REMAJA yakin sama ada minat atau tidak pasti sekurang-kurangnya kamu akan tahu judul salah sebuah drama Korea. Begitulah pengaruh drama Korea yang mempunyai pengikut setia.

Dan tahukah kamu bahawa tidak semua peminat drama Korea juga adalah peminat muzik K-pop? Dan kalau diikutkan di negara kita ‘demam Korea’ sebenarnya sudah berlaku sebelum kemunculan grup-grup K-pop.

Kemunculan drama-drama Korea yang cukup sentimental dan dibari pelakon kacak dan cantik menjadikan drama Korea pantas mengumpul peminat di negara kita.

Setiap tahun ratusan drama Korea dihasilkan dan kini dengan dunia digital peminat drama Korea mempunyai akses untuk menonton drama kegemaran. Cukup berbeza berbanding 15 atau 20 tahun dahulu di mana semua akan ternanti-nanti episod baru di depan TV.

Baru-baru ini sebuah program, ‘Entertaiment Weekly’ di saluran KBS2 telah melakukan survey di kalangan penduduk Korea tentang drama terhebat sepanjang zaman.

IKLAN

Dan inilah empat drama paling hebat menurut orang Korea sendiri!

MOONLIGHT DRAWN BY CLOUDS

4 Drama Korea Paling Top Sepanjang Zaman Yang Diundi Oleh Orang Korea

Juga dikenali dengan judul ‘Love in the Moonlight’, drama ini sangat popular bukan sahaja di Korea tetapi di banyak buah negara. Inilah drama yang telah mengangkat aktor, Pak Bo Gum sebagai antara selebriti paling berpengaruh di Asia. Dengan jalan cerita yang menarik, pilihan lokasi cantik, muzik dan lakonan mantap, drama ini mendapat rating tertinggi dengan 23.3%. Ia merupakan satu angka yang luar biasa bagi drama yang ditayangkan pada hari Isnin dan Selasa.

IKLAN

BACA: Siri Realiti Korea ‘Busted’ Paparkan Reference Malaysia, Betul Atau Tipu?

WINTER SONATA

4 Drama Korea Paling Top Sepanjang Zaman Yang Diundi Oleh Orang Korea

Tidak salah jika REMAJA katakan inilah instalasi pertama yang telah buat ramai orang Malaysia jatuh hati dengan drama Korea. Bahkan lagu temanya juga telah dibikin dalam Bahasa Malaysia dan turut popular. Diterajui dua bintang hebat iaitu Bae Yong Joon dan Choi Ji Woon, drama penuh air mata ini mencetuskan fenomena luar biasa sehingga lokasi-lokasi penggambaran mereka menjadi destinasi pelancongan utama di Korea.

IKLAN

AUTUMN IN MY HEART

4 Drama Korea Paling Top Sepanjang Zaman Yang Diundi Oleh Orang Korea

Sebuah lagi drama Korea yang telah membuatkan ramai penonton di Malaysia tumpah air mata. Dibintangi oleh Song Hye Kyo, Song Seung Heon dan Won Bin, drama ini dianggap sebagai paltform yang telah melonjakkan ketiga-tiga pelakon utamanya ke peringkat populariti luar biasa. Malah ia dianggap sebagai antara penggerak gelombang Hallyu di seluruh benua Asia.

DESCENDANTS OF THE SUN

4 Drama Korea Paling Top Sepanjang Zaman Yang Diundi Oleh Orang Korea

Pada era dunia digital, ia agak luar biasa melihat drama bersiri mampu mengutip rating setinggi 38.8% di Korea Selatan. Bagi industri lakonan Korea, ia merupakan angka yang tidak pernah dicatatkan dalam sejarah. Gabungan hebat Song Joong Ki dan Song Hye Kyo (yang tidak lama kemudian berkahwin) menjadi fenomena di negara mereka sendiri. Bermula dari drama, OST sehinggalah lokasi perfileman ia menjadi instant hit di kalangan pengikut drama Korea!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI