Bagi peminat drama tempatan, tentunya korang teruja menantikan drama baharu berjudul Tak Sempurna Mencintaimu yang mula ditayangkan mulai hari ini.
Selain dibintangi oleh Redza Rosli, Intan Najuwa, Rita Nadira, Fendi Bakry, Wan Maimunah, Tamimi Siregar dan Asha Merican, Tak Sempurna Mencintaimu turut menampilkan salah seorang finalis Hero Remaja 2020 iaitu Aniq Suhair dalam drama lakonan ketiganya.
Terdahulu, Aniq pernah mencuri tumpuan menerusi drama Lelaki Lingkungan Cinta apabila gandingannya Edlynn Zamilleen atau lebih dikenali sebagai Cik B. Tentunya, skop lakonan Aniq menerusi Tak Sempurna Mencintaimu semakin besar dan cabarannya berbeza pada kali ini.
“Demi memperbaiki teknik lakonan selepas tamat Hero Remaja, saya telah menyertai kelas lakonan bersama kak Ogy Ahmad Daud bersama para pelakon Tak Sempurna Mencintaimu.
“Tapi jujurnya, saya tidak puas kerana kami hanya sempat menyertai setakat beberapa hari saja bersama beliau; sebelum kami bertolak ke Perlis.”
“Jadi untuk mengasah lagi teknik lakonan apabila digandingkan dengan pelakon berpengalaman seperti Redza dan Intan, Aniq banyak menonton tutorial di atas talian serta mendapat tunjuk ajar di set penggambaran,” katanya ketika ditemubual dalam sesi Live Instagram.
Menerusi Tak Sempurna Mencintaimu, Aniq memegang watak sebagai Safwan iaitu adik kepada watak lakonan Intan Najuwa. Safwan digambarkannya sebagai seorang remaja baik dan kasihkan keluarga.
Demi penggambaran, pemilik kategori Hero Favourite ini perlu ke Perlis sekitar bulan November tahun lalu. Setibanya Aniq Perlis buat kali pertama, peluang untuk menyaksikan sendiri tempat-tempat menarik di sana tidak dilepaskan olehnya.
Ads
“Kami perlu shoot merata di sini dan sempat berkunjung ke hampir seluruh negeri. Walaupun cuaca di sini sedikit panas, tapi semua itu berbaloi disebabkan makanan di sini.
“Aniq sempat untuk mencuba makanan laut segar seperti ikan. Harganya memang murah. Cuba bayangkan set nasi ikan siakap bakar, ulam berserta telur dadar hanya RM15 saja! Kalau ikutkan saiz sebegini di Kuala Lumpur, memang tak dapatlah.”
Kita selalu mendengar isu pelakon baharu menerima kecaman daripada warganet disebabkan lakonan mereka dan seseorang yang baru ingin menimba pengalaman seperti Aniq juga tidak terkecuali.
Biarpun begitu, Aniq sedar dia tidak boleh puaskan hati semua orang dan perlu kuat berdepan teguran.
“Ini adalah jalan karier yang Aniq pilih dan Aniq akan sentiasa cuba perbaiki skil dari semasa ke semasa. Siapa yang tidak suka (dengan lakonan) Aniq, sukar untuk saya paksa mereka serta-merta sukakannya.
“Jika ada yang merasakan sesebuah drama itu ‘mengarut’ ataupun tidak seronok untuk ditonton, jangan kecam dan jangan tonton. Senang, Aniq pula hanya fokuskan kepada teguran positif di ruangan komen. Dari situ, Aniq akan cuba perbaiki diri sebagai pelakon,” komennya.
Debaran minggu finale Hero Remaja 2021 semakin dirasai. Tinggal satu hari sahaja lagi sebelum empat finalis beraksi di pentas akhir. Bersaing ketika wabak pandemik COVID-19 bukanlah sesuatu yang mudah kerana banyak kekangan yang dilalui oleh barisan finalis Hero Remaja tahun ini.
Namun, ia bukanlah satu alasan untuk mematahkan semangat mereka bagi terus berjuang menyelasaikan tugasan yang diberi setiap minggu.
Kini, tinggal lagi sehari sebelum kita ketahui siapa yang bakal bergelar Hero Remaja 2021.
Bagaimana agaknya perasaan finalis terakhir Mierul Aiman dalam membuat persediaan menjelang finale? Jom kita selami perasaan dan harapan Mierul untuk persembahan akhir malam esok.
“Persiapan saya untuk finale ini yang penting sekali adalah saya perlu siapkan diri saya daripada segi mental untuk berhadapan dengan ribuan penonton pada malam itu. Saya kena percaya pada diri sendiri dan bagaimana cara untuk berjuang dalam pentas akhir Hero Remaja 2021,”
“Saya dah lalui sebanyak tujuh episod bersama rakan-rakan yang lain, dan pada malam finale nanti insyaAllah saya akan lakukan yang terbaik buat semua penyokong yang telah menyokong saya selama ini. Persiapan yang lain pula, saya perlu mencari kreativiti untuk membuat kelainan kerana kekuatan setiap peserta adalah daripada kelainan yang mereka tampilkan,”
“Tapi apa-apa pun, pada malam itu nanti Mierul hanya nak have fun and enjoy the moment, adat pertandingan ada yang menang, ada yang kalah. Paling penting, Mierul dapat menjadi seorang penghibur pada malam itu,” ujar Mierul.
