Sekali lagi, jualan besar-besaran sempena tarikh 10 Oktober kembali dengan pelbagai jenis jenama yang menjual di stor atas talian ataupun di stor fizikal menawarkan diskaun khas hanya pada hari ini saja.
Jika korang enggan ke pusat membeli-belah pada hujung minggu kerana takutkan keadaan yang sesak di sana, jangan risau kerana empat jenama sneakers ini ada menawarkan peluang membeli-belah yang sama di stor atas talian mereka.
Jom lihat tawaran diskaun hebat daripada mereka ini.
NIKE
Nike Malaysia menawarkan tiga kod diskaun yang harus direbut oleh peminat jenama tersebut bagi pembelian sneakers dan beberapa item pakaian seperti crop top, tights, baju T, windbreakers dan seluar pendek.
Sepanjang tiga bulan kebelakangan ini, kami perasan bahawa Puma Malaysia banyak menawarkan peluang diskaun secara tiba-tiba mahupun mengikut ‘tarikh cantik’ seperti 10.10. Kali ini, mereka tidak terkecuali menawarkan diskaun sehingga 50 peratus dan terdiri daripada hampir 1,400 barangan (tertakluk kepada saiz yang masih ada).
Ads
Tidak cukup dengan itu, Puma juga manawarkan 30 peratus diskaun tambahan untuk pembelian beberapa barangan terpilih.
Yang penting, pembelian bernilai lebih RM200 dalam satu resit akan menerima penghantaran percuma.
Sneakerheads semua tahu mengenai kepelbagaian model sneakers yang ditawarkan oleh Crossover Concept Store dari semasa ke semasa. Khas untuk 10.10, mereka ingin memberi peluang kepada korang untuk mendapatkan diskaun 15 peratus dengan pembelian melebihi nilai RM400; termasuklah bagi koleksi barangan baharu
Kalau korang terlepas peluang ini, memang rugi! adidas Malaysia menawarkan diskaun sehebat 40 peratus bagi pembelian mana-mana dua barangan pilihan korang pada hari ini.
Pastikan pada paparan barangan tersebut tercatat ‘ Bundle discount in cart’. Sneakers ultraboost seakan memanggil!
Selalunya, trend berhijab hangat diperkatakan di kalangan social influencer dan selebriti daripada negara majoriti beragama Islam.
Di Malaysia sendiri, kita mempunyai ramai gadis influencer yang menggayakan hijab pelbagai warna, bentuk dan gaya.
Antaranya termasuklah Nabila Razali dengan gaya hijab kemas, Yuna dengan gaya selendang dengan aksesori topi beanie, Neelofa yang baru berniqab serta Hanis Zalikha dengan gaya hijab on point walaupun bersahaja.
Bagaimana pula apabila selebriti Hollywood pula yang berhijab?
Mereka menyarung hijab bukanlah kerana tuntutan agama, tetapi sekadar ingin menghormati agama dan budaya di negara majoriti Islam yang mereka kunjungi.
Contohnya seperti penyanyi Camila Cabello yang memuat naik 2 foto dirinya berhijab semasa berkunjung ke Masjid Agung Sheikh Zayed di Abu Dhabi. Serious sister nampak cantik!
Camila berada di sana semasa siri festival muzik RedFest DXB 2019 tetapi penyanyi berusia 24 tahun ini sempat melawat masjid tersebut.
“Saya merasa lebih rendah diri apabila melawat ke negara orang dan melihat budaya mereka. Ia menyedarkan saya bahawa kita tidaklah jauh berbeza. Seorang kanak-kanak perempuan membantu saya memakai hijab. Kami tidak bertutur bahasa yang sama tetapi dia membantu saya sambil tersenyum.
“She felt like a close friend..”
Sebelum ini, ada beberapa lagi orang selebriti yang menyarung hijab. Antaranya ialah..
Lady Gaga
Lady Gaga sedang melawat kejiranan Nisantasi di Istanbul, Turki ketika rangka lawatan konsert di Turki untuk artRave: The ARTPOP Ball Tour.
Kate Middleton
Masih ingat lawatan Putera Williams dan Kate Middleton ke Kuala Lumpur pada tahun 2012? Semasa melawat Masjid As Syaqerien di KLCC, mereka berdua mengenakan pakaian sopan.
Kate turut mengenakan hijab yang kelihatan seakan sama dengan pakaian serta hijab yang disarung oleh Princess Diana dulu.
Kendal Jenner & Gigi Hadid
Kendall, Gigi dan beberapa model lain menangkap gambar selfie semasa melawat Sheikh Zayed Grand Mosque di Abu Dhabi. Mereka mengenakan abaya dan tudung polos.
Kendall juga mengenakan ikatan skaf singkat untuk digayakan dengan sut lengkap daripada Versace.
