Setelah ditahan di dalam penjara sejak Januari tahun ini, penyanyi kumpulan Dewa 19 iaitu Ahmad Dhani akhirnya dibebaskan pada hari ini.
Sambutan hebat diadakan oleh peminat apabila mereka mengadakan perarakan di jalan raya. Bersama-sama mereka, Ahmad Dhani diarak dengan tiga orang anak lelakinya, Al, El dan Dul.
Turut kelihatan ialah isteri Ahmad Dhani, Mulan Jameela yang kini cantik bertudung litup.
Nampaknya, bukan Mulan saja yang gembira menunggu hari ini. Bekas isteri Ahmad Dhani iaitu Maia Estianty juga nyata tertunggu-tunggu.
Menerusi akaun Instagram Maia, dia bersama suami Irwan Mussry dan ketiga-tiga orang anaknya telah terlebih dahulu meraikan perayaan tahun baru di meja makan malam.
Tetapi bukan itu saja tujuan mereka bersama. Maia sengaja meraikannya lebih awal untuk memberi peluang kepada anak mereka bertemu Ahmad Dhani pada hari kepulangan beliau.
“Walaupun ini belum tahun baru, tapi kami merayakannya sekarang, karena aku dan suami tercintaku besok akan terbang liburan.
“Dan anak-anak besok akan menyambut ayahnya pulang. So, Daddy, aku dan anak-anak dinner untuk merayakan pergantian tahun. Karena aku gak ketemu lagi Al-Ghazali yang pulang ke Indonesia hanya sebentar saja (tapi taun depan ketemu lagi).”
Maia jelas tahu betapa pentingnya Ahmad Dhani dalam kehidupan anak-anak mereka dan telah merancangnya lebih awal.
Tahun lalu dunia dikejutkan dengan kes pembunuhan seorang lelaki kulit hitam oleh anggota polis Amerika Syarikat yang telah membawa gelombang ‘Black Lives Matter’ ke satu tahap yang lebih tinggi. Remaja berusia 17 tahun itu, Daniella Frazier yang kebetulan ada di tempat kejadian telah merakam insiden tersebut dengan berani tanpa menghiraukan polis tersebut.
Apa yang terjadi?
George Floyd, 46 tahun, telah ditahan oleh pegawai polis yang dikenali dengan nama Derek Chauvin selepas disyaki menggunakan wang palsu bernilai $20 ketika melakukan pembelian di kedai serbaguna.
Ads
Derek yang menekan leher mendiang George menggunakan lutut sehingga menyebabkan kematian. Sumber gambar: NDTV.COM
Tindakan Derek yang menekan leher George yang sedang tertiarap menggunakan lututnya telah menyebabkan lelaki malang itu sesak nafas dan jantungnya berhenti lalu meninggal serta-merta di tempat kejadian. Kes kekasaran polis terhadap lelaki kulit hitam sememangnya tinggi di Amerika Syarikat dan sikap prejudis ini telah menyebabkan banyak konflik terjadi.
Mujurlah ketika kejadian Daniella tanpa gentar merakam kekejaman yang berlaku. Dia yang ketika itu sedang bersiar-siar bersama sepupunya yang berusia 9 tahun sebelum melihat kejadian itu di depan mata. Selain itu, gadis ini turut menjadi saksi di mahkamah bagi menegakkan kebenaran.
Ads
Daniella Frazier yang kini sudah berusia 18 tahun. Sumber gambar: deadline.com
Video yang dirakamnya tersebar seluruh dunia dan menimbulkan kemarahan banyak pihak yang mempersoalkan prosedur operasi polis. Ekoran dari insiden ini, perarakan dan juga protes aman ‘Black Lives Matter’ menjadi satu simbol penentangan terhadap kekejaman polis dan juga sikap prejudis terhadap mereka yang berkulit hitam.
Atas keberaniannya, Daniella telah dianugerahkan Anugerah Khas Hadiah Pulitzer 2021. Anugerah Hadiah Pulitzer merupakan satu anugerah untuk meraikan surat khabar, kewartawanan atas talian dan majalah, sastera serta komposisi muzik.
Ads
Salah satu mural memperingati kematian George Floyd. Sumber gambar: bangkokpost.com
Dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, gadis ini menyatakan, “Saya tahu hidup dia berharga. Saya tahu dia di dalam kesakitan. Saya tahu dia seorang lagi lelaki kulit hitam yang tidak berkuasa dan dalam bahaya.”
Sumber: Bernama & deadline.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jeff Bezos pada ketika ini merupakan manusia kedua terkaya dunia di belakang Elon Musk. Dalam temuramah bersama CNN, Bezos berkata beliau ingin mendermakan majoriti kekayaan beliau untuk tujuan amal.
Tumpuan akan diberikan kepada tujuan menentang perubahan iklim dan menyokong individu yang akan menyatukan manusia dalam situasi sosial dan politik yang tegang sekarang.
Jeff Bezos, the founder of Amazon who is estimated to be worth $124 billion, said that he would give away most of his money to charity, making him the latest billionaire to pledge to donate his vast fortune during his lifetime.https://t.co/hqDG3WCbv6
Tidak seperti Bill Gates dan Warren Buffet, Bezos tidak menandatangani Giving Plegde yang merupakan ikrar untuk memberikan hampir kesemua harga untuk tujuan awal. Bezos juga menolak dalam temu bual untuk memperincikan peratusan tertentu kekayaannya atau mengenal pasti ke mana ia akan didermakan.
Berita mengenai keputusan Bezos datang selepas dia dan Sánchez menganugerahkan Dolly Parton dengan hadiah $100 juta untuk usaha dermawannya. Selepas tidak lagi menjadi CEO Amazon, Bezos menumpukan perhatian kepada badan amal dan pengembaraan ke angkasa lepas menerusi Blue Origin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Filem ‘Mat Kilau’ memecahkan rekod sebagai filem epik pertama yang berjaya memperoleh kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman tempatan.Telah menarik perhatian ramai penggemar filem tanah air negara khususnya pencinta sejarah kepahlawanan Melayu terdahulu.
Penyampaian menerusi filem sebegini rata-rata dianggap sangat berjaya menyuntik semangat patriotisme yang ada dalam setiap warganegara terutamanya anak muda dan remaja.
Tapi tahukah korang, selain Mat Kilau, kita ada ramai lagi pahlawan yang mempertaruhkan nyawa demi Tanah Melayu? Haa mungkin korang dah belajar atau ketahui nama-nama mereka ini masa dalam kelas Sejarah dulu, tapi mungkin dah lupa kan…
Berikut Remaja senaraikan 5 pahlawan Tanah Melayu yang telah memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajah:
Dato Maharaja Lela
Sumber : Wikipedia
Pandak Lam Bin Maharaja Lela Maulud adalah nama sebenar buat individu yang memegang gelaran Dato Maharaja Lela ini. Dato Maharaja Lela adalah satu gelaran yang cukup tidak asing dalam lembaran sejarah negeri Perak.
Kisah pembunuhan J.W.W. Birch yang melibatkan Dato Maharaja Lela di Pasir Salak amat popular dalam lembaran teks sejarah negeri Perak. Ramai yang berpendapat bahawa peristiwa itulah merupakan detik bermulanya kebangkitan orang-orang melayu di Tanah Melayu.
Pandak Lam juga telah menerima gelaran yang sama iaitu Dato Maharaja Lela dan beliau punyai peranan yang amat penting dalam menentang kerajaan British di negeri Perak. Pandak Lam adalah antara individu yang terlibat dalam merancang pembunuhan J.W.W. Birch yang merupakan Residen British pertama di negeri Perak. Selain itu, antara mereka lain yang terlibat adalah Dato Sagor dan Ngah Kandin.
Malangnya, beliau telah dihukum gantung sehingga mati pada tarikh 20 Januari 1877 di Taiping bersama-sama dengan Dato Sagor yang terlibat dengan pembunuhan J.W.W. Birch.
2. Tok Janggut
Haji Mat Hassan bin Mat Munas atau lebih dikenali sebagai Tok Janggut ialah seorang ulama dan juga pahlawan Melayu yang sanggup menggadai nyawa demi melawan British.
Menurut Berita Harian, Tok Janggut yang dilahirkan pada 1853 dan berasal dari Kampung Jeram, Pasir Puteh ini adalah antara penentang British pada awal tahun 1900-an di Kelantan ketika berlakunya Perang Dunia Pertama antara 1914 hingga 1918.
Menerusi hasil kajian para sejarawan, Tok Janggut pada awalnya seorang ulama yang telah mendalami ilmu pondok sebelum ke Makkah. Di Makkah, beliau telah mempelajari ilmu agama sebelum Perang Dunia Pertama meletus.
Perjuangan Tok Janggut menentang penjajah bermula apabila pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909 yang mana membawa kepada banyak perubahan seperti pengenalan kepada cukai.
Beliau dikatakan terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British ini dan lebih menyayat hati apabila mayat beliau telah digantung beberapa hari untuk dipamerkan kepada umum sebelum ditanam di Seberang Sungai, Pasir Pekan.
3. Yamtuan Antah
Yamtuan Antah ibni Almarhum Yamtuan Radin merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-6. Beliau telah memerintah dari 1869 hingga Oktober 1888 dan telah memperjuangkan Negeri Sembilan daripada dijajah British pada tahun 1976.
Perjuangan beliau ini katanya bermula pada Mac 1872 apabila Datuk Kelana Sungai Ujong, Datuk Laksamana Syed Abdul Rahman membuat perjanjian membenarkan seorang Inggeris, Henry Velge membuka lombong bijih timah di Sungai Ujong (kini Seremban). Bermula dari itu, British mula melebarkan sayapnya di Negeri Sembilan dan kemarahan orang Melayu makin meluap-luap apabila Datuk Kelana Syed Abdul Rahman dan Datuk Muda Linggi pergi ke Singapura untuk membuat perjanjian dengan wakil British, Andrew Clarke yang menawarkan Sungai Ujong di bawah perlindungan penjajah.
Tidak bersetuju dengan tindakan tersebut, Yamtuan Antah tidak mengiktiraf Datuk Kelana sebagai pemerintah Sungai Ujong dan sekaligus mencetuskan pertelingkahan hingga membawa kepada beberapa siri pertempuran dengan British.
Beliau yang terpaksa berundur ke Johor akhirnya dinasihatkan untuk berbaik dengan British. British kemudian melantik beliau menjadi Yamtuan Besar Seri Menanti sebelum beliau kemudian meninggal dunia pada 1888 dan dimakamkan di Seri Menanti.
4. Dato’ Dol Said
Dato’ Abdul Said bin Omar atau dikenali sebagaI Dol Said merupakan penghulu Naning yang ke-9. Perang Naning yang berlaku pada tahun 1831 telah menjadikan beliau seorang pahlawan yang telah mengukir sejarah.
Berasal daripada suku Semelenggang, Dol Said mewarisi Penghulu Anjak sebagai Penghulu Naning pada tahun 1799 ketika berumur 26 tahun. Kemudian pada 1802, Kolonel Taylor telah melantik beliau menjadi Penghulu Naning dengan syarat beliau mesti menggunakan cap mohor syarikat Inggeris.
Sehingga campur tangan Koloner Faquhar pada 1807, Penghulu Naning dibenarkan mentadbir Naning termasuklah dalam urusan hukuman mati. Namun campur tangan kolonel itu menyebabkan kuasa hukuman mati diserahkan kepada kerajaan negeri.
Penentangan Dol Said terhadap Naning bermula dari tahun 1831-1832 disebabkan beberapa perkara seperti ingin mempertahankan kemerdekaan Naning (semasa Belanda menyerahkan Melaka kepada British, British mendakwa Naning sebahagian Melaka namun rakyat Naning menolak dakwaan itu), menentang pembayaran cukai dan perlaksanaan undang-undang British yang telah menggugat pengaruh dan kuasa Dol Said di Naning.
Sepanjang setahun tempoh penentangan, telah berlaku dua peperangan yang mana salah satunya Dol Said berjaya mengalahkan British. Manakala bagi perang kedua pada 1832, Dol Said akhirnya menyerah diri kepada British. Beliau meninggal dunia pada 1849 dan disemadikan di Tanah Perkuburan Taboh Naning.
5. Mat Lela
Mat Lela bin Buang berasal dari Kampung Luit, Maran, Pahang dan merupakan sahabat baik kepada Mat Kilau. Kedua-duanya seperti kita tahu mempunyai ilmu kepahlawanan yang hebat tetapi Mat Lela lebih gemar berahsia dan tidak suka menonjol.
Menurut KuantanLoka, sewaktu zaman penjajahan Jepun 1941, orang-orang kampung telah melarikan diri ke dalam hutan untuk menyelamatkan diri, namun Mat Lela tidak berbuat demikian dan menentang Jepun seorang diri.
Pada ketika itu, tiada rumah mahupun kedai yang berjaya diselongkar Jepun kerana pergerakan mereka sering terhalang. Mereka juga tidak mampu menangkap Mat Lela kerana jasadnya pun tidak dapat dilihat di mana-mana. Dengan itu, ramai askar Jepun berjaya dicederakan dan mereka akhirnya berundur.
Mat Lela dilaporkan telah meninggal dunia pada tahun 1995 pada usia 118 tahun akibat sakit tua. Jasadnya dikebumikan di pusara Kampung Merchong, Nenasi, Pekan.
Besar betul pengorbanan pahlawan-pahlawan ini demi membebaskan Tanah Melayu dari genggaman penjajah. Sebenarnya ramai lagi pahlawan-pahlawan Tanah Melayu yang handal dan berani, ini hanya segelintir sahaja.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!