Kebanyakan masyarakat berpandangan memiliki segulung ijazah penentu untuk mendapat pekerjaan yang diidamkan.
Disebabkan itu, sejak dari lepasan SPM kita sudah terfikir-fikir jurusan apa yang nak diambil untuk melanjutkan pelajaran di universiti nanti kan? Sampailah ke peringkat ijazah yang memakan masa 5 hingga 6 tahun (mengikut kursus tertentu) untuk menamatkan pengajian.
Foto Via Pexels
Perbahasan di Dewan Rakyat, banyak perkara yang dipetik daripada pembentangan itu telah menjadi poin utama ahli parlimen Malaysia untuk diajukan kepada menteri serta pihak berkenaan.
Ada yang membahasnya secara produktif, ada juga yang menuduh tidak tentu fasal. Biasalah, itu sudah umpama adat ahli parlimen negara kita yang sudah sebati dengan kebanyakan daripada mereka.
Tapi menariknya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terpanggil untuk mempersoalkan tempoh masa lama untuk graduan di Malaysia menamatkan pengajian sedangkan di negara luar seperti UK dan Australia hanya mengambil masa tiga ke empat tahun sahaja.
Menurutnya, tempoh pengajian lama di sini adalah disebabkan para graduan perlu mengambil subjek-subjek wajib seperti Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), Hubungan Etnik, Etika dan Peradaban.
Ads
Belajar universiti di Malaysia jauh lebih LAMA dari luar negara.
Kalau Malaysia nak dapat ijazah sampai 5-6 tahun, di Singapura, Australia & UK hanya 3-4 tahun.
Banyak subjek WAJIB macam TITAS, Hubungan Etnik, Etika & Peradaban.
“Saya nak tekankan berkenaan situasi di universiti. Di negara-negara luar kamu hanya perlukan tiga hingga empat tahun untuk dapat ijazah.
“Tetapi di Malaysia, dua tahun Asasi, paling pendek pun setahun dan selepas itu tambah lagi empat tahun. Anda perlukan enam hingga tujuh tahun untuk dapatkan degree.
Ads
“Itu tempoh masa yang lama. Kenapa lama? Kerana kamu perlu mengambil subjek-subjek mandatori seperti TITAS, Hubungan Etnik, Falsafah, Etika dan Peradaban. Saya ingin mencadangkan untuk pendekkan tempoh pengajian ini,” katanya.
Rata-rata para remaja dan pelajar menyokong apa yang dibahaskan Syed bagi cadangan untuk memansuhkan subjek wajib IPT.
Ada juga yang mengatakan jika dipendekkan tempoh pengajian, ia turut mengurangkan yuran pengajian sekali gus mengurangkan beban pelajar yang membuat pinjaman pelajaran.
Hmm…Apa komen anda mengenai isu ini?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaharu berita melaporkan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin mengesahkan bahawa sesi persekolahan secara bersemuka akan tetap dilaksanakan pada 3 Oktober ini.
Bukan hanya itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga merancang untuk membuka semula institusi pengajian tinggi (IPT) untuk kemasukan pelajar secara fizikal bagi Sesi Akademik 2021/2022 dalam semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula Oktober tahun ini.
Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, rancangan ini adalah melalui Pelan Pemulihan IPT (Pemulih IPT) dan langkah tersebut selari dengan usaha membolehkan pelajar pulang ke IPT apabila kesemuanya lengkap divaksin seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam perutusan khas beliau pada 22 Ogos lepas.
Beliau berkata, perkara itu juga telah dipersetujui dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara pada Khamis.
Bagi menjayakan agenda ini, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad telah berjumpa dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bagi mencadangkan supaya pelajar dan kakitangan IPT diberikan keutamaan untuk mendapat vaksin di lokaliti masing-masing.
KPT mengunjurkan keperluan sebanyak 1.296 juta dos vaksin bagi 648,000 pelajar yang masih belum menerima vaksin dan KPT mencadangkan supaya pusat pemberian vaksin IPT dijadikan PPV khusus untuk pelajar serta kakitangannya. Langkah ini bagi membolehkan program vaksinasi pelajar dilaksana secara besar-besaran.
Semoga rancangan pelaksanaan ini berjalan lancar kerana sudah tentu ramai pelajar yang merindui untuk pergi belajar secara bersemuka. Apa-apa pun kita juga harus membiasakan diri untuk menjalani kehidupan seperti biasa kerana virus COVID-19 ini dijangka menjadi endemic dan mahua tau tidak, kita tetap perlu membiasakan diri dengan mengikut SOP yang ditetapkan.
Normal lah setiap kali sambutan perayaan mana-mana kepercayaan masyarakat diraikan di negara kita. Pasti tidak lengkap sekiranya tiada pertunjukan bunga api di udara. Ruang angkasa pasti dihiasi percikan terang-benderang bersempena sambutan perayaan.
Begitupun, satu tindakan undang-undang telah buat berkaitan bermain mercun ini.
Menurut laporan Sinar Harian, tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada individu yang bermain mercun melebihi jam 12 tengah malam sekiranya mengganggu ketenteraman awam.
Menurut Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, mana-mana individu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 13, Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) dengan denda tidak melebihi RM100.
Boleh Disabitkan Kesalahan Jika Main Mercun Lepas 12 Malam
“Tindakan tegas terhadap individu yang didapati sengaja menyebabkan letupan atau menyimpan bahan letupan dengan niat menyebabkan bahaya kepada nyawa atau harta benda. Mereka boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 iaitu penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya,” maklumnya dalam satu kenyataan semalam.
Tambahnya, bunga api itu turut berisiko mendatangkan kecederaan kepada mereka yang bermain. Hal ini kerana bahan letupan itu dikategorikan sebagai “dangerous good cargo” (DGC) dan “hazard class division” (HCD) 1.4g.
“Individu yang ingin bermain bunga api atau mercun hendaklah membakarnya di kawasan lapang. Ia supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan mendatangkan kegusaran kepada penduduk setempat.
Jadi, korang beringat ye main mercun tu nanti! Takut nanti tak pasal-pasal beraya ‘kedalam’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah menjadi kebiasaan segelintir rakyat Malaysia, apabila menang dijulang, bila kalah disindir. Ini yang berlaku sewaktu sukan Olimpik Tokyo 2020 berlangsung, ada masyarakat Malaysia yang tidak sensitif mengeluarkan kata-kata negatif kepada barisan atlet yang gagal di sukan berprestij itu.
Situasi ini telah menarik perhatian penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri mengatakan komen-komen negatif yang diberikan tiada faedahnya dan tidak sihat.
Penerjun berusia 22 tahun itu dalam misi memburu pingat Olimpik pertamanya berkata, atlet negara juga turut memerlukan sokongan dalam tempoh sukar terutama apabila tidak berjaya dalam perjalanan mereka mencipta kejayaan.
Dhabitah juga menjelaskan bahawa banyak pengorbanan yang perlu dilakukan terutama apabila terpaksa ‘dikurung’ dalam gelembung sukan untuk menghindarkan mereka daripada wabak pandemik COVID-19.
“Mereka fikir kita (atlet) tidak mahu buat elok-elok sedangkan mereka tidak tahu bahawa kita telah berlatih bermati-matian untuk menyertai Sukan Olimpik ini, namun mereka (kritik) berdasarkan apa dilihat dalam masa singkat,” jelasnya lagi.
Sebelum ini, Datuk Lee Chong Wei telah pun melahirkan rasa sedih terhadap komen-komen negatif dalam talian terhadap pemain badminton negara selepas kalah dalam perlawanan mereka di Olimpik. Chan Peng Soon-Goh Liu Ying gagal layak ke suku akhir acara beregu campuran selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam perlawanan Kumpulan D.
Walau bagaimanapun, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tetap memberikan sokongan buat kontijen negara.
Apa-apa pun, tahniah kami ucapkan buat atlet wakil negara ke sukan Olimpik Tokyo 2020. Kami pasti mereka sudah berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan yang terbaik, jadi kita sebagai rakyat Malaysia perlu memberikan sokongan tidak kiralah sama ada mereka berjaya mendapat tempat atau tidak.