-Matrukin:
“Maisarah bin Abdur Rabbihi adalah seorang yang ditinggalkan penyampaian hadisnya”.
JUSTERU ITU, KISAH INI TERTOLAK KERANA WUJUD PEMALSUAN. Pemalsu kisah ini juga dengan sengaja memalsukan hadis dengan tujuan baik.
Bahkan itulah kebiasaan manusia yang baik tapi tiada ilmu, maka mereka menghalalkan sesuatu yang diharamkan ALLAH untuk mencapai kebaikan yang lain.
Kisah-kisah yang di bawah ini juga berada di dalam hadis yang sama, cumanya, saya pecahkan kerana mahu memecahkan kepada perbahasan yang boleh memberi manfa’at, in-shaa Allah.

- Peristiwa Israk & Mikraj berlaku pada bulan 27 Rejab.
Tarikh kalendar Hijrah tidak pernah ada pada zaman Nabi s.a.w. Ia dicipta selepas Nabi s.a.w wafat. Bahkan, orang Arab dahulu sangat suka bermain-main dengan tarikh. Seandainya tarikh 27 Rejab itu adalah tarikh mulia bagi umat Islam, nescaya para sahabat telah mengingatinya.
Apa yang penting dalam kisah Israk & Mikraj ialah peristiwa yang berlaku, bukanlah waktu & tarikhnya. Justeru itu, “tidak ada satu ketetapan” bahawa peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab.
Para Ulama berbeza pendapat dalam menentukan waktu berlakunya Israk & Mikraj :-
- Dikatakan peristiwa ini berlaku semasa tahun ALLAH SWT mengurniakan kenabian kepada Nabi s.a.w. Ini adalah pendapat Imam at-Tobari.
- Dikatakan peristiwa ini berlaku selepas 5 tahun Nabi s.a.w diutuskan sebagai Rasul. Ini adalah pendapat yang dirajehkan oleh Imam an-Nawawi & al-Qurtubi.
- Dikatakan peristiwa ini berlaku semasa malam ke-27 daripada bulan Rejab, iaitu
dalam tahun ke-10 kenabian. - Dikatakan berlaku pada 16 bulan sebelum tempoh berlakunya hijrah, iaitu dalam bulan Ramadan pada tahun ke-12 kenabian.
- Dikatakan berlaku pada setahun dua bulan sebelum tempoh berlakunya hijrah, iaitu dalam bulan Muharram pada tahun ke-13 kenabian.
- Dikatakan juga berlaku pada setahun sebelum tempoh berlakunya hijrah, iaitu
dalam bulan Rabi’ul-Awwal pada tahun
ke-10 kenabian.
TIGA PENDAPAT PERTAMA DI ATAS DITOLAK. Ini kerana, isteri Nabi s.a.w iaitu Saidatina Khadijah (r.anha) wafat dalam bulan Ramadan pada tahun ke-10 kenabian. Sedangkan para ulama hadis telah bersepakat bahawa ibadah solat difardukan selepas daripada kewafatan Saidatina Khadijah iaitu semasa peristiwa Israk & Mikraj.
- Melihat dunia dalam keadaan wanita yang telah tua.
Cerita ini direkodkan dalam Tafsir at-Tobari (6/15), al-Baihaqi dalam Dalail, & Ibnu Kathir dalam Tafsirnya (5/3). Lalu mereka berkata : ‘Dalam sebahagian lafaznya terdapat sesuatu yang tidak dapat diterima & pelik’.
Hadis ini dikategori sebagai lemah yang tiada penguat kerana penyampai cerita ini iaitu Abdul Rahman bin Hashim adalah seorang yang tidak dikenali biografinya dalam dunia hadis. Ia tidak boleh dibuat hujah.
- Kaum yang sedang bertanam & terus menuai hasil tanaman mereka.
Menurut cerita, apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
Ibnu Kathir mengulas hadis ini dalam kitab Tafsirnya :
“Hadis ini sebahagian lafaznya sangat ganjil & pelik… seolah-olah ia adalah kumpulan hadis yang berbeza-beza atau berlaku ketika mimpi & tidak berlaku ketika peristiwa Israk & Mikraj”.
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka.
Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
Cerita ini tidak berlaku ketika peristiwa Mikraj, tetapi ia “diperlihatkan oleh ALLAH SWT” kepada Nabi Muhammad dalam mimpi baginda. Ia boleh dirujuk dalam Sahih al-Bukhari, no. 7074.
Hadisnya berbunyi, “… semalam aku (Rasulullah) bermimpi, bahawa telah datang kepadaku 2 tetamu, mereka mengajakku keluar & berkata kepadaku: “mari jalan”, lalu aku pun pergi bersama keduanya, lalu kami mendatangi seorang yang lagi berbaring terlentang & seorang lagi berdiri sambil memegang sebongkah batu, dia melemparkan batu tersebut ke kepalanya (orang yang berbaring terlentang tadi), batu tadi akhirnya memecahkan kepalanya …… adapun orang yang memecahkan kepalanya dengan batu ialah orang yang mengambil al-Quran kemudian membuangnya, lalu tidur dari mengerjakan solat yang wajib”.
- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul & dubur) dengan secebis kain.
Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api & batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
Cerita ini juga tidak berlaku ketika Mikraj, tetapi “berlaku di dalam mimpi Nabi s.a.w” sepertimana yang direkod oleh al-Bukhari, no. 7074.
- Satu kaum, lelaki & perempuan, yang memakan daging mentah
yang busuk; sedangkan daging masak ada di sisi mereka.
Kata Jibrail: Itulah lelaki & perempuan yang melakukan zina; sedangkan lelaki & perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
– LIHAT PENJELASAN DI BAWAH :
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah & bibir mereka
dengan penggunting besi berkali-kali.
Setiap kali digunting, lidah & bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah & mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
Ibnu Kathir mengulas hadis ke 7 & 8 ini dalam kitab Tafsirnya :
“Hadis ini sebahagian lafaznya sangat ganjil & pelik … seolah-olah ia adalah kumpulan hadis yang berbeza-beza atau berlaku ketika mimpi & tidak berlaku ketika peristiwa Israk & Mikraj”.
Kata Adz-Dzahabi :
“Hadis ini munkar (palsu) yang menyerupai cerita-cerita dari penglipulara. Ia diberitahu untuk disampaikan cerita (yang menarik), bukan untuk dijadikan hujah”.
- Melihat kaum bibirnya laksana unta
Kisahnya berbunyi, Rasulullah s.a.w bersabda: Pada malam aku di-Israkkan oleh Allah, aku melihat kaum yang bibirnya laksana bibir unta. Dan sesungguhnya ada malaikat yang diserahi tugas menarik bibir mereka. Kemudian mulut mereka itu diisi dengan batu yang besar & nanti akan keluar dari punggung mereka. Lalu aku (Muhammad) bertanya: “Wahai Jibril, siapakah itu?” Jibril menjawab: “Mereka adalah orang-orang yang memakan harta anak yatim dengan zalim”.
Cerita ini direkod dalam beberapa kitab tafsir. MALANGNYA, ia adalah suatu hadis yang sangat lemah menurut penilaian Syeikh al-Albani sekalipun azab tersebut disebut dalam surah an-Nisa’ ayat 10.
Apa yang nyata adalah azab tersebut tidak dilihat oleh Rasulullah ketika Mikraj, tetapi ia adalah peringatan al-Quran yang sangat jelas.
PEMBOHONGAN ATAS NAMA AGAMA DENGAN ‘SENGAJA’
Apabila meneliti sebahagian hadis-hadis yang telah saya nyatakan di dalam penulisan ini, saya dapati ramai penceramah & pendakwah suka menyebarkan sesuatu yang tidak dikaji kesahihannya terlebih dahulu. Akhirnya mereka menyebarkan penipuan demi penipuan atas nama Rasulullah s.a.w.
Berhati-hatilah dengan sebarang kata-kata kita, kerana Nabi s.a.w pernah mengingatkan :
إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
“Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”. “‘
[HR al-Bukhari: 1291]
Apa yang terbaik buat kita ialah kita cuma berbicara pada perkara yang kita tahu kesahihannya sahaja. Manakala sesuatu yang menarik tetapi tidak diketahui kesahihannya sangatlah berbahaya untuk disebarkan.
Dr. Muhammad Asri berkata :
“Mungkin ada pembaca hadis palsu merasakan mereka tidak bersalah, sebab mereka hanya memetik daripada buku-buku mereka baca yang memuatkan hadis-hadis palsu.
Maka mereka merasakan mereka hanya menyebarkan, maka tidak patut dipersalahkan.
Mereka lupa, penyebar hadis palsu sama ada menerusi ucapan atau tulisan, dia dalam masa yang sama sebenarnya menipu orang lain apabila menyandar sesuatu perkara kepada Nabi s.a.w tanpa bukti yang sah. Pendengar akan terpedaya, lalu mengamalkan perkara yang dianggapnya daripada Nabi s.a.w, sedang ia bukan seperti yang disangkakan”.
Wallahu a’lam !
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Truly Malaysian, McDonald’s Bina Restoran Berbumbung Ala Tradisional Negeri Sembilan

Rasanya ramai rakyat Malaysia lebih sinonim memanggil jenama makanan segera ini dengan panggilan ‘Mekdi’. Bukan sahaja ia mudah untuk disebut malah kedengaran lebih ‘Malaysian’ kan?
Susulan itu, Restoran McD yang baharu dibuka di Tampin, Negeri Sembilan satu-satunya restoran McDonald’s berkonsepkan seni bina rumah tradisional Minangkabau yang berbumbung panjang.

