Pencarian Hero Remaja 2020 sudah selangkah ke peringkat suku akhir selepas berakhirnya episod kelima, minggu ini.
Tema perniagaan dipilih untuk memberikan cabaran kepada para finalis yang dibahagikan kepada 3 buah kumpulan.
Bertempat di perkarangan fakulti Komunikasi Massa UiTM Shah Alam, mereka semua diberikan coin untuk dijadikan sebagai modal untuk membuka booth dan membeli peralatan seperti mikrofon dan speaker sebagai marketing tools.
Jom lihat prestasi mereka minggu ini di mata juri
Baby Sausage
Imran, Hariz & Umar
Selepas memperolehi kupon sebanyak 111 keeping, juri setuju bahawa ia adalah hasil kerjasama berkumpulan. Tambahan pula, nama ‘catchy’ Baby Sausage yang digunakan mudah untuk menarik perhatian orang.
Fizo: Saya difahamkan yang Imran menyiapkan rekaan poster. Kadangkala, konsep less is more itu berkesan dalam perniagaan. Poster tersebut agak penuh dengan info dan untuk perniagaan tepi jalan seperti ini, mungkin pelanggan tak akan sempat untuk membacanya.
Scha: Bagi saya, performance kumpulan ini bagus kerana mereka mengambil risiko dan melaksanakan task tersebut sebaik mungkin. Cuma apabila mereka teragak-agak untuk meletakkan bidding disebabkan modal kurang, ia sedikit sebanyak membuatkan kumpulan lain lebih menyerlah dengan mikrofon dan hailer.
Ads
Ben: Lokasi adalah sesuatu yang penting dalam perniagaan selepas branding. Mereka sebenarnya boleh lakukan lebih baik sekiranya lokasi yang dipilih tidak terlalu tersorok.
J.A.M Mighty Besties
Meerqeen, Aniq & Jabir
Kedudukan kumpulan ini agak goyah apabila kerjasama di antara mereka seakan tidak ‘ngam’. Ben melihat Jabir lebih banyak membuat keputusan sendirian walaupun Jabir berkata bahawa dia terlebih dahulu telah bertanyakan pendapat 2 lagi ahli kumpulannya.
Scha: Walaupun awak paling happening dengan mempunyai speaker, mikrofon dan macam-macam lagi, kutipan kupon kumpulan ini adalah yang paling sedikit. Ya saya akui stall awak paling presentable tetapi ia tidak menyerlah dalam hasil penjualan.
Fizo: Meerqeen mengatakan faktor ‘fries lambat masak’ menjadi punca mereka sukar untuk menjualnya dalam kuantiti yang banyak. Tetapi saya lihat solusi meeka untuk mengatasi masalah itu tiada. Walaupun mereka memberikan aiskrim percuma kepada pelanggan yang sedang menunggu, tetapi itu tidak boleh menaikkan jualan. Malah lebih banyak duit yang ‘mengalir’ begitu saja kerana pemberian benda percuma.
Ben: Menjadi seorang selebriti kelak juga adalah seperti menjalankan bisnes. Awak kena jual bakt dan nama. Satu perkara yang membantu nanti adalah kerjasama pasukan. You will not be working alone in this industry. Jadi sebarang masalah yang dihadapi oleh ahli pasukan perlu diselesaikan terlebih dahulu. Kalau tak, kerja tak jalan.
Ads
Lekor & Sirap
Nadhir, Haziq & Jazmy
Kumpulan ketiga ini pula dilihat bersemangat untuk bekerja sebagai sebuah kumpulan. Namun mungkin disebabkan oleh personaliti yang menonjol oleh 2 orang ahlinya iaitu Nadhir dan Haziq, seorang lagi ahli iaitu Jazmy kelihatan seakan menjadi ‘follower’ dan tenggelam semasa di set.
Ben: Seperti yang saya katakana tadi, seorang ahli perniagaan perlu mempromosikan diri. Kita lihat di luar sana ramai ahli perniagaan yang selalu muncul di televisyen dan media sosial walaupun mereka sememangnya telah popular. Mengapa mereka lakukannya? Continuous presence. Jazmy perlu menonjolkan diri walaupun saya tahu dia seorang yang pemalu.
Scha: Kita telah memasuki episod kelima. Apabila seorang peserta bersama 8 lagi orang finalis lain yang betul-betul ingin memenangi pertandingan ini, awak perlu cepat warm up. Jika lambat, rasa selesa with where you are dan tidak menonjol, ia boleh menjadi sesuatu yang berbahaya. Orang lain akan mula overshadow seseorang itu.
Setelah juri duduk untuk menilai prestasi para peserta, mereka sebulat suara berpendapat bahawa Hariz Hamdan dan Jazmy Juma akan meninggalkan pencarian Hero Remaja 2020. Sementara itu, seorang lagi peserta iaitu Aniq Suhair turut berada di kedudukan bottom 3 pada minggu ini
“Mungkin juri hendakkan seorang yang powerful dan lantang. Saya tahu saya sejenis yang fokus pada goal saya untuk berniaga dan mungkin saya terlepas pandang beberapa ciri lain yang dicari untuk menjadi seorang Hero Remaja yang complete iaitu personaliti yang menonjol,” kata Hariz.
Untuk Jazmy pula, dia juga berpendapat sifat malunya itu sedikit sebanyak membuatkan dirinya dibayangi oleh ahli kumpulan sendiri. “Apapun saya sudah lakukan yang terbaik. Walaupun tidak dapat menjadi salah seorang Top 5 finalist, saya masih gembira dengan pencapaian ini,” katanya.
Aktor kacak, Meerqeen tampil memberi penjelasan ringkas mengenai keputusannya untuk berehat seketika daripada media sosial.
