Tanpa kelibat salah seorang vokalis asal band popular Indonesia, Dewa 19 iaitu Ahmad Dhani, konsert reunion yang berlangsung semalam di Shah Alam tetap berjalan lancar meskipun dihambat emosi.
Dianggap besar kemungkinan sebagai konsert terakhir Dewa 19 oleh Ahmad Dhani sendiri semasa sidang media yang berlangsung tahun lalu, tiada siapa boleh meramalkan yang Ahmad Dhani sendiri tidak akan berada di konsert semalam. Not even the man himself.
Ini berikutan penahanan vokalis berusia 47 tahun itu pada awal minggu ini selepas dia dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan oleh Mahkamah Jakarta Selatan kerana menyebarkan kata-kata kebencian dalam laman sosial.
Lalu, spekulasi menyebut anaknya yang juga seorang ahli muzik, Abdul Qodir Jaelani (19) atau lebih dikenali sebagai Dul Jaelani akan menggantikan posisi bapanya itu.
Ads
Ternyata, semalam Dul lancar memainkan keyboard sambil ditemani ahli kumpulan Dewa 19 yang lain seperti Ari Lasso, Once Mekel, Andra Junaidi, Yuke Sampurna dan yang lain-lain.
Namun, selepas mereka memainkan klip pesanan ringkas daripada Ahmad Dhani di skrin LED, Dul tak dapat menahan sebak meski masih meneruskan mainan keyboard untuk 1-2 lagu.
Pesanan tersebut berbunyi, “Baladewa (gelaran peminat Dewa 19) di Kuala Lumpur, doakan saya kuat. Semoga dalam waktu terdekat, kita akan bertemu di Kuala Lumpur. Mohon doa Baladewa di seluruh Malaysia, terima kasih.”
Ads
Sewaktu Ari Lasso menyanyikan lagu ‘Hadapi Dengan Senyuman’ dan ‘Kan Membawamu Kembali’, kelihatan air mata Dul mengalir juga. Ari pula cuba menyanyikannya dengan lancar sambil merekod momen tersebut dengan telefon pintarnya – mungkin untuk diberikan kepada Ahmad Dhani sebagai pemangkin semangat.
Namun tak lama selepas itu, Dul kembali tenangkan diri dan sempat menyanyikan lagu ‘Angin’ bersama Once Mekel.
***
Konsert Dewa 19 Reunion in Malaysia semalam mengumpulkan semula ahli Dewa dan Dewa 19 untuk mengembalikan nostalgia lagu-lagu lagenda seperti Dewi, Pupus dan Risalah Hati selepas album pertama mereka, Dewa 19 pada tahun 1992.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Amani atau nama sebenar, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 38, berkongsi berita kehamilan ini menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagram (IG).
Klip video itu memaparkan reaksi suaminya, keluarga Amani dan rakan-rakan rapat apabila menerima perkhabaran gembira itu. Jelas sekali, mereka kelihatan terkejut dan sebak menerima berita gembira ini.
“Syukur Alhamdulillah,” tulisnya ringkas di keterangan gambar.
Menerusi video itu juga, Amani kelihatan menunjukkan bahagian perutnya yang semakin membesar atau ‘baby bump’.
Perkongsian ini kemudian dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti antaranya Alif Satar, Nadia Aqilah, Raja Ilya, Dynas Mokhtar, Sazzy Falak dan Haiza Hanafi.
Pelakon filem Sepet ini juga tidak ketinggalan menerima ucapan dari peminat di IG.
Buat makluman, Amani mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Faris, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Impact Integrated pada 10 September 2022.
Mereka disatukan di sebuah lokasi di Kuala Lumpur secara tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan rapat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: BH
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahun 2018 bakal menyaksikan satu perubahan besar dalam hidup wanita Arab Saudi.
Pada zaman pemerintahan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, keduanya telah melancarkan Visi 2030.
Raja Arab Saudi, Raja Salman melancarkan Visi 2030 semasa pemerintahannya
Apa itu Visi 2030?. Ia adalah sebuah cetakan biru jangka panjang mengenai reformasi ekonomi dan sosial yang direka untuk memodenkan Arab Saudi dan mengabaikan pergantungan pada pendapatan minyak.
Pelancaran ini menyaksikan banyak larangan terhadap wanita mulai ditarik balik. Ini termasuklah, wanita sudah dibenarkan memandu kereta pada Jun 2018. Golongan wanita juga diberi kebenaran memandu trak dan menunggang motosikal seperti diumumkan oleh Lembaga Pengarah Trafik Umum Arab Saudi baru-baru ini.
Keputusan bersejarah ini menjadikan Arab Saudi sebagai negara terakhir di dunia yang membenarkan wanita memandu kenderaan. Bukan itu saja, wanita juga diberi kebenaran menonton wayang (tapi bukan dengan lelaki), dibenarkan menghadiri acara sukan di tiga buah stadium terpilih iaitu di Jeddah, Dammam dan Riyadh.
Di sebalik penarikan larangan ini, ada 9 lagi larangan yang perlu dipatuhi.
