Impian pelakon meningkat naik, Mierul Aiman memiliki ijazah direalisasikan selepas berjaya menggenggamnya pada Istiadat Konvokesyen Universiti Selangor (Unisel), baru-baru ini.
Pemilik nama Mohammad Amirul Aiman Norazman itu antara ratusan graduan yang diraikan dalam konvokesyen kali ke-17 di Kampus Bestari Jaya.
Menerusi platform Instagram, pelakon naskhah hit Projek: High Council itu ada memuat naik beberapa keping foto yang mengenakan jubah konvokesyen hitam dengan kapsyen yang menyifatkan perjalanannya masih belum terhenti di situ.
Ads
“Masih belum selesai. Perjalanan gila! #MechyBoy,” coretnya ringkas di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan maklum balas, hantaran tersebut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada pengikut dan ada juga yang mendoakan kejayaan aktor berusia 25 tahun itu, pada masa hadapan.
Ads
“Handsome with brain,” komen seorang pengikutnya.
“Alhamdulillah, tahniah @mierulaiman, ” komen lagi seorang pengikutnya.
Sekadar informasi, Mierul menceburi industri hiburan setelah dinobatkan sebagai juara Hero Remaja 2021 dan menjadi sebutan ramai apabila memegang watak utama dalam drama bersiri Projek: High Council.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setelah empat tahun kempunan menyaksikan kelibatan band popular dari Indonesia, Nidji di Malaysia dek kekangan musim pandemik, mereka kini bakal menggegarkan Zepp Kuala Lumpur pada 19 Mac ini menerusi konsert Dream Collaboration.
Khabarnya, Nidji bakal hadir dengan suatu kejutan istimewa yang belum pernah disaksikan di mana-mana konsert Nidji di sini sebelum ini.
Bercakap kepada REMAJA dalam sebuah sidang media, Nidji yang dianggotai oleh enam orang ahli kumpulan sememangnya terkenal dengan lagu-lagu hit bergenre rock moden seperti Hapus Aku, Laskar Pelangi, Bila Aku Jatuh Cinta, Disco Lazy Time dan banyak lagi.
Begitupun bagi konsert Dream Collaboration di Kuala Lumpur yang menjadi sebahagian daripada siri Dream Festival yang cukup terkenal di Indonesia, Nidji tidak akan hadir keseorangan apabila ia akan ditemani dengan rakan penghibur solo, Budi Doremi.
21 Tahun, Banyak Perubahan
Nidji bukan lagi sebuah band yang memerlukan pengenalan dalam kalangan pendengar muzik di Malaysia. 21 tahun ruang masa yang dipenuhkan Nidji tersebut dengan pengalaman dan eksperimentasi muzikal sekaligus menjadi sumber kekuatan dan kematangan muzik mereka.
Nidji
Kali terakhir Nidji bertandang ke Malaysia adalah pada tahun 2019 dan sejak itu, mereka telahpun meluncurkan beberapa lagu baharu seperti Wadoow, Abu-Abu dan Segitiga Cinta serta lagu Bila Aku Jatuh Cinta dengan susunan saxaphone.
Kali ini, khabar Ubay, mereka amat teruja bagi menghiburkan peminat di Malaysia yang juga merupakan lokasi di luar Indonesia pertama yang menjadi pilihan Nidji bagi melakukan persembahan selepas fasa pandemik.
“Oleh kerana konsert ini menggabungkan genre rock moden Nidji dengan pop reggae oleh Budi Doremi, akan jadi sesuatu yang menarik di atas panggung nanti untuk didengarkan.
“Bahasa muzik itu universal. Walaupun Nidji dan Budi berbeza, mudah-mudahan kami mampu membuat persembahan yang menyatukan kedua-dua dunia.”
Nidji semasa persembahan Dream Festival di Indonesia.
“Sekian lama tidak datang ke Malaysia, tentunya kami teruja apabila diundang semula. Senang banget, apatah lagi bila mengimbas semula kenangan konsert di MITEC pada tahun 2019. Tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-21 Nidji. Walaupun ahlinya bersilih ganti dan muzik Nidji juga semakin berevolusi, kami pasti peminat di Malaysia tetap setia menantikan kehadiran kami,” katanya.
Tambahnya lagi, satu lagi punca keterujaan mereka tentulah untuk menikmati semula makanan-makanan yang ada disajikan di Malaysia. “Pengen Nasi Kandar!” bilang mereka.
Nama Budi Doremi mungkin masih asing dalam kalangan masyarakat Malaysia. Begitupun, nafas baharu yang dibawakannya dalam muzik yang diperkenalkan amatlah menyenangkan dan menenangkan.
Budi Doremi.
“Untuk konsert ini, persiapan saya lebih ke arah persiapkan fizikal agar sihat dan mempergiatkan latihan. Mudah-mudahan semuanya lancar.
“Sebenarnya sejak saya berusia lima tahun lagi, saya ingin berkolaborasi dengan Nidji. Dan itu sudahpun terjadi sekarang, syukur,” luahnya.