Dua Lipa
Turut mengambil kesempatan untuk melawat masjid yang sama ialah penyanyi British, Dua Lipa.
Rihanna
Turut tak ketinggalan ialah Rihanna, juga di masjid yang sama!
Angelina Jolie
Melalui tugas beliau selaku wakil Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, Angelina Jolie selalu melawat negara Islam yang memerlukan perhatian dunia.
Antaranya termasuklah di Pakistan, Iran dan Arganifstan. Di sinilah lokasi beliau menyarung hijab.
*
Cantik bukan!
Bagi remaja berhijab di luar sana, kami ingin mengucapkan Happy World Hijab Day kepada kalian semua. Semoga sentiasa istikhomah dan yakin dengan imej sebagai perempuan berhijab.
Seharusnya puasa menjadi tempoh di mana korang yang merokok dapatlah kurangkan dengan seadanya. Atau sebenarnya inilah tempoh yang paling mujarab untuk perokok berhenti merokok.
Namun ada sesetengah orang yang bila dengar sahaja azan Maghrib dia terus menyalakan rokok. Kononnya sudah tidak tahan menahan rasa ingin merokok atau dalam bahasa kasarnya ketagihan nikotin.
Bagi sesetengah perokok, menahan lapar dan dahaga itu lebih senang untuk mereka hadapi berbanding dengan menahan diri daripada merokok.
Korang semua jangalah sampai tahap macam itu sekali ya. Kepada yang merokok inilah masa terbaik untuk berhenti dan kepada yang tidak merokok janganlah kamu pandai-pandai ingin mencubanya.
Ada yang tidak sedar sebenarnya merokok saat berbuka puasa sebenarnya boleh mendatangkan mudarat.
1. Meningkatkan risiko kanser usus
Tahukah korang selain kanser paru-paru rokok juga boleh menjadi penyumbang kepada beberapa jenis kanser lain seperti kanser mulut, hati, pankreas dan juga usus. Merokok dalam keadaan perut kosong boleh menyebabkan nikotin meresap ke dalam badan dalam jumlah lebih besar berbanding perut yang sudah terisi. Jadi ia secara tidak langsung meningkatkan risiko kanser usus,
2. Menyebabkan pembuluh darah menyempit dan mengeras
Kandungan nikotin dan pelbagai jenis racun di dalam rook boleh meningkatkan tekanan darah, kadar degupan jantung dan aliran darah ke jantung. Akibatnya tekanan darah meningkat akibat saluran atau pembuluh darah semakin sempit. Sangat bahaya tahu!
Apabila seseorang merokok dalam keadaan perut kosong, kandungan asid dalam perut akan memberi tindakbalas d an ia meningkat. Secara tak langsung terus menggangu proses pencernaan selepas itu. Ini juga menjadi antara sebab mengapa perokok hilang selera makan.
4. Peningkatan kolestrol
Di dalam asap rook juga terdapat kandungan karbon monoksida. Apabila masuk ke dalam aliran darah ia akan menurunkan kandungan oksigen. Apabila ini berlaku orang yang merokok dalam keadaan perut kosong akan merasa pening dan lelah. Ini kerana sel-sel badan berdepan dengan masalah kekurangan oksigen. Selain itu, ia juga akan meningkatkan kadar kolestrol dalam darah.
5. Usus berdarah
Merokok juga boleh meningkatkan risiko terkena masalah inflamasi usus dikenali sebagai penyakit Crohn. Tanda-tanda penyakit ini ialah berlakunya pendarahan pada usus, sakit perut berulang dan cirit-birit. Dan jika berlarutan ia boleh menyebabkan penurunan berat badan secara mendadak.
Nasihat REMAJA, jauhilah rokok. Hayatilah bulan Ramadan dengan sebaiknya. Janganlag diikutkan nafsu semata-mata. Semoga perkongsian kali ini memberi sedikit sebanyak manfaat kepada korang semua.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanggal Disember 2021 pernah meninggalkan kesan yang cukup mendapat buat Pengarah Urusan & Pengarah Butik COSRY, Ariff Quasry Md Din setelah beliau dikejutkan dengan pemergian bekas Pengarah Kreatif dan rakan akrabnya, Allahyarham Putra Aziz.
Tidak lama selepas itu, Ariff terus diasak dugaan seterusnya apabila butik COSRY yang selama ini berdiri gah di Sri Hartamas terbakar pada Jun 2022; hanya enam bulan selepas pemergian arwah Putra.
Pertemuan bersama REMAJA baru-baru ini telah membuka kisah di sebalik beberapa bulan mendukacitakan untuk Ariff & COSRY.
“Apabila butik COSRY terbakar, semua koleksi rekaan Putra dan archive yang dikumpul selama 15 tahun turut terbakar tanpa sempat diselamatkan walaupun sehelai.
“Barang kenangan arwah hilang lenyap dalam sekelip mata. Perasaan sedih dan kecewa itu, hanya Tuhan yang tahu, lebih-lebih lagi baharu sahaja kehilangan Putra. Saya mengambil sedikit masa untuk kuatkan semula semangat dan menyakinkan diri bahawa pasti ada hikmah atas setiap ujian Allah SWT ke atas hambaNya,” ulas Ariff membuka bicara.
“Lantas, dua ketentuan takdir itu menjadi titik tolak kepada saya untuk membuka chapter baru. Saya berfikir secara rasional dan mula merancang perjalanan baru COSRY.”
Jika dahulunya, COSRY terkenal sebagai sebuah jenama fesyen tempatan yang menyediakan busana eksklusif untuk disarungkan oleh pembeli VIP dan selebriti ternama Malaysia terutamanya sewaktu majlis perkahwinan.
Berbagai-bagai rupa busana kahwin pernah menyinari dunia selebriti hasil sentuhan COSRY; dari Zahirah Macwilson, Mawar Rashid, Che Puan Syamim Farid, Che Puan Juliana Evans hinggalah ke gaun perkahwinan ikonik ‘Mariposa’ untuk si cantik jelita, Anzalna Nasir.
Sentuhan ‘emas’ Allahyarham Putra sebagai Pengarah kreatif pada ketika itu menjadikan butik itu sebagai pilihan utama kepada bakal raja sehari atau kepada selebriti yang bertandang acara rasmi dan musim perayaan.
Setelah pemergian arwah selama ebam bulan, penerus legasinya, Ariff bangkit dengan sokongan baharu daripada wanita kelahiran Sarawak yang juga merupakan pelanggan setia COSRY selama ini, Datin Philomena Simeon.
“Saya minat dengan fesyen dan tekstil; tetapi saya bukannya daripada latar belakang fesyen. Saya menyertai COSRY sebagai Pengarah dan rakan kongsi ini adalah atas rasa cinta terhadap jenama ini. Ia dekat dengan hati saya.
“Kini, Ariff dan seluruh pasukan kerja COSRY akan lebih bersemangat dengan penjenamaan semula yang lebih segar dan rekaan yang kita sasarkan kepada orang muda dengan harga mampu milik,” tinta Philomena.
Ariff menambah bahawa hala tuju COSRY yang baru ini adalah hasil ilham dan sentuhannya sendiri tanpa memandangkan ke belakang terhadap koleksi yang pernah dihasilkan Allahyarham Putra.
“Bukannya untuk melupakan terus ‘signature’ sentuhan Putra tetapi barangkali sudah tiba masa COSRY mengkaji semula citarasa pembeli berusia 25 – 35 tahun dan permintaan pasaran pada era ini. Kita masih akan terus bermain dengan elemen lace dan potongan kebaya kerana itu adalah identiti kita, cuma kini mengikut stail saya,” kata Ariff.
Yang pasti selepas ini, COSRY tidak lagi menumpakan jenama semata-mata kepada golongan VIP, atasan atau selebriti sahaja seperti yang pernah berlaku satu ketika dahulu.
Koleksi Raya Pertama Selepas Setahun Setengah
Bagi membuka lembaran baharu ini, COSRY tampil dengan koleksi Hari Raya pertamanya selepas berehat seketika.
Bersesuaian dengan seluruh lapisan masyarakat, COSRY pada tahun ini mula memperkenalkan rekaan plus size dan meneruskan koleksi bagi pemakai lelaki.
Terdapat 3O helaian rekaan baharu untuk digayakan Aidilfitri tahun ini. Tema warna musim perayaan ini menjurus kepada warna pastel tanpa mengabaikan terus ‘warna-warna garang’ kerana peminat warna sedemikian tetap ada.
Kesemuanya hasil keras 10 individu berdedikan lagi berbakat termasuk pereka fesyen, tukang potong, tukang jahit baju dan tukang jahit manik.
Jom lihat beberapa rekaan yang dibahagikan kepada koleksi Ready-To-Wear, Luxe Edition dan Limited Edition.
READY-TO-WEAR
LUXE EDITION
LIMITED EDITION
Dalam pada itu, COSRY dijangka bakal mengoperasikan butik baharunya di Jalan Maarof, Bangsar pada Jun 2023.
Oleh itu, jika korang ingin mendapatkan koleksi Hari Raya ini, korang boleh ke stor ‘pop-up’ COSRY di aras dua, Shoppes At Four Seasons Place dekat Jalan Ampang, Kuala Lumpur atau di laman sesawang yang baru dilancarkan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktres dan bekas model, Zahnita Wilson meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang telah memberi sokongan buatnya selepas membuat pendedahan menjadi...