1. Kahwin
Kebenaran untuk berkahwin mesti diberikan oleh wali, atau penjaga. Wanita yang ingin berkahwin dengan orang asing harus mendapat persetujuan dari kementerian dalam negeri, dan perkawinan dengan non-Muslim sangat sulit dan menjadi hampir mustahil.
2. Buka akaun bank sendiri
Walaupun sekarang terdapat beberapa pekerjaan wanita dalam kerajaan yang dibenarkan untuk melakukan tanpa kebenaran lelaki, seperti bekerja sebagai pembantu kedai atau di tapak pameran, mereka tidak dibenarkan memiliki akaun bank mereka sendiri untuk mengawal kewangan mereka tanpa izin.
3. Hadir perbicaraan
Kesaksian seorang wanita hanya bernilai separuh lelaki dalam sistem perundangan Arab Saudi. Wanita juga hanya menerima sedikit harta warisan berbanding adik beradik lelaki mereka yang berhak.
3. Berenang
Perempuan tidak dibenarkan menggunakan kolam renang awam yang disediakan untuk lelaki dan hanya dibenarkan berenang di tempat peribadi atau spa. Editor Reuters Arlene Getz pernah berkongsi pengalamannya mencuba menggunakan gym dan kolam renang di hotel Riyadh kelas eksekutif. “Sebagai seorang wanita, aku tidak diizinkan untuk melihat mereka, apalagi menggunakannya.:
4. Bersaing dalam olahraga
Dua tahun lalu, Arab Saudi mengusulkan acara Olimpik tanpa perempuan. “Masyarakat kita bisa sangat konservatif,” kata Pangeran Fahad bin Jalawi al-Saud, seorang konsultan untuk Komite Olimpipik Arab. “Sukar melihat bahawa perempuan dapat bersaing dalam olahraga.”
4. Melancong
Pasport dan kad pengenalan mestilah diperolehi dengan kebenaran seorang penjaga lelaki. Wanita biasanya tidak dibenarkan meninggalkan rumah seorang diri.
5. Berpakaian sesuka hati
“Berpakaian untuk kecantikan” adalah haram, sebaliknya harus berpakaian sederhana .Gaun panjang abaya – jubah labuh yang dipakai di atas pakaian lain – dipakai oleh semua wanita di khalayak ramai, walaupun dalam beberapa tahun terakhir aturan tentang warna, hiasan, dan bagaimana tudung dipakai sudah mulai melonggar.
6. Berbual dengan lelaki
Perbualan dan masa yang dihabiskan dengan lelaki yang bukan ahli keluarga adalah terhad. Di khalayak ramai, restoran, universiti dan ruang lain mempunyai ruang ‘keluarga’ dan ruang yang khas untuk lelaki. Wanita Arab tidak diperbolehkan untuk bertemu lelaki yang bukan muhrim (kerabat ataupun teman). Maka itu jangan hairan jika di banyak lokasi termasuk restoran ada ruang pemisah antara lelaki dan perempuan. Bahkan kenderaan awam juga terjadi termasuk di taman hiburan. Daily Telegraph melaporkan, bila hukum ini dilanggar, maka kedua belah pihak akan didakwa dan wanita akan menerima hukuman lebih berbanding lelaki.
7. Mencuba pakaian
Batasan juga berlaku di pusat membeli belah. Vanity Fair, penulis Maureen Dowd in A Girl’s Guide to Saudi Arabia menyatakan, kehidupan di Arab Saudi sangat hambar. Semuanya tergantung pada siapa anda, siapa yang anda kenal, bersama dengan siapa dan di mana anda berada.
8. Rawatan perubatan
Untuk operasi dan prosedur menyelamatkan nyawa memerlukan tandatangan bertulis dari saudara lelaki.
9. Memegang hak penjagaan anak-anak
Dalam kes perceraian, wanita hanya dibenarkan menjaga anak-anak mereka sehingga mencapai umur tujuh tahun bagi lelaki dan sembilan tahun bagi perempuan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pertarungan pentas akhir Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) malam tadi menyaksikan Aliff Aziz dinobat menjadi juara, sekali gus membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta sebuah trofi.
Kemenangan ini mungkin sudah dijangka kerana melihatkan konsistensi yang dilakukan oleh penyanyi kelahiran Singapura ini, namun saingan sengit tetap diberikan oleh lima lagi finalis GV8.
Aliff menyampaikan lagu Sampai Syurga nyanyian Faizal Tahir pada persembahan solo dan bergandingan bersama Hafiz Suip menyanyikan lagu Dealova, seterusnya berentap dengan Aweera di pusingan battle menerusi lagu Bangun nyanyian Aman Ra.
Namun, disebalik tabir yang berlaku ketika berlangsungnya finale GV8 malam tadi, sebuah video yang menunjukkan Aliff Aziz mengetuai bacaan doa sebelum konsert akhir menarik perhatian ramai.
Video ini telah dimuat naik oleh sebuah akaun TikTok yang dikenali sebagai aliffaziz_familia dan rata-ratanya memuji tentang perubahan yang dilihat pada penyanyi lelaki itu.
Sekali lagi kami ucapkan tahniah buat Aliff Aziz dan diharap kemenangan ini menjadi titik tolak agar kariernya dalam bidang nyanyian diteruskan lagi dan semoga Aliff terus istiqamah menjadi individu yang lebih baik.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.