Menerusi temubual bersama Era, pelakon berusia 24 tahun itu memilih untuk tidak mengulas panjang, namun mengakui dia kini mahu memulakan hidup baharu.
“Tiada komen. Saya cuma mahu mulakan hidup baru. Saya nak rehat untuk sementara waktu terutamanya media sosial,” katanya.
Dalam masa sama, bekas peserta Hero Remaja itu turut berkongsi berita menarik apabila mendedahkan dia sedang membuat persiapan untuk melebarkan sayap ke Hollywood.
“Saya sebenarnya sedang buat persiapan untuk Hollywood,” ujarnya ringkas.
Bagaimanapun, Meerqeen tidak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai bentuk persediaan tersebut.
Terdahulu, aktor ini memaklumkan bahawa sepanjang tempoh berehat, segala kemas kini di media sosialnya akan dikendalikan oleh pihak pengurusannya.
Sebelum ini, bintang kacak itu pernah menyatakan cita-citanya untuk menembusi pasaran Hollywood selepas berjaya mencuri perhatian peminat di Indonesia.
Malah, dia kini berehat daripada sebarang penggambaran bagi menumpukan sepenuhnya terhadap persiapan sebuah filem aksi yang bakal dijayakannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berdarah kacukan Cina, Aqil Taqee merupakan pelajar jurusan Diploma Sains Sukan di UITM Shah Alam yang pada mulanya bercita-cita ingin menjadi seorang pramugara namun niatnya itu mendapat tentangan bapanya. Aqil percaya ada hikmah mendengar nasihat ayahnya itu kerana melihatkan situasi pandemik sekarang ini.
Finalis Hero Remaja 2021 ini juga aktif dalam sukan ragbi dan pernah mewakili negara ke Hong Kong pada usia 17 tahun. Ramai yang tidak percaya bahawa remaja kelahiran Kuala Lumpur ini bermain ragbi kerana tubuhnya yang kecil, namun Aqil menegaskan tidak semestinya perlu berbadan besar, asalkan punya kemahiran dan boleh berlari dengan laju.
Aqil juga pernah mengalami kecederaan semasa bermain ragbi apabila bahunya terkehel dan bahagian belakangnya kena hentak dan disepak. Namun, disebabkan minat yang mendalam, Aqil tidak pernah mengalah dan tetap meneruskan minatnya dalam sukan tersebut.
Melihatkan gaya hidup yang diamalkan oleh finalis Hero Remaja ini, tidak hairan sekiranya Aqil gemar melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan di rumah walaupun masih di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Selain daripada bersukan, saya juga mengamalkan pengambilan supplement kerana saya menganggap ia sangat penting untuk kesihatan kita. Jadi setiap pagi, selepas mandi saya akan makan supplement sebelum keluar berjogging,”
“Jogging antara salah satu cara untuk mengekalkan tahap kecergasan saya. Kebiasaannya saya akan buat dalam tiga hingga lima kilometer setiap hari. Balik rumah, saya akan sambung home workout pula lebih kurang dalam 45 minit,”
“Walaupun duduk di rumah dan pergerakan masih lagi terbatas, kita tidak boleh jadikan ia sebagai alasan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti kecergasan. Rasanya kalau nak keluar berjogging di sekitar kawasan perumahan masih lagi dibenarkan. Tak pun buat sahaja workout di rumah asalkan badan tidak jadi lesu dan sentiasa cergas,” jawab Aqil.
Kalau nak badan cantik dan berat badan maintain, kenalah berusaha sikit kan. Jangan nanti berat dah naik baru nak menyesal. Hiks!
Teruskan menyokong Hero Remaja 2021 dan jangan lupa media sosial Majalah Remaja untuk mengikuti perkembangan setiap finalis.
Good luck guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka nasibnya daripada hanya menjadi pekerja bank seterusnya berubah apabila berjaya menempatkan diri di dalam Pencarian Hero Remaja kira-kira 10 tahun yang lalu.
Rozaidi Abd Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi berkongsi kisahnya sewaktu mula-mula menyertai program Hero Remaja suatu ketika dahulu.
“Semuanya yang berlaku tidak dijangka kerana pada mulanya sepupu saya saja-saja menghantar borang penyertaan kepada Majalah Remaja bagi pihak saya. Niatnya yang ingin bergurau akhirnya menjadi satu titik permulaan untuk membuka peluang buat saya menceburkan diri dalam bidang seni,”
“Bermula dengan menjadi orang pertama yang muncul sebagai wajah penghias kulit, saya juga merupakan orang pertama yang menjawab soalan dari pihak Remaja. Sering menjadi antara yang pertama, tak sangka pula bila di hari final pencarian Hero Remaja saya juga dinobatkan sebagai tempat pertama dalam pertandingan tersebut. Hehe..,” jelas Zed Zaidi.
Bercerita tentang kehidupannya sebelum masuk ke program Hero Remaja, Zed mengakui dirinya hanya seorang remaja biasa yang bekerja di bank dan cuba untuk masuk ke dalam industri seni untuk mencari duit poket.
“Bila dah diterima masuk menjadi peserta, niat saya memang ingin mencari duit lebih dengan menceburkan diri dalam bidang lakonan dan modeling. Selepas sahaja memenangi Hero Remaja, saya diterima menjadi hos dalam sebuah rancangan yang disiarkan di Astro Ria iaitu Lasak,”
“Daripada situ bakat saya dilihat dan seterusnya mendapat tawaran berlakon. Sehinggalah saya berlakon drama Sembilu yang pada ketika itu mendapat sambutan hangat daripada penonton. Jika diingatkan kembali, tanpa Hero Remaja memang orang tidak akan kenal saya kerana semua yang saya ceburi sekarang ini bermula dengan penglibatan dalam program Hero Remaja,” jelas Zed yang kini menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Seniman.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!