Keunikan reka bentuk rumah tradisional Negeri Sembilan melambangkan masyarakat adat perpatih atau sistem kekerabatan matrilineal yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri
Sembilan. Selain itu, reka bentuk bumbung panjang yang lentik dengan kedua-dua hujung bumbungnya naik ke atas sedikit telah menjadi identiti seni bina di Negeri Sembilan yang tersendiri.
Mengambil masa kira-kira setahun untuk disiapkan sebelum dibenarkan beroperasi dengan keunikannya yang tersendiri.


Sebelum ini, tapak restoran tersebut merupakan tapak Rumah Rehat Tampin yang sudah lama tidak beroperasi — justeru ia dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan agar menghidupkan semula kawasan berkenaan sebagai tempat tarikan pelancong, memandangkan lokasinya yang strategik dan betul-betul terletak di tepi jalan utama Tampin-Seremban.
Pembinaanya telah mendapat khidmat nasihat serta rujukan daripada pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS).
Untuk pengetahuan korang, McDonald’s Tampin itu merupakan restoran yang ke-302 di negara ini dan yang ke-12 di Negeri Sembilan.

Lebih menarik, ia juga merupakan restoran setingkat yang terbesar pernah ada di Malaysia.
Jadi, kalau korang bercuti ke Negeri Sembilan jangan lupa untuk singgah menikmati hidangan burger dan ayam goreng sambil OOTD di restoran ini.
Sumber : Utusan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sambut Tahun Baru 2021 Dengan ‘Online Concert’ Secara Percuma Bersama Artis Terkenal SM Entertainment!

Check them out!
Situasi pandemik sepanjang tahun 2020 telah memaksa peminat muzik di seluruh dunia untuk akur dengan ketiadaan konsert daripada artis kegemaran mereka.

Oleh sebab itu, semakin ramai penggiat seni yang mencari alternatif untuk mendekatkan diri dengan peminat dengan cara melakukan konsert virtual berbayar secara atas talian.
Walaupun dilihat sebagai persembahan ‘online’ saja, namun korang akan terkejut apabila mengetahui ramai yang sanggup berbelanjaan membeli tiket akses demi melayan artis kegemaran masing-masing.
SMTOWN LIVE “Culture Humanity” Line-up Teaser
➫ 01.01.21 1PM KST
➫ 31.12.20 8PM PST
➫ 31.12.20 11PM EST#SMTOWN_LIVE_Culture_Humanity#KANGTA #TVXQ! #SUPERJUNIOR #TAEYEON #TAEMIN #BAEKHYUN #KAI #RedVelvet#NCTU #NCT127 #NCTDREAM #WayV #SuperM #aespa #Raiden #GINJO #IMLAY pic.twitter.com/X78EhlwWOx— SMTOWN (@SMTOWNGLOBAL) December 27, 2020
Namun baru-baru ini , dipetik dari Korea Herald, SM Entertainment bakal mengadakan konsert global yang akan diadakan pada 1 Januari 2021, 1 Petang (KST) dalam talian secara percuma sempena Tahun Baru yang bakal tiba tidak lama lagi. Wah!!!
Lagi menarik, Konsert ‘SMTOWN Live” ini akan live-streamed pada jumaat ini pada pelbagai platform media sosial termasuklah Youtube, Twitter, Facebook, TikTok, Japan KNTV, dan Beyond Live.
Last but not least, kalau korang nak tahu turut membuat persembahan di konsert ini secara percuma ialah artis terkenal SM Entertainment seperti Aespa, TVXQ, Super Junior, Taeyeon Girls’ Generation, Taemin SHINee, Baekhyun dan Kai EXO, Red Velvet, NCT dan ramai lagi. Are you ready?

Untuk info, mengunakan tema “Culture Humanity”, SM berkata persembahan istimewa ini direka untuk untuk menghiburkan dan membawa harapan baru kepada semua orang di seluruh dunia yang mengalami kesukaran dengan pandemik COVID-19 pada Tahun Baru.
Konsert yang dikenali sebagai SMTOWN LIVE “Culture Humanity” ini boleh ditonton di SINI.
Sumber : Koreaboo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

