Sekian lama berebut wilayah yang mendapat jolokan syurga dunia dan setanding New Zealand hingga pernah berlaku pertumpahan darah antara India dan Pakistan, ternyata hari ini keberanian Pakistan mengisytihar Kashmir milik Islamabad, Pakistan.
Lokasi indah yang pernah dijadikan penggambaran filem hits Bajrangi Bhaijaan lakonan Salman Khan dan Munni ini pasti masih melekat di jiwa penonton yang bukan saja tertarik dengan jalan ceritanya tetapi lokasinya yang cukup indah.
Bacalah perkongsian dari pensyarah Abdul Muein Abadi yang juga Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda mengenai isu ini.
TERKINI: PAKISTAN ISYTIHAR KASHMIR MILIK ISLAMABAD
1.Sejarah baru tercipta apabila Perdana Menteri Pakistan Imran Khan mengisytiharkan bahawa Kashmir yang dikawal India dan mempunyai majoriti penduduk beragama Islam sebagai wilayah milik Pakistan.
2. Imran Khan membuat perisytiharan ini melalui peta politik Pakistan yang baru menjelang setahun selepas New Delhi di bawah rejim nasionalis Hindu BJP pimpinan Narendra Modi membatalkan Artikel 370, sekali gus memansuhkan status autonomi di Jammu dan Kashmir.
Ads
3. India sebelum ini turut melakukan pindaan kepada Akta Kewarganegaraan 1955 pada 12 Disember lalu yang bertentangan dengan prinsip republik berkenaan, yang menjadikan ‘agama’ sebagai asas kewarganegaraan.
4. Akta Pindaan Kewarganegaraan (CAA) yang baru ini hanya memberi kewarganegaraan kepada golongan pendatang beragama Hindu, Sikh, Buddha, Jains, Parsis dan Kristian dari Bangladesh, Afghanistan, dan Pakistan. Mereka yang beragama Islam diharamkan.
5. Menurut Imran Khan, “Hari ini ialah hari yang bersejarah buat Islamabad. Kashmir akan menjadi sebahagian daripada Pakistan dan peta ini adalah langkah pertama untuk merealisasikannya”.
Ads
6. Perdana Menteri Pakistan itu turut menggelar India sebagai ‘penindas dan penceroboh’ di mana dalam peta terkini Pakistan menandakan wilayah pertikaian tersebut sebagai ‘diduduki secara haram oleh New Delhi’.
7. Untuk rekod, pada Februari 2019 Pakistan telah menembak jatuh dua jet pejuang India MIG21 Bison yang menceroboh ruang udara mereka di Kashmir buat pertama kalinya sejak Perang Pakistan-India 1971.
8. Langkah berani Pakistan ketika itu sememangnya tepat kerana India telah bertindak di luar batasan dengan bukan sahaja mencerobohi ruang udara Pakistan, bahkan melakukan empat pengeboman besar-besaran dengan saiz 1000 kilogram bom (SPICE 2000 buatan Israel yang juga digunakan di Syria) di wilayah Kashmir yang ditadbir Pakistan, iaitu di kampung Jaba, 10 kilometer dari wilayah Khyber Pakhtunkhwa.
9. Ternyata, langkah terbaru Imran Khan mengisytiharkan Kashmir sebagai wilayah Pakistan ini disokong majoriti warga Kashmir sendiri yang telah dihapuskan autonomi mereka oleh India.
Oleh: Abdul Muein Abadi Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya masyarakat dunia seakan berlumba-lumba ingin ‘menghalalkan’ dan menerima hubungan sesama jenis sama ada membabitkan golongan lesbian, gay biseksual dan trasgender (LGBT).
Terbaru, negara jiran kita iaitu Singapura mengumumkan akan menghapuskan jenayah seks antara lelaki dengan lelaki. Ini disahkan oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Ahad semalam. Menurut Reuters, Lee berkata rakyat Singapura, terutamanya golongan belia kini lebih menerima golongan gay.
Malah, Singapura kini menjadi negara Asia terbaharu yang mengiktiraf hubungan sesama jenis di antara lelaki dengan lelaki. Sebelum ini, pada 2018, India juga melakukan perkara sama dengan menarik balik larangan seks sesama jenis.
Lee Hsien Loong menyatakan bahawa kerajaan akan memansuhkan undang-undang yang menjenayahkan hubungan seks antara lelaki di negara ini. Di bawah Perkara 377A undang-undang tempatan, pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun di bawah undang-undang.
Bagaimanapun, tidak jelas bila ia akan dilaksanakan. Sebelum ini, peraturan ini sering menjadi topik perdebatan oleh kumpulan lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ) di Singapura.
Bagaimanapun, dalam ucapan yang sama, Lee menegaskan bahawa dia masih menyokong definisi tradisional perkahwinan, iaitu antara lelaki dan wanita.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekali lagi produk minuman popular dari Taiwan menjadi isu apabila Bahagian Hal Halal JAKIM mengesahkan minuman bubble tea ball yang dijual dalam bentu paket tidak halal dan mengandungi galetin babi.
Bahagian Hal Halal JAKIM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihak mereka mula menerima pertanyaan berkenaan isu status halal produk Brown Sugar Bubble Tea Ball daripada para pengguna di media sosial rentetan timbul dakwaan yang menyatakan produk tersebut tidak halal.
Berdasarkan semakan pihak kami, produk tersebut tidak memiliki pengesahan halal dari JAKIM/JAIN atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.
Lebih jelas lagi, produk bubble tea keluaran negara Taiwan yang diimport oleh syarikat Meng Chong Foodstuffs Pte Ltd yang berpengkalan di Singapura tersebut mengandungi sumber bahan ramuan yang tidak halal iaitu gelatin babi.
Justeru, para pengguna khususnya pengguna Islam dinasihatkan agar lebih berwaspada dengan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan belian sebarang produk makanan atau minuman baik di Malaysia atau di luar negara.
Jadilah pengguna yang bijak dengan mengutamakan produk yang telah dipersijilkan halal oleh JAKIM/JAIN atau mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.
Perlu diketahui bahawa produk yang telah dipersijilkan halal oleh JAKIM/JAIN atau mana-mana badan pengesahan halal luar negara yang diiktiraf adalah dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut prosedur, peraturan jua perundangan berkaitan yang telah ditetapkan di negara masing-masing.
Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta logo-logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.
Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di:-
Tular di media sosial tentang bencana yang kini sedang melanda penduduk di UK, apabila kira-kira 200,000 kediaman penduduk di Britain dilaporkan masih terputus bekalan elektrik selepas Ribut Eunice melanda Eropah.
Menurut Al-Jazeera, serangan ribut terburuk ini berlaku dalam tempoh beberapa dekad yang juga menjejaskan perkhidmatan rangkaian pengangkutan di rantau tersebut. ribut Atlantik melanda UK dengan kelajuan angin melangkaui rekod iaitu 196 kilometer sejam (km/j) mengorbankan sembilan nyawa.
Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran merah kedua cuaca berbahaya di London, tenggara dan timur England. Amaran merah ini membawa maksud terdapat ancaman bahaya kepada nyawa manusia daripada serpihan yang berterbangan di barat daya England dan selatan Wales.
Ratusan sekolah terpaksa ditutup, semua pengangkutan awam kereta api di Wales ditangguhkan dan pihak tentera dalam keadaan siap-siaga. Ribut Eunice membadai seluruh negara sehingga memusnahkan rumah, gereja dan mercu tanda abad ke-21.
Seram juga tengok angin kencang yang melanda Eropah ni. Semoga semuanya baik-baik sahaja dan tidak tidak mengorbankan lebih banyak nyawa.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.