Bagi peminat tegar dunia sukan bola sepak, sudah tentu ada yang mengenali beberapa pemain bola sepak antarabangsa beragama Islam yang bermain untuk kelab terkenal di sekitar Eropah.

Antara kelab yang memiliki pemain bola beragama Islam termasuklah Sadio Mane dari pasukan Bayern Munich.

ARTIKEL BERKAITAN : 15 Bintang Bola Sepak Dunia Ini Rupanya Beragama Islam

Siapa yang tidak kenal pemain bola sepak hebat berdarah Afrika ini. Selain rendah hati dan sederhana, Sadio Mane dikenali sbg seorang muslim yang taat.

Sadio Mane Tak Pegang ‘Bir’ Bergambar Bersama Pasukan, Kerana Dia Seorang Muslim

Terbaru, bekas pemain sayap Liverpool itu dilihat menolak daripada memegang bir bagi menghormati agamanya sewaktu bergambar bersama rakan sepasukannya.

Menerusi foto yang dimuat naik oleh ESPN FC di platform Twitter baru-baru ini, ia jelas memaparkan pemain dari Senegal itu langsung tidak memegang walau segelas bir.

 

IKLAN

“Sebagai seorang Muslim yang taat, Sadio Mane memilih untuk tidak memegang bir sewaktu bergambar dalam acara tradisional Bayern Munich,” maklum ESPN FC di Twitter.

Walaupun dilhat berbeza berbanding rakan pasukannya yang lain, namun Mane berada di barisan paling hadapan pada hujung kanan gambar dengan berpakaian Lederhosen.

Perbuatan Mane itu mendapat reaksi positif dan pujian daripada peminat di media sosial kerana beliau masih berpegang teguh dengan ajaran agamanya.

Sadio Mane Tak Pegang ‘Bir’ Bergambar Bersama Pasukan, Kerana Dia Seorang Muslim

IKLAN

Selain Mane, seorang lagi pemain Bayern yang berpindah dari Ajax, Noussair Mazraoui juga memilih untuk bergambar tanpa memegang gelas minuman keras tersebut.

Imbas kembali, Mane sebelum ini juga pernah bertindak sedemikian apabila beliau meminta rakannya, Takumi Minamino untuk meletakkan sebotol Champagne pada awal tahun ini.

Syabas Mane, penulis respect betul dengan cara pembawakan diri pemain bola sepak ini.

BACA : Mampu Beli Jet, Penyerang Liverpool Sadio Mane Tak Kisah Pakai HP Skrin Retak Seribu

IKLAN

Sumber : Daily Mail

 

Sadio Mane Tak Pegang ‘Bir’ Bergambar Bersama Pasukan, Kerana Dia Seorang Muslim

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI