Minat dalam bidang perniagaan sejak kecil telah menyakinkan pelakon yang kian meningkat naik, Muhammad Aniq Suhair bin Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Aniq Suhair untuk terjun ke dalam bidang perniagaan francais.
Baru-baru ini menerusi sebuah video di saluran Youtube-nya, Aniq telahpun memaklumkan bahawa dirinya baru saja membuka francais Subway yang bertempat di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.
Walaupun sibuk dengan aktiviti harian, REMAJA sempat menghubungi finalis Hero Remaja 2020 ini dan bertanyakan tentang perniagaan barunya itu.
“Mungkin ramai tidak tahu yang Aniq lahir dalam keluarga yang berniaga.
“Jadi dorongan dan bimbingan daripada keluarga banyak membantu Aniq untuk mempersiapkan diri dalam bidang ini. Aniq sanggup menerima cabaran, meletakkan diri diluar zon selesa dan akhirnya, telah memilih tahun 2021 bagi memulakan perniagaan.
“Ini bukan saja langkah untuk melunaskan impian. Dengan membuka francais pertama ini, Aniq secara tidak langsung sediakan ‘backup plan’ dalam hidup.”
“Pada masa yang sama, Aniq turut mempunyai niat untuk membantu orang lain dengan peluang pekerjaan yang ada.
“Pengalaman Aniq dalam bidang perniagaan tidaklah banyak mahupun lama. Namun Aniq pernah berkerja di kilang perniagaan semasa di sekolah menengah dahulu.
“Jadi, sedikit sebanyak Aniq mengerti proses dan selok-belok perniagaan,” jelasnya yang sedang menunggu dua lagi projek lakonan terbaru untuk menemui penonton.
21 Tahun, Tidak Terlalu Awal?
Untuk memulakan karier sebagai peniaga bukanlah mudah. Banyak perkara yang perlu diambil tahu dan tak boleh terlepas pandang.
Antaranya hubungan di antara staf dan majikan yang perlu dijaga dengan baik. Selain itu, seorang peniaga juga menggalas tanggungjawab berat melibatkan wang dan urusan dengan pihak lain.
Ads
Jadi, adakah Aniq benar-benar sudah bersedia dengan semua itu pada usia 21 tahun?
“Pada usia ini, Aniq sanggup menghabiskan masa muda dengan berkerja demi mencari pengalaman dalam berbagai-bagai bidang agar ia dapat memberi manfaat dan memudahkan jalan hidup saya pada masa hadapan.
“Bagi Aniq 21 hanyalah angka usia. Yang penting adalah keinginan untuk serius mengatur rentak hidup dan mencapai impian yang saya inginkan,” ujarnya lagi.
Pembukaan francais Subway di Bandar Sri Permaisuri ini juga mendapat respon yang baik dek kerana pemilihan lokasi yang berpotensi untuk terus maju.
“Saya yakin 90% penduduk di Bandar Sri Permaisuri mengamalkan gaya hidup yang sihat dan makanan yang kami sediakan selari dengan itu, Alhamdulillah, penduduk di sini dan di kawasan sekitarnya memberi sokongan yang baik setelah ia dibuka.
“Saya sebagai pengarah francais pula yang rasa terharu dengan pelangan yang tidak putus datang. Pemiinat juga tidak pernah berhenti menyokoong dan datang kedai saya beberapa kali.”
Ditanya mengenai perancangan terdekatnya, dia ingin fokus dahulu dengan urusan cawangan pertamanya ini.
“Banyak lagi benda perlu diperbaiki dan perlu diambil tahu. Subway ini adalah satu jenama yang dikenali ramai, jadi saya perlu teliti lagi dalam bab pengurusan. Para pekerja juga perlu lagi dibimbing untuk menjadi lebih bagus.
“Buat masa ini, Aniq ingin stabilkan dulu francais ini dan tak boleh lepas pandang lagi.”
Syabas REMAJA ucapkan kepada Aniq di atas kejayaannya ini! Dalam kesibukan berniaga, berlakon dan lain-lain tugasan, harapnya Aniq kekal menjaga kesihatan dan mendapat rehat yang cukup okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas tamatnya pencarian Hero Remaja 2021 pada November lalu, pemenang tempat ketiga Fazziq Muqris terus melangkah ke hadapan setelah menerima tawaran berlakon bagi slot Mega Drama yang akan ditayangkan di saluran Astro Ria.
Bunga Hati adalah drama pertama lakonan Fazziq selepas berakhirnya Hero Remaja dan kali ini, dia bergandingan bersama pelakon-pelakon hebat seperti Intan Najuwa, Redza Rosli, Fauziah Ahmad Daud, Fify Azmi dan ramai lagi.
Instagram: @fazziqmuqris
“Saya bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk berlakon dalam drama Bunga Hati ini dan dalam masa yang sama, saya agak sedikit gementar kerana sudah lama tidak beraksi di hadapan kamera sebagai seorang pelakon,”
“Namun, peluang ini saya akan gunakan dengan baik untuk membuktikan kebolehan saya sebagai pelakon. Tambahan pula, ini bagaikan satu mimpi apabila saya d bakal membintangi slot Mega Drama di Astro Ria. Alhamdulillah, mungkin ini adalah satu rezeki untuk saya mula menapak dalam dunia hiburan” jelas Fazziq.
Instagram: @fazziqmuqris
Bunga Hati mengisahkan tentang cinta tiga hati antara Dilaila (Intan Najuwa), Amer (Redza Rosli) dan Joshua (Erwin Dawson). Dilaila yang terlalu memendam rasa kerana cinta pertama yang membawanya dalam dilema. Janji yang terpateri bersama Amer kecundang di tengah jalan, lantaran dendam yang berlum terlerai. Perkenalan dengan seorang doktor bernama Joshua memberi sinar baharu buat Dilaila.
Instagram: @fazziqmuqris
Dalam drama bersiri 20 episod ini, Fazziq membawakan watak sebagai Farizan, iaitu seorang pemuda yang merupakan kawan baik kepada Amer sejak kecil lagi.
“Apa-apa pun saya berharap agar drama ini mendapat tempat di hati penonton dan sebenarnya saya juga gementar tapi dalam masa yang sama excited untuk menantikan reaksi penonton bagi drama Bunga Hati ini,” tambahnya lagi.
Jangan lupa saksikan Bunga Hati di slot Mega Drama pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam hanya di saluran Astro Ria dan Ria HD.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gempar apabila Pelakon Ashraf Sinclair yang juga pemenang tempat ke tiga pertandingan Hero Remaja edisi 1997 dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung, sekitar jam 4.00 pagi tadi.
Kematian suami kepada kepada penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari itu dilaporkan oleh media Indonesia, Kompas.com. sebentar tadi.
Menurut Kompas.com. kematian pelakon berusia 40 tahun itu disahkan oleh pengurus Bunga Citra Lestari, Doddy menerusi pesanan aplikasi WhatsApp kepada portal berita itu.
“Ia (benar meninggal dunia),” jawapan yang diberikan Doddy kepada portal berkenaan.
Sementara itu, mari kita imbas kembali trivia Ashraf Sinclair.
Dilahirkan pada 8 September 1979 di Croydon, England , Ashraf Daniel Mohamad Sinclair merupakan kacukan Inggeris dan Melayu.
Memulakan karier menerusi platform Hero Remaja 1997 anjuran Majalah Remaja dengan kedudukan tangga ketiga di belakang juara, Wan Shahlim & Ash Yuslee. Ini antara Memori bersama Ashraf Sinclair dan Finalis di Malam Finale Hero Remaja 1997.
Ashraf Sinclair juga seorang pelakon, model dan pengacara televisyen Malaysia. Antara lakonan yang memberi impak besar kepada beliau ialah dalam filem Gol & Gincu menerusi watak Eddy.
Selain Gol & Gincu the Series, Ashraf juga berlakon sebagai Burn dalam siri Realiti. Pada bulan Ogos 2006 beliau mengacarakan Persidangan Alam Sekitar Kanak-Kanak Antarabangsa TUNZA di Putrajaya.
Kini Ashraf mencipta nama sebagai pelakon Indonesia dalam sebuah drama yang berjudul Cinta dan Anugerah. Drama yang paling mendapat sambutan di Indonesia dengan Nabila Syakieb sebagai heroinnya, Kini Ashraf bukan sahaja menjadi menempah nama sebagai artis Malaysia, tetapi sebagai artis Indonesia juga.
Ashraf pernah diundi sebagai “Bachelor with the Coolest Character” (Lelaki Bujang yang Paling Tenang Perwatakannya) dalam pertandingan Cleo’s 50 Most Eligible Bachelors.
Beliau menamatkan zaman bujang bersama kekasihnya iaitu penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari pada November 2008 di Jakarta.Dikurniakan anak lelaki bernama Noah dilahirkan pada 2010.
Drama bersiri Lelaki Lingkungan Cinta arahan Emmi Suffian kini sedang hangat ditayanh di slot Lestary TV3.
Berkisarkan kisah cinta dan kahwin muda dalam kalangan remaja tempatan, drama bersiri ini menggandingkan wajah-wajah remaja sebagai tunjang utama seperti Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana, Cik B dan juga dua orang finalis Hero Remaja 2020, Aniq Suhair serta Imran Aqil.
Seperti yang dijangka, pelakon yang memancing perhatian menerusi drama ini ialah Cik B. Rata-rata pengguna aktif media sosial mengenali siapakah gerangan anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida ini.
Seringkali memuat naik content ala hype beast dan kadangkala content lucu bersama mamanya itu, gelagat Cik B yang baru berusia 16 tahun sememangnya comel pada pandangan netizen dan pengikutnya.
Aniq Suhair dalam paparan Majalaj Remaja isu Oktober – Disember 2020, kini di pasaran. Foto: IDEAKTIV/Azfarina Sulaiman
Semasa sesi temuramah langsung REMAJA bersama salah seorang pelakon drama ini iaitu Aniq Suhair baru-baru ini, seorang peminat Aniq bertanyakan mengenai karakter Cik B di set penggambaran memandangkan ini merupakan kemunculan pertamanya sebagai seorang pelakon.
“Cik B ini seorang yang sangat pemalu tapi bila sudah mengenalinya, dia amat peramah dan happy go lucky. Kalau korang nak tahu, Cik B seorang yang cepat belajar. Walaupun ini merupakan kali pertama dia berlakon drama tapi dia sangat profesional.
“Bila dia memasuki set, dia terus ‘masuk karakter’ tetapi sebaik pengarah menjerit cut, dia terus menjadi Cik B semula.”
Sebelum ini, Aniq dan Cik B telah berkongsi beberapa foto dan video semasa di set dan ia telah mencuri perhatian peminat mereka berdua. Patut la mereka ni nampak macam dah kenal lama je kan.
Walaupun nama Aniq atau karakternya, Arep sedang menjadi bualan ramai peminat drama tersebut, remaja dari Kuala Lumpur ini sedang sibuk di set pengambaran drama Tak Sempurna Mencintaimu yang bakal ditayangkan awal tahun depan.
Aniq turut berkongsi cerita menyertai kelas lakonan anjuran pelakon, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy demi menimba lebih ilmu dalam bidang lakonan bersama beberapa finalis Hero Remaja 2020 yang lain.
Cayalah Aniq. Remaja doakan supaya Aniq terus berjaya dalam industri hiburan tanah air.
Bagi korang yang terlepas temuramah REMAJA bersama Aniq, klik pautan video DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.