Bermula minggu ini dijangkakan mungkin korang akan bersiap sedia untuk balik ke kampung halaman menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh tak sampai 10 hari lagi.

ARTIKEL BERKAITAN : 8 Perkara Korang WAJIB TAHU Elak Tertidur Ketika Memandu Balik Kampung

Dan pada musim perayaan inilah setiap tahun kita mendengar tragedi kemalangan jalan raya yang cukup menyayat hati. Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan kemalangan tetapi punca yang paling tinggi adalah disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri.

8 Kesalahan Jalan Raya Ini WAJIB TAHU, Hanya Boleh Selesai Di Mahkamah
Foto Via Utusan

Rentetan itu, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong mengumumkan pada pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu sempena sambutan Aidilfitri bahawa lima kesalahan lalu lintas ini tidak dibenarkan untuk dikompaun sempena musim perayaan tahun ini sebaliknya ia perlu diselesaikan di mahkamah.

Antaranya :

IKLAN

1. Memandu di lorong kecemasan
2. Menggunakan telefon bimbit semasa memandu
3. Gagal mematuhi lampu isyarat merah
4. Memotong barisan
5. Memandu melebihi had laju

Metik laporan Bernama, tambah beliau lagi, perintah larangan pemanduan kenderaan barangan akan dilaksanakan tiga hari sebelum dan dua hari selepas hari raya Aidilfitri iaitu pada 30 April hingga 2 Mei, serta 7 dan 8 Mei.

IKLAN

Selain mengelakkan kesesakan lalu lintas, Ka Siong menjelaskan larangan ini bertujuan untuk mengelakkan risiko nahas jalan raya berpunca daripada percampuran aliran trafik yang melibatkan kenderaan berat dan ringan.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan 2,200 anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan terlibat dalam Ops Hari Raya Aidilfitri merangkumi kaedah penyamaran sebagai penumpang bas ekspres dan pemantauan melalui stesen penguatkuasaan (EBS) di 14 lokasi tumpuan sepanjang lebuh raya.

Untuk memastikan bas ekspres sentiasa layak dipandu di atas jalan raya, Menteri Pengangkutan itu turut berkata pemeriksaan bas ekspres menerusi Pra Ops Hari Raya akan berlangsung selama tiga hari iaitu 25 sehingga 28 April di 75 depoh dan 28 terminal bas utama di seluruh negara.

IKLAN

Jadi, memandulah dengan berhemah kalau tak mahu di saman dan sampai ke kampung dengan selamat. 

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber : Bernama

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI