Genre seram nukilan sutradara Indonesia sememangnya merupakan salah satu kekuatan industri perfileman negara jiran kita itu. Permainan emosi, plot yang merunsingkan dan lakonan para pelakonnya ternyata mampu diselami oleh penonton di Malaysia setiap kali filem-filem seram Indonesia menyinggah ke pawagam di sini.

Terbaru, pelakon meningkat naik Amir Ahnaf dibekalkan peluang untuk membintangi naskah pertamanya di bumi Indonesia apabila kini ligat menjalani penggambaran filem seram berjudul The Parcel di beberapa buah lokasi di Jakarta.

The Parcel merupakan naskah arahan Andi Bachtiar Yusuf dan diterbitkan oleh produksi Malaysia, 4WARD Pictures yang pernah mencapai kejayaan menerusi filem seram terdahulu, Rumah Iblis.

Amir Ahnaf Luas Pengaruh Ke Indonesia, Terpilih Bintangi Filem Seram ‘The Parcel’

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story pengarahnya itu, kelihatan beberapa babak di sebalik tabir telahpun dikongsikan sejak penggambaran bermula 27 Julai lalu dan ia turut menampilkan Amir.

Malahan, Amir, 23 juga selama hampir sebulan yang lalu telahpun berkongsi keberadaannya di Indonesia bagi mengikuti sesi uji bakat. Ternyata, pesona dan bakat yang dimiliki Amir menepati kriteria yang dicari-cari oleh produksi tersebut.

IKLAN

Amir Ahnaf Luas Pengaruh Ke Indonesia, Terpilih Bintangi Filem Seram ‘The Parcel’

Selain bekas peserta pencarian Hero Remaja 2021 itu, The Parcel juga menampilkan seorang lagi pelakon dari Malaysia, Nora Danish dan turut dibintangi oleh pelakon Indonesia berkaliber seperti Atiqah Hasiholan, Baim Wong, Putri Ayudya dan Whani Dharmawan.

Untuk pengetahuan korang, The Parcel mengisahkan tentang seorang wanita bernama Radha yang bertugas sebagai photo journalist. Disebabkan terbelit dengan isu kewangan, Radha dan anak lelakinya terpaksa berpindah ke sebuah rumah yang lebih murah sewanya.

Di sinilah, pasangan anak dan ibu itu mula mengalami peristiwa pelik dan menakutkan disebabkan oleh kisah lama pemilih rumah terdahulu. Ia semua gara-gara Radha membuka sebuah kiriman bungkusan tanpa nama yang tiba di rumahnya.

IKLAN

**

Tak sabar rasanya nak pergi menonton filem The Parcel di pawagam!

Terdahulu, beberapa bekas finalis Hero Remaja dan Dewi Remaja juga pernah diberikan kesempatan untuk membuka langkah ke Indonesia termasuklah Meerqeen dan Anna Jobling.

ARTIKEL BERKAITAN: Drama Pertama Meerqeen Di Indonesia Tayang Esok, Tapi Sudahpun Dirisik Beberapa Produksi Lain – REMAJA

IKLAN

BACA LAGI: Jadual 2023 Anna Jobling Sudah Penuh! Bakal Muncul Di Indonesia Setelahj Menang Hatrik Di ABPBH-35 – REMAJA

FOTO: Instagram Amir Ahnaf

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI