Berita pemergian pelakon yang pernah cemerlang dengan filem Kembali dan drama Kerana Cinta Saerah, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy pada hari ini diterima dengan hati reda oleh ahli keluarganya.
Anak lelaki tunggal kepada seniwati Allahyarhamah Azean Irdawaty itu meninggal dunia hari ini di sebuah hospital di Medan, Indonesia disebabkan penyakit asma.
Bercakap kepada portal Astro Awani, bapa Benjy iaitu Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashid terlebih dahulu mengesahkan pemergiannya menerusi respon balas di WhatsApp.
Tidak lama kemudian pada jam 2.21 petang, adik Benjy, Elza Irdalynna memuat naik ciapan untuk berterima kasih kepada semua pihak yang sudi memberikan sokongan dan berhati mulia terhadap arwah Benjy serta keluarga mereka selama ini.
“Kami sekeluarga ingin mengumumkan yang abang saya telah kembali ke Rahmatullah pagi ini.
Ads
“Elza telah menerima panggilan daripada pihak penjara di Medan pagi tadi memberitahu berita yang Benjy tidak dapat bernafas akibat sakit tenat asma lebih kurang pukul 11 pagi waktu Malaysia. Benjy telah cuba dibawa ke rumah sakit di sana tetapi tidak sempat diselamatkan.
“Benjy telah lama mengalami penyakit kronik asma dan penyakit-penyakit paru-paru lain; serta telah masuk keluar hospital dengan kerap.
“Kami sekeluarga telah mengizinkan pihak penjara Medan mengebumikan jasad (Benjy) di sana. Urusan pengebumian akan dijalankan esok.
“Kami amat berterima kasih dan terharu di atas semua bantuan serta sokongan yang telah diberikan oleh setiap pihak selama ini. Harap maklum bahawa Benjy turut menghargai anda semua,” catat kenyataan rasmi tersebut.
Ads
It is with deepest sadness that we inform you of our beloved brother’s passing earlier today. Below is the official statement from our family. We thank you all for the kindness and support you have shown Ben and our family through the years. Al Fatihah.@inessukamakanpic.twitter.com/dYqSZsDimF
Elza menambah bahawa pemergian Benjy tiada kaitan dengan jangkitan Covid-19 atau apa-apa varian lain yang sedang menular di Indonesia. Keadaan kesihatan Benjy sememangnya telah merosot terutamanya pada tahun ini.
Elza turut memuat naik sekeping foto di antara Arwah Azean dan Benjy dengan kapsyen, “Keep Mama company now, Ben.”
Menerusi perkongsian tersebut, warganet termasuklah pelakon Redza Minhat dan Sharifah Amani tampil menghulurkan ucapan takziah mereka di samping berharap agar Elza sekeluarga tabah berdepan ujian kehilangan ahli keluarga yang mereka sayangi.
Terdahulu, Benjy menjalani hukuman penjara 11 tahun di Medan, Indonesia atas kesalahan cubaan menyeludup bahan terlarang pada tahun 2017.
Setelah mengikuti jejak langkah Allahyarhamah Azaen Irdawaty sebagai seorang pelakon berpotensi sejak usia kanak-kanak lagi, malah pernah bergelar Pelakon Lelaki Terbaik; perjalanan karier Benjy mulai merosot sejak sedekad lalu akibat kes penyalahgunaan bahan terlarang dari semasa ke semasa.
Sebelum ini Remaja pernah menyiarkan tentang kisah seorang suri rumah yang mewujudkan siaran YouTube bagi berkongsi resipi dan cara hidup mereka sekeluarga. Sugu Pavithra mendapat perhatian daripada masyarakat Malaysia kerana keikhlasan hatinya jelas terselah pada setiap video yang dimuat naik.
Terkini, Sugu dikatakan telah menerima hadiah istimewa daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin, antaranya adalah tripod, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik serta barangan memasak.
Wah, bertuah badan. Memang rezeki Sugu sekeluarga.
Sugu telah memuat naik video resipi Ulunthu Vadai di YouTubenya sambil menyelitkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri dan turut berkongsi ucapan kad bertulis tangan tertera:
“Dengan ingatan tulus ikhlas daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Keep up the good work, just stay at home”
“Semasa ada orang datang hantar ke rumah, saya tidak percaya kerana siapalah saya, sampailah akak (wartawan Bernama) telefon saya untuk bertanya hadiah telah diterima atau belum,” katanya kepada Bernama.
Menurut Pavithra, penghargaan yang diterima daripada Perdana Menteri serta pengikut akaun YouTube beliau akan dijadikan sebagai perangsang untuk terus memuat naik kandungan video memasak bagi manfaat bersama.
Daripada lebih kurang 150 ribu followers di YouTube, kini channelnya sudah mempunyai hampir 460 ribu pengikut.
Dah memang tertulis rezeki Sugu Pavithra dan keluarganya. Semoga dengan kejayaan ini dapat membuatkan wanita ini lebih bersemangat untuk berkongsi resipi dan menjana pendapatan daripada hasil perkongsiannya di YouTube.
Buat pelajar Universiti Malaya (UM) yang bakal kembali ke kampus pada Oktober ini, MR D.I.Y berbesar hati untuk menyumbangkan sebanyak RM300 kepada setiap pelajar bagi membantu mereka membeli barangan keperluan untuk kembali meneruskan pengajian di kampus.
Bantuan tunai ini akan diberikan kepada pelajar melalui Touch n Go eWallet mereka dalam tiga kali bayaran sebanyak RM100 setiap kali pada 1 dan 30 November, dan 30 Disember. Ini antara usaha samaTouch n Go melalui platform eWalletnya dalam program #DIY4UM.
Selain itu, para pelajar juga bakal menikmati promosi pulangan tunai eksklusif sebanyak RM10 apabila mereka membuat perbelanjaan minimum sebanyak RM20 di cawangan-cawangan MR D.I.Y Group, platform e-dagang www.mr.diy.com.my atau melalui mini program MR D.I.Y yang didapati pada Touch ‘n Go eWallet.
Semua pelajar Universiti Malaya boleh membuat pendaftaran secara online melalui Portal Maya UM bermula 3 Oktober ini dan mengesahkan bahawa mereka telah mempunyai akaun Touch N Go eWallet.
Ha, untuk pelajar UM semua jangan lepaskan peluang bantuan ini dan untuk maklumat lanjut korang boleh layari laman web rasmi MR D.I.Y.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Media sosial perlu berubah mengikut peredaran zaman dan tabiat pengguna. Ada Sahaja content menarik yang mereka buat untuk kebaikan netizen!
Terbaru, menurut Twitter, mereka sedang menguji ciri baharu yang bertujuan mengehadkan perkongsian artikel oleh pengguna yang belum membacanya.
Ciri terbabit yang menanyakan kepada pengguna adakah mereka telah membaca artikel sebelum mereka tweet semula, ia bertujuan untuk melambatkan penyebaran maklumat yang tidak disahkan dan tidak sahih.
Oleh tu Twitter pagi ini mengumumkan ujian yang membenarkan ciapan semula (retweet) sesebuah artikel hanya selepas ianya dibaca.
Sharing an article can spark conversation, so you may want to read it before you Tweet it.
To help promote informed discussion, we’re testing a new prompt on Android –– when you Retweet an article that you haven’t opened on Twitter, we may ask if you’d like to open it first.
Ujian akan diberikan secara rawak kepada pengguna aplikasi Android pada waktu ini. Twitter akan dapat mengesan pautan telah ditekan di dalam aplikasi terlebih dahulu. Selepas ini dilakukan barulah pengguna dibenarkan untuk menciap semula ciapan asal.
Sebelum ini Twitter buat pertama kalinya memberikan amaran ciapan Donald Trump mengandungi maklumat yang salah. Sesuatu yang tidak berani mereka lakukan sebelum ini.
Jika dahulu media sosial menjadi medan merapatkan silaturahim ia kini menjadi alat yang mencincangnya semula kerana pendapat yang berbeza. Ujian yang dilakukan ini adalah menarik tetapi mungkin akan melecehkan proses menciap semula. Adakah ia perlu demi kebaikan bersama? Ini ialah soalan falsafah yang tak mampu kami jawab.
So korang sokong tak perubahan yang ingin Twitter lakukan ini?