Sudah melangkah ke pentas akhir, pastinya setiap finalis mengimpikan gelaran Juara bagi melengkapkan misi mereka dalam Pencarian Hero Remaja 2021. Begitu juga dengan peserta 24 tahun ini, bergelar seorang Juara adalah misi utamanya ketika daripada awal lagi dipilih sebagai finalis.
“Harapan Mierul sejujurnya ingin menjadi Juara pada malam itu dan ingin berseronok menjadi penghibur untuk menghiburkan penonton. Dan terakhir sekali, saya ingin membuatkan ibu bapa saya bangga kerana jika bukan sokongan daripada mereka, saya tidak akan pergi sejauh ini,” tambahnya lagi.
Jangan lupa untuk terus mengundi Hero Favourite anda di www.remaja.my/hero dari sekarang hingga malam finale pada 6 November 2021. Satu undi bagi setiap hero pada setiap hari! Klik saja pada profil mereka dan tekan butang ‘VOTE’.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba saja pelakon, usahawan dan Naib Juara pencarian Hero Remaja 2007/08, Fizo Omar sah selamat melangsungkan akad nikah perkahwinan keduanya.
Biarpun kronologi majlis masih tidak diketahui secara sahih, ia dilaporkan telah dilangsungkan semalam, 21 Oktober 2021 setelah foto pelakon berbadan sasa itu memakai baju Melayu serba putih dimuat naik olehnya sendiri menerusi Instagram; kira-kira jam 10 malam tadi.
Dalam foto berkenaan, anak tunggal Fizo daripada perkahwinan pertama bersama Mawar Karim, Wan Maryam turut kelihatan.
Ia memuatkan kapsyen berbunyi, “Ok abe Joe (abang Fizo) left group recond (tinggalkan kumpulan ‘jejaka terpakai’) dulu ok. Apa-apa roger ok,” sambil memetik nama tiga orang rakan selebriti yang masih bergelar duda iaitu Sharnaaz Ahmad, Nazim Othman dan Azlee Khairi.
Desas-desus terjawab juga pada pagi ini setelah isterinya yang dikenali sebagai Fazeera Nazri Aziz memuat naik foto pertama yang menampilkan mereka berdua di pelamin pernikahan.
Status dan siapakah gerangan Fazeera masih samar. Ada yang menyatakan dirinya ialah seorang bekas pramugari yang berasal dari Sarawak, tapi ia masih tidak disahkan oleh empunya badan sendiri.
Tambah ‘sweet’ apabila Fizo tidak mengenepikan Maryam yang turut sama ada dalam majlis tersebut.
Dalam kalangan penggiat media sendiri, ura-ura Fizo akan menikah dalam masa terdekat hangat diperkatakan sejak ada sumber mendedahkan pelakon itu sibuk melengkapkan persiapan dirinya sejak beberapa minggu lalu untuk majlis ini.
Usai dilamar selebriti pertama sebagai duta kepada produk terkenal antarabangsa, di bawah YSL Beauty Malaysia, membuktikan bintang ini antara anak seni yang kian rancak dalam industri hiburan.
Memiliki personaliti yang unik dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai di platform media sosial miliknya, membuatkan jenama-jenama berprestij tiada kompromi dan tidak gerun untuk bekerjasama dengan bakat muda ini.
Terbaharu pelakon berbakat besar, Meerqeen berkesempatan untuk ‘terbang’ pula ke Paris bagi menghadiri Saint Laurent Womenswear Spring/Summer 2024, iaitu antara sebahagian daripada Paris Fashion Week.
Menjengah di platform Instagram Meerqeen, bintang tersebut ada memuat naik beberapa momen di Instastory miliknya ketika berada di Paris, Perancis bagi memenuhi jemputan YSL Beauty sebagai duta Malaysia pertamanya.
Tampil segak dan segar untuk berada di majlis gilang gemilang itu, pastinya kehadiran pelakon naskhah hit Melur Untuk Firdaus itu di sana sedikit sebanyak menjadi kebanggaan buat seluruh anak watan selain nama Malaysia semakin dikenali di mata dunia.
Sekadar informasi, menjadikan menara cinta, iaitu Eiffel Tower sebagai latar belakang bagi pertunjukan fesyen tersebut.
Antara figura terkenal antarabangsa yang turut hadir memeriahkan acara Saint Laurent Womenswear Spring/Summer 2024 itu ialah Anya Taylor-Joy, Rose, Demi Moore, Kate Moss, Stephane Cardinale, Hailey Bieber, Natalia Dyer, Jennifer Larence dan ramai lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alif Rakib menerima sumbangan RM20,000 daripada Kerajaan Negeri Kelantan selepas mencipta sejarah sebagai Juara Dunia Interim Muay Thai Strawweight ONE Championship.