Tiket konsert Dream Collaboration: Nidji X Budi Doremi sudah boleh didapati di platform Ticket2U. Harga tiket bergantung kepada kategori yang ditawarkan, terdiri daripada; Festival (Early Bird – Free Standing), RM214; CAT1 (Upper Deck), RM474 dan CAT 2 (Upper Deck) RM364.
Manakala, kategori Royal Box yang boleh menampung sehingga 8 orang penonton pula dijual pada harga RM4,694 setiap satu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagai wanita Malaysia, tona dan tona asas (undertone) wajah masing-masing semua berbeza kerana ada yang mempunyai undertone hijau, kemerahan serta kebiruan.
Sebagai bangsa Malaysia yang mempunyai berbilang latar belakang dan tona kulit, kamu perlu bijak memilih warna foundation yang sesuai dengan kulit.
FAIR
CERAH KEMERAHAN
Kulit putih kemerahan sesuai dipadankan dengan foundation cerah.
Kamu boleh memilih Maybelline FIT ME Matte + Poreless Liquid Foundation daripada variasi Porcelain, Ivory, Natural Ivorydan Light Beigeuntuk disesuaikan dengan jenis kulit cerah kemerah-merahan.
Walaupun foundation membuatkan wajah lebih berseri, kamu harus berhati-hati ketika mengaplikasinya. Jika tidak kena caranya, kulit wajah akan kelihatan lebih pucat.
Jika bersiap di dalam bilik yang agak gelap, gunakan vanity mirror supaya kamu jelas melihat hasilnya. Iyalah, kadangkala foundation bercapuk dan tidak sekata. Apapun, natural lighting merupakan pilihan terbaik.
Porcelain, Natural Beige, Ivory & Natural Ivory
MEDIUM
KUNING LANGSAT & KEPERANGAN
Jika urat nadi pada tangan kamu kelihatan biru kehijauan atau hijau kebiruan, jenis tona kulit kamu adalah natural atau pun kuning langsat. Kamu boleh mencari shade Maybelline Fit Me Matte & Poreless Foundation seperti Yellow, Beige, Golden, Medium Buffatau pun Classic Ivory.
Biasanya, individu yang memiliki jenis kulit medium tidak susah untuk memilih warna yang sesuai agar warna kulit sekata dengan solekan dan terlihat natural. Kadangkala ada juga beauty guru yang memilih warna foundation kategori kuning langsat yang lebih gelap sedikit agar memberi ilusi 3 dimensi pada bentuk wajah.
Natural Buff, Sun Beige, Natural Ivory & Golden Caramel
TAN
SAWO MATANG
Biasanya, kulit dengan tona asas sawo matang agak sukar untuk mencari warna foundation yang sesuai dengan kulit wajah. Pilih Maybelline FIT ME Matte + Poreless Liquid Foundation dengan pilihan shade seperti Warm Honey, Golden Caramel, Coconut, Cappucino atau Classic Tan untuk memperlihatkan kulit wajah yang flawless!
Penting untuk memilih warna yang sesuai supaya wajah sentiasa berseri dan tidak nampak bercapuk.
BTW, pilih berus, beauty blender atau patting device yang betul bagi memastikan calitan foundation memenuhi celah-celah wajah yang tidak dapat dicapai dengan jari kamu.
Cara sapuan juga perlu dilakukan dengan betul. Mulakan sapuan ke bawah, ikut arah bulu roma kulit wajah. Hasilnya, foundation akan lebih sekata dan tekstur pun menjadi lebih flawless.
Golden Caramel, Natural Tan, Rich Tan & Warm Honey
***
Maybelline Fit Me Matte + Poreless Liquid Foundation menawarkan 25 tona warnabersesuaian dengan jenis kulit wanita Malaysia. Selain itu, ia juga mudah untuk diratakan dengan warna asal kulit wajah kerana bersifat buildable. Sebab itulah wajah kelihatan natural seperti tidak memakai solekan.
Tidak perlu lagi untuk kamu cover up wajah dengan solekan tebal, kan.
Lagipun, ia mempunyai keistimewaan kemasan matte pada kulit wajah. Jadi kulit tidak lagi kelihatan berminyak pada siang tengah hari. Bukan itu saja, kemasan foundation ini juga membolehkan liang pori-pori kamu untuk tidak lagi kelihatan. Flawless finish but still look naturally you.
Sebagai remaja perempuan Malaysia, kamu patut berbangga dengan warna kulit sendiri. Sedangkan remaja di negara Barat pun sibuk menggelapkan kulit, inikan kita yang sudah sedia ada mempunyai kulit wajah yang cantik!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahun 2018 bakal menyaksikan satu perubahan besar dalam hidup wanita Arab Saudi.
Pada zaman pemerintahan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, keduanya telah melancarkan Visi 2030.
Raja Arab Saudi, Raja Salman melancarkan Visi 2030 semasa pemerintahannya
Apa itu Visi 2030?. Ia adalah sebuah cetakan biru jangka panjang mengenai reformasi ekonomi dan sosial yang direka untuk memodenkan Arab Saudi dan mengabaikan pergantungan pada pendapatan minyak.
Pelancaran ini menyaksikan banyak larangan terhadap wanita mulai ditarik balik. Ini termasuklah, wanita sudah dibenarkan memandu kereta pada Jun 2018. Golongan wanita juga diberi kebenaran memandu trak dan menunggang motosikal seperti diumumkan oleh Lembaga Pengarah Trafik Umum Arab Saudi baru-baru ini.
Keputusan bersejarah ini menjadikan Arab Saudi sebagai negara terakhir di dunia yang membenarkan wanita memandu kenderaan. Bukan itu saja, wanita juga diberi kebenaran menonton wayang (tapi bukan dengan lelaki), dibenarkan menghadiri acara sukan di tiga buah stadium terpilih iaitu di Jeddah, Dammam dan Riyadh.
Di sebalik penarikan larangan ini, ada 9 lagi larangan yang perlu dipatuhi.
1. Kahwin
Kebenaran untuk berkahwin mesti diberikan oleh wali, atau penjaga. Wanita yang ingin berkahwin dengan orang asing harus mendapat persetujuan dari kementerian dalam negeri, dan perkawinan dengan non-Muslim sangat sulit dan menjadi hampir mustahil.
2. Buka akaun bank sendiri
Walaupun sekarang terdapat beberapa pekerjaan wanita dalam kerajaan yang dibenarkan untuk melakukan tanpa kebenaran lelaki, seperti bekerja sebagai pembantu kedai atau di tapak pameran, mereka tidak dibenarkan memiliki akaun bank mereka sendiri untuk mengawal kewangan mereka tanpa izin.
3. Hadir perbicaraan
Kesaksian seorang wanita hanya bernilai separuh lelaki dalam sistem perundangan Arab Saudi. Wanita juga hanya menerima sedikit harta warisan berbanding adik beradik lelaki mereka yang berhak.
3. Berenang
Perempuan tidak dibenarkan menggunakan kolam renang awam yang disediakan untuk lelaki dan hanya dibenarkan berenang di tempat peribadi atau spa. Editor Reuters Arlene Getz pernah berkongsi pengalamannya mencuba menggunakan gym dan kolam renang di hotel Riyadh kelas eksekutif. “Sebagai seorang wanita, aku tidak diizinkan untuk melihat mereka, apalagi menggunakannya.:
4. Bersaing dalam olahraga
Dua tahun lalu, Arab Saudi mengusulkan acara Olimpik tanpa perempuan. “Masyarakat kita bisa sangat konservatif,” kata Pangeran Fahad bin Jalawi al-Saud, seorang konsultan untuk Komite Olimpipik Arab. “Sukar melihat bahawa perempuan dapat bersaing dalam olahraga.”
4. Melancong
Pasport dan kad pengenalan mestilah diperolehi dengan kebenaran seorang penjaga lelaki. Wanita biasanya tidak dibenarkan meninggalkan rumah seorang diri.
5. Berpakaian sesuka hati
“Berpakaian untuk kecantikan” adalah haram, sebaliknya harus berpakaian sederhana .Gaun panjang abaya – jubah labuh yang dipakai di atas pakaian lain – dipakai oleh semua wanita di khalayak ramai, walaupun dalam beberapa tahun terakhir aturan tentang warna, hiasan, dan bagaimana tudung dipakai sudah mulai melonggar.
6. Berbual dengan lelaki
Perbualan dan masa yang dihabiskan dengan lelaki yang bukan ahli keluarga adalah terhad. Di khalayak ramai, restoran, universiti dan ruang lain mempunyai ruang ‘keluarga’ dan ruang yang khas untuk lelaki. Wanita Arab tidak diperbolehkan untuk bertemu lelaki yang bukan muhrim (kerabat ataupun teman). Maka itu jangan hairan jika di banyak lokasi termasuk restoran ada ruang pemisah antara lelaki dan perempuan. Bahkan kenderaan awam juga terjadi termasuk di taman hiburan. Daily Telegraph melaporkan, bila hukum ini dilanggar, maka kedua belah pihak akan didakwa dan wanita akan menerima hukuman lebih berbanding lelaki.
7. Mencuba pakaian
Batasan juga berlaku di pusat membeli belah. Vanity Fair, penulis Maureen Dowd in A Girl’s Guide to Saudi Arabia menyatakan, kehidupan di Arab Saudi sangat hambar. Semuanya tergantung pada siapa anda, siapa yang anda kenal, bersama dengan siapa dan di mana anda berada.
8. Rawatan perubatan
Untuk operasi dan prosedur menyelamatkan nyawa memerlukan tandatangan bertulis dari saudara lelaki.
9. Memegang hak penjagaan anak-anak
Dalam kes perceraian, wanita hanya dibenarkan menjaga anak-anak mereka sehingga mencapai umur tujuh tahun bagi lelaki dan sembilan tahun bagi perempuan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!