Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah dinamakan sebagai institusi pengajian tinggi yang menawarkan program pengajian Perhubungan Awam terbaik di Malaysia dan yang ke-10 terbaik di benua Asia menurut EduRank; sebuah badan berkududukan bebas antarabangsa yang menganalisa 14,131 institusi pengajian tinggi dari 183 buah negara secara metrik.
Fakulti Pengajian Komunikasi dan Media UiTM merupakan yang pertama di Malaysia untuk menawarkan program komunikasi lengkap seawal tahun 1972 lagi. Biarpun telah lama bertapak dan sudahpun melahirkan ribuan graduan yang berjaya di arena kerjaya masing-masing, ia masih kekal relevan, berkualiti serta kompetitif di pasaran pendidikan dan industri.
Berikut merupakan senarai 10 program Perhubungan Awam terbaik yang ditawarkan di Malaysia menurut EduRank dan jelas, program Perhubungan Awam UiTM meninggalkan universiti lain dengan agak signifikan.
1. Universiti Teknologi MARA (ke-274 di dunia)
2. Universiti Malaysia (ke-327 di dunia)
3. Universiti Sains Malaysia (ke-353 di dunia)
4. Universiti Utara Malaysia (ke-370 di dunia)
5. Universiti Teknologi Malaysia (ke-382 di dunia)
6. Taylor’s University (ke-424 di dunia)
7. Universiti Putra Malaysia (ke-452 di dunia)
8. Universiti Kebangsaan Malaysia (ke-469 di dunia)
9. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ke-496 di dunia)
Ads
10. Universiti Malaysia Sarawak (ke-1045 di dunia)
Dalam pada itu, di peringkat benua Asia pula, UiTM berada pada kedudukan ketiga terbaik dalam kalangan universiti dari rantau Asia Tenggara; hanya di belakang National University of Singapore (NUS) dan Nanyang Technological University, juga dari Singapura.
Meninjau ke satu hantaran di Facebook, Ketua Program Perhubungan Awam UiTM, Meliena Mahpuz berkongsi kegembiraan beliau serta seluruh warga fakulti Pengajian Komunikasi dan Media UiTM di atas kejayaan tersebut.
“Saya amat berbangga dengan pasukan saya terdiri daripada para pensyarah perhubungan awam yang hebat, pelajar serta para Alumni.
“Penghargaan juga harus diberikan kepada bekas pensyarah yang telah membentuk kami serta menempatkan kami di kedudukan sekarang. Terima kasih UiTM. Terima kasih Fakulti Pengajian Komunikasi & Media. Tahniah,” catatnya.
Sebagai info, EduRank menyenaraikan kedudukan ini berdasarkan prestasi kajian yang dihasilkan oleh program universiti. Memetik laman web EduRank, ia mengguna pakai sebanyak 469,000 kertas akademik dibuat oleh 34 universiti di Malaysia untuk mengira penarafan penerbitan yang kemudiannya diselaraskan untuk tarikh keluaran serta ditambah pada markah akhir.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kehebatan anak Malaysia sudah tidak perlu dipertikai kerana pengacara televisyen Baki Zainal telah pun membuktikan apabila dia berjaya melakar sejarah di peringkat dunia kerana memenangi cabaran video GoPro Million Dollar Challenge.
Daripada 42,000 video penyertaan dari 104 negara, video milik Baki Zainal menjadi antara 56 video yang berjaya menawan hati juri.
Seramai 45 peserta yang juga pemilik kepada 56 video tersebut mendapat wang tunai melibatkan sebanyak AS$1 juta (RM4,085,361.02) atau AS$22,222 (RM90,800.94) setiap seorang.
Video yang diambil semasa bermain gelongsor air di Escape, Pulau Pinang dimuat naik pada laman instagramnya dan menerima lebih daripada 2 ribu tanda suka serta beratus komen.
Ramai yang mengucapkan tahniah dan berbangga dengan kejayaan Baki dalam membawa nama Malaysia.
Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Baki Zainal. Inilah namanya rezeki kan. Masuk theme park bayar berapa ratus sahaja, tapi hasilnya dapat berjuta-juta. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cuaca panas yang dihadapi negara buat masa ini membuatkan kebanyakan rakyat mengeluh kerana bahangnya begitu terasa.
Memetik laporan dari Astro Awani, Malaysia kini berada dalam fasa monsun Barat Daya, yang mengakibatkan iklim panas dan kering, dari sekarang hingga pertengahan September, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Rentetan dari keadaan suhu yang tinggi, kita boleh terdedah pada strok haba atau ‘heat stroke’ iaitu paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah Celsius. Suhu badan individu yang normal ialah 37 darjah Celcius.
Ketahui risiko strok haba
Bila terdedah kepada cuaca panas berterusan, masa yang sama berolahraga, tubuh akan terdedah kepada kehilangan air dengan sangat cepat. Tentu korang pernah dengar tentang strok haba kan?
Apa yang dimaksudkan dengan strok haba ini?
Strok haba terjadi bila tubuh kekurangan air akibat cuaca panas berterusan terutama mencecah 40.5 darjah Celsius. Suhu badan individu yang normal ialah 37 darjah Celsius.
Kita digalakkan meminum air dengan banyak dan tidak terlalu terdedah kepada cuaca matahari secara terus dalam situasi Malaysia hadapi cuaca panas begini
Dalam hal ini, andai berlaku strok haba, korang berpotensi alami dehidrasi, sawan, kekeliruan, kerosakan otak selain bermasalah pada organ dalam badan. Boleh jadi koma dan seterusnya kematian.
Tanda dan Gejala
Peningkatan suhu badan secara mendadak (41°C)
Denyutan jantung menjadi cepat
Pernafasan cepat dan pendek
Tekanan darah menurun
Badan kering dan panas
Tidak selesa, keliru dan mungkin menjadi tidak sedar
Rasa kepala berpusing
Pening
Rasa mual
Sawan atau pengsan
Rawatan di tempat kejadian :
Alihkan mangsa dari sinaran matahari yang melampau ke tempat berbumbung atau mempunyai hawa dingin.
Sejukkan mangsa dengan selimut yang lembap atau siram dengan air sejuk.
Berikan udara segar, halakan kipas secara terus atau kipas mangsa menggunakan kertas surat khabar.
Sekiranya mangsa sedar, berikan minuman sejuk dan segar.
Dapatkan bantuan perubatan melalui talian 999.
Pencegahan
Jangan lakukan aktiviti fizikal apabila berada dalam keadaan letih, lapar atau dahaga yang keterlaluan di bawah sinaran matahari yang berpanjangan.
Banyakkan minum air kosong 3-4 liter sehari
Amalkan pemakanan sihat dan seimbang
Walaupun begitu, menurut Pensyarah Kanan Monash University Malaysia, Dr Vinod RMT Balasubramaniam korang yang menerima suntikan vaksin COVID-19, tiada kaitan antara cuaca panas dengan peningkatan kesan sampingan yang dialami oleh mereka yang divaksin.
Namun, beliau menasihatkan individu yang baru menerima vaksin agar mengelak melakukan aktiviti berat dan minum banyak air.
Sumber : Bernama, Astro Awani, KKM
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rata-rata banyak negara di seluruh dunia ini telah pun memulakan proses pemberian vaksin kepada semua warganegara mereka. Ini kerana kita ingin mencapai ‘Herd Immunity’ atau didalam erti kata lain, immuniti secara berkelompok. Selagi kita masih belum mencapai immuniti secara berkelompok ini, selagi itulah sektor pelancongan juga tidak dapat dibuka, dan kita pun tidak boleh merentas negeri secara sesuka hati.
Namun, lain pula ceritanya di Athens, Greece ini. Mereka memberi ganjaran kepada golongan muda 150 Euro (kira-kira RM740) dan juga data telefon percuma selama sebulan kepada golongan muda yang mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 pertama mereka.
Foto hiasan: Pexels
Ianya merupakan salah sebuah inisiatif oleh kerajaan untuk meningkatkan kadar vaksinasi sebelum musim cuti bermula. Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis juga berkata yang dengan suntikan vaksin pertama mereka ini, mereka akan mendapat kad prabayar 150 euro. Ini juga merupakan hutang kepada belia dan hadiah daripada rasa syukur.
Foto hiasan: Pexels
Kira-kira sehingga 940,000 rakyat di Greece yang berusia 18 tahun-25 tahun yang mendapat suntikan pertama sehingga akhir tahun ini, mereka layak untuk mendapat ‘pas kebebasan’ bonus tunai. Mereka juga akan dibenarkan untuk menggunakannya dan membelanjakannya pada cuti musim panas dan acara kebudayaan mulai 15 Julai.
Foto hiasan: Pexels
Terkini, kira-kira satu pertiga daripada 11 juta penduduk di negara itu telah divaksinasi sepenuhnya. Greece juga berkemungkinan mencapai dalam 80 peratus pemberian vaksin pada musim luruh jika masyarakat yakin dengan suntikan itu.
Greece juga mensasarkan 80 peratus sasaran itu dapat dicapai pada akhir musim panas ini iaitu pada awal September jika mesej yang disampaikan ini jelas. Mereka juga telah menarik balik kewajipan untuk memakai pelitup muka di tempat awam pada minggu lalu.
Dikatakan lagi, mulai Isnin ini rakyat Greece yang telah diberikan vaksin sepenuhnya akan dibenarkan untuk pergi bekerja atau ke pusat gimnasium tanpa perlu melakukan ujian saringan.
Seronoknya! Harap Malaysia juga dapat mencapai sasaran yang sepatutnya untuk kita mencapai immuniti berkelompok dan semoga keadaan kita juga dapat cepat-cepat kembali seperti dahulu lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!