Tengku Natasya Adnan Tengku Mansor, yang dilahirkan pada tahun 1995, kini menjelang usia 29 tahun.
Dalam kalangan keluarga yang berpengaruh, beliau adalah anak kepada Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor atau lebih dikenali sebagai Ku Nan, seorang figura politik yang dikenali ramai di Malaysia, serta Datin Seri Utama Enny Beatrice Ferlat Kusumo Anggraini, seorang pelakon terkenal dari Indonesia yang mencipta nama pada era 1980-an.
Tengku Natasya tidak hanya dikenali kerana latar belakang keluarganya, malah kedudukannya sebagai salah seorang daripada enam beradik. Beliau mempunyai lima adik-beradik, iaitu Tengku Iqbal, Tengku Hafiz, Tengku Nadira, Tengku Najwa, dan Tengku Nabila.
Selain daripada adik-beradik yang lahir daripada perkahwinan ini, Tengku Adnan juga mempunyai anak-anak dari perkahwinan sebelumnya iaitu Tengku Daud, Tengku Balqish, Tengku Yazir, dan Tengku Nadiah.
Ads
Latar Belakang Pendidikan
Mendapat pendidikan yang baik dalam suasana yang penuh kasih sayang, Tengku Natasya mengembangkan minat dan bakatnya dalam pelbagai bidang. Dengan pengaruh ibunya yang merupakan seorang pelakon, serta bapa yang memiliki latar belakang politik, tidak hairanlah jika beliau terdedah kepada dunia seni dan kepimpinan sejak kecil.
Keluarga Tengku Natasya bukan sahaja terkenal dalam bidang politik dan golongan berada, tetapi juga dengan tradisi dan nilai-nilai yang kukuh. Kesemua adik-beradiknya dilihat sebagai generasi baru yang akan meneruskan legasi dan tradisi keluarga mereka.
Bakal Bergelar Suri Hati Tengku Muhammad
Selepas istiadat persandingan Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar yang berlangsung pada 22, 23 dan 25 Ogos lalu, kini Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bakal menerima kehadiran seorang lagi menantu.
Menerusi perkongsian di aplikasi Facebook Kesultanan Pahang, istiadat perkahwinan Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah akan dilangsungkan pada 24, 25 dan 27 Oktober ini di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: FB Kesultanan Pahang
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya tahun ini merupakan tahun kedua masyarakat Islam di Malaysia tidak dibenarkan untuk meraikan Aidilfitri secara meriah ekoran wabak pandemik COVID-19 yang masih menular di negara kita.
Seperti yang kita semua sedia maklum, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah pun mengumumkan daerah-daerah yang dikenakan PKP menjelang Aidilfitri ini, termasuklah negeri Selangor dan Kuala Lumpur.
Bagi kawasan PKP, ziarah hari raya hanya dibenarkan pada 1 Syawal dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.
Walaupun menerima tetamu pada hari raya pertama sahaja, eloklah jika korang sediakan kemudahan daftar melalui QR Code bagi merekod kehadiran tetamu menerusi aplikasi MySejahtera. Manalah tahu kalau ada kes yang melibatkan dengan tetamu korang, mudahlah sekiranya ingin menghubungi mereka kan?
Namun begitu, mungkin masih ramai yang tidak tahu untuk menyediakan QR Code bagi majlis anjuran mereka.
Nah, tak perlu risau lagi kerana seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ummu Tasnim Mustafa telah pun berkongsi tutorial bagaimana untuk menyediakan QR Code ini.
Jom kita try!
1. Klik link https://mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin
2. Masukkan nombor telefon, klik verify (I’m not robot) dan register
3. Masukkan nombor OTP yang diterima melalui SMS dan submit
4. Isi kan maklumat nombor telefon, majlis/kedai/no.contact, alamat majlis/kedai, poskod dan negeri. Kemudian, submit
5. Done! Terus boleh print dan bolehlah diletakkan di majlis/kedai korang
6. Kalau nak send dekat email kita pun boleh, klik email me dan nanti masukkan alamat email. Siap!
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk memudahkan urusan korang nanti.
Perkongsian menerusi laman Facebook Persatuan Sokongan Transplan Buah Pinggang Malaysia ini sangat menyentuh hati. Seorang jejaka dikenali dengan nama Shahrul Ezwan berkongsi pengalamannya tatkala mendermakan sebelah buah pinggang untuk ayahnya.
Mengimbau kembali kisah yang terpahat pada 14 Mac 2019 itu, Shahrul mengimbau kenangan dan juga berkongsi berita terkini kondisi diri dan juga ayahnya setelah tiga tahun pembedahan berlalu.
“Ayah menghidap sakit buah pinggang kronik tahap 5 (end stage renal failure). Ini bermaksud buah pinggang ayah telah gagal berfungsi sepenuhnya. Setelah melalui pelbagai peringkat saringan, akhirnya pada 14 Mac 2019 saya telah menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang sebagai living related renal transplantdonor untuk Ayah,” kongsinya membuka cerita.
Kasih ibu sampai ke syurga, kasih ayah sepanjang hayat. Pengorbanan seorang bapa membesarkan kita sejak kecil tidak terbalas. Segala jerit dan perih menjadi saksi dalam mendidik anak sebagai insan yang berjaya.
Ungkapan ini sesuai digambarkan tentang kasih anak beranak ini.
Shahrul Ezwan mencurah rasa, “Hadiah yang paling bermakna dan berharga saya berikan untuk Ayah. Ayah yang tidak pernah mengenal erti penat membesarkan kami. Terima kasih Ayah! Terima kasih membesar dan mendidik kami semua. Semoga dengan pengorbanan ini memberi makna erti kehidupan dan sinar baru untuk ayah.”
Kini tahap kesihatan Shahrul dan ayahnya sudah pun sihat seperti sediakala dan kehidupan mereka berjalan lancar. “Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Sekarang ayah dah sihat kembali seperti biasa. Dah boleh buat aktiviti harian seperti biasa. Tidak perlu lagi dialysis.”
Dalam hantaran yang dimuat naik itu juga, jejaka ini berkongsi rasa terima kasih kepada isteri dan keluarga yang sangat memahami dan membantu proses pemulihan selepas pembedahan selesai. Dia juga berterima kasih kepada kakitanganJabatan Nephrologi dan Jabatan Urologi, Hospital Selayang, Jabatan Nephrologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang dan Jabatan Perubatan Am, Hospital Shah Alam.
KESEDARAN DERMA ORGAN
Kisah yang dikongsikan oleh Shahrul ini sangat menyentuh hati dan berani kerana sanggup melalui prosedur berat demi memastikan ayah tersayang mendapat kualiti hidup yang baik.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, anda boleh mendaftar sebagai penderma organ khususnya untuk membantu mereka yang memerlukan. Pendermaan ini boleh dilakukan ketika anda masih hidup atau meninggal dunia. Lawati laman sesawang www.dermaorgan.gov.my untuk memahami proses menjadi seorang penderma organ.
Jika anda seorang Muslim, jangan khuatir. Islam sangat menggalakkan pendermaan organ. Ini disahkan menerusi fatwa yang dijelaskan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang mengesahkan bawa pendermaan organ diharuskan dan digalakkan menurut ajaran Islam.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini, dua pelajar kembar dari Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang, Muhammad Fadlin Adib Hisham (18) dan Muhammad Fadlin Adam Hisham (18) meraih perhatian apabila berjaya meraih keputusan cemerlang 12A dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.
Memetik laporan Sinar Harian, pasangan kembar itu turut berkongsi bahawa amalan rohani seperti membaca al-Quran setiap Subuh menjadi penenang jiwa dan sumber kekuatan sepanjang menghadapi tempoh peperiksaan tersebut.
“Perasaan saya bercampur baur tetapi saya amat bersyukur kerana segala usaha, doa dan pengorbanan selama ini akhirnya membuahkan hasil”
“Ini adalah hadiah buat ibu bapa saya yang sentiasa mendoakan dan memberi dorongan tanpa jemu,” ujar Fadlin Adib penuh rasa syukur.
kredit foto: Sinar Harian
Selain itu, beliau menambah bahawa rutin membaca al-Quran selepas solat Subuh telah menjadi terapi rohani sepanjang tempoh pembelajaran serta disiplin dalam kelas dan kerjasama dengan rakan serta guru juga menjadi faktor penting dalam mencapai kejayaan.
Fadlin Adib yang merupakan hafiz Al-Quran sejak Tingkatan Empat berkata, beliau dan abangnya, Muhammad Fadlin Adam juga mengikuti tuisyen ketika cuti persekolahan dan kelas tambahan.
“Saya bergantung kepada ‘power of doa’ untuk terus yakin dan kuat. Selain itu, masa bersama rakan-rakan juga membantu saya melepaskan tekanan sama ada berbincang mengenai pelajaran atau berbual santai,” katanya.
Pada masa yang sama, Fadlin Adib juga meluahkan hasrat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan di Universiti Teknologi Petronas (UTP) pada masa akan datang.
Fadlin Adib (kiri) & Fadlin Adam (kanan)
Sementara itu, abang kembarnya, Muhammad Fadlin Adam, turut merasai kejayaan yang membanggakan selepas menempuh pelbagai cabaran.
“Saya sangat gembira, terharu dan bersyukur. Segala penat lelah akhirnya membuahkan hasil,” katanya.
Beliau yang juga seorang hafiz Al-Quran sejak Tingkatan Empat mengakui bahawa solat sunat dan bacaan al-Quran menjadi sumber ketenangan, manakala aktiviti riadah bersama rakan-rakan membantunya mengurangkan tekanan. Persis seperti adiknya, Fadlin Adam juga bercadang untuk melanjutkan pengajian di UTP.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!