Hati seorang graduan luluh apabila dimaklumkan berita kematian bapanya yang berada di Tawau, Sabah meninggal dunia kira-kira 15 minit sebelum menerima skrol ijazah sarjana muda pada Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) ke-25 hari ini.
Haslina Kalang, 23, berkata, dia menguatkan diri juga menaiki pentas untuk menerima skrol Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa (Dengan Kepujian) tersebut daripada Pro Canselor UniSZA, Tan Sri Yusof Noor biarpun dengan linangan air mata.
“Sewaktu menunggu giliran nama diumumkan (untuk menerima skrol ijazah), saya tiba-tiba menerima panggilan telefon daripada salah seorang jiran pada pukul 10.30 pagi.
Ads
“Luluh hati saya apabila dimaklumkan ayah (Kalang Tona, 56) yang menderita strok baru meninggal dunia,” katanya ketika ditemui selepas majlis Konvokesyen UniSZA ke-15 di sini hari ini.
@uniszaedumyKhabar duka 15 minit sebelum terima skrol Kuala Nerus: Kegembiraan seorang graduan untuk menerima skrol di majlis konvokesyen menjadi hiba apabila mendapat berita kematian bapa tercinta 15 minit sebelum naik ke pentas. Haslina Kalang, 23, menerima panggilan dari jirannya di Tawau, Sabah memaklumkan bahawa bapanya, Kalang Tona, 56, meninggal dunia pada jam 10.30 pagi ketika sewaktu di dalam Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-15, hari ini. Graduan Ijazah Sarjana Muda Hubungan Antarabangsa (dengan Kepujian), ketika ditemui berkata dia sememangnya berat hati untuk hadir ke konvokesyen hari ini kerana risau dengan bapanya yang mempunyai sakit stroke. “Ayah suruh saya datang jugak konvokesyen dan dia nak saya naik ke pentas menerima ijazah” “Saya tak sangka ayah pergi dulu sebelum saya naik ke pentas. Bagaimanapun saya kuat untuk naik juga sekejap menerima skrol”, katanya yang merupakan anak kedua dari lima beradik. Haslina berkata, selepas tamat belajar di menjaga ayahnya sepenuh masa dan belum bekerja dimana-mana tempat. “Alhamdulillah, saya dapat berbakti kepada ayah dan saya redha dengan pemergian dia di hari konvokesyen saya hari ini” katanya. Haslina tiba di Terengganu dua hari lepas dan ditemani kakak sulungnya yang datang dari Johor untuk hadir ke majlis konvokesyen hari ini. Sementara itu, pihak UniSZA telah menyampaikan sumbangan wang tunai RM 2,500 kepada Haslina untuk membeli tiket penerbangan pulang ke Tawau, Sabah, hari ini. Haslina sepatutnya pulang esok ke kampung halaman sebaik sahaja selesai majlis konvokesyen hari ini. Salam takziah dari seluruh Warga UniSZA.♬ original sound – UniSZA
Haslina yang berasal dari Tawau mengakui pada mulanya berat untuk menghadiri majlis konvokesyen terbabit kerana terlalu risaukan tahap kesihatan bapanya.
Dia bagaimanapun akur apabila bapanya bersungguh-sungguh meminta hadir ke majlis konvokesyen bagi menerima sendiri skrol ijazah sarjana mudanya itu.
Ads
“Saya dengan berat hati hadir ke majlis konvokesyen ini dengan ditemani kakak sulung, Kasnia, 24, yang kini menetap di Johor.
“Memang sebaik tamat pengajian dahulu, saya terus pulang ke kampung halaman dan tidak memohon apa-apa pekerjaan semata-mata menjaga ayah yang terlantar akibat strok,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO/ARTIKEL: Kosmo, UniSZA
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim wabak corona virus ini, ramai yang mencari hand sanitizer kerana ia salah satu cara berkesan untuk menghilangkan kuman. Namun paling efektif adalah dengan mencuci tangan seperti disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Di saat ramai mencari-cari penjual yang menjual mask dan hand sanitizer, ada ketikanya kita mungkin tersilap ketika membuat pembayaran kepada peniaga atas talian ini.
REMAJA berkongsi pengalaman dari seorang gadis, Wan Nor Syamimi Wan Daud, 27 yang berkata, dia terkejut apabila menerima notification berlaku kemasukan duit sebanyak RM873.60 ke akaun peribadi Bank Islamnya dan tertera mesej SANITIZER.
Mimi akui agak terkejut meenerima notification kemasukan wang dan tertulis sanitizer sebanyak RM874.60 tengahari tadi
“Bila saya check dengan Bank Islam, pihak bank tidak dapat mengenal pasti nama pemberi kerana wang dimasukkan melalui ATM mesin. Susah juga hati saya kerana itu hak orang. Saya pasti pemiliknya membeli sanitizer dalam jumlah yang besar, besar kemungkinan dia mahu menjualnya sedangkan saya bukan pembekal hand sanitizer pun. Saya bekerja di kedai pintu di Kota Bharu dan tidak ada membuat apa-apa bisnes atas talian,” katanya yang tinggal di negeri Pantai Timur itu.
Dalam pada itu, Wan Nor Syamimi atau mesra disapa Mimi berkata, dia ada memasukkan di IG miliknya dan menyuruh kawan-kawan dikenali untuk mengesan gadis bernama Nor Ashida kerana mahu memulangkan haknya kembali.
Mimi menviralkan di IG nya sebelum untuk mencari individu bernama Nor Ashida kerana mahu memulangkan kembali wang tersebut yang bukan miliknyaKesan viral di twitter, gadis itu ditemui kurang dari dua jam
“Sampailah kawan-kawan menviralkannya di twitter dan sekitar jam 3.30 petang tadi, gadis itu ada menghubungi saya kembali. Lega rasanya dapat temui tuannya kerana ia amanah dan ia bukan hak saya juga. Masa berbual dengannya, dia mengakui tersilap memasukkan wang kerana kebetulan nama saya dekat-dekat dengan nama orang yang di bank in nya itu.
“Nasihat saya pada mana-mana individu agar lebih berhati-hati membuat transaksi duit kerana macam-macam perkara boleh berlaku.Kalau jumpa orang mahu pulangkan balik alhamdulillah tapi kalau tidak, memang susah jadinya,” katanya yang lega dapat mengembalikan wang itu kepada tuan empunya.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Fenomena gerhana matahari separa sedang berlaku pada waktu ini di kawasan tertentu sekitar Malaysia.
Dalam pada semua orang teruja berdiri di luar bangunan untuk menyaksikan kejadian yang Gerhana Anulus ini dengan mata sendiri, jangan dilupa pula tuntutan sunat Muakkad. Islam menyarankan agar kita menunaikan solat sunat gerhana sempena gerhana matahari separa seperti yang berlaku pada hari ini.
Malah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) turut menyarankan agar semua masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan melaksanakan solat sunat dan khutbah gerhana.
Mulai 11 Pagi Hingga 1 Tengahari
Jawi menerusi kenyataan akhbar berkata, fenomena itu akan berlaku mulai 11 pagi hingga 1 tengah hari esok dan solat sunat boleh dilakukan pada waktu berkenaan. Menurutnya, teks khutbah itu boleh dimuat turun di laman sesawang rasmi Jawi.
“Sesungguhnya fenomena gerhana adalah sebahagian daripada lambang kebesaran dan kekuasaan Allah SWT dalam penciptaan alam yang perlu dihayati dan dijadikan iktibar dalam kehidupan umat Islam,” katanya.
Malaysia akan mengalami gerhana matahari separa pada Khamis bersempena dengan fenomena gerhana matahari hibrid yang berlaku ke utara dari benua Australia.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memaklumkan orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena itu bermula jam 11 pagi hingga selewat-lewatnya jam 2 petang bagi pemerhati di Sabah, manakala ia akan tamat lebih awal iaitu sekitar 1 tengah hari bagi pemerhati di Semenanjung.
MOSTI turut mengingatkan orang ramai untuk tidak melihat matahari secara terus tanpa menggunakan penuras khas kerana ia boleh merosakkan retina mata dan boleh mengakibatkan buta kekal.
Untuk info, Gerhana matahari separa adalah fenomena yang jarang berlaku dengan kali terakhir adalah pada 21 Jun 2020 dan ia hanya akan berlaku semula pada 2 Ogos 2027, iaitu sekitar empat tahun lagi.
Niat solat sunat gerhana matahari ialah :
“Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta’ala”. Cara paling ringkas untuk menunaikan solat sunat gerhana adalah seperti solat sunat Zuhur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kreatif, macam-macam idea telah difikirkan oleh pihak berkuasa di Indonesia
Macam-macam inisiatif perlu difikir bagi memastikan rakyat tidak ingkar perintah duduk rumah yang kebanyakkannya sedang dijalankan oleh hampir seluruh dunia.
Memetik laporan CNN Indonesia, 50 penduduk di sebuah perkampungan di Sidoarjo Jawa Timur didenda melakukan tahlil dan berdoa di tanah perkuburan yang menempatkan jenazah korban COVID-19.
Hukuman itu diberikan kerana mereka didapati tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.
Selain itu, pihak berkuasa juga turut merampas kad pengenalan mereka untuk disita selama 14 hari.
“Ini adalah pesanan khidmat kepada masyarakat kepada yang belum mematuhi protokol kesihatan. Ia adalah penting untuk memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial,” kata pegawai yang bertugas.
.
Difahamkan, operasi pemantauan kerap kali dilakukan di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan penduduk Sidoarjo bagi memastikan kempen kesedaran mengenai pematuhan SOP terus berjalan.
Selain di Sidoarjo, denda seumpama itu turut dilaksanakan di beberapa daerah antaranya di Bogor, Jawa Barat namun dengan pendekatan berbeza.
Di sana, mana-mana individu yang didapati ingkar perintah dan tidak mematuhi SOP akan didenda untuk duduk di dalam ambulans yang berisi keranda.
Untuk rekod, jumlah kematian akibat wabak COVID-19 di Indonesia telah mencecah hampir 8,025 orang.
Rata-rata netizen kagum dengan inisiatif pihak berkuasa di Indonesia bagi menangani pandemik Covid19 ini.
Pergh, tak dapat bayanglah macam mana kena duduk di Tanah Perkuburan malam-malam. Seram!
Sampai begitu sekali pihak kerajaan perlu memikirkan jalan untuk menangani wabak COVID-19. Janganlah degil dan menyusahkan semua pihak. Beri kerjasama untuk sama-sama menghentikan penularan ini.
Sinar pentas kian menerang, berdirinya tujuh figura muda di bawah satu payung yang dinamakan sebagai ALPHA. Sebagai gelombang baharu seni suara dan